Masuk je office, buka facebook terus ada rasa nak terajang orang. Bangang tak bertempat. Kalau dah kau jatuhkan hukum qot'ie, confirm gila babi, bahawa Kassim Ahmad dah kafir dan masuk neraka, yang nak bising lagi apa hal. Pergi la rumah orang tua tu pancung kepala dia.
Platform platform bertulis ni macam facebook comment form dan twitter, ni tempat bersembang, tempat mengutarakan idea dan pendapat. Bila dah keluarkan semua pendapat dan dah buat conclusion, stop. Tak guna nak panjangkan benda yang kau dah decide lepas tu nak panggil orang lembab, kapir, minta bertaubat. Kalau jenis tak sekolah, okey lagi. Ini study dah tinggi tapi fikiran tak boleh nak kembangkan lebih sikit daripada macai UMNO/PKR.
Manusia ni macam-macam hal.
Orang macam Kassim Ahmad tu dia bukan terjah tak pakai helmet. Segala benda yang dia cakap ada hujah dia. Hujah dia brilliant, kadang ada juga yang merapik. Brilliant atau merepek sesuatu hujah tu pula bukan bergantung pada dia, tapi pada kau punya level of knowledge. Hujah dia, dia punya hal. Kau yang mendengar, itu hal kau pulak untuk digest. Kalau kau bodoh, semua hujah dia akan kedengaran bijak gila, owesome gila lalu kita boleh tengok ayah pin pun berapa ramai pengikut dia.
Yang penting, pak Kassim Ahmad ni... hujah dia dia belajar sendiri, dia cari sendiri dan dia cuba untuk memberitahu apa yang dia faham, apa yang dia rasa orang buat salah. Yang beriya duk mencarut dekat facebook tu, aku yakin bila jenis manusia yang macam gitu, jenis dengar cakap orang, baca sumber secondary, bodoh untuk explore sampai ke akar perbahasan, lalu banyak masa untuk dia babikan orang, laknatkan orang.
Sampai bila?
Tak guna nak bergaduh dekat facebook. Nak caci maki orang. Apa pekdahnya? Cuba ambil masa, tutup laptop, pergi baca Quran dan tafsirnya, cuba fahamkan tafsir itu mengikut apa yang kau belajar di universiti. Itu adalah aktiviti yang jauh lebih berfaedah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan