Selasa, 29 April 2014

Berkenaan tajuk blog dan huraiannya

Blog ini berusaha mengajak pembaca berfikir mencari iman.

Dulu aku pernah lemas. Hampir mati juga. Masa tu aku dalam darjah 5 atau 6. Kami bertiga pergi memancing, seorang Nik mahu mandi. Makhluk ni masalahnya tak reti berenang tapi teruja gila nak mandi sungai. Masa tu sungai air biru, pasir bersih dan pokok masih banyak.

Aku benarkan dia mandi dengan syarat jangan pergi jauh ke tengah. Dia melompat kegembiraan dalam air. Tiba-tiba dia lemas. Aku cuba tarik dia, sebaliknya yang terjadi.

Aku lemas bersungguh-sungguh lalu tenggelam dan pass out. Hinggalah aku diselamatkan oleh Fairuz, seorang lelaki memakai spender.

Aku fikir aku akan jadi perdana menteri kerana aku diselamatkan malaikat. Jika aku tidak akan jadi orang penting masakan aku diselamatkan takdir.

Itu paradigm aku masa tu. Aku kecik- kecik memang berpenyakit tapi berjaya membesar dan menjadi jurutera. Aku ke sekolah Arab, mendalami agama di Kelantan, sebelum keluar ke Penang - KL menjadi jurutera. Aku bukanlah seorang jurutera yang bagus, aku bekerja ikut jam dan berfikir seadanya untuk syarikat. Bonus tidak kencang, pangkat pun tak naik laju. Aku ni biasa-biasa saja.

Fokus aku ke lain. Apabila habuan di tempat kerja tak seperti orang lain, aku tidak kompelin. Sebab aku tahu Tuhan maha adil, itu seadanya rezeki aku.

Aku mahu menulis. Aku mahu memberitahu di mana area yang seorang manusia boleh perbaiki dalam memahami konsep Tuhan dan penciptaan. Tulisan aku  biasa-biasa, untuk orang biasa-biasa. Aku tak mahu seorang remaja Malaysia memahami konsep agama dia dengan pemahaman yang salah.

Setiap apa yang kita buat akan disoal, dan perlu dijawab.

Aku mahu mengkaji lebih dalam akan keajaiban alam ini, dan aku akan kongsi dengan semua agar kita ambil manfaat. Aku nak semua orang faham apa fungsi aqal dan bagaimana ia menghasilkan sesuatu di hati. Manusia yang mahukan dunia, dia mesti utilize akal dia. Manusia yang inginkan akhirat, juga perlu utilize akal dia. Sebab akal adalah bridge, jambatan, antara penciptaan dan Pencipta. Akal adalah alat untuk kita analyze alam ini, agar conclusion yang kita dapat mengembang di hati. Itula benda yang banyak ditekan dalam Quran  tapi orang kita tidak berfikir sebegitu.

Halawatul iman, kemanisan iman, terhasil apabila kita mampu memahami sebaiknya apa itu space-time chemistry yang kita boleh fikir, dan bila masanya perlu kita berhenti berfikir dan sujud ke hadrat Tuhan dan berkata, 'Alhamdulillah, Tuhan sekalian Alam, Maha pengasih Maha penyayang, Pemilik Hari pengadilan'.

Malangnya, Stephen William Hawking, tidak menghiraukan sempadan ini dan dia menerokai benda luar ruang-masa dengan aqal dan dia berkata mati itu tidak lain hanyalah total blackness, nothingness, that human will be 'sleeping' forever. Reincarnation juga contoh percubaan meneroka aether dengan aqal.

Islam mengajar kita berfikir hingga maximum, jadi bijak dan baik. Orang melampau adalah orang berfikir dan bongkak. Tak mahu mengaku Tuhan ada sebab tidak logik difikirannya.

Hanya dengan proses berfikir kamu akan menjumpai satu fasa di mana kamu tentu akan berhenti dan ketika itu tiada lain di depan kamu kecuali Tuhan, the Architect of everything. Aqal lalu perlu didiamkan, hati ambil alih peranan. At that second, the only thing you can do is to submit yourself to Him.

Itulah kemanisan iman. Jika orang bergantung hanya pada logik... sleeping forever, nothingness, satu benda yang sangat sakit. Dilahirkan semula jadi tikus mondok pun sangat sakit. Berimanlah pada kuasa Allah, berimanlah pada hari akhirat. Akurlah, otak kita hanya untuk proses dunia, bukan untuk kehidupan di sana.

1 ulasan:

Unknown berkata...

Bagus sykh Khairi-Mohd, isi tulisan enta dgn adenya perkataan2 - "Hawking", "LHC", "graviti"... Semuanya adalah terma fizik/sians yang menterjemah cara Allah menguruskan alam semesta termasuk bumi. Teruskan penerokaan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Goodreads

Books I read

A Brief History of Time
Seven Habits of Highly Effective People
The Power of Now: A Guide to Spiritual Enlightenment
Hadith 40
ESQ Way 165
Lā Tahzan: Jangan Bersedih!
A World Without Islam
A History of God: The 4,000-Year Quest of Judaism, Christianity, and Islam
No god but God: The Origins, Evolution and Future of Islam
Muhammad: A Prophet for Our Time
Parallel Worlds: A Journey Through Creation, Higher Dimensions, and the Future of the Cosmos
The Road to Mecca


Khairi's favorite books »