Rabu, 3 Disember 2014

Kasyaf random review oleh Anwar Hadi

Tengah ralit baca timeline twitter semalam, ternampak Saifuddin Abdullah @saifuddinabd retweet beberapa tweet Anwar Hadi berkenaan perkembangan negara Malaysia. Aku tak ingat tweet tu bagaimana.

Sebelum aku makan lunch, aku buat keputusan sponton untuk klik profail Anwar Hadi dan tengok follower dia yang 150k tu. Ini dah taraf retis sebenarnya, Saifuddin pun 54.6K je. Then aku google jumpa video-video yang pernah aku tengok sebelum ni. Aku pun macam, "Ooo... ini Anwar Hadi." Maafla aku dah tua dah lupa barisan blogger-blogger dan vlogger-vlogger Malaysia. Aku cuma ingat Mat Luthfi je sebab selalu keluar kat FB. Mat Luth yang baru keluar lokap. Hmm... aku tak paham, kenapa remaja riang-ria macam Mat Luthfi boleh masuk lokap...

Latest video dia 5 bulan lepas:



Selepas itu, kebetulan aku takde kerja, aku belek-belek foto riang-ria di twitter dia dari gambar nasik, vitamin, jeans, dan apa yang aku nak cerita kat dalam entry ni, bila aku slide ke kanan seterusnya, suddenly, out of blue, menjelma gambar seperti di bawah, dengan caption begitu. Hampir S3 tua aku jatuh. Terkejut siol, seriously... aku macam, mannn... my book! here?!! Kenapa tak letak #tagging bro.... kata aku dalam kepala. Seriously, this made my day!




I am not great. But I have stories of great people that can inspire you.

Khamis, 20 November 2014

Semasa Hujan Merah tu ana berada di Jeddah minum teh

Aku tak sangka benda ni jadi viral sampai ramai orang Melayu jadi bertaubat dan mula ingat Tuhan setelah lama hidup dalam kelalaian. Alhamdulillah.

Cuaca di negara timur tengah ni memang susah nak hujan. Allah setting cuaca kat sini banyak panas dan kering sepanjang tahun sampai air nak minum pun takde, apatah lagi sungai untuk aku memancing. Tapi petroleum banyak, lalu beberapa jurutera Malaysia dan Pakistan datang ke sini untuk operate desalination plant (proses air laut jadi air minum) agar orang, unta, kambing, pokok dapat minum dan hidup.

Bagaimana Allah set cuaca di bumi ni? Di Europe dia ada empat musim, di Jepun ada salji, di Malaysia ada musim mengawan (tengkujuh) dan di Arab Saudi ada musim panas dan sejuk kering. Memang Tuhan yang buat semua ni. Tuhan yang buat bumi dengan musim-musim. Tapi apakah buatan ini kita tak boleh paham lalu kita beragama tanpa akal macam pemforward hujan merah di Mekkah di whatsapp dan FB?

Apakah Puurrrr... Allah sembur api ke timur tengah maka jadilah ia gurun. Puurrrr... Allah curah air ke Asia jadilah dia negara khatulistiwa, atau malaikat turun tanam pokok banyak-banyak di Kalimantan sebab tu dia banyak pokok.

Remember o human, Allah made everything with ratio, proportionate. [54:49] Allah maha bijak, yang mana value pada penciptaan langit dan bumi hanya boleh dibaca oleh orang yang berilmu (sains), yang hasil dari ilmu itu adalah iman, faith.

Jarak bumi dan matahari adalah 149,600,000 km. Bumi mengelilingi matahari dalam keadaan berpusing. Satu pusingan lengkap = 24 jam, satu keliling lengkap = 365 hari. Paksi pusingan bumi pula tak selari dengan matahari. Pusingan dia sedikit tilted, senget sebanyak 23.5 degree yang disebut obliquity. Jadi selama 365 hari bumi berpusing mengelilingi matahari, region south dan north akan ada dua kedudukan berbeza. First half dia jauh dari matahari, second half dia dekat. Bila dekat, dia terima banyak radiasi solar jadi musim summer, bila jauh dia jadi sejuk - winter. Bumi dibalut 5 lapisan atmosfera iaitu kulit luar sekali, exosfera, lapisan lebih dalam sedikit, mesosfera, yang mana meteor akan terbakar kat sini, kemudian ada stratosfera yang menjadi laluan kapal terbang dan juga lapisan ozone yang menapis solar matahari yang masuk ke troposfera. Lalu suhu di bumi regulated, tiada perubahan mendadak dan stabil. Perubahan musim sejuk ke panas, panas ke sejuk lalu harmoni - spring, autumn.

Semua ini dibuat untuk kamu, kamu dan kamu... FOC.

Ustaz tak ajar sains. Orang putih ajar sains. Apabila orang putih yang ajar sains, apakah nombor 149,600,000km, 23.5 degree, obliquity, O3 (ozon) dan mesosfera itu ciptaan orang putih? Apakah bila kita bercakap dengan bahasa ini kita jadi liberal dan jauh dari agama sebab ia ciptaan bangsa Rom bukan Arab?

Manusia cuma bagi nama. Yang tetapkan qadar ini, proportion ini adalah Tuhan, Pencipta, the Architect. 

Tuhan. Orang Arab sebut Allah.

Maka apabila kita menggunakan sistem lain, proportion lain untuk menyelesaikan masalah dunia, maka kita disebut syirik. Bomoh hujan panggil hujan guna batu merah dan biji lada hitam - syirik. Orang Islam mesti guna qadar ciptaan Allah, iaitu isi penuh air garam dalam tangki bawak naik kapal terbang dan sembur ke anak-anak awan, kerana mengikut qadar yang Allah tetapkan, sodium cloride akan tarik wap air untuk bertangkup, jadi berat dan jatuh sebagai hujan. Ini bukan teknologi orang putih. Ini nama dia solution.

Tengok kapal terbang. Boeing buat kapal terbang guna prinsip aerodynamics, thermodynamics, air compressor + gas turbine dan bernoulli. Apakah saintis kurun ke 19 yang cipta semua ni? Tak. Allah dah tetapkan properties langit dan bumi di Luh Mahfuz sebelum penciptaan lagi. Orang Mesopotamia tak tahu nak buat kapal sebab depa bodoh lagi, bukan sebab teknologi tu belum wujud. Kalau angkut 10 orang engineer Boeing naik mesin masa pergi ke zaman Mesopotamia, boleh je diorang buat kilang kapal terbang kat situ time tu.

Meaning to say, this laws, hukum ni Allah dah buat lama, dan dari dulu sampai sekarang hukum ini tak pernah berubah, fixed. Qada dan qadar yang kita sebut, atau sunnah Allah. Orang putih hanya jumpai dan bagi nama je untuk diorang punya aplikasi harian.

Fenomena hujan pasir dan langit merah di Mekah adalah petanda kiamat ni benda budak-budak sebenarnya yang sebar kat FB apa pun tak tahu. Ini semua boleh jadi syirik sebab jahil. Sebarang pemikiran atau struktur pemahaman yang menyalahi qada dan qadar, adalah syirik. Syirik adalah kita mempercayai ada sistem lain berkerja menggunakan formula lain, selain yang telah ditetapkan Allah lalu dia beriman bahawa jika dia ikat tali beserta taring harimau hitam kat pinggang budak, budak tu lalu jadi genius. Itu bukan cara dunia Allah ini bekerja. Itu bangang namanya.


Benda-benda seperti cuaca local, pokok petai menangis, dakwat dalam Quran hilang, ikan naik ke darat... ini semua bukan petanda nak kiamat. Petanda kiamat adalah?

Thinning of the ice, dekat north dan south pole.

Global warming.

Overpopulation.

Species extinction. 

Polution - air polution, water polution, dan brain polution (religious dude forwarding stupid picture claim from God)

Thinning of ozone.


Rabu, 19 November 2014

Curiosity pada kisah Nabi Ibrahim

Nabi Ibrahim dalam Quran bertanya "Tuhan betul ke Kau boleh hidupkan orang mati?"

Tuhan tanya balik, "apakah kau tak beriman?"

"Aku beriman... tapi untuk menenangkan hati."

Kita hari ini nak persoalkan ajaran Mazhab Syafie pun kena tuduh sesat. Kadang aku confused orang Melayu ni sembah Tuhan ke sembah imam Mazhab dan imam Bukhari.

Curiosity, masing-masing ada curiosity yang mesti disoal dengan jujur dan dijawab dengan jujur. Tak ada salah kita nak mempersoal setiap item dalam ajaran agama, kerana Allah letak curiosity dalam hati kita untuk kita cari kebenaran yang menenangkan hati. Selagi kita rasa jawapan tu tak menenangkan hati, selagi tu kena cari. Jawapan yang menenangkan hati selalunya jawapan yang masuk akal, yang kita boleh relate dengan realiti ciptaan Tuhan.

Setiap jawapan yang kita pegang akan ditanya di padang mahsyar kelak, dan untuk menjawab kita mestilah paham dan jejak. Kalau nak jawab saya ikut orang je, mereputlah dalam neraka.

Khamis, 6 November 2014

Mengata Arab nanti jadi macam dia

Banyak juga aku kutuk orang Arab ni sebenarnya. Especially dekat twitter. Tak tahu la yang RT atau Fav tu sebab kelakar ke bagus ke... kelakar kot. Sampai aku pagi tadi berfikir apa tujuan aku sebenarnya. Nak melawak ke memang nak mengata.

Ye la, mana-mana bangsa akan ada juga yang buruk sikit sebanyak. Apatah lagi kalau diperati, sikap buruk orang Arab ni, sebenarnya failure peringkat KBSR saja. Kegagalan pada benda basic yang orang Malaysia dah overcome 10 tahun dulu. Contohnya round about. Orang Malaysia cekap dengan roundabout, tahu sequence. Orang Arab tak tahu guna roundabout. Sumpah bangang gila diorang ni dekat roundabout. Jadi, kalau untuk jadikan sempadan, orang Arab ni dah ke laut tak layak dah untuk kita jadikan sempadan.

Jadi lepas tu aku dah mula sedar dan malas dah la nak mengata orang Arab lagi. Mana aku boleh tegur, aku tegur je diorang ni.

Aku takut bila kutuk orang bukan sebab nak jadikan contoh sempadan atau apa, takut kita mengata dia sebab sedap. Seronok gelakkan dia. Atau nak balas dendam sebab sikap dia buat kita susah.  Sebenarnya. Kita duk cerita keburukan orang takkan buat kita jadi baik. Aku risau diri sendiri yang rosak.

"Abah, ni tak habis ni."
"Alah, sikit je. Orang Arab nu lagi teruk, satu dulang buang gitu je."

Nampak tak? Aku perhatikan. Bila kita suka cari keburukan orang dan kita jaja, sebenarnya kita kumpul benda negatif tu dalam imaginasi kita. As a result, kita dah mula longgarkan kita punya tolerance. Dia tarik benchmark kita jadi loose. Lama-lama kita jadi macam dia. Lepas tu kita terlanggar bahu Arab di KLIA kita cengengkan muka sebab nak bagi dia rasa. Now, we've become like them.

Kat sini orang Malaysia dipandang tinggi. Muka aku macam pinoy, bila diorang tahu aku sebenarnya Malaysian, diorang suka. Bila askar roadblock tanya dari mana dan aku cakap, "nahnu kullu min Malizi." serta merta dia akan sengih. "Aiwa malizi quais, jayyid. Langkawi, Binan (Penang)" So, berada di sini aku kena jaga standard Malaysia. Tak boleh ikut perangai Arab. Secengeng mana pun pakcik Arab, kita kena sentiasa manis muka, senyum dan bersopan. Diorang dengan cara diorang, layankan sajalah. Kalau kita lahir di Saudi, kita pun jadi macam diorang jugak. Mungkin lagi teruk. 

Sabtu, 18 Oktober 2014

Objektif hidup - konsep jasad dan ruh

Semalam, lepas siapkan daily report aku ke toilet basuh muka. Dua tiga kali bilas guna air, aku tilik muka setiliknya. Perhatikan eye bag, jeragat, dan parut jerawat. Lepas tilik muka, aku belek rambut. Dan suprisingly, diam-diam, di celah jambul depan aku aku jumpai sehelai rambut putih - uban. Dah berapa lama dia sembunyi kat situ? Damn... bila aku nak revenge, cabut, aku teringat orang kata uban ni makin dicabut makin banyak. Aku betulkan balik jambul aku biarkan dia di situ.

'A gentle reminder'

Kita semua akan mati. Samada kita mati naturally, sakit tua, pada umur average 70 tahun, atau kita termasuk dalam abnormal death category - accident, lemas, shot, murdered - yang boleh berlaku bila-bila masa. Atau abnormal slow death category - kanser, HIV, ebola etc. Cepat atau lambat, aku akan mati. 

Kelmarin, timbalan ketua Pemuda Pas Kedah, Ahmad Izzat, meninggal kerana komplikasi organ dalaman. Muda orangnya, 34 tahun, yakni umur aku pada tahun depan. Sebelum ni arwah Mahir, 40. Rosdi, 23... hmm... muda-muda belaka kawan-kawan aku ni.

Tuhan menentukan segalanya semenjak awal. Kadar letusan hidrogen di matahari, entropi, dan pusingan karbon, semua dah ditulis. Dan of course Allah dah set dah tarikh untuk kita kembalikan karbon yang kita pinjam ni ke dalam bumi untuk direcycle. Kalau ikut statistik, 70% manusia akan mati tua dan lebihan 30% akan mati mengejut... roughly speaking. Apakah kita berada pada kelompok 70% atau 30%, kita takkan tahu. Kalau tahu benda jadi tak saspens, tak menjadi. Kita boleh pikir, by current rate, kita akan hidup lama lagi. So far sistem dalaman tak ada masalah, peparu ok, jantung ok, gym jarang-jarang, so practically, another 40 tahun boleh pergi. Tapi pada takdir, pada calculation yang Allah tetapkan di Luh Mahfuz 47 billion tahun dahulu, tidak semestinya 40 tahun. 

Mungkin besok. 

Jasad kita ni power tuan tuan. Bab survivor ni dia cekap. Dia ada banyak sensor yang bekerja untuk hindarkan kita dari bahaya. Kaki cucuk duri sikit, sensor hantar isyarat sakit supaya kita take action. Bila sel perlukan kalori, dia laparkan perut menjerut-jerut. Kalau lalu jalan kubur, jantung dub dab dub dab, dia suruh kita lalu jalan lain. Kena kejar kera, adrenaline akan dirembeskan lalu kita berlari dan melompat kalah kera. Ini kerja fisiologi kita. Otak pula sebagai ketua pasukan keselamatan akan berkata secara angkuh, "tuanku, aku jaga tubuhmu sebaiknya, makanlah, enjoylah. Umurmu panjang lagi. Makanlah. Kalau apa-apa sakit akan aku beritahu." Selagi tak sakit, kita akan rasa mati kita lambat lagi, lambat lagi. InsyaAllah lambat lagi. Ikutkan teori memang lambat lagi, tapi perancangan kita takkan mengatasi 'Grand Plan' milik Allah. Perancangan Mutlak yang manusia takkan pernah tahu.

Live as long as possible & reproduce as many as possible. Evolution. Ini dua language yang printed dalam jasad kita sepanjang proses evolusi. This is the program in the body, the faith of hormones, be it animal or men. Binatang dia integrated dalam sistem ini. Dia takde awareness, takde kebolehan untuk disintegrate dari natural response dan create idea sendiri. Binatang, tumbuhan dan non-organic material hundred percent follow nature [17:40], function as how they are programmed to function.

Manusia berbeza. Manusia bukan sebahagian daripada bumi. Jasad kita yes. Our body is part of nature, made of earth material yang boleh diklasifikasikan macam binatang - mamalia, vertebrata, omnivor, homo spc, dsb. Badan kita berkumuh dan membiak sama macam binatang lain. Ada ginjal, peparu, usus dll. Our body functions as how it is programmed to function by Allah. Hair grows, cells reproduce, rice goes in shit comes out, etc. Obviously, badan kita dan binatang adalah sebahagian dari sistem Qadar - the Grand Plan.

But not us.

Ingatlah wahai pembaca blogku yang hina dina ini, Allah jadikan manusia pertama Adam bukan pada saat pertama kejadian dunia [76:1]. Allah setup dulu pentas dunia selama enam selang masa. Ketika Allah tiupkan ruh Adam ke dalam jasad manusia, bumi dah ada, matahari dah established, even binatang karnivor sudah membiak banyak di bumi. Ketika itu, ekosistem di bumi sudah mencapai titik optimum to start off our existence - human. We were not part of it, we were introduced to it when everything was already in place. By looking at the ecosystem condition at that particular of time, Malaikat questioned God's move, "Why should you send human there where they will corrupt the system and spill their blood?" [2:30]

Allah jawab, "I know what I am doing."

Then surprisingly, Allah pertunjukkan kepada Malaikat yang Adam ini berbeza, jauh berbeza. Seolah-olah, "malaih aku nak ceghita, hangpa tengok la sendiri." Ya, Adam dibawa ke depan para Malaikat. Malaikat sangka makhluk ini binatang yang akan bunuh membunuh untuk survivor dan reproduce. Shockingly no. Adam bercakap, took part in the intellectual meeting. Adam sebut nama-nama benda, seperti mana diajar. This showed intelligence, awareness yang bukan sebahagian dari hukum natural yang ada dalam anatomi binatang. Adam muncul dalam bentuk fizikal tapi pengetahuannya bersifat spiritual - conscience, imagination, cognitive, logic. Sesungguhnya, dalam naratif surah al-Baqarah ini, seolah-olah kita boleh lihat mata para Malaikat terbeliak, shocked, dan akhirnya semua sujud hormat. 

And of course, except the bad boy - iblis. 

Kita khalifah. Kita bukan sebahagian dari alam, kita ditiupkan ke dalam jasad ini, turun ke alam ini untuk manage resources, manage civilization, untuk lead humanity ke arah satu tamadun dunia yang perfect agar dunia ini menjadi tempat bersuka-ria sebaiknya untuk semua manusia, sementara kita akan kembali kepadaNya. Segala benda yang kita buat untuk mencapai objektif utama tadi - khilafiah - akan dipersoal di sana, di depan para Malaikat yang awalnya cukup skeptikal dengan kehadiran kita ke dalam sistem stellar.

I gave you intelligence, how did you use it?

I gave you power, where did you channel it?

Your young age, on what had you spent?

I gave you a desire to be respect, why didn't you respect your fellow human who has the same desire?

Why you choose the way that chosen by iblis - a disrespect - that you selfishly approved yourself to do things you will never approve if others do to you?

Sehelai uban sedarkan aku, setakat ini sejauh mana sudah aku berbakti pada komuniti? Sejauh mana perubahan telah aku bawa ke dalam famili, saudara, rakan, office, kampung, daerah dan semua. Sehelai uban sedarkan aku masa aku semakin singkat bukan semakin banyak. Ini baru rambut, nanti-nanti ginjal, usus, jantung, otak... Dengan current progress, fail yang bakal aku kelek ke depan Allah dan malaikat nanti, kat dalam tu apakah ada banyak cerita baik atau cerita merepek? Takkan nak buka topik akademi fantasia? Time tu nak menipu tak boleh. Buku dah ditulis. Si mati lain akan jadi saksi, bahkan anggota badan sendiri turut sama nak bercakap.  Bayangkan tangan tu suka sign OT tak sah. Atau mulut yang suka jatuhkan maruah rakan yang absent ngeteh. Atau perut yang makan benda haram.

Hmmm...

Jasad kita bercas negatif. Dalam badan kita ada unsur-unsur iblis, bukan iblis palesit hantu raya, tapi unsur keiblisan, yang orang Arab sebut nafs. Nafs dari segi bahasa bermaksud diri, manakala dari segi istilah bermaksud self-centered. You are king, you are everything, others are nothing. Ingat dua objektif jasad - live as long as possible & reproduce. Inilah self-centered. Dua benda ini yang make sure biological tree evolves upward to 'produce' the most perfect/robust product of evolution. Natijahnya, apabila kita diberi jasad ini dalam perut ibu, dua benda ni naturally installed dalam genetik kita, darah kita, apatah lagi dalam kita punya sistem refleks. We then grow up, absorb semua yang negatif dalam environment. Weird but true, benda negatif lagi senang belajar dari benda positif. Why? Sebab benda negatif semua sedap. Why? Because, it is in your genetics, you are made to like them. Just think of a free sex.

Oleh yang demikian...

Untuk menjadi khalifah, kita mesti kalahkan dua benda ni. Manusia yang paling efektif adalah manusia yang berjaya kalahkan nafsu. Carilah dalam mana-mana agama, walaupun methodologi berbeza, objektif mereka sama iaitu kalahkan nafs. Hindu dengan cucuk badannya, Buddha dengan pensamiannya, dan Islam dengan solat dan puasanya. Hanya manusia yang berjaya keluar dari sistem jasad, berjaya kalahkan 'the force of evolution', akan jadi manusia berbeza, manusia yang paling berguna yang objektif hidupnya berada pada paksi spiritual - ukhrawiah. Hanya manusia yang 'berjaya' yang 'selamat' yang pada zaman Rasulullah disebut 'yang Islam' yang mampu jadi khalifah, yang mampu enforce sistem civil/moral dalam pentadbirannya. Sistem perkahwinan, sistem ekonomi, sistem pendidikan, dan semua sistem untuk make sure nafsu serakah pada pizza dan alat sulit dinikmati semua manusia dengan hak dan adil.

Fikirkan... how enlightened are we? How Islamized are we? Saya tahu IC anda Islam, tapi Allah tak tengok IC. Dia tengok kad report kita yang mengandungi aktiviti kita from day 1 to days 21,875, apakah banyak benda bermoral atau merepek. Tidak kira IC awak ditulis agama apa, you can create thousands perception towards God along your journey, tapi yang betul dikira adalah amalan awak, baik atau tidak, sebab benda ni yang affect your surrounding, ultimately affect human civilization. [2:62]

To change the world, change yourself. Check your conscience. Muhasabah diri ketika sepi dan gelap, di mana kita pada ketika ini. Apakah tindakan kita hari ini mengikut nafsu, atau mengikut fitrah ruhiyyah - spiritual awareness - dalam hati yang ditiupkan Allah bersama-sama ruh Adam dahulu. Tanyalah diri sendiri sebelum ditanya Pencipta. Tasyhid, solat, puasa, zakat, haji, ini semua modul agama Islam yang objektifnya menjadikan orientasi karakter kita betul. Ini cuma modul, bukan produk. Solat bukan objektif hidup kita sebagaimana ramai ustaz tafsirkan ayat 'diciptakan jin dan manusia untuk beribadah.' Salah jauh. Kita diturunkan ke bumi bukan untuk solat. Solat yang dicipta untuk kita. Untuk kita. What we do is for our own self. Allah tak gemuk dengan solat kita, tak pula Dia sakit kalau semua manusia kufur. Solat diberi sebagai modul untuk latih diri kita melawan hawa nafsu, by meditating in spiritual realm. Ultimately, ibadah kita yang sebenar adalah apa yang kita buat selepas kita bangun dari sejadah, selepas kita keluar dari masjid [62:10] mencari keredaan Allah dengan melakukan kerja khilafiyyah. Ibadah staf Maintenance Dept Syabas adalah untuk repair paip air bocor di Kota Damansara. Kalau tak betulkan orang akan mati, atau keracunan. Kalau kita malas atau slow, orang akan mati dulu baru paip siap repair. KPI kita sbg khalifah akan hancur. Macam mana nak jawab di Mahsyar nanti?

Tugas khalifah - to serve humanity. Khalifah live for others. Animal live for itself. [7:179]

Jika takdirnya korang ditawan ISIS. Korang lalu diberi sepucuk pistol. Kemudian didatangkan ke hadapan korang lima orang lain dan korang diberi arahan di depan kamera, "shoot them all you survive, shoot yourself they survive. Choose."

Orang Melayu Islam biasa yang dengar GST pun dah meroyan dekat Facebook, apabila berada di situasi ini orang Melayu itu akan terus gila. Sudah tentu time tu tubuhnya akan haywire, otak, jantung, darahnya semua stress dan memekik, "bunuh. bunuh diorang semua Bakri, bunuh. Ko tunggu apa lagi? Ko nak mampos? Eh, setiap minit dalam dunia ni manusia akan mati la. Kalau tak kena bunuh, eksiden. So, apa masalahnya?" Bam, bam, bam, bam, bam, darah memancut...

Sami buddha yang enlighten, akan senyum. Dia rileks sebab dia percaya bila dia mati bermaruah macam ni dia akan lahir semula jadi king. Lalu, si sami akan diamkan jeritan otak dan perutnya dan berbisik pada jasadnya, "one die, better than five." Bam, dia tembak dirinya sendiri.

Ask yourself, what would you do?

sumber gambar - hikmatun


Isnin, 15 September 2014

Cerpen percuma Fixi MF2014 sempena hari Malaysia

Dua tiga minggu lalu Fixi contact aku. Aku ingat dia nak bagi duit. Aku kerling tengok kalendar, eh, awal lagi. Rupa-rupanya dia nak suruh tulis cerpen. Projek baik, katanya.

Tanpa mahu mensaspenskan aku teruk-teruk, dia beritahu detil. Katanya cerpen ini dari penulis Malaysia berjiwa Malaysia untuk rakyat yang cintakan Malaysia, sempena Hari Malaysia ke... err... ke berapa eh? Ah, untuk hari Malaysia 2014, MF2014. Maka cerpennya harus punyai elemen kebangsaan berkisar peristiwa utama yang berlaku di bumi (atau udara) Malaysia pada tahun ini.


Perkara pertama ketuk kepala aku sudah tentu MAS.

Dalam bulan April dan Julai, kerajaan Malaysia dan MAS cuba diperkotak-katikkan dunia dan PKR demi menunjukkan kerajaan kita lemah. Aku dulu pangkah PAS dua-dua kertas undi aku pangkah PAS. Pun begitu, bila 60% kerusi Parlimen di Malaysia dimenangi BN, tidak dapat tidak aku mesti hormati perbezaan pendapat di kalangan kita lalu aku support Najib 100% sebagai Perdana Menteri Malaysia. Ini konsep demokrasi.

Aku pun tulis cerita tentang Alea, tunangan si Kamil yang baru board MH17 di Amsterdam. Separuh jalan, aku beritahu Fixi akan jalan cerita aku secara samar. Fixi dia gelak sebentar di Whatsapp. Dia kata dah ada orang tulis pasal flight (ye la berita tu paling hot kot), tapi okey dia terima sebab cerita aku tidak directly dalam kokpit.

Aku terfikir kalau cerita ini jadi repetitive.Tak best. Ketika berkhayal ke bilik air dan berendam dalam tab air di Jeddah, aku dapat kasyaf. Kasyaf ini macam signal radio dia masuk dalam kepala dan mainkan drama kat kampung beberapa bulan lepas. Mata aku terbeliak. Aku sengih. That's it!

Aku delete semua cerita MH17 dengan rakus. Air liur aku meleleh. Sengih aku tak habis. Aku mula serius. Aku buat cerita lebih dekat dengan hidung orang Melayu. Mula di kedai kopi, tepi bendang yang selalu penoreh getah lepak. Ini cerita sensasi yang dekat dengan aku. Cerita yang aku bicara dalam telefon selama hampir setengah jam dengan sepupu sambil dia menangis sebab orang duk hentam dia dalam TV3 dan Harian Metro. In before, video tersebut sudah pun viral di media sosial.


Cerita ini cukup dekat. Aku tweet untuk defend keluarga aku. Ramai orang RT, wartawan Hazrey pun RT dan reply guna alias. Nak tahu cerita apa, sial download antalogi cerpen Fixi ini. Ha nampak typo sial kat situ kah kah. Sila download. Percuma. Ya, PERCUMA, FREE, GRATIS.



Hari ini keluar e-Sentral [KLIK UNTUK DOWNLOAD]

Sudah keluar di Google Books [KLIK UNTUK DOWNLOAD]

Terima kasih Fixi.

Khamis, 4 September 2014

Cerita di Saudi Arabia - penipuan duit belen di Stesen Minyak

Di sini aku tinggal di Jeddah, tapi kerja di Shoaibah iaitu sebuah pantai yang terletak 120km dari Jeddah. Setiap hari kena ulang alik der.

Perjalanan tak lah teruk sangat. Berbekalkan keselesaan Hyundai Santa Fe, aku drive pagi-pagi layan trafik, layan mat rempit Arab dan layan saher (kamera AES) di tepi-tepi jalan. Balik kerja pun sama la keadaannya.

Sebab jarak jauh, satu tangki petrol Santa Fe tak cukup nak cover perjalanan pergi balik. Oleh demikian, ada satu stesen petrol di tengah-tengah jalan gurun aku berhenti pagi-pagi untuk isi minyak dan pekena breakfast - kebab dan kopi. Kebab dia ada banyak isi boleh pilih, daging, hati, ayam, telur dsb. Yang jadi favorite kitorang telur je la. Telur goreng, taruk mayonis, taruk sos tomato dan pepper, jadila kebab yang sedap walloohi. Roti dia pakai tu yang sedap, lemak.

Stesen minyak kat sini tak eksklusif macam Malaysia. Kat sini appearance diorang tak jaga, berminyak, kotor berdebu, lebih-lebih lagi yang terletak jauh dari bandar. Pekerja stesen pula kebanyakan Pakistan.

Ada beberapa orang pakcik Pakistan ni suka bagi belen tak cukup. Bukan tak cukup seriyal dua riyal, tapi seratus even 400 riyal. Yang menarik adalah trick dia. Dia punya hipnosis, dia punya NeuroLinguisticProgramming dia almost flawless yang kita dalam keadaan berhati-hati still kena. Stesen minyak ini di tengah-tengah gurun, di tengah-tengah hiway ke Jazan, terus lagi keluar ke Yaman. Jadi yang berhenti di situ adalah mereka yang drive jauh, nak ke kedai tergesa, letih of course - keadaan minda sebegini mudah kena hipnosis, sebab you ada banyak benda dalam kepala selain rasa mahu cek baki. On top of that, banyak bukan regular customer.

 Beberapa bulan lepas, pakcik ni serve aku. Sebaik sampai kat sini, kawan semua dah ingatkan aku pasal jenayah kecilan ini. Aku bagi dia lima ratus. Aku cakap aku nak resit. Sebaik dengar aku nak resit, tangan dia yang nak ambik duit baki dalam poket terus stop. Dia ke belakang dulu ambik buku resit, dia tulis berkerut dan kasi aku resit. Lepas tu dia keluarkan sekepal duit baki bergulung2. Dia bagi duit kecik dulu, dia kira one by one, then dia bagi aku 73 riyal (minyak 27), then dia pause. Aku renung muka dia, riak dia pun macam 'Oh, ada lagi,' dia bagi lagi empat ratus.

Kali pertama aku biarkan.

Beberapa minggu selepas itu, pakcik sama serve aku. Selesai isi minyak, kali ini bos aku yang duduk sebelah hulur kat aku not 500, aku bagi dia, aku tak minta resit. Dia tengok ke LCD pam minyak yang buruk, dia mula kira duit kecik, satu satu sampai 65 riyal dia bagi aku. Kemudian dia simpan, dia keluarkan sekepal lagi duit. Dia ada dua gulung, segulung duit kecik segulung duit 100 dan 50. Dia keluarkan, dia kira empat ratus. Time ni aku puas hati sebab dia kira betul. 

"Ok, thanks," kataku.

Aku pun bagi baki kat bos dan beredar. Tak sampai 50 meter berjalan, aku brek mengejut bila bos aku kira tak cukup 400, ada 300 je. Aku konfius. "Tapi tadi tengok dia kira ada 4 keping."

"Tak, ada 3 je."

Aku bengang sebab kena tipu, aku pusing balik dan berhadapan dengan pakcik ni. Aku keluar kereta dan bagitahu dia baki dia bagi tak cukup. Dia pun hulur seratus. Aku dah prepare nak bertekak ke apa kan tapi laju je dia hulur 100 tak nak nafikan apa-apa, atau minta justify. Aku pun marah dia. Aku cakap bahasa Arab broken aku, lantak lah. "Limaza tak khuz? Anta turidu saariq? (ko nak curi?)" Dia kemudian cakap apa aku tak paham. "Qotoq yadak, qoto' yadak," aku kata. "Potong tangan kau, aku potong tangan kau." "Haram, haza haram, anta kazib," haram ni haram, kau selalu nak tipu heh? Aku dah tunjuk ke muka dia aku nak cakap kalau aku tengok kau buat lagi benda ni jaga kau, tapi aku tak reti nak translate. Aku "Urkgh!" kan je.

Geram betul. Aku tengok dia kira 4, damn... aku kena beb. Bos aku cerita, gulung duit dia tu sendiri tricky. Magic. Sebelum gulung, duit tu dia lipat dua. So, akan ada sehelai duit dia kira dua kali. Jadi kita tengok dia kira 4, actually 3 saja. Cilakak betul.

Lepas tu aku dah tak nampak pakcik tu. Aku tahu dia terkesan kena tengking aku. Aku perasan dia nampak kereta aku dia blah ke pam sebelah. Depa ni kalau kita ugut nak call manager depa takut. Ntah ada permit ke tak kerja diorang ni. Tapi masih lagi nak menipu.

Kelmarin, selepas beberapa bulan duit baki cukup dan okey, kelmarin aku kena lagi. 470 baki, dapat 370 yang aku sedari hanya bila sampai office. Satu hari di ofis aku down. Aku duk ulang pikir, ulang pikir, macam mana aku kena tadi?

Esoknya, sambil duk isi minyak, aku keluarkan resit minyak semalam, aku tanya pam attendance, "kau kenal tak sapa sign ni?" Dia tilik, dia kata pakcik tu sambil tunjuk. Ha, betul aku cam muka si penipu tu. Ini pakcik lain, bukan yang aku tengking dulu. Dia tanya kenapa. Aku cakap pakcik ni bagi aku baki tak cukup semalam. Dia pun panggil dengan bahsa Hindustan dia. Entah dia kata apa sama pakcik tu. Lepas tu pakcik tu tengok muka aku banyak kali. Aku mmg duk tenung dia dengan riak mahu makan orang la. Nak kena dia ni.

Lepas isi minyak aku parkir kereta depan kedai dan berjalan gaya 3 line ke pam. Sampai saja dekat pakcik ni, aku dah prepare macam-macam hujah dan ugutan dah, tapi sesampai terus dia hulur aku seratus tak sempat aku cakap apa. Yang dia sembang hindustan tadi, budak tu dah bagitahu kes yang aku bawa. Terus dia hulur. Dia cam aku, dia tahu aku tahu dia tipu aku semalam. Haramjadah diorang ni. Aku tak boleh blah macam tu je. Aku kena bagitahu.

"Why you did this? This is haram, why you did this?"
Dia pandang sana sini la.
"This is not first time, so many time. My friends also you cheat. Why?"
Dia jawab English gagap-gagap, dan macam biasa aku tak dengar dia jawab apa.
"Please don't do this," aku cakap, "This is not good. This is haram. Please don't do." Aku blah.

Diorang ni gaji kecik. Kerja pam minyak takde lah memenatkan sangat, tapi kita tahu kehidupan golongan ni macam mana. Jadi setiap kali isi minyak mmg jadi tebiat kitorang bagi tips, seriyal, dua riyal, ikut tengok duit belen kecik. Tapi kalau dah menipu duit haram macam ni mmg aku tak bagi muka. Duit haram tu anak-anak dia makan. Dia bila tengok anak dia makan duit haram, dia sendiri akan rasa bersalah. Sebab kesempitan hidup, dia akan tahan, paksa diri untuk terima anak makan duit haram. Jiwa dia terseksa, tapi dia tahan. Dia akan justify sendiri-sendiri bahawa dia terpaksa ambil duit haram, terpaksa tipu. Lalu aku nampak muka diorang tak ceria, takde seri, takde sinar hidayah. It just a skin, broken soul inside. Aku nak bagitahu dia, this is not the way. Jangan buat macam ni. Fikir cara lain.

Kawan aku katanya pernah 'sedekah' 400 riyal dekat pakcik tu sebab yang aku cakaplah, letih dan tergesa-gesa mahu makan kebab. Hulur 500, di lengah-lengah, dibagi baki 67 riyal lambat-lambat, terus blah ingat tadi bagi seratus.

Kalau korang satu hari tiba di stesen minyak ni, minta hati-hati la ya. Diorang ni kuat menipu.



Khamis, 28 Ogos 2014

Jihad seks dan Wahabi

Aneh tapi ada wanita Malaysia kita ke Syria, nak bagi khidmat seks untuk pejuang. Kalau nikah proper, seks proper tak ada masalah. Tapi askar berapa ramai, gundik berapa ramai? Apakah kesakitan berperang luka itu jihad lelaki, kesakitan disenggama beramai-ramai itu jihad perempuan?

Ini kisah gadis yang dipaksa jadi penjihad seks di Syria.


Bila ramai perempuan Arab taknak jadi konon 'pejuang', depa import dari Malaysia pula. Even, dari banyak tempat rasanya.

Hmm...

Nabi dah lama bagitahu, sesiapa yang nak berjaya di dunia, hanya boleh dicapai dengan ilmu. Siapa yang nakkan akhirat, juga dengan ilmu. Dan of course, kalau nak berjaya di dunia dan akhirat pastilah dengan ilmu++.

Kemaruk nak berjihad tanpa ilmu jadi bangang macam ni lah.

Aku sekarang sedang menelaah buku Princess tulisan Jean Sasson. Aku cerita dekat kawan aku beberapa pengalaman teruk Puteri Sultana, dia kerling dan question aku, "kau percaya ke omputih?" Aku nak jawab tulisan atheist tidak biased mana-mana agama paling baik untuk kita start off pencarian/analisa. Tapi aku diamkan. Tidak perlu berhujah kalau kita faham keadaan belum bersedia, selagi pencerahan itu tak effect apa apa pun pada daily life.

Puteri Sultana cerita tentang Arab dan seksual. Especially penyalahgunaan seks di kalangan Arab makam tinggi. Jika mereka hanya libatkan sex toys lantak lah, tapi yang sedih bila hal ini menyakitkan dan merendahkan kaum wanita. Perempuan jadi macam barang. I want, you come, I don't, you go. Just like that.

Bila demand persenggamaan haram ini menggila, vacuum dalam market jijik ini menyedut adik-adik innocent dari populasi Arab bawahan yang terdesak dalam hidup. Even di Cairo sendiri, budak-budak dijual untuk seks. Arabs, kata Sultana, suka kelangkang budak. 14 tahun, 15 tahun, sudah jadi isteri kepada suami 60-an, 70-an, atas nama politik, bisnes dan perpaduan. Apa budak itu rasa bapak dia nak kisah apa?

Aku pernah ke Bahrain. Di Bahrain, aktiviti maksiat mencolok mata. Kalau di Malaysia kita pelik nampak pakcik berkopiah panah anjing, di Bahrain kau akan muntah tengok Arab pakai jubah putih, semutar bawa biji tasbih masuk pub layan GRO dan alkohol. Bagi Arabs, Bahrain ini jannah.

Arabs is sick.

Aku berpendapat sindrom jihad seks ni sejenis manipulasi seksual ke arah itu, atas nama jihad. Apabila penggila seks mahu ikut serta berjihad dia jadi layu bila tidak dapat seks. Atau apabila jihadist berkurang, ditarik para penggemar seks dengan gula-gula penjihad seks. Formula ini kita boleh lihat banyak angle, boleh pertikai, tapi still; a common sense, is it so hard to get each army a local wife? Is the pain of being rape by many, considered a jihad? Are you defining sexual jihadist as a tool to boost your fucking crazy morale?

A tool?

Ya, mengikut Puteri Sultana, di middle East wanita jadi macam alat. Ditutup hitam, faceless. Walking faceless creature, cannot speak, cannot smile, cannot choose what she want in life. Semua ini, mengikut Reza Aslan dalam buku No God but God, dilakukan penguasa yang fanatik Wahabi, yang ban kaler pada tubuh perempuan, ban wajah perempuan di public, ban lesen memandu untuk perempuan. Jihad seks juga dipelopor oleh pengikut fanatik Wahabi walau Muhammad bin Abdul Wahhab sendiri tak pernah suruh.

Hmm... oh ya, pernah suatu hari aku ke HyperPanda (HyberBanda). Shopping. Sedang ralit pilih sayur, seorang pakcik Arab sebelah aku ni tiba-tiba mendongak. Aku lihat dia gelisah. Di mencari-mencari. Di sekeliling dia ramai la makcik-makcik Arab berabaya dan berpurdah tengah pilih sayur. Aku tengok dia macam pening kemudian dia panggil entah mana-mana, "Hoi, hei." Kedengaran suara perempuan berbalas. "Ha, hena, hena," angkat tangan. Kat depan dia je.

Aku tahan gelak. Dia cari bini dia daaa. Dah semua sama, gelappp je, tak tahu mana satu. 

Hmmmmmm....

Kita mewarisi agama Islam. Kalaulah 30 tahun lalu kita lahir di Kampung Impedu Miu di Thailand, nama kita 99% kemungkinan bukan lagi Ahmad Reza tetapi Ong Krak Thong, beragama Buddha tiap-tiap hari makan babi.

Apabila kita discuss fasal agama, tolong faham bahawa ilmu pengetahuan universal perlu kita patuhi terlebih dahulu. Ilmu mantik, statistik dan sains matematik mesti strong untuk kita analyze data-data dari teks, inskripsi, cerita bawaan orang dan sebagainya. Kita berterima kasih pada saudagar Arab yang bawa Islam ke Tanah Melayu, tetapi mengikut telunjuk mereka buta-buta bukan sejenis terima kasih. Itu bangang namanya.

Kita ada maruah Melayu, bangsa kita bangsa Melayu yang bukan diberi nama oleh British, Portugis atau Saudi, tapi Allah. Tuhan.

Tuhan yang jadikan bangsa Jepun dengan tradisinya. Bangsa Roman dengan tradisinya. Bangsa Cina dengan tradisinya. Allah yang setup cosmic yang membentuk sistem stellar yang mengelilingi bumi. Allah letak bumi di orbit ke-3 sejauh 149,600,000 km dari matahari dengan bentuk ellipse berpusing dipaksi senget membentuk iklim, gunung, sungai dan variasi ekosistem. Indeed Allah buat ikut apa yang Dia kehendaki. Manusia lalu berbangsa-bangsa, berbeza rupa dan perangai. Allah yang tentukan kita bangsa Melayu. Maka kita kena maintain Melayu, jaga identiti Melayu, jaga adab resam Melayu.

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya. - Hujurat, 13.
Fahamkan sebaiknya apa itu suruhan agama, apa pula suruhan palsu yang bermotifkan kuasa. Apatah lagi adat tradisi buruk dalam populasi manusia lain.

Susah nak jawab di padang Mahsyar esok-esok. Soal Malaikat, "Allah suruh kamu jaga kemaluan dan maruah kamu untuk keluarga dan keturunan kamu, mengapa kamu ke Syria untuk disetubuhi sebegitu?" kalau setakat nak jawab, 'saya ikut orang je.' Kalau rasa jawapan tu strong, silakanlah.

Be wise.

Isnin, 25 Ogos 2014

Arab Saudi, kereta dan jalan raya

  1. Di Saudi, perempuan tak boleh bawak kereta, motosikal, van apatah lagi bas ekspres. Dipendekkan, wanita tak boleh drive. 
  2. Suprisingly, bawak kapal terbang boleh
  3. Ada dua difficulties utama semasa awal-awal aku mula drive di Saudi, especially di Jeddah. Pertama, stereng belah kiri. Kedua, kondisi trafik di jalan yang ada line tapi macam takde. Lelaki Saudi merempit MPV macam pelesit. Sumpah.
  4. Minyak murah dia tekan je la ada apa dia nak kesah...
  5. Walaupun begitu, orang Jeddah pergi ke Cairo, dia surender. Drebar Cairo lagi gila, katanya. Aku check dengan kawan yang pernah pergi Cairo, hah, memang gila, katanya, aku pun hampir kena langgar.
  6. Di sini banyak AES. Depa bagi nama saher - sim, alip, ha simpul dan ro. Yang menarik, kalau di hiway dari Jeddah ke Mekah, atau ke Madinah, saher ni banyak diorang letak dalam kereta Toyota Inova. Lensa kat cermin belakang. Kalau nampak Inova park tepi jalan bontot dia elok sunting ke arah jalan tu, konfirm saher. Selalunya dari jauh nampak seketul objek ada gaya Inova, aku dah reduce speed dari 200 km/j ke 110. Sekali kena saher, melayang at least 300 riyal (around RM280). Kalau laju gila mahu 600. Di Malaysia, AES kita, sebelum betul2 jumpa kamera, ada lima nam tujuh lapan sign untuk watch out kamera, kat sini takde. Diorang sembunyi lagi ada. Inova tu, dia park belakang pokok, belakang batu. Memang style. Yang kecik berbentuk kotak pun ada, yang ni memang murah rezeki. Flash keluar aje sebab serius tak nampak. 
  7. Diorang ada juga saher yang fix macam Malaysia punya. Langsung tak efisyen sebab nampak. 
  8. Kat trafik light turut dipasang kamera saher, bertujuan untuk mengajar lelaki Arab bahawa lampu merah itu bukan sekadar cadangan. 
  9. Selain saher, banyak polis trafik memantau. Selain tidak kacak, berkulit kaler Barrack Obama, polis ini bisa mengejar dan menyaman pesalah trafik di hiway. Almost everywhere ada polis. Namun begitu, rempit tetap rempit.
  10. Tak semua, sesetengah mereka okey je, skema. 
  11. Roundabout. Roundabout di sini tak banyak. Kalau ada pun tak complete circle, maksudnya dia sekat somewhere so that kita tak boleh round habis. Banyak roundabout ditutup sebab drebar saudi tak mampu nak appreciate sistem roundabout ciptaan British. Roundabout punya sequence tu, diorang tak boleh accept, tak boleh digest. For them it is too complicated. Yang masuk nak masuk, yang dalam nak keluar bertembung takkan sesekali mengalah mampos lah apa nak jadi. Banyak accident berlaku di roundabout yang kalau korang buat simple CSI langsung tak logik boleh eksiden terbongkang lagu tu di sebuah roundabout yang hening. Kesudahannya, banyak roundabout tutup. Trafik light diorang follow sebab ada kamera. 
  12. Di Bahrain, sebelum masuk roundabout ada bump. So, memang kena slow down. Quite effective. 
  13. Petrol di Saudi murah, 60 sen seliter. (RM0.53)
  14. Bila berlaku eksiden, standard lah jalan akan jem. Yang hangin bila kau expect sebegini punya jem confirm teruk, entah-entah meninggal na'uzubillah, tetiba sekali tengok cium sikit je. Diorang tak kira, sikit ke terguris ke, depa akan lepak situ sampai polis datang. Tak boleh kalih, tak boleh buat apa, biar je situ. Kereta lain tak boleh lalu pun, biarkan. Polis pun tak boleh lalu, biarkan. Untuk sebuah kemalangan, hanya polis boleh setelkan.
  15. Jalan sini lebar. Tar bagus. Kereta murah. Untuk nak pastikan takde mende di dunia ini perfect maka mereka perlu bawa kereta macam pelesit. The beauty of equilibrium. 
  16. Di jalan hampir tiada motorsikal. Panas kot. Mungkin juga sebab kereta bukan lagi maze yang tersusun tapi unpredictable dan langsi.
  17. Peralatan di kereta paling banyak diguna ialah horn. Paling kurang - signal punya lampu. 
  18. Horn di sini maximum utilized. It is designed to communicate, and walloohi, it is efficient.
  19. Kesimpulannya, setiap hari drive dari rumah ke tempat kerja sejauh 120 kilometer, kami memandu berhati-hati. Kena saman sakit, kalau eksiden even sikit pun sakit. Di sini, always remember one ultimate rule - Arab always right.

Ahad, 17 Ogos 2014

Sedikit cerita pasal Tuhan, Pencipta

Aku bukan ustaz. Tapi itu bukan syarat untuk diam dan buat tak tahu. Sampaikanlah walau satu ayat, apatah lagi berayat-ayat.

Islam itu fitrah. Bila masyarakat Jahiliyyah Mekah duk kumpul berhala letak dalam ka'abah dan pakat-pakat sembah minta rezeki, minta menang perang, minta anak lelaki... Nabi Muhammad datang katok semua berhala dan beritahu puak-puak Jahiliyyah yang datang jauh-jauh nak tawaf bogel, apa pasai duk sembah batu walhal Tuhan betui duk ada atas sana? Tuhan itu satu, yang cipta kamu semua, yang berikan kamu rezeki tidak kira kamu datang dari puak mana, dan Tuhan itu yang nanti bila mati kamu akan jumpa bukan rupa batu-batu ni.

Skrip aku reka di atas adalah fiksyen kreatif berdasarkan apa yang berlaku ketika Rasulullah kembali mengerjakan haji selepas lebih sepuluh tahun meninggalkan Mekah berhijrah ke Yathrib. Skrip yang menunjukkan Islam datang untuk mengeluarkan unsur tahyul dalam kepala otak manusia, dan mengembalikan otak waras ke dalam urusan kepercayaan, ketuhanan, terus dipersembahkan dalam sistem sosial yang mantap.

Islam adalah cara hidup fitrah - semulajadi, common sense - yang semua manusia boleh paham dan rasa. Lawan kepada fitrah adalah tahyul, illogical yakni benda-benda karut yang kita tak boleh justify, compute, feel, imagine atau rasa, yang hanya disokong nafsu, penipuan dan kezaliman. Anti-fitrah juga adalah semua parameter-parameter yang kalau kita apply dalam fungsi buatan Allah ini, hasilan akhir keluar gagal.

Tuhan yang cipta bumi, langit, matahari, adalah Tuhan yang sama. By logic, by scientific findings, by common sense, Tuhan yang cipta semua manusia adalah Tuhan yang sama. Theoretically, kajian sains alam menjurus ke situ - singularity. Oneness. Bentuk wujud Tuhan itu macam mana jangan ditanya sebab akal kita hanya terhad untuk process benda dunia, benda-benda within scope space-time. Di luar skop, tiada logik yang boleh kita analyze untuk create satu pemahaman. Benda yang wujud sebelum big bang dan benda-benda ghaib yang ada beyond alam kubur pun Stephen William Hawking tak boleh nak compute, apatah lagi Tuhan. So, be considerate, please. Justeru, apabila kita tampil jadi hero atau ustaz dalam masyarakat dan nak bantu manusia untuk paham Tuhan itu bagaimana, kita kena hati-hati dengan warning yang Quran bagi.

Janganlah kamu melampaui batas dalam perkara ugama kamu, dan janganlah kamu mengatakan sesuatu terhadap Allah melainkan yang benar - Nisa, 171.  
Mengapa kamu berani mengatakan terhadap Allah, apa yang kamu tidak mengetahuinya? - Yunus, 68.
Apabila ditanya siapa tuhan kamu? Para pelajar akan jawab, tuhan kami Allah. Pelajar KBSM yang cemerlang dalam PI akan jawab tuhan kami Allah, tuhan orang Islam. Tuhan orang Kristian pula dipanggil Jesus anak kepada Zeus. Zeus, Al-laat, Al-Uzza, Al-manaat, Baal, Waad etc. adalah nama-nama tuhan puak-puak polytheist sebelum Islam, nama khas yang specific seperti nama IC. Rasulullah membacakan Quran yang mengajar manusia untuk tidak memberi nama pada Tuhan. Allah bukan sebuah nama khas untuk tuhan orang Islam. Allah literally means the God, that God, the one God, Tuhan yang manusia perlu acknowledge dalam hati - i'tiqod menjadi aqidah.

Apabila kita, orang Islam, ditanya seorang mat Saleh di sebuah restoran, "so, dude, who is actually your God, I only heard they call him Allaa.." jangan marah dia sebut Allah pelat, jangan juga marah kalau gaya dia perlekeh. Kita aware isu-isu anti-Islam hari ini. Kita jangan baca jawapan ikut skrip KBSM atau skrip-skrip mainstream. Mat Saleh tu bukan Islam. Kita kena jawab ikut fitrah hati, bahasa yang semua manusia boleh faham.

Jawablah, my god is the one God and he has no specific name, except good names that we normally used to call Him in our prayers and du'a. In common, we just call Him God, or in arabic Allah. Sometimes we call Him Ar-Rahmaan, Rahim, Qawiy, and etc, which means the most Gracious, the most Caring, Loving, Almighty and powerful. We technically do not know where is he, how does he look like, what his name, or anything about him. That knowledge is something that so far we, or science, could not know. We have faith in Him, believe that He exist, that He is the one who created us, give us this life and let us live free to find our goals.

"That sounds very common man," dia kata. "I believe in that too."

Senyumlah dan jawab. "Islam is common. It is not a religion to divide people which are already divided into many races, nationalities. Islam is a common understanding that can be comprehended by all human even kids. It is a common ground where multiracial people should unite."

"Then Islam is, well, I think not a religion anymore, it is more to principle, or way of living, yoga or something."

"Correct. Theology, it is not a theology as people nowadays defined religion. It is calling people to think clearly, to listen to conscience (fitrah) that is printed into every human heart. The most personal feeling that we have is the most general, common. This is the ground (hablillah - tali Allah) that we should all reasonably agree to follow."

Selasa, 5 Ogos 2014

Dapat housemate baru

Di Jeddah ni aku duk sorang. Rumah bersepah, lantai berdebu, laman macam walkway zoo. Pokok-pokok dah tinggi macam hutan. Teman aku ada kucing oren dua ekor yang tak pernah kompelin pasal kebersihan. Aku sendiri kadang rimas. Bila nak bangun kemas, aku fikir baca buku je lebih baik. Habis baca buku nak bangun ngemas, hmm... baik tulis manuskrip.
Kekemasan ni bagi aku last prioriti.

Semalam, aku dapat housemate. Dia ni sejenis yang kemas dan ada standard. Aku jadi segan. Aku pun potong rumput, kemas dapur, basuh bilik air, vacuum karpet dan sapu dari pepenjuru ke pepenjuru. Kucing dua ekor itu pun dah tak boleh masuk rumah berguling macam biasa. Kesian kat depa, tapi depa tak pernah kesian kat aku biar aku buat kerja sorang-sorang.


Banyak benda kita buat selalunya untuk orang, bukan untuk diri sendiri. Bukan aku saja macam ni. Kita semua. Average manusia memang macam ni.


Kalau nak makan sendiri, aku campak je sesedap rasa. Agak-agak sedap, kira berjaya. Tapi bila nak serve orang, aku akan buat teliti. Biar ada tema, ada style dan biar tetamu puas hati.

Marriage changes man, even more when he has kids.

Hidup ni, banyak benda yang kita buat bukan untuk diri sendiri. Mula-mula, masa remaja, mungkin kita self oriented sebab period umur tu curiosity berada pada tahap maksimum dan kita suka explore semua benda untuk kepuasan diri. Lantaklah orang lain, yang penting aku bahagia. Sampai satu tahap, lepas grad, dapat kerja dan akhirnya berkahwin, priority yang selama ni fokus pada diri sendiri akan mula teranjak. Baju sendiri sudah tak fikir, yang penting baju isteri dan anak-anak.

Apabila rasa cinta mula keluar dan meresap masuk ke wajah isteri, wajah anak-anak hingga kita sanggup lakukan apa saja untuk mereka, tiba pada satu masa lelaki akan challenge whatever system yang akan effect kebahagian keluarga mereka. Be it jiran sebelah, atau politik, atau agama. Kemudian kita cintakan famili lebih besar itu ras, kemudian negara.

Rasulullah solat malam sambil menangis sebab tugas kerasulan terbeban atas bahu dia, untuk semua ummat. Bukan dipaksa, tetapi apabila hati baginda semulus hati para nabi, secara automatik dia akan berfikir untuk berbuat sesuatu untuk kemaslahatan semua puak, semua kaum. Nabi Muhammad challenge semua sistem untuk bawa keluar umat Arab dari jahiliyah ke hidayah, samada sistem perkauman, perberhalaan, sistem kapitalis/bermukamuka Yahudi, even Kristian Ortodoks di Byzantine dan Sasanids. Baginda berjaya mengalahkan semua, menyatukan semua ke dalam satu envelope baru. Selepas peingkaran perjanjian Hudaibiyah, Rasulullah masuk ke Makkah untuk berbuat haji pertama kali selepas dihalau ke Madinah, baginda masuk ke dalam Kaabah, kutip semua berhala dan pecahkan semuanya.

Does not matter who you are, your God is the same God. The One who created human, the One who is not begot or begotten, the One who has no equal. 
Ada pelbagai permasalahan, doktrin dan amalan yang perlu aku hadapi untuk make sure keluarga aku mendapat yang terbaik dalam hidup mereka, especially amalan yang manusia sangka bersifat keagamaan yang sebenarnya rekaan malah menyusahkan. Dan aku harap aku sendiri kuat untuk menghadapi semua ini. InsyaAllah.

Rabu, 16 Julai 2014

CDM 25 satu contoh berkenaan aurat gadis Islam

Aku baru tengok video dia pagi ni. Lepas tu tengok tweet orang tersalah bash kakak dia Kiki, owner kereta, yang mengamuk tu Lily, tukang drive. Driver je yg bising bising tu.

Benda online, entah betul entah tidak. Tapi tengok pada video memang agak bangang. Cuma kita tak tahu sebelum video apa jadi. Knowing traffic in KL, kita biasa jumpa driver jenis tak bagi laluan, masuk ikut suka hati, even ketegaq nak potong Q nak masuk tol sampai dua-dua kereta tersepit awek tol geleng kepala. Jadi, root cause boleh jadi pakcik tu. However, being an intelligent person, good one, kita patut boleh manage kita punya reaction. It is just between stupid and wise.

Hmmmmm....

Aku dah kata bab aurat ni lama dah. Aku dah taip mana prioriti based on apa yang aku baca dalam Quran. Pakaian manusia yang paling utama adalah akhlak. The only reason kenapa bangsa Roman boleh take over knowledge dan power adalah sebab mereka mempunyai akhlak yang baik - sivik dan morale. Aku dengar cerita tentang Roman dalam hadis even dalam Quran, surah Rum. [link] Bangsa European, American, Scandinavian, even Jepun yang bukan asal Rom, bukan jenis peduli pasal aurat tubuh. Berbogel tu hobi depa. Tapi walaupun pe'el hodoh diorang kat situ, moral dan sivik mereka power. Di negara arab perempuan semua kaler hitam dari atas sampai bawah tapi akhlak zero (by average and daily monitoring), kalau takde petrol, Mekah dan Madinah dah lama diorang ni melarat. Sekarang duit ada boleh nak bongkak dan takabbur.

Sesetengah Arabs yang enlightened, yang teranjak paradigma, kita boleh tengok grup minoriti ni baik sungguh wallohi.

Kita kat Malaysia bila sebut perempuan - tudung. Ppuang - tudung. Ore tino - tudung. Bila masuk Islam bukti dia dengan gambar bertudung. Seolah tak bertudung tak Islam. Sebut je gadis baik - bertudung. Taboo gila bab tudung. Bila tudung kepala maka baiklah anak dara si polan si polan.

Prioriti kita ke laut lama dah...

Sedar tak kita, bahawa kita semua sudah kena brainwash dengan tokey tokey tudung? Yang guna agama untuk business? Pehh... konspirasi baik punya.Takde takde. Back to aurat.

Heliza (source)
Aku ulangi, aurat pertama ada dalam hati dan pakaiannya ialah taqwa. Taqwa is an awareness of being watched, being monitored by the One who set the purpose of our existence. Taqwa is about self control, to manage your own emotion and reaction due to your awareness of being watched, being monitored by the One who set the purpose of our existence.

Taqwa is that you won't steal eventhough nobody is watching, because you are aware that you are being watched, being monitored by the One who set the purpose of your existence.

Taqwa is that you won't do a thing because you yourself know it is false and you know that your Creator will agree with yourself.. 

Bangsa Rome ramai yang moderate, yang tak follow sangat ridiculous rules dalam agama Kristian. Bab khatan pun ramai yang tuang. Cuba orang Islam dipetik bab sunat sunat ni, merah muka dia akan melenting. Bila ditanya dalil gagap. Ye, sami'na wa ato'na. Lupa bhw Allah suruh berfikir dan jangan sesekali ikut cakap nenek moyang. Bangsa Rome dah belajar banyak tentang hidup, agama dan sunnah Tuhan. Mereka ini yang kebanyakannya set standard negara bangsa diorang. Mereka yang turn on every techs that we used today. Kalau undur masa sikit, kita jumpa zaman kegemilangan ilmuwan Islam. Mereka yang set standard bangsa Arab ketika itu sampai gemilangnya melimpah ke Tanah Melayu. Ibn Sina walaupun lahir dalam keluarga Syiah, dia tak pernah quote dia Syiah, bahkan dia anggap muslim semua sama. Kau baca tulisan dia kau akan menangis. Mereka semua ada Tuhan. Yang kita duk gelar kapir kapir tu, bila aku lihat video interview random American tanya pasal Tuhan, mereka describe Tuhan based on pure thoughts. Diorang describe Tuhan by their pure honesty.

"Who is God, you think?"
"Well, the One who created us all, and, well hehe, I don think He is bad, He give this life to us so that we can learn, you know, and... being happy?"

Cuba tanya soalan macam tu dekat orang Islam dia akan baca skrip tanpa hadir hati. Very sad.

Pakaian luaran adalah pasif defense, akhlak atau kamu punya tutur, pemikiran, dan perception towards other adalah ultimate defense. Pakaian perempuan yang ikut prioriti adalah:

1) Taqwa.

2) Pakaian yang menutup kemaluan, aka seluar. Aku prefer seluar dari kain. Lebih secured.

3) Yang menutup cleavage, selendang atau baju yang leher baju high cut.

4) Tudung (optional)

Orang akan kata, "pakai je la semua Islam kan syumul". Islam memang syumul tapi manusia tak. Manusia dia selective, ikut mood atau pegangan peribadi. Bila dia select tudung first manakala cleavage dia agak loose sebab bagi dia tak sepenting tudung, then objective dia berpakaian dah ada error. Macam beli kereta takde enjin. Lalu kita nampak gadis melayu pakai elok tudung mahai tapi posing moncong muka stim macam pelacur kat Facebook.

Nak tak nak, set your prioriti.

Taqwa first. Kalau nak jadi Islam, set your character to be the ones like European standard atau Germans [link] atau Canadians atau even Japanese. That is first. Learn how they can respect people to that level, how they manage anger, macam mana diorang jaga kebersihan, macam mana diorang concern tentang pembaziran. Jangan jadi macam perangai Arab. Itu fundamental, first, wahid.

Bila hati lurus, pakaian akan follow. You akan rasa bersalah bila nak pakai legging. Rasa malu tu akan hadir dan cucuk-cucuk dada. You akan segan untuk show off kecantikan you, be it cleavage, atau leher atau betis. Laws ini akan datang natural sebab Allah dan printed benda tu dalam hati semua manusia. Yang jenis bertudung katok kereta uncle cina tu jenis tak datang naturally, jenis ikut trend. Tudung kat kepala hati kat laut.

Dalam Islam, setiap perbuatan bermula dengan niat. Dalam berpakaian, ia bermula dengan niat juga yang mana jika kita faham dengan surah Al-A'raf ayat 26 dalam Quran, taqwa adalah pakaian berbentuk niat/spiritual yang first and foremost kena ada. You pakai tudung sebab fesyen ke sebab agama - soalan lazim ala ala retis. Cetusan hati kita sometimes liar dan gila, taqwa akan kontrol sebab kita sedar setiap tingkah laku kita diawasi oleh Pencipta, yang mana hati kita akan rasa marah kalau laki kita renung cleavage perempuan lain so with the same principle we should cover our cleavage so that laki orang lain takde can untuk usha, apatah lagi budak2 muda yang takde bini, yang probably akan pedajal gf dia yang shallow.

Apa yang kita rasa, semua orang rasa. Kalau kita marah orang buat sesuatu, kita sendiri jangan buat sesuatu itu.

Kenapa saya letak (optional) sebelah kanan tudung pada nombor empat tu?

Sebab saya suka bertanya dan mencari dan sampai ke hari ini saya tidak jumpa/convinced dengan suruhan menutup rambut wanita except hadith yang agak questionable. Tudung itu norma, terlalu biasa, sampai jadi automatik dan orang lupa untuk bertanya, eh, betul ke rambut perempuan itu aurat?

Aku respect dengan sistem/fatwa/understanding semua dan JAKIM, rambut itu aurat. This is only my personal view that I am thinking of. And if a girl asks me to cover or not, I will advise to cover.

I am talking now to the ones that reluctant and rebellious on the issue.

I read the most extreme, I read the most moderate about aurat. For me, pegang dengan apa yang ditulis dalam Quran dan hukum alam ciptaan Allah ini, considering the function of your ears, your hairs, your eyes, the architecture of your head structure... they are not meant to be covered for a long period of time, or as mandatory. I am sorry for saying this, please respect my view the same I respect yours. Yang dah bertudung, don't reverse okey. Isteri dan keluarga saya pun bertudung, even though it is the last prioriti dan kalau diorang tanggal tudung dekat public akan rasa janggal. So  personal view ini considering mereka yang baik yang belum bertudung, untuk generasi depan yang tidak punyai rasa taboo dengan tudung, yang rasa okay freehair. Don't feel so guilty sampai you rasa ringan untuk tuang ajaran agama yang lain.  

Sebagai seorang lelaki, aku tak nampak keauratan dengan rambut perempuan. Rambut kawan dan rambut adik, aku lihat macam rambut Samivellu dan wife PM je. But if I saw my sister's cleavage, I can feel that it is not right, the same way when I watched amoi showing off bare legs at KL Sentral. I feel guilty, setiap putik nafsu yang keluar buat aku rasa bersalah since the sexual feeling is not supposed to be felt with other than my registered wife.

So girls yang masih belum diberi hidayah untuk pakai tudung, please jaga yang first three. Okay. Bila you rasa masa sampai untuk you cover rambut, I yakin you akan jadi lebih baik daripada yang ikut trend. I am with you on this.

Set your prioriti, taqwa > pakaian. Pakaian pula start dengan baju dan seluar labuh tidak ketat, proper sopan. And then, feel free to cover your hair.

Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).  Quran, 7 - 26.

Germany Standard



 Germany is a highly industrialized country. In such a country, many will think its people lead a luxurious life.

When we arrived at Hamburg , my colleagues walked into the restaurant, we noticed that a lot of tables were empty. There was a table where a young couple was having their meal. There were only two dishes and two cans of beer on the table. I wondered if such simple meal could be romantic, and whether the girl will leave this stingy guy.

There were a few old ladies on another table. When a dish is served, the waiter would distribute the food for them, and they would finish every bit of the food on their plates.

As we were hungry, our local colleague ordered more food for us.When we left, there was still about one third of un-consumed food on the table.

When we were leaving the restaurant, the old ladies spoke to us in English, we understood that they were unhappy about us wasting so much food.

"We paid for our food, it is none of your business how much food we left behind," my colleague told the old ladies. The old ladies were furious. One of them immediately took her hand phone out and made a call to someone. After a while, a man in uniform from Social Security organisation arrived. Upon knowing what the dispute was, he issued us a 50 Euro fine. We all kept quiet.

The officer told us in a stern voice, "ORDER WHAT YOU CAN CONSUME, MONEY IS YOURS BUT RESOURCES BELONG TO THE SOCIETY. THERE ARE MANY OTHERS IN THE WORLD WHO ARE FACING SHORTAGE OF RESOURCES. YOU HAVE NO REASON TO WASTE RESOURCES."

The mindset of people of this rich country put all of us to shame. WE REALLY NEED TO REFLECT ON THIS. We are from country which is not very rich in resources. To save face, we order large quantity and also waste food when we give others a treat.
(Courtesy: A friend who is now changed a lot)


THE LESSON IS:- THINK SERIOUSLY ABOUT CHANGING OUR BAD HABITS. Expecting acknowledgment, that u read the message and forward to your contacts.
VERY TRUE  -"MONEY IS YOURS BUT RESOURCES BELONG TO THE SOCIETY."

Source - whatsapp. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Goodreads

Books I read

A Brief History of Time
Seven Habits of Highly Effective People
The Power of Now: A Guide to Spiritual Enlightenment
Hadith 40
ESQ Way 165
Lā Tahzan: Jangan Bersedih!
A World Without Islam
A History of God: The 4,000-Year Quest of Judaism, Christianity, and Islam
No god but God: The Origins, Evolution and Future of Islam
Muhammad: A Prophet for Our Time
Parallel Worlds: A Journey Through Creation, Higher Dimensions, and the Future of the Cosmos
The Road to Mecca


Khairi's favorite books »