Selasa, 5 Ogos 2014

Dapat housemate baru

Di Jeddah ni aku duk sorang. Rumah bersepah, lantai berdebu, laman macam walkway zoo. Pokok-pokok dah tinggi macam hutan. Teman aku ada kucing oren dua ekor yang tak pernah kompelin pasal kebersihan. Aku sendiri kadang rimas. Bila nak bangun kemas, aku fikir baca buku je lebih baik. Habis baca buku nak bangun ngemas, hmm... baik tulis manuskrip.
Kekemasan ni bagi aku last prioriti.

Semalam, aku dapat housemate. Dia ni sejenis yang kemas dan ada standard. Aku jadi segan. Aku pun potong rumput, kemas dapur, basuh bilik air, vacuum karpet dan sapu dari pepenjuru ke pepenjuru. Kucing dua ekor itu pun dah tak boleh masuk rumah berguling macam biasa. Kesian kat depa, tapi depa tak pernah kesian kat aku biar aku buat kerja sorang-sorang.


Banyak benda kita buat selalunya untuk orang, bukan untuk diri sendiri. Bukan aku saja macam ni. Kita semua. Average manusia memang macam ni.


Kalau nak makan sendiri, aku campak je sesedap rasa. Agak-agak sedap, kira berjaya. Tapi bila nak serve orang, aku akan buat teliti. Biar ada tema, ada style dan biar tetamu puas hati.

Marriage changes man, even more when he has kids.

Hidup ni, banyak benda yang kita buat bukan untuk diri sendiri. Mula-mula, masa remaja, mungkin kita self oriented sebab period umur tu curiosity berada pada tahap maksimum dan kita suka explore semua benda untuk kepuasan diri. Lantaklah orang lain, yang penting aku bahagia. Sampai satu tahap, lepas grad, dapat kerja dan akhirnya berkahwin, priority yang selama ni fokus pada diri sendiri akan mula teranjak. Baju sendiri sudah tak fikir, yang penting baju isteri dan anak-anak.

Apabila rasa cinta mula keluar dan meresap masuk ke wajah isteri, wajah anak-anak hingga kita sanggup lakukan apa saja untuk mereka, tiba pada satu masa lelaki akan challenge whatever system yang akan effect kebahagian keluarga mereka. Be it jiran sebelah, atau politik, atau agama. Kemudian kita cintakan famili lebih besar itu ras, kemudian negara.

Rasulullah solat malam sambil menangis sebab tugas kerasulan terbeban atas bahu dia, untuk semua ummat. Bukan dipaksa, tetapi apabila hati baginda semulus hati para nabi, secara automatik dia akan berfikir untuk berbuat sesuatu untuk kemaslahatan semua puak, semua kaum. Nabi Muhammad challenge semua sistem untuk bawa keluar umat Arab dari jahiliyah ke hidayah, samada sistem perkauman, perberhalaan, sistem kapitalis/bermukamuka Yahudi, even Kristian Ortodoks di Byzantine dan Sasanids. Baginda berjaya mengalahkan semua, menyatukan semua ke dalam satu envelope baru. Selepas peingkaran perjanjian Hudaibiyah, Rasulullah masuk ke Makkah untuk berbuat haji pertama kali selepas dihalau ke Madinah, baginda masuk ke dalam Kaabah, kutip semua berhala dan pecahkan semuanya.

Does not matter who you are, your God is the same God. The One who created human, the One who is not begot or begotten, the One who has no equal. 
Ada pelbagai permasalahan, doktrin dan amalan yang perlu aku hadapi untuk make sure keluarga aku mendapat yang terbaik dalam hidup mereka, especially amalan yang manusia sangka bersifat keagamaan yang sebenarnya rekaan malah menyusahkan. Dan aku harap aku sendiri kuat untuk menghadapi semua ini. InsyaAllah.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Goodreads

Books I read

A Brief History of Time
Seven Habits of Highly Effective People
The Power of Now: A Guide to Spiritual Enlightenment
Hadith 40
ESQ Way 165
Lā Tahzan: Jangan Bersedih!
A World Without Islam
A History of God: The 4,000-Year Quest of Judaism, Christianity, and Islam
No god but God: The Origins, Evolution and Future of Islam
Muhammad: A Prophet for Our Time
Parallel Worlds: A Journey Through Creation, Higher Dimensions, and the Future of the Cosmos
The Road to Mecca


Khairi's favorite books »