Jumaat, 8 Mac 2013

Birthday sendiri pun dah lupa

Enam Mac. Semalam, hari lahir ke ... Aku sedang mandi dengan Absyar apabila dia yang berbogel gelak bergema dalam bilik air tu, tiba-tiba berkata spontan, "birthday Abah!"

Aku terus stop dengan sabun terhenti di ketiak. Konfius sekejap. Birthday what?

Pehh... sudah pukul 8 malam, baru aku sedar hari ni hari jadi aku, itu pun Absyar yang cakap. Sebab semenjak pagi tadi dia dan ibu dia buat preparation dengan present dengan kek nak buat surprise tapi sebab budak kecik ni excited sangat, tak sempat siap mandi dia dah beritahu.

Time flies. Aku lupa harijadi sendiri.

Aku pernah tweet dulu... - Live is a dream. You are awake only when you realize how short it has been. Obviously the tweet hit me in the head last night.

Banyak benda aku nak share dengan korang semua, sometimes, aku fikir aku nak buat vlog je sebab menulis ni lambat. Aku nak tulis lambat, korang membaca pun tak laju. Walhal medium blog ini tak terbatas pada penulisan saja macam surat khabar. Di sini boleh muat gambar dan video. Tapi bakat tu tak jumpa lagi atau tumpul sangat nak asah pun ambil masa.

Aku takut aku mati tak sempat nak sampaikan.

Kita orang biasa-biasa ni, memang ilmu tak tinggi. Tapi, kadang2 kalau tak share apa yang kita tahu walopun sikit, kita tak tahu yang orang lain yang juga biasa-biasa langsung tak tahu apa yang kita tahu. Especially the way we understand things.

Bercakap mengenai ilmu. Aku tak berminat dengan memori. Memori ni benda stagnant yang boleh dicapai melalui google, buku, jurnal atau rujukan mana2. Memori adalah raw objects. Aku lebih berminat dengan konsep, dengan mekanisme, atau kebolehan menyusun memori-memori itu membentuk satu kefahaman yang memberi hasil di atas tanah (ground application). Aku suka sembang benda yang aku faham. Bukan quote somebody's speech (memori) atau paste substance dari buku tanpa faham.

Semakin banyak kita alami, experience, semakin banyak benda kita belajar. Semakin banyak kita belajar semakin banyak benda yang kita tak tahu. Knowledge is a door to thousand doors. The moment we understand one thing, that thing will tell us that thousands more there for us to know. NASA work will never end. Physics study never stop. Kita tak mungkin akan jumpa complete theory yang Allah tetapkan di Luh Mahfuz. Never ever. Ia seperti satu insulation yang complete, absurdly complete.

We will never go out there, alive.

"Allah sakit nya mati, aku tengok semua orang menderita untuk mati, " doa si Amin, "boleh tak aku ke sana tanpa perlu mati?"

Sorry, taqdir adalah sesuatu yang betul-betul carved on the stone. Unchanged. Rigid. You were born, you will die. In the mean time, you will play, you will get hurt, you will love and you will loose, until finally you loose your own body.

Hmm... umur meningkat. Terbukti pada kesan fisiologi, pada appearance, dan beberapa depreciation yang boleh dikesan pada stamina dan processor. Without all these, age is just numbers.

I am one year older now, hopefully this old unattractive man still can remain as your friend.




7 ulasan:

Kay berkata...

erk!

saya ingt birthday awak semalam, tapi lupa nak buat ucapan...

selamat hari lahir en khairi... hidup baik-baik ye!

Khairi Mohd berkata...

awak ingat ke haha. seperti thn2 lepas orang first ucap birthday kat saya adalah Lina. Baik orangnya. Dia kerja kat Jobstreet.

Tirana berkata...

Happy belated birthday, Khairi. semoga sentiasa diberi kekuatan oleh Allah untuk berkongsi ilmu...

Kayzem berkata...

Selamat hari lahir. Semoga diberkati Allah selalu. dan semoga buku yuda 2 selamat diterbitkan.. tergedik2 dah akak nk baca!

Khairi Mohd berkata...

Thanks kak ;)

Khairi Mohd berkata...

Tungguuu... tp publisher lain tu hehe...

Khairi Mohd berkata...

Thanks kak ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Goodreads

Books I read

A Brief History of Time
Seven Habits of Highly Effective People
The Power of Now: A Guide to Spiritual Enlightenment
Hadith 40
ESQ Way 165
Lā Tahzan: Jangan Bersedih!
A World Without Islam
A History of God: The 4,000-Year Quest of Judaism, Christianity, and Islam
No god but God: The Origins, Evolution and Future of Islam
Muhammad: A Prophet for Our Time
Parallel Worlds: A Journey Through Creation, Higher Dimensions, and the Future of the Cosmos
The Road to Mecca


Khairi's favorite books »