Memang blog aku bahasa hancur. Ini blog! bukan buku...
Fixi, dubookpress, lejenpress, dan sebagainya. Buku alternatif adalah golongan penyelamat. Seperti Islam yang hadir dalam masyarakat kafi jahiliyyah. Pasaran novel mainstream Melayu dah terlalu taksub dengan cinta, leleh dan kurang suntikan ilmu. Terlalu takut hilang bisnes dengan percubaan segar, lalu muncul penakut mengeluarkan buku-buku sempit bagi memenuhi nafsu pembaca yang sempit tapi loyal. Jika dibuat buku tidak disukai golongan pembaca yang sempit ini, tak laku. Marketing lalu jumud dan rigid.
Kalau nak dibandingkan dengan skrip barat, kita jauh.
Buku alternatif cuba untuk refresh. Tapi, masalahnya kadang mereka terlalu longgar. Demi nak maju secara urban, kelonggaran muncul pada genre, bahasa, dan tomakninah. Terlalu lucah, bahasa pula koyak rabak dan tiada tomakninah. Kita perlukan alternatif yang mantap, at least semantap pakatan rakyat.
Benda macam ni buat aku berfikir untuk ambil bahagian dalam pertandingan ini. Penerbitan buku alternatif. Manuskrip aku sendiri, aku yakin publisher akan fikir dua kali untuk terbit. Manuskrip aku walaupun di bahagian prolog dan dan muncul wanita bogel, tapi buku aku bukan lucah. Bahkan, islamic. Cuma perbincangan mengenai realiti jin, dark matters, fizik nuklear dalam konflik masyarakat bagi pembaca kita benda baru. Berat.
Sebab mereka pembaca novel cinta.
Matket aku bukan mereka. Pembaca yang dicari adalah mereka yang tidak membaca novel Melayu. Yang fed up dengan karipap cinta dan ombak rindu. Mereka mahu sains, jentera dan robot. Mereka mahu adaptasi konflik NSA Dan Brown di bawa ke PDRM Malaysia. Atau ketaksuban Mal'akh pada ajaran sesat boleh kita tandingi dengan ketaksuban Lakhus dengan kejuruteraan halus jin.
7 ulasan:
dalam 5 org, mungkin ada 1 yg membaca buku BERAT. tetap ada.
Buku berat jangan dibuat bosan. Itu saja.
Lama dah tak baca novel melayu..sebab kebanyakannya kisah...CINTA.. Orang tua macam kak tirana ni dah tak baca kisah cinta..hehehe..
ramai author tulis buku berat dengan nada bosn jd buku teks kbsm
karya berat = berfikir.
orang kita tidak mahu membaca karya berat.
makanya, orang kita tidak mahu berfikir.
**barangkali....
hehe. tak juga bro. Dia macam minat, kita takleh paksa. novel ada byk genre. kita sekarang nak perbanyakkan, dan serikan lagi industri dengan genre2 sains.
novel sains akan jadi berat, tapi ada sasaran dia cuma sasaran itu ramainya yg tak layan novel melayu sebab tak minat (lain genre).
aku peminat tegar buku fixi..percaya atau tak..aku ada semua koleksi fixi..tak kira sape penulis..aku rembat..tapi bula makin banyak pengeluar alternative ni..ak nampak buku makin nipis..idea makin kosong..it's ok..ak setia pada buku fixi..masih sama macam zaman company ni ditubuhkan..so, why not ko try hantar manuskrip kt amir muhammad - owner fixi..fixi ada style..bukan psl bahasa campuran..tapi idea yg diketengahkan..setiap karya mesti ada X-nya..dalam berkarya..boleh didik pembaca berfikir..bukan disuap dengan ombak rindu lagi..tu zaman 90-an..da berlalu..bc tulisan blog ko..ak yakin..manuskrip ko lepas msk fixi..yg penting..karay mesti ber-isi..
Catat Ulasan