Selasa, 5 Februari 2013

Seni penulisan moden. Gaya tulisan bukan potray si penulis tetapi golongan sasaran.

Selamat pagi...

Aku terfikir sekejap tadi. Kalau mahu tulis blog berisi entry-entry seakan kuliah maghrib, ayat kena susun baik. Elok, tertib dan guna bahasa yang tulus mulus. Supaya entry itu kelihatan sopan-santun dan kena dengan konsep 'kuliah agama'.

Orang akan benci blog kau kalau objektif entry kau nak menasihat tapi guna bahasa macam puaka. Kan?

Tapi... wait a minute... kalau blog aku ayatnya skema, tersusun dan santun... jenis mentaliti readers macam mana yang akan layan? Atau layan blog sendiri sorang-sorang? Kah kah kah.

Blog yang ditulis dengan bahasa masjid akan menarik minat golongan masjid juga. Sedangkan golongan ini sudah cukup 'hidayah' nya. Yang belum mendapat hidayah pula akan ke website berunsur lucah seperti blog aku stress gila atau blog hak milik ejen yahudi iaitu blogserius.

Jadi. Konsep yg baik akan ke laut kalau tak sampai ke golongan sasaran. Right?

Hmm...



1 ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...