Isnin, 18 Februari 2013

Manusia + kereta = lembu

Kadang2 pak lebai. Atau tok imam sendiri. Tapi bila masuk kereta, pegang stereng. Dia punya akhlak tu mengalahkan pelesit.

Selalu sangat, bila balik Kelantan di Kuala Krai, tiba-tiba kereta dipotong di double-line, tanpa signal, laju macam ambulans kecemasan... tengok-tengok brader pakai kopiah. Dan kakak bertudung labuh bawa kereta macam celaka hampir langgar orang.

Manusia dan kereta bila bersatu fusion, bukan menghasilkan makhluk super siaiya, tapi makhluk hibrid bersifat kelembuan.

Macam hilang akal. Atau depleted akhlak. Bila duduk dalam kereta, drive, dia akan jadi orang lain. Macam segala ajaran agama tak valid di jalan raya. Tak ada hadis suruh patuh lampu merah, barangkali.

Kenapa boleh jadi macam tu?

Ya, kurang sivik. Apa itu sivik? Sivik boleh kata kecerdikan emosi, EQ. Bila dia drive, dia akan nampak kenderaan-kenderaan lain, yang di matanya macam bongkah-bongkah bukan biologi, bukan sejenis hidupan. Lalu jadilah bongkah itu sejenis maze untuk dia potong, cilok dan hon sesuka hati. Dia tahu marah bila kereta lain cilok dia, tapi dia kurang sedar bahawa kereta lain pun ada perasaan.

Dia tak cukup cerdik untuk fikir secara reflektif, secara empati.

Aku tulis ni, sebab semalam kena cilok dekat simpang nak keluar. Kau nak keluar ke kanan, cek kenderaan dari arah kananlah. Tiba-tiba, sebuah van mai berhenti sebelah kanan kau, nak keluar ke arah sama. Automatically block kau punya view untuk check trafik. Gila tak hangin? Potong Q, blok view, dan bahalol.

Aku lalu hilang sivik, menyumpah. Bodoh punya manusia, tak ada akal! Sorang-sorang aku emo dalam kereta.

Aku potong dia di depan secara kurang ajar. Aku bakar. Bersedia untuk berhenti dan bertumbuk. Abang bercermin mata yang drive van tu datang tepi dan sengih. Dan blah. Sesaat dia lewat untuk blah memang aku keluar tinju sengih tu dan beri kuliah barang sepotong ayat.

Kita selalu jumpa perangai road bully yang memang sah gila, potong kiri, speeding, cilok sana sini. Itu dikira penjenayah, spisis yang bertatu dan bertindik. Cuma, ada mat-mat minah-minah skema, yang baik-baik sebenarnya, sopan-santun... tapi kat jalan dia punya hantu tu keluar. Contoh kesalahan yang selalu dibuat orang kita yang lupa untuk beradab di jalan raya:

1) follow rapat macam nak cium bontot orang. Balik K4 semalam ada sebijik kelisa follow rapat belakang aku, aku kasi brek mengejut satu henjut terus mencicit dia. seb baik tak kena. Lepas tu dia mula ekori aku ikut kiraan tiang. Amoi.

2) Di highway suka kasi high beam. Macam jalan abah dia punya. Aku tak suka high beam kat highway. . Dia kacau contraction retina, justeru kau jadi buta sekejap macam lepas kena flash kamera. Naik 150, BMW, kasi high beam suruh orang ke tepi, ke tepi. Menggelabah kita tekan minyak nak cepat-cepat potong lori kat jalan berbukit. Kita pandu kereta Wira, 1.5cc, nak potong lori 3 bijik, sudah pasti akan ambil sedikit masa. Kau tak boleh tunggu ke barang dua tiga minit bagi si Proton Wira tu potong lori2 tu semua slow-slow? Lagi nak high beam.

3) Tunjuk isyarat lucah. Sila marah secara berhemah.

4) Potong di selekoh, gamble. Peh! Ini kerja gila. Dan di hiway grik gua musang, kuala lipis, banyak kemalangan disebabkan faktor ni. Perjudikan nyawa untuk potong lori, bas, di selekoh. Aku pernah kena beb, tapi bas Transnasional dari arah depan sempat elak, kasi hon. Aku sempat masuk balik, tapi aksi tu memang macam James Bond la. Sepuluh sen. Jantung memang dah jatuh ke kaki. Kalau trajektori aku masa tu lari sebanyak 2 darjah, atau brek efficiency kurang 2%, atau ada dua tiga butir pasir di asfalt... aku dah arwah dah...

4) Hilang nilai sivik. Atas jalan, bila bersembang kita refer objek sebagai kereta. "Vios kat depan ni naik pelan macam siput babi. Jalan pula sempit nak potong." Kata Jai. "Kau kasi cucuk belakang dia sikit. Tak, hon. Hon jee..." Mail di sebelah cuba provoke Jai untuk jadi jahat. Tapi kita lupa bahawa yg duk drive Vios tu adalah anak tuk penghulu, baru dapat lesen. Atau mungkin si Burhan, sepupu sendiri. Kita lihat kenderaan lain, sebagai kenderaan. Macam machines, yang tak ada nyawa, tak ada perasaan.

Respek orang, berkomunikasi guna bahasa manusia, bukan bahasa enjin.



1 ulasan:

hikari berkata...

ADEGAN KERETA TERBANG

dari jalan besar, bagi signal nak masuk simpang kanan. kereta arah bertentangan punya kiasu.. tekan minyak sengaja nak lajukan kereta walaupun ada bonggol.. sampai macam nak terbang kereta.. punya malas (atau tak nak?) nak perlahankan sikit kenderaan bagi kita laluan masuk simpang dengan aman tanpa perlu menyaksikan adegan kereta terbang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Goodreads

Books I read

A Brief History of Time
Seven Habits of Highly Effective People
The Power of Now: A Guide to Spiritual Enlightenment
Hadith 40
ESQ Way 165
Lā Tahzan: Jangan Bersedih!
A World Without Islam
A History of God: The 4,000-Year Quest of Judaism, Christianity, and Islam
No god but God: The Origins, Evolution and Future of Islam
Muhammad: A Prophet for Our Time
Parallel Worlds: A Journey Through Creation, Higher Dimensions, and the Future of the Cosmos
The Road to Mecca


Khairi's favorite books »