Ahad, 24 Februari 2013

Nota Dari Etruscan - 2013 - the publishing saga.

Itu yang kita suka dengar apabila editor ada bagi sejenis respons berisi. Editor dan penulis mesti friendly, ada bond yang mesra dan synchronized.

Kak Awin (editor Alaf21) call aku sendiri (bukan email), beritahu dan bersembang seperti seorang rakan. Dia beri komen pada manuskrip, ada shortback of course, tapi professionally delivered. Dia sukakan bahasa Nota dari Etruscan yang bagus (ehem), cuma genre yang serius dan 'berat' sebegini agak sukar untuk disampaikan kepada pembaca Alaf sedia ada. Kes Prof Zack dan Lakhus di Agensi Nuklear Malaysia ini agak sophisticated, dan Kak Awin nampak pembaca wanita dewasa Alaf 21 akan blur dan tak faham. Honestly, that is what I feel, too.

Aku punya manuskrip, aku target bukan 20% pembaca novel Melayu, tetapi the another piece of pie, 80% yang tak baca novel Melayu. That is a very strong market, a huge potential for a classy niche. Aku tak mahu cakap manuskrip aku bagus, tapi come on, take it and read it first. THen tell.

Penulis suka editor puji manuskrip dia, standard lah. Penulis lebih suka kalau editor boleh kritik dengan baik. Dan bagi aku, aku tak suka editor sekadar beritahu OK manuskrip dah diluluskan, nanti hantar final manuskrip untuk printing beserta blurp, cadangan cover. Tiada emosi, tiada rasa mahu bersahabat dengan penulis. Aku pasti, in later stage, conflict akan timbul apabila editor mula slash sana sini. It is okey to delete, tapi buatlah dalam suasana yang friendly dan manis muka. That's all. Kalau response editor terlalu kering, walaupun LULUS, aku jadi kurang selera nak bekerjasama.

It was not what I want.

At least, komen. You are the editor, you know those stuff. It is like, "okey Khairi, this manuscript, is heavy. Any idea how we want to sell it?"

Manuskrip Nota Dari Etruscan telah ditarik balik dari JS secara rasmi. Dan kini berada dalam bacaan editor kanan Buku Prima. Setakat ini, Alaf21 tidak mahu ambil risiko tetapi berjanji untuk take up if Buku Prima also refused. Kalau Karangkraf tidak sudi, aku rasa tiba masa untuk aku terbit buku aku sendiri. Atau ke dubukpress, atau fixi.

Cuma Fixi, doubtful. Why should the title be ONE WORD??? The Lord of The Ring, jadi... Ring?
The Lost Symbol jadi... Symbols???? Come on dude...

"This kind of novel will take time to sell, Khairi," kata kak Awin. Aku setuju. That's why we need a strong marketing, and creative cover and specific blurp to get the right readers, right market.





1 ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...