Rabu, 11 Julai 2018

Telaga

Manuskrip 'telaga' telah aku hantar ke fixi. ini manuskrip yang paling cepat aku taip sebab dia pendek, 39,000 patah perkataan saja dan isunya pula santai.

cuma aku takkan lari daripada matlamat asal aku menulis novel, iaitu mengajar teladan. walaupun subjek horor ni bukanlah benda yang aku percaya sangat, tapi aku terpaksa garap cerita itu bertentangan dengan kepercayaan demi menghidupkan watak-watak di dalamnya.

beberapa insiden dalam novel ni betul terjadi dalam hidup aku, masa kecil dulu. pengalaman yang memberi diri aku flavor, yang membentuk struktur kepercayaan aku yang unik. setiap orang unik dengan sejarah diri masing-masing, Allah dah tetapkan begitu.

Selepas telaga, aku akan kembali ke trilogi Kasyaf-Ranea-Yuda, untuk lengkapkan prekuel, insyaAllah. Sebab skrip Yuda lebih berat, maka kena work hard sikit kali ni dan aku jangka makan setahun juga untuk Yuda. 50% dah tulis, tinggal lagi 50% untuk aku garap sebaiknya.

lunch tadi dengan Razak, aku suka dengar pengalaman dia yang masa muda dulu, masa awal kerja, dia gamble untuk further study master di UK, sebab dia nak kerja di oversea. Aku sendiri sebenarnya ada cita2 lagu tu, iaitu nak kerja di oversea, especially european atau Scandinavian atau Australia. Cita-cita tinggal cita-cita, aku harap aku boleh pass cita2 aku ni dekat anak2 nanti. manalah tahu ada rezeki. anyway, aku kagum dengan Razak punya determination. benda yang aku tak ada. I am not determine to do any...

bila bercakap tentang karier, aku jadi gugup sebab aku tak ada plan. 5 years plan, management? atau technical ladder in desalination. Aku mahu stick dengan subjek water treatment job sebagai fixed deposit aku, tapi jiwa aku dekat dengan seni penulisan novel. cumanya novel tak mampu jana duit untuk offset engineering work. so benda ni buat aku sedikit dilema. hopefully, moving towards 40, aku akan ada courage nanti untuk metamorphose ke dunia yang aku idamkan.

hopefully...


Selasa, 3 April 2018

Kasyaf - 2013 vs 2018 edition

Ramai bertanya apa benda yang hot sangat dengan Kasyaf edisi kemaskini kali ni. Sampai nak kena buat cover baru bagai. Ya, Kasyaf 2018 ada banyak 'improvement' dari Kasyaf 2013. Aku nak mohon maaf dari Amir sebab dia pernah cakap masa nak publish Kasyaf dulu, "Khairi, boleh ringkaskan lagi tak skrip kau ni?" Aku cuba tapi tak boleh.

Sebenarnya boleh dan dah siap-siap ringkaskan, aku pergi publish sendiri pulak. Sorry mir. Anyway, aku tahu Amir cool aje dengan isu teknikal macam ni.

Apakah upgrades yang aku dah install ke dalam Kasyaf 2018?

Okey, yang pertama is very very obvious, the coveerrhhh...

1)  DESIGN

apabila detached daripada Fixi, my selection, imagination sekarang unlimited, as well as risk of not selling. Tapi, eh kira jujur la bukan nak syok sendiri, aku lebih suka cover ni hehe.


2) BAHASA, NARATIF

Apabila Amir suruh ringkaskan, aku ambil masa setahun juga untuk tatap skrip Kasyaf. Aku baca buku-buku lain dan revisit Kasyaf. You know, setiap penulis ada priority, core essence yang dia nak ada dalam skrip dia, be it identiti bahasa dia, atau tempat dia, atau style menulis bunyi, atau minat dia pada muzik, sains, cosmology atau seks. Trust me, readers don't care about all your stuff, all they care is does this book worth my money? Am I investing into a junk or something I can learn from? Apakah saya akan terhibur, atau saya membaca tulisan penulis yang menghiburkan diri penulis sendiri secara lame dan ?

Aku sedar aku banyak pertahankan style penulisan aku, even keywords atau bombastik word yang aku beriman dengannya, haram untuk aku delete. Dia macam kalau aku delete keyword aku, runtuh skrip itu 100 peratus. Dalam Kasyaf 2018 ni habis semua aku delete. Dah pergi mampus dengan bombastic words out of the world perasan bagus tu semua. Untuk novel thriller, paling penting adalah untuk make sure pembaca faham apa benda yang aku nak tulis, konflik nuklear tak boleh bawa masuk teknikal jargon yang hanya difahami profesor Seetharamu. So, dari segi bahasa, aku permudahkan, naratif aku guna 'straight forward' punya perkataan bukan bubuh frasa cantik minta pembaca teka. Nonsense.

So new Kasyaf is 100 pages less, with bigger font somemore!

3) STORYLINE

Storyline berbeza pada bab-bab awal kerana Kasyaf 2013 bermula dengan fokus yang melompat-lompat dari Nik, Hasnitah, Encik Amin dan Zack kemudian bab ke enam masuk ke Pejabat Ketua Polis Negara. Aku rasa kat situ ramai kojol.





Flow mesti kena jaga. First 5 words kena hook reader dengan satu GRAND SUMMARY of what the book is all about. Then first para kena entice reader punya curiosity, kemudian kembangkan along that line. Bukan melompat-lompat. So Kasyaf 2018, prolog masih start dengan ritual syaitan Lakhus, tapi bab pertama terus masuk scene Hasnitah. Bab seterusnya Hasnitah alternate dengan Nik dan Zack sampailah mereka berjumpa. Discussion teori konspirasi antara KPN dan prof Zack aku anjak jauh ke belakang selepas pembaca dah ready untuk take up info Amsyar dan Marlissa punya assassination.

Selepas itu flow kembali normal seperti Kasyaf 2013.

4) Nealoffa jadi Ranea untuk kesinambungan.

5) DIALOG.

Improvement yang bagi aku paling penting selain naratif, ialah dialog. Ada beberapa dialog yang bila kau bacakan, kau rasa macam pembaca berita. Untuk naratif, boleh tulis ayat panjang tapi kalau dialog dia terhad dengan nafas seorang manusia. Dialog should be pendek2 walaupun discuss isu teknikal yang berjela. Kena kreatif.




Jumaat, 30 Mac 2018

Projek buku seterusnya

Aku akan mula menulis kisah yang dekat dengan diri aku. Selepas selesai penerbitan Kasyaf dan Ranea, aku kira tugas aku sudah selesai. Dua naskah ini sudah lengkap melengkapi, dan tak perlu pembaca menunggu apa-apa dari aku lagi. Khalas... syukur.

Dua naskah itu akan memasuki kedai-kedai buku tak lama lagi.

Now, aku kena fokus kepada satu kisah aku. Kisah yang cukup dekat dengan diri, yang berasa rugi jika dibiarkan hilang dari memori. Kisah kitaran air, awan, hujan dan sungai yang menjadi sebahagian daripada emosi aku yang kini sudah dewasa.

Akan aku kembali ke kampung, 30 tahun dahulu, untuk mencari rasa yang telah membesarkan aku menjadi seorang yang begini. Dan mengapa, dia hilang dari hidupku... wahai Maisara.

Selasa, 27 Mac 2018

Closing 27 March 2018

Hari ni dapat bayar editor RM400 untuk proofing Ranea. Last week keluar deposit untuk Ultimate printing, hopefully khamis ni boleh siap Kasyaf 500 copies.

So far, dah 8k cash keluar untuk dua buku, another 2.5k lepas Kasyaf siap print. Cash yang masuk tak sampai 3k lagi, lambat cycle benda ni. Hopefully ada sinar pada dua pesta buku yang bakal berlangsung tak lama lagi. Aku nak tengok jauh mana pergi dua event ni. Bila masuk kedai dan distributor, margin aku kecik je, so kena main volume. For now kena hati-hati sikit, bila nampak dua buku ni boleh penetrate baru aku nak print 1000 copies each untuk distribute ke MPH Popular dan Kino.

Ahad, 4 Mac 2018

Antigraviti - impian, cita-cita dan cabaran

Cita-cita aku tinggi dengan Antigraviti, kadang aku takut tinggi sangat sampai tak larat nak menghadap halangan-halangan dia. Aku nak naikkan standard novel Melayu dengan Antigraviti, especially novel thriller dan scifi.

Aku baru lepas habiskan buku Hitam, Fixi. Bila ada masa, aku belek-belek juga sample buku lain di Google books. Benda dalam darah daging dia memang jadi macam ni. Aku jumpa banyak kelemahan asas even awal-awal kat prolog lagi. Aku tak nak komen bab tatabahasa. Aku komen bab cerita saja atas kapasiti pengalaman aku selama 27 tahun membaca buku-buku non-fiction dan fiction, lokal mahupun antarabangsa. Come on, kesalahan tu budak sekolah tingkatan 3 pun boleh tahu, sometimes. Macam timeline tunggang terbalik, ayat kebudak-budakan, structure scene yang half-cook, dan kelemahan kebanyakan penulis adalah imagination. Buku saifi, thriller dan crime investigation mesti ada kelas, mesti nampak cerdik baru buku itu boleh dihargai pembaca. Sebab pembaca sekarang tak macam dulu, aku pernah cakap benda ni kat GerakBudaya, pembaca sekarang walaupun baru umur 17 tapi dah mature, bijak, apatah lagi pembaca di kalangan professional yang sememangnya menekankan nilai intelek dalam sesebuah buku.

Aku tak kata aku bagus. Menulis dan mengkritik guna dua bahagian otak berbeza. Macam penulis yang aku petik kat atas, mungkin lebih power kalau mengkritik orang lain. Boleh jadi. Tapi aku aware benda ni dan aku cuba.

No, we have to be together on this. Jangan biar aku sendiri. Buku semakin tak laku. Boleh jadi sebab ekonomi, duit kita reserve untuk keperluan, benda kehendak macam novel, kebanyakan kita letak kat belakang. Novel yang cair, sibuk main asmara, konflik benda sama, hantu sama, tak ada informasi, memang sah-sah jadi last prioriti. Cabaran kita sebagai penulis adalah untuk tulis novel yang berada di tempat pertama - keperluan. Seperti buku-buku teks, buku self helps. Novel yang memberi nafas semangat, yang memberi pembukaan minda, yang beri spiritual agreement memupuk togetherness. Novel yang penuh info dan ilmu pada masa yang sama menghiburkan.

Cita-cita aku dengan Antigraviti adalah menjadi pelopor kepada novel-novel ini. I don't care how many script you can write in a year even in a month, you are probably writing rubbish and 100 rubbish has no difference with one rubbish even worse. I want quality writing, quality script that discuss intellectual issue like Crichton, like Dan Brown, even close to Stephen King (honestly I haven't read his book but people said he is good). We should learn their skill even though we have to use their language.

Marilah sama-sama kita meningkatkan mutu penulisan kita semua.

Rabu, 28 Februari 2018

Tatacara penulisan Khairi Mohd

Awak nak tulis puisi ke novel? Ah, novel cinta persilakanlah, novel thriller you need to be balance between technical and linguistic (just to give flavor) yakni kiasan untuk kesan dramatik - terjegil matanya bagai menghadap neraka...

Awal-awal dulu aku suka main bahasa. Aku cari bahasa2 boombastik kasi karangan konon power. Aku sumbat dalam novel dulu-dulu bagi nampak pro. Pro at what? Kesusasteraan? Nope, that's not my field.

Especially untuk novel yang content dia heavy, you know macam Kasyaf yang dealing dengan engineering stuff, fighting scene, perlanggaran komuter, theoretical physic, technical conflict. Bila you nak deliver heavy substance, bahasa mesti straight to the point. Mudah dan tepat, no lenggok-lenggok. I learned from Dan Brown. Content pun dah heavy takkan bahasa pun nak berbunga-bunga? Sapa nak layan kesusasteraan kau dei.

Sebagai contoh aku punya prolog untuk Ranea.

****

“Eagle, position?” kedengaran di fon telinganya.
“TRIGA, top, roger.” Dia membalas. I am sitting on a nuke, bisik hatinya sinis.
Mukanya ditutupi sepenuhnya oleh topeng SCBA Survivair manakala penglihatannya melalui high-tech military goggle itu bersifat monokrom – kombinasi night-vision dan thermal imaging technology. Senapang steyr di tangannya menala sepuluh meter ke bawah, ke satu kori­dor gelap yang menghubungkan TRIGA dan Lab Four. Di dalam koridor itu, sepuluh rakan komandonya, Snake, telah menyusup masuk untuk menangkap seorang lelaki yang secara misteri telah menyebabkan Agensi Nuklear Malaysia di bumi Dengkil ini punah-ranah. Di luar bangunan TRIGA, ada dua lagi team bersiap sedia.

Empat puluh high-rank komando untuk seorang lelaki, fikirnya, hope this isn’t a joke. 

****

Aku describe seorang komando sedang duduk dalam posisi sedia di atas sebuah reaktor nuklear Triga setinggi sepuluh meter. Bumbung Triga actually berbentuk heksagon, ada beberapa level hanging walkway di sekelilingnya, dan ditebat kalau tak salah simen organik. But untuk start-up, readers don't need that detail, sepuluh meter tinggi is just enough. 

Kasyaf masih ada gejala bunga bahasa yang meleret, aku dalam proses memperbaiki. Ranea insyaAllah bebas dari bunga bahasa yang tidak diperlukan. Bukan tak ada langsung. Penat juga aku mempertahankan bahasa aku dengan editor. Editor pulak power kesusasteraan, memang pantas saja dia potong sana sini. So what I think awesome, my editor thinks not really. Exaggerate. 

Apabila kisah Ranea bermula di sebuah parallel planet yang tidak aku namakan apa-apa, kecuali beberapa negara utama seperti Tranta, Naruka dan Mohahasak, cabaran untuk describe tempat yang asing tu lebih tinggi. Nasib baik novel fantasi aku masih ada Malaysia, Amerika dan Bumi sebagai datum. 

Contoh seperti semasa Ranea dan Zack mengikut Yusuf, Aliana dan Zurum memasuki sebuah telaga pengumpulan najis di Naruka yang keadaannya sangat jijik. 

****

Pintu itu membawa mereka ke satu tempat busuk. Busuk dan mega, tepat sekali dinamakan tempat pengum­pulan najis bawah tanah. Kumbahan satu bandar mung­kin ke sini. Berpuluh-puluh longkang mengalir masuk, bunyi airnya mencelup-celup melempias bau busuk yang mencengkam. Ruang ini bak telaga, dengan diameter sebesar stadium. Besar terlampau sehingga saat ter­dongak-dongak itu, Nea berasa dirinya kecil macam tikus.
Di tengah-tengah sana ada kolam tahi, disinari beberapa turus cahaya kuning dari atas yang dikeluarkan kelompok-kelompok kulat persis diod besar. Kelihatan seutas akar tunjang gergasi tembus dari siling gua, turun mencelup kolam. Akar serabut berjuntaian, banyak, persis rambut puaka. Kesan lendir kuning dan hijau menggelangi akar itu, menunjukkan turun-naik paras air kumbahan nan berbekas. Ulat-ulat hitam sebesar lengan meliuk-liuk bergentayangan di akar dan lubang di dinding kolam. Ulat itu gemuk. Sihat pastinya kerana cukup nutrisi setiap hari. Telaga itu, selebihnya, banyak timbu­nan batu dan ruang-ruang gelap yang tidak mereka tahu menyimpan benda apa lagi.
“Siapa tadi kata Naruka akar tak ada?” Yusuf tiba-tiba bersuara separuh berbisik.
Aliana kedengaran merengus.
“Kihkihkih,” Zurum gelak tertahan-tahan sebelum dilempang Aliana hingga jatuh berguling.
Zurum kembali bangun berjalan sambil menggosok pipi. Dia seterusnya diarahkan Yusuf untuk mengepalai. Si kenit itu tahu tempat ini. Lama dahulu dia pernah berada di Naruka. Cuma berada di bawah ini dia nampak teragak-agak kerana tempat macam ini pastinya tidak pernah bahkan tiada siapa yang mahu masuk. Dirinya tidak berkecuali. Mereka menyusuri pinggir dinding, melompati longkang-longkang dan becak-becak lendir, membuat tawaf mencari lubang keluar.


****

So, kesimpulannya untuk novel thriller, discussion heavy substance, please do write a straight to the point words. Pembaca nak fahamkan konflik dan situasi lagi, jadi mudahkan proses itu untuk mereka. Tak adalah sengsara sangat nak habiskan buku kamu.

Selasa, 13 Februari 2018

Ranea is now on Google Books

Hi all e-book lovers! Good news for us, Ranea is now available on Google Books!



Click here to VIEW.

Isnin, 12 Februari 2018

Self publishing Journey #3 - Books, can't sleep


Kalau masa study di US dulu, waktu-waktu paling membiolkan adalah masa final week sebelum hantar FYP. Aku pula buat programming Matlab. Orang buat mesin kait sawit aku pergi register FYP buat programming. Kalau ya pun hobi menulis, bukan menulis programming bangang. Sudahnya 3 hari tak boleh tidur apabila baris-baris program tu berterbangan dalam kepala macam lalat bila aku nak tidur depa jadi terlampau bising "riaauu, rieeuu, kli kli kli..." dalam kepala sampai memang tak boleh tidur.

Bila FYP siap baru aku tidur tiga hari berturut, bangun hanya untuk makan meggi.

Gosh, selepas 14 tahun, ke 15?, lalat tu datang lagi bila aku sibuk dalam proses penerbitan Ranea, novel sambungan kepada Kasyaf. Aku edit punya edit, punya edit, sampai jadi lalat. Tidur pukul 3 pagi, pukul 5 bangun. Kat office kena tongkat mata. Nasib baik work load sekarang so so.

Anyway, selepas proses fine tune dengan printer, insyaAllah esok atau lusa, Ranea akan masuk printer. 500 pieces, for start. Final artwork dah hantar tadi, sekarang aku nak kena fokus kepada Kasyaf 2nd edition pulak. Nak kena siapkan skrip dan juga cover. Both are upgraded.

Oh, aku dulu study USM Transkrian. If only I can sell my books there. Hmm... Anyway, Ranea is opened for preorder. Comment to order. Or www.wasap.my/+60162033009.

Jumaat, 26 Januari 2018

Khamis, 25 Januari 2018

Pr1ma Tok Bali - LO signed

Ini cubaan ketiga untuk membeli rumah dan akhirnya, dengan rasa yang yakin dan tidak ragu-ragu (hopefully I'm right), aku sign housing loan dengan Maybank.

Dengan lokasi strategik dan 4000 sqft tanah Malay reserve tu, gated guarded, hopefully it is a worthy asset. Dapat duduk situ, beli ikan murah2, kerja dengan ECRL ke, atau mengajar tuisyen ke dah okey sambil malam2 ketik keyboard taip novel seterusnya. What a life.

Bangun pagi esok pergi menjala.

Jumaat, 19 Januari 2018

Self publish journey #3 - ISBN

Senang saja sebenarnya nak apply ISBN. Hanya melalui emel. Kena isi borang pendaftaran program ISBN untuk penerbit baru, dan juga borang untuk terbitkan buku. Berapa banyak judul pun boleh masuk dalam tu. Sertakan cover depan dan mukasurat copyrights, then hantar ke ISBN perpustakaan negara melalui emel.

Percuma saja. Approval sepatutnya sekejap saja, normally dua hari bekerja dah boleh dapat. Bila aku cakap dekat Puan Roswati tadi nak print hujung bulan ni dia kata oh sempat lah.

Hari Ahad nanti nak meeting dengan member editor, Pingu Toha, dan juga designer cover untuk next project, encik Radziff, kelompok rojak panggil CJ. Harap-harap next week dapat siapkan ISBN, final script dari Pingu, typesetting dalam pdf dan yeah, boleh masuk printer. Hopefully printer tak penuh.

Aku cuba, masa jumpa printer nanti, untuk berunding dengan Karangkraf untuk distribution. Ini target. Doakan.

Khamis, 18 Januari 2018

Rumah Pr1ma Tok Bali - progress

Last week tanya officer pr1ma berkenaan construction, katanya baru 4%. Aku follow up dengan lawyer, dengan banker, so aku follow up dengan dia sekali. Target completion 2019, middle. Letter offer Maybank dah approve, 33 tahun nak kena bayor, 4.45% interest yang variable based on base rate, baki dan payment cantik ke tak. Dalam loan pr1ma ni dia masukkan sekali insurance MRTA yang compulsory, yang bila topup ke dalam loan, total amount akan jadi RM282k, instead of harga rumah RM263k, additional RM19k untuk insurance. Tapi menariknya, bila aku run the numbers, dia tak add up. 282k, 33 yrs, 4.45% profit, aku dapat bulanan 1,380. Tapi letter offer states 1,260, which is installment for 263k, 33 yrs, 4.45%. So aku suspect insurance tu pr1ma subsidize.

Anyway, next year RM1,300 per month akan top up dalam bahagian liability.

Pr1ma Tok Bali ni katanya masih ada opening lagi, tapi unit tak banyak. Dalam satu projek, tak semua unit attractive dan berbaloi untuk beli. Dia depends, nak kena pilih dan tengok lot-lot menarik seperti double storey, corner lot, facing playground, end lot dan single storey end lot. So left over tu biasa, worst case they need to reduce price. Sebab ada beberapa unit aku tengok dekat sangat dengan waste water treatment punya pond.

Lebih-lebih property market tahun 2018 dijangka flat.

You see, when you got something to talk about, your blog will be active. I was dull for past 5, 6 years. Is it 7?

So, pr1ma ia a good project for middle class to consider. so far. Bila dah dapat unit, the process is easy. Cuma nak dapat unit tu susah sebab kebanyakannya kena ballot. Masa aku balik baru ni, aku first yang secure unit, aku unit aku tu single storey paling cun. Dia hujung jalan, tapi bukan end lot, dia corner lot, 4000 sqft land, facing beach side so kalau angin dari pantai bertiup dia akan sampai rumah aku dulu. Aku dah kentut, masak, berasap semua baru pergi ke rumah lain. Dia juga beberapa meter dari playground dan entrance. Keluar dari entrance akan jumpa LKIM yang awak boleh ke sana beli ikan dengan harga RM5 sekilo.

Berdekatan juga akan ada ECRL station dan Tok Bali port. So, worth to consider.

Selasa, 16 Januari 2018

Self publish journey #2 - RANEA

Darn! dah berkali kali baca pun still ada typo. perkataan yang banyak-banyak tu macam magic, halucination yang skew kau punya eyesight menyembunyikan typo typo yang buat pembaca jengkel. Yang sebenarnya kau sendiri jengkel like wadde hell aku dah baca line ni beribu kali kot, actually ada perkataan yang tak wujud diguna. such as 'konfius'. It is English, confused!

Perkataan haram seperti konfius itu dia bawaan daripada brainstorming session, perkataan from scratch, yang normally aku throw out whatever pop up in my head, regardless. Yang kalau perlu lukis, aku lukis.

Alhamdulillah aku ada kawan, Pingu Toha, untuk for final round relook balik, fast proofing, novel sekuel kepada Kasyaf iaitu Ranea. 

So, that's it. Sekuel kepada Kasyaf ialah Ranea. Kalau kasyaf itu sejenis ilmu paranormal, Ranea pula bukan begitu, Ranea adalah kekuatan, main character yang akan menyembuhkan hati yang lemah, jiwa yang kusut yang bagi lelaki bujang I am giving them a benchmark or hint how your future girlfriend should be. Ranea aku cuba tampilkan kuat, somebody yang walau baru kehilangan Papa dan belum pun habis jiwa dia luka, dia dibawa pula oleh seekor anomali untuk astral (melalui aether) ke sebuah parallel planet, some million light years away from Earth, for a mission.

Ya, it is a fantasy sci fi, seperti Yuda di Padang Maya dan juga Kasyaf. Maintain this line.

So, instead of mutan, yang menjadi binatang perbincangan utama Zack, Dai dan Azmi, I realized Ranea is a stronger reason for this book to exist. Dan ya, ini sebenarnya bermula dengan sebuah artwork yang aku jumpai di internet, yang artistically shot into my head and made me say yes, this is the cover that I want for my book! Pertemuan antara skrip aku dan cover ini, aku umpamakan seperti seorang jejaka menjumpai seorang gadis... and magically fall in love at the first sight and I want to marry them, combining them, to become a complete beautiful book. The problem is, cover itu dan tajuk mutan tak match. Aku tanya Gafa dia cakap pun memang tak match. Rosak, macam budu dan chicken chop. Aku pun consult my hardcore readers, friends of course, diorang indicate that Ranea is way better than Mutan, for the market, regardless how the cover looks like. So there, I made my final decision. Menggunakan Paypal, aku secured cover kepada Ranea dan Kasyaf (2nd edition) dari betipub33 for some usd's.

RANEA.

I will publish the cover once I got approval from ISBN. Stay tune yo!



Khamis, 11 Januari 2018

Self Publish Journey #1

Better late than never. Actually, scene indie author atau self-publish sudah lama kicked off, yang sudah pun start take up slice of pie yang agak besar juga menyempitkan market untuk penerbit tradisi. Bila aku mula menggoogle dah banyak dah tips, guideline dan service boleh diguna untuk self publish, even untuk ebook. Aku pun ada beli ebook terbit buku sendiri yang agak brief tapi berguna untuk newbie.

Steps untuk self publish ni tak banyak, tetapi penting untuk mendapat kepuasa hakiki. Ya, selain $$, self publish ni something macam life quest, passion, yang kalau engkau achieve engkau akan rasa puas! Juga sebagai confirmation, that out there sebenarnya ada seseorang yang berotak seperti engkau, yang seolah-olah share 'rasa' sama, frekuensi yang sama. Confirmation that you are not alone... weirdo!

Nak self publish kena ada bakat dan persistence. Well, bakat boleh dipupuk especially dekat FB, wattpad atau macam aku yang pernah publish 4 buku dengan dua publisher, insyaAllah, aku ada tribe sendiri yang jumlah sebenar aku tak tahu. Kalau dah ada skrip, macam aku juga, the other ingredients that you need are:

1) Editor - untuk jimat kos, use your friends. FB friends, or 10 of them. Especially friends on a common interest - thriller books, atau sci fi book, or to some details friends yang minat author sama Stephen King atau Dan Brown atay Jeffery Archer. Kawan2 kadang tak berkira, kecuali yang memang pro, so minimum payment atau free book, atau kadang2 cukup kata2 penghargaan di cover. Kita baru-baru nak start ni, cakap kat dia, janganlah berkira sangat. Macam aku cakap dekat Gafa. Ketawa macam jin dia sekejap. Editor penting untuk make sure tak de logik error, fact betul, takde conti error, dan juga suruh dia proof read sekali untuk punctuation, grammar etc.

2) Cover - benda ni penting. Kita dah pecah tabung untuk invest dalam industri buku yang orang kata kian malap, kita ada tugas up hill untuk jual buku, lebih2 lagi sebagai newbie orang tak kenal. Sayang kalau cerita best gila, cover buruk nak mampus. Fungsi cover grafik macam cover 'It - Stephen King' budak berbaju hujan kuning tu bukan sekadar hendak summarize the whole book, tetapi untuk pancing orang yang melihat untuk gerakkan hati dia untuk gerakkan tangan dia mencapai buku kita dan baca sinopsis. As a reader, bukan cover tetapi sinopsis tu yang akan decide nak beli ke tak. Cover hanya umpan memancing mata. Untuk jimat, of course buat sendiri la tapi kita ni kalau pun pandai menulis tak semestinya pandai Adobe, so jangan terlalu narcissist buat cover buruk sangka lawa jual tak laku. Cerita engkau best, cover buruk memang kerugian. Tapi kalau memang tak ada budget untuk professional designer, boleh buat guna Adobe pirate, atau boleh guna Words je, atau guna online tools seperti Canva. Untuk up sikit kalau ada budget kecil, as usual, pergunakan facebook tu, just randomly post status lookng for graphic artist yang beginner macam kau jugak untuk test power buat cover novel. Atau kau buat contest, cover paling cantik menang engkau bagi dia hadiah buku engkau kah kah kah takkan pakej pelancongan cakap kat dia agak-agak la. Friends, sometimes dalam hati dia mengutuk kau, tapi dia sanggup je buat for free, one day job. Atau belanja dia wayang. Atau kau work out dengan dia sama2, take one day off to somewhere, shooting sambil puji kamera mahal dia kaw-kaw untuk buat cover. Nak senang lagi, boleh pilih premade cover dari website: creativeparamita atau covercollection. Pilih je mana yang paling tepat untuk novel korang, bayar. Aku nampak tadi USD 30 pun ada, sekitar RM120. Ok la not bad. Cover dia pun nampak pro.

Atau contact Gafa (shenget studiountuk buatkan cover untuk korang.

3) ISBN, google for Malaysia ISBN, cari form dia penuhi dokumen yang dia nak seperti IC, sinopsis, cover, copyright page, etc dan email ke isbn@pnm.gov.my, tak perlu ke perpustakaan negara. Dalam dua hari boleh dapat kod ISBN, letak cover belakang.

4) Printing - aku ada call inspiration hub, notion press, yang buat consultancy untuk self publisher dua-dua bagi aku masih merangkak dalam pasaran Malaysia. Anyway you do not require them since you are self publisher. Diorang provide printing even everything tapi it cost you more than if you go to Fixi or Jemari Seni. Kalau buku you jual lebih 40000 of course advantage la tapi if only 3000? Burn. Notion Press dia buat Print On Demand, POD, yang kita tahu cost per book mahal. Eventhough dia janjikan 100% profit dapat kat author, kau dah park RM3000 dah kat dia untuk setup benda2 kat atas dan marketing (kat bawah), basically you bagi skrip, bagi duit 3000, then you goyang kaki tunggu dia jual based on demand from book store. First diorang akan print 300. Aku tanya dia what book store dia nak akan jual, Parvitha tu tak boleh jawab, aku tanya kalau ebook dia nak jual kat mana dia sebut la amazon, barn and noble, kobo, semua yang sebenarnya pasaran oversea yang language dia english bukan manglish macam novel aku, then how? aku tanya. Dia kata they are working on Malaysia market. Then takkan la engkau nak jadi lab rat untuk dia. Puii. Please strike out notion press. Do it yourself. Service yang dia offer, semua kau boleh buat sendiri. Dia macam terbalik dengan FIXI, FIXI nak publish buku engkau diorang yang keluarkan duit, print pulak 3000 bijik, first print, dengan reputasi FIXI dan kesedapan story line engkau, most probably kau akan ada 2nd print, third print, semua capital by FIXI. Notion Press engkau yang nak kena keluar cash, bayar dia up front regardless how good your book will perform. Yang kalau dia tak all out untuk market buku engkau, dia dah secure profit dia. Engkau yang terkapai-kapai. Notion Press pula dari India kau nak kejar dia macam mana kalau sales kau slow? Kalau dia ambil percentage dari sales, macam traditional publisher, dia kena work harder to sell. So jangan keluar mulut harimau masuk mulut buaya, berkobar-kobar nak self publish lari dari traditional publisher, tanpa sedar masuk ke capitalist publisher.

So print your self. Pergi ke printer macam Vinlin di Puchong atau Ultimate Printing di Shah Alam, bagi artwork design iaitu :
- size buku (normally 18.5 x 12) ,
- jenis cover finishing nak gloss atau matte, graphic atau words (normally graphic lah pro kan),
- paper type ramai sekarang go for cream light yang sebenarnya mahal atau just pilih simili paper yang putih dan berat tu,
- page count, page count ni cuba estimate dari words file. Printer boleh estimate kan, bincang2 dengan dia.
- quantity of print - 300, 500, 1000 - masing mempunyai harga berbeza, mungkin jenis printing pun berbeza, you can go digital, atau print tradisi - offset. Digital mahal sikit, tapi save dekat internal design tak perlu guna indesign, design je sendiri guna words. Buku kau punya para, width, spacing, header, footer, semua design kat words, boleh guna kindle add-in untuk design printed version atau ebook version. Kindle add in untuk Microsoft Words, dia bagi template, design untuk chapter, beginning pages etc.

Atau nak senang tahu benda2 yang printer perlu tahu, pergi ke online book printing untuk tengok form dia apa yang dia perlukan untuk quote harga.

5) Dah siap print, the REAL WORK starts! SELL THEM! - socmed, affiliate, friends, dan banyak lagi yang aku perlu belajar lagi dari Gafa. Aku tahu idea dia banyak.




Isnin, 20 November 2017

First blog post from new work station

Ada banyak perancangan sebenarnya untuk hobi menulis aku ni. Cuma lately processor agak slow untuk pick up kerja-kerja nostalgik - update blog, coding, fb badge, dll dicampur dengan planning untuk setup company self publishing etc. Alhamdulillah, google play dah beri permit untuk aku register sebagai book partner, bermakna aku dah boleh market e-book di google play. Juga proses untuk register KDP Amazon akan berjalan, selain printing work untuk my own novels. I will self publish my works and this is my 2018 personal goal.

Nampak market buku macam down je, rasa obliged untuk memeriahkan.

Alhamdulillah juga hari ini aku berjaya miliki PC. Nak setup workstation tak adalah penat mana, melayan Red Warriors tiga orang yang memenatkan sebenarnya. Dah ada PC sendiri, baru ada rasa sedap untuk mengerjakan manuskrip-manuskrip untuk diterbitkan. Benda-benda sampingan dan personal macam ni kalau guna laptop office rasa tak berkat tu ada. 

So this is my first blog post using my Dell Inspiron Desktop. 

khairi mohd
Last sekali aku beli komputer desktop adalah masa di USM dulu, tahun 2002, guna Window 4 buat main Fifa 2000 yang dia punya monitor macam aquarium. Dulu sebelum dan selepas mempunyai komputer tu perbezaan dia tahap gila. Kau rasa fulfilling sangat, yang mana tahap keboleh-fungsian kau bertambah dari 5% kepada 95% dari segi nak buat assignmentnya, game-nya, download movienya, edit gambar, chatting dan banyak lagi. Tapi sekarang tak ada beza mana fungsi komputer ini ke dalam hidup. Dalam kocek lebih advance. 

Cumanya aku beef up graphic sikit guna GTX GeForce 1050 on top of 7th gen i7 processor, kemudian aku layarkan ke skrin free Dell bagi 22 inci, harap-harap lepas menabung akhir tahun ni boleh beli wireless joystick untuk layan game-game grafik padu macam call of duty, counter strike dan resident evil.

Hopefully dengan kehadiran Dell ke dalam keluarga, aku bisa publish Mutan (sekuel Kasyaf) di Google Play Book December nanti. InsyaAllah.  

Rabu, 16 Ogos 2017

Mutan - bab 11, 12

11

Baihaqi genggam pistol erat. “Binatang apa ni Din.”
Hairuddin geleng. “Tak tahu tuan.”
“Kau okey ke Din? Teruk kau kena rasuk tadi.”
“Okey, okey.” Hairuddin membetulkan seluarnya.
Binatang hitam ni dah langgar villa sampai runtuh. Letupan peluru kereta kebal dan tembakan komando nampaknya tak beri kesan. Binatang ini masih gagah. Bagaimana harus dia lakukan hal ini hanya dengan pistol?
“Tuwe, nate ni mari dari Agensi ni confirm,” kata seorang pegawainya.
“Hmm…” Baihaqi nampak berfikir.
“Pahtu lagu mano ni tuwe?”
“Aim mata atau soft spot. Apa-apa hal, tangkap Nik dulu. Kalau dia terlepas lari susah kita.”
Ariff merengus, “back up plan, ASP, back up plan.”
Di depan mereka, Nik yang mengendong Hasnitah mula berlari ke arah lubang di kamar bacaan. Baihaqi mengejar. Pistolnya mengacu ke belakang Nik tapi tak boleh tembak sebab takut kena Hasnitah. Binatang hitam di luar pun dah tak kelihatan untuk ditembak. Memeranjatkan semua orang, Nik mengendong Hasnitah terjun ke luar.
“Sial!” dengus Baihaqi.
Dia dan pasukannya sampai di pintu kamar. Namun, belum pun sempat mereka masuk, lantai telah dihentam dari bawah hingga pecah. Baihaqi melambung, bersama yang lain, bersama meja, buku, rak dan segala puing-puing rumah. Tersembam dia ke lantai tingkat bawah, kepalanya berpinar. Dia dongak dan dalam keadaan pandangan berbalam-balam, dia melihat puaka hitam itu sedang mencabut kepala sarjannya, Hairuddin, guna gigi taring.
Nafas Baihaqi tersedak.
Dia cuba bangun tapi dia rebah kembali. Sejurus dia melihat barisan kuku melibas ke arahnya dan dalam sekelip mata dunianya gelap.


12


Nea tergamam.Wh... what in the world is this?
Dia lihat tubuh-tubuh polis melambung jatuh ke bawah. Sejurus, sebaris kuku cangkuk dilihat mencakar lantai, berpaut dan seekor spesies melonjak naik. Figura haiwan itu kini muncul penuh; hitam, berbulu kasar panjang dan bengis. Bukaan retina matanya vertikal, merah merekah bagai lava. Parasnya dilengkapi taring dan tanduk, dua ciri yang secara biologi tidak mungkin wujud bersama pada satu tengkorak. Weird! Binatang ini pastinya baru terlepas dari neraka. Not a species from earth!
Makhluk itu mara di foyer aras dua vila itu melanggar pita kuning polis, memijak piano Fazioli dan meja jati hingga ranap. Langkahnya tidak tergesa-gesa barangkali menyedari mangsanya kecil dan lemah takkan mampu lari ke mana-mana.
Lutut Nea longlai. Dia tak mampu lari.
Ariff muncul kembali. Berteriak, Cik Nea, lari!!
Nea sebaliknya tetap di situ, kaku melihat polis itu menembak bertubi-tubi. “Nea, lari! Urgkhh!” Belakang lelaki itu tiba-tiba ditembusi barisan kuku besar. Bunyi darah dan nyawa menggelegak.
Nea terduduk. “O my God, O my God.” Airmatanya merembes. Dia menunjal lantai mengundur hingga belakangnya menjumpai dinding. “Tolong, suaranya keluar separuh.
I can’t move…
Saliva binatang itu menitik. Baunya cukup busuk. Nafas pula deras bak naga. Tak pernah dia lihat spesis segila ini dalam kajian arkeologinya, sebagaimana tak pernah dia terbayang kematiannya akan tiba seperti ini. Dia terjelapak meringkuk, menutup mata dan menutup telinga. Asyhadu an la ilaha illallah... waasyhadu anna Muhammadar rasulullah. Allah, please forgive me all my sins...”
“HUARR!!”

I am going to die.

Selasa, 15 Ogos 2017

The closing of the muslim mind

Evolution brought us into various races, countries, traditions, careers and governances. Our common ground should be the religion, since we are all created 'similarly' by the same Entity. Various religions added up into above list, therefore, is a big mistake.

Untuk tahun 2017 ni aku rasa ini buku pertama aku beli. Rasa lemah gila hidup ini memikirkan otak yang semakin barai, semakin jauh dari debate keagamaan. Which... sometimes I think useless.

Aku down sekarang ni. Buku ketiga trilogi Kasyaf masih merangkak. Merangkak tapi bergerak aku syukur, cuma lambat benar geraknya. Tatkala hidup bertemu simpang-simpang abstrak, aku rasa benda-benda dilemma macam ini akan berlaku. Maybe I am preparing for 40.

Shit, cholestrol damaged my reputation. Pergi cek darah kolestrol tinggi gila yang mana aku dah jangka tapi bila tengok betul-betul jadi rasa semacam juga la. Down. Dalam usaha untuk memanjangkan hayat di dunia ini, aku kembalikan zaman kegemilangan aku berjogging dan berbadminton. Cuma kali ni kena tambah dengan minyak ikan omega 3, 1000mg per capsule. Blackmores.

Am I aging too fast?

Back to the book. Aku dapat email subscription dari IRF, mencadangkan sebuah buku yang kemudian membawa aku berjalan kaki ke LRT dan LRT itu membawa aku ke KLCC di mana ada Kinokuniya. Aku google-google buku ni memang tiada di mana-mana kecuali Amazon, Kinokuniya dan satu store online yang aku lupa nama. Delivery time lambat gila I cannot wait. Aku pilih untuk hadir secara fizikal ke Kino yang aku kira agak bertuah kerana dapat last copy. Tuah kemudian agak menipis melihat harganya yang menghampiri seratus. Berdebar juga. Kalau pdf versi compang-camping boleh saja download dari internet sebenarnya tapi kondisinya sukar dijangka. Boleh potong stim. Demi semangat rebellious, aku belikan jua. RM92.59 harga untuk sebuah idea.

"The closing of the muslim mind"

Thing that is so obvious that you cannot deny. Aku tidak nampak aku berada dalam aliran yang membawa kejayaan, tetapi aku cuba untuk jujur dengan apa yang aku faham. Aku rasa agama ini menuju ke laut, sehingga somebody manage to tear it apart and take it's core back to it's original spot and the people will be liberated again, rise to the higher level.

Knowledge is as if fluid. Ilmu pengetahuan itu seakan bendalir. It moves towards gravity. Ilmu pengetahuan takkan kekal pada satu bangsa kalau keturunan baharu bangsa itu kurang cerdik daripada nenek-moyangnya. It is reverse evolution so it will not take you higher. Muslim terkini percaya mereka lebih bodoh daripada muslim terdahulu, dan mereka percaya teknologi tidak dapat membantu mereka untuk fine tune ketepatan hukum-hukum fekah tetapan ulama terdahulu, sebab itu mereka rigid, jumud dan taqlid buta menganggap ijmak itu satu hukum Tuhan tak terubahkan. Walhal ijmak itu consensus manusia yang boleh diubah bila-bila masa, sesuai dengan keperluan. Maka rasional kalau muslim terkini tidak mampu menampung ilmu yang memerlukan akal yang sihat.

Ilmu pengetahuan saintifik dipelopori umat Islam kurun ke 10 sudah lama mengalir ke barat, berkembang biak di situ. Kejatuhan tamadun Islam berpunca dari dalam. Islam yang dikotori krisis itu yang datang ke Malaya, berpecah-pecah kepada mazhab-mazhab yang mencerminkan kepupusan para ijtihad yang dibutuhkan dalam Islam. Islam memerlukan tajdid. Seorang yang mampu membuat decision direct daripada ilmu pengetahuan asas (common sense) yakni intipati sunnah Allah (sains) dan juga Quran, meletakkan dirinya sendiri untuk diadili di padang mahsyar.

The person I believe one day will come.

Isnin, 10 Julai 2017

Mutan - Bab 10

10

Lampu dari luar masuk melalui jendela dan turusnya menerangi sebahagian ruang tandas. Angin sejuk berhembus masuk membelai rasa seram Hasnitah. Tangannya menggeletar tatkala dia mengengsot ke dinding dan berpusing perlahan ke belakang. Dia kini melihat susuk legap seseorang sedang meniarap, dengan lidahnya terjelir-jelir keluar masuk menjilat cecair di lantai. Tekak lembaga itu berderam.
Allahu… Akbar… Hasnitah cuba sebut tapi lidahnya kaku.
Siling pula terus berbunyi engsotan. Matanya merayap naik ke siling. Di pepenjuru sedikit gelap itu, rupanya ada kepala sudah terjuntai menguraikan rambut terbuai. Darah pekat nampak meleleh dari kulit kepala. Bau busuk mula menguasai dan seluruh tubuh Hasnitah kini kejang. Dia harap sekarang ini dia pengsan tapi tidak.
“Hissss,” kepala di siling bernafas.
Kepala itu menjulur, dua tangan pucat dilihat menongkat di birai lubang segiempat siling. Puaka itu merangkak keluar. Jatuh terhempas ke dalam kubikel tandas mengeluarkan bunyi hentaman, bergelimpangan. Makhluk hodoh itu kemudian merodok kepalanya ke bawah pintu kubikel. Ia mula mengengsot keluar, mengheret daging tubuhnya yang lembik seperti mayat. “Herk... kerrhh... hagg... ngii... ahh,” ia mengeluarkan bunyi. Seperti mahu menyebut sihir.
Hasnitah terus kaku. Buntang matanya melihat dua ekor hantu di hadapannya. Hantu lelaki terus menjilat, terteleng-teleng. Hantu betina yang baru jatuh itu terus mengengsot di lantai berjubin, mara. Baju kurungnya koyak rabak menampakkan coli berwarna hitam. Fabrik ungu itu juga dicemari tompok-tompok hitam. Iaitu darah yang telah kering. Mukanya teruk hampir Hasnitah tidak cam.
“Kakak...” Bibirnya bergetar. Airmatanya meluncur keluar bersatu dengan pipi yang basah.
Hantu dari siling itu ialah kakaknya, Salsabila. Walaupun rupa ngeri seakan mayat, ia masih bergerak, masih hidup. Kerongkongnya bergerak-gerak, seakan cuba menyebut sihir. Seperti dalam komuter pagi tadi. Cuma kali ini suaranya kedengaran pecah, mungkin tekaknya rosak.
“Heerkk... kerrhhh... hagg... ngii... ahh.”
“Kau lepaskan kakak aku, setan. Bangsat punya iblis! Ya Allah...” Hasnitah menangis. “Kakak... kenapa jadi macam ni... Bagaimana kakak boleh sampai ke sini?
Semuanya bermula di Bangsar, awal pagi tadi. Sewaktu melarikan diri dengan Zack selepas komuter yang mereka naiki bertembung disabotaj puak ajaran sesat, kata-kata profesor itu cukup jelas. Tak perlu nak cari kakak awak, sebab dia yang akan cari awak.Salsabila yang telah bertukar menjadi seakan zombie, bangkit melutut dan menunduk di depan Hasnitah.
“Kenapa buat kakak aku jadi macam ni?!” Dia berteriak ke siling tandas. “Kau nak aku, kau ambil saja aku, setan! Iblis!”
“Cepat.. cepat, dalam toilet, dalam toilet!” kedengaran suara-suara lelaki dari luar.
“Ikh... Ikh...” hantu di depannya kembali bersuara. “It, itah... ba.. bakhaya.”
Pintu diketuk kuat. Hasnitah! Buka pintu!
Itah, bahaya? Hasnitah terkejut, berkerut, melihat hantu yang berlutut di depannya itu. Kakak?
Hantu lelaki berpakaian polis tanpa seluar, yang menjilat pula dilihat terloncat-loncat sebelum mencangkung seakan beruk tatkala mendengar suara bingit dari luar.
Bunyi ketukan kini meletup apabila pintu itu sebenarnya dipecahkan. Sedas bunyi tembakan pistol bergema. Telinga Hasnitah perit. Nafasnya tersedak. Buntang matanya melihat kakaknya telah terpelanting ke pinggir dinding tandas selepas ditembak dari jarak dekat. Itah bahaya? Dia masih bingung.
ASP Baihaqi dan Detektif Ariff mara mengacu pistol.
“Itah, awak okey?” soal Nea yang masuk laju.
“Din! Hoi Din!” jerit ASP Baihaqi. “Bukak lampu, bukak lampu.”
Nik pun turut masuk, tangannya sudah melaraskan fokus kamera telefon pintar ke arah hantu.
“Lampu out, ASP,” jawab Ariff.
Bagaikan tidak terkesan dengan tembakan tadi, Salsabila kembali bergerak, perlahan. Tangan kirinya merayap dan menolak lantai. Rambutnya mengurai apabila dia cuba bangkit. Tangan kanannya kemudian diraih, menjulang ke arah adiknya Hasnitah.
“Weih,” Nik terkinja, “dia hidup lagi lah, hidup lagi! Adooiii!” dia menjerit apabila lengannya digigit sarjan Hairuddin yang melompat ke arahnya tiba-tiba.
“Din kenapa kau ni. Dah kena kau ni dah kena.” Baihaqi menarik Hairuddin yang rakus mengerkah Nik sehingga telefon lelaki Terengganu itu jatuh bergelimpangan.
Ariff pula kembali mengacu ke arah Salsabila.
“Jangan,” Hasnitah jerit, “jangan tembak kakak aku...”
“Dia setang, gile, bukang kakok mung,” kata Nik yang sedang bergelut memegang rontaan Hairuddin dibantu ASP Baihaqi.
Hasnitah menangis, terjelapak ke lantai. Jangan tembak kakak aku.”
Dalam keadaan yang kalut itu, tidak semena-mena, “DUMMM!” kedengaran kuat. Semua terkejut, tercengang kerana masing-masing tahu bala yang mereka takuti kini sedang bermula.
“Bunyi kat luar tu, bom ke apa,” kata Ariff.
“Kereta kebal tu,” kata Baihaqi, tegang mukanya berpandangan dengan Ariff.
“Dah sampai?”
Baihaqi mereguk liur.
Sejurus, bunyi bedilan senapang pula bermula dan merebak ke seluruh alam. Letupan kedengaran lagi, dan lagi. Tiba-tiba, vila itu bergegar seakan dirempuh sesuatu yang besar. Semua di situ terhuyung hayang. Hasnitah terguling, terhantuk kepalanya ke bucu kaki sinki sampai pengsan dia. Nea tercampak ke belakang.
 “ASP, Hasnitah pengsan,” kata Nea cemas.
“Korang cepat pergi angkat,” jerit Baihaqi. Serentak dengan itu ketiga-tiga pegawainya bergegas merapati Hasnitah yang tertiarap di lantai di kaki kabinet sinki. Mereka bekerjasama membawa gadis VVIP mereka keluar daripada situ. Hairuddin yang kerasukan itu pula masih bergelut dengan Nik entah kenapa.
“Bahaya...” kedengaran berdesis, seperti hembusan suara pelesit dekat di telinga.
“Huh?” Nea tertoleh. You’re talking to me?
Vila bergegar lagi bersama bunyi dentuman kuat. Sekali lagi Nea tercampak. Kali ini dia tersungkur betul-betul di sebelah Salsabila yang busuk seperti mayat.
“Baa… khaa… yaa…” kerongkong hantu itu gigih bercakap.
Nea pandang muka Salsabila. Dia cakap bahaya? Wait, which side are you? Persepsinya pada hantu itu mulai berubah. Muka itu memang teruk tapi riaknya sayu seakan merayu. She’s harmless, fikir Nea. Dia terlihat jari telunjuk Salsabila pula, dekat di depan hidungnya. Hujung jari telunjuk hantu itu lebam kehitaman barangkali sebab berpaut lama di kereta, atau terkapit ketika pelanggaran komuter. Mungkin. Tapi hujung jari itu juga ada kesan darah kering, terutamanya celah kuku.
Oh my God... Jantung Nea berdebar. “It was you.”
“Ba...kha...ya…”
“You wrote the note, you want me to look after Hasnitah… but why?”
Gambaran scene jenayah di kamar yang disusun dalam kepalanya kini berubah seratus peratus. Nea faham nota itu ditulis pihak ketiga, tapi dalam imaginasinya dia membayangkan susuk lelaki seperti Lakhus menulis nota itu di meja. Tapi tidak. Selepas membunuh, lelaki itu terus terjun keluar. Sama macam dalam mimpinya sebentar tadi. Salsabila yang selepas itu masuk, mengosongkan barang dari atas meja dan menulis nota guna jarinya.
“Baa… kha… yaa.” 
“Bahaya apa?” Nea mengikuti telunjuk hantu itu mengarah ke luar. “Ada apa di luar sana?” Atau sebenarnya jari itu menunjuk ke arah… Nik? Ya, telunjuk itu ke arah Nik. Apabila Nik yang bergelut dengan Hairuddin itu berganjak, telunjuk itu turut bergerak.
Nea berpaling ke Salsabila. Dia berkerut. “Nik?”
“Huurrmmm…”
Apabila dia menoleh semula ke arah Nik. Lelaki terengganu kurus itu kini berjaya menggagahi Hairuddin, mengilas tangan polis itu yang terdongak-dongak kejang seperti orang kena sawan, mengangkat polis itu tinggi… yang buat mata Nea meluas dalam kejutan… kemudian sepenuh tenaga, Nik menghumban susuk Hairuddin ke lantai.
Di depan mereka, Nik kini tercegat, wajahnya murung yang sangat pelik.
Nea mulai gagap. “Nik… Are… you o…okay?”
Ekspresi muka Nik semakin jelik. “Kheh kheh kheh,” suaranya berubah. Lelaki itu mula berguling di lantai menggaruk rambut kerintingnya. Matanya mulai terbeliak mengeluarkan darah. Perutnya berombak-ombak seperti ada binatang di dalam itu. Urat biru timbul berselirat di mukanya, air liurnya mulai keluar berjejer.
“Nik!” Nea kembali bingung. “O my God.”
Tidak seperti Hairuddin tadi yang kerasukannya seperti lelaki terencat, kerasukan Nik nampak ganas dan gagah. Ini jin lain, fikir Nea. Nik melompat tinggi seperti serigala, melepasi Nea, menuju ke pintu keluar.
Nea merangkak ke pintu. Tidak dia tahu apa yang dia rasa sekarang ini. Otaknya lumpuh. Melalui pintu tandas, dia lihat bagaimana Nik menerkam ke arah kumpulan polis yang sedang mengangkat Hasnitah di foyer. Ariff dan team Baihaqi melawan tapi Nik menggila seperti babi hutan. Semua orang dia sondol dan kerkah. Tenaganya luarbiasa. Sehingga akhirnya dia berjaya merampas Hasnitah. Terkulai gadis itu pengsan di rangkulan Nik.
Ariff, Baihaqi dan beberapa pegawai lain dilihat cuba untuk menyerang Nik lagi tapi masing-masing tiba-tiba terdiam kaku. Mula-mula Nea tak tahu kenapa, tapi selepas itu dia pun nampak. Di belakang Nik, kamar bacaan sudah hancur berlohong gelap. Kegelapan lohong itu bukan malam, tapi susuk binatang. Nea menyedari hanya selepas binatang itu menampakkan matanya.

Dia terkedu. “What the hell is that...”
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Goodreads

Books I read

A Brief History of Time
Seven Habits of Highly Effective People
The Power of Now: A Guide to Spiritual Enlightenment
Hadith 40
ESQ Way 165
Lā Tahzan: Jangan Bersedih!
A World Without Islam
A History of God: The 4,000-Year Quest of Judaism, Christianity, and Islam
No god but God: The Origins, Evolution and Future of Islam
Muhammad: A Prophet for Our Time
Parallel Worlds: A Journey Through Creation, Higher Dimensions, and the Future of the Cosmos
The Road to Mecca


Khairi's favorite books »