Pada suatu malam selepas semua tidur dan GST (Gomo Sebelum Tido), saya sempat menonton sebuah filem orang putih iaitu Interstellar. Filem saintifik ini sudah lama keluar tapi saya busy tak sempat nak tengok benda-benda lagha. Saya pun download dari Piratebeach.
Filem ni power sebenarnya. Idea dia setaraf The Matrix. Sudah lama saya tidak sentuh bahan bertajuk gelombang, quantum, dan lubang hitam (black holes) menyebabkan otak agak lembam kebelakangan ini. Jadi agak rugi menonton filem Christoper Nolan ni tanpa info-info yang kemas dalam kepala. Bila disebut tentang entanglement, quarks, spin.... definisi yang keluar dalam kepala agak kabur.
Okey...
Dua hari selepas menonton Interstellar, saya keluar shopping baju anak-anak di Jeddah. Ribut pasir yang melanda sekali sekala menyebabkan kami berlari dari kereta masuk ke pintu pasaraya. Saya sapu pasir penuh gaya sebelum masuk Bookstore Jarir yang besar dan angkuh. Kami nak cari buku Absyar agar dia belajar. Sambil melirik makwe-makwe Arab di celah-celah rak, saya terjumpa buku The Holographic Universe tulisan Micheal Talbot. Ditulis pada 1991, republished pada 2011. Bermakna isi dia masih relevan selepas 20 tahun, atau 19 tahun selepas dia meninggal (1992).
Membelek secara ringkas, nampak Talbot terangkan lubang hitam sama macam dalam filem Interstellar. Ini tak boleh jadi. SR79 harga dia saya pejam mata, saya bedal. The best thing is... Talbot mencadang satu idea berbeza daripada Einstein punya relativity.
Nice one...
Sebagai orang Islam kita faham dunia ini fana. Semua sementara. Apabila kita mati di dunia,yang mati reput itu jasad kita sahaja. Kita dalam bentuk sebenar akan kembali ke tempat asal yang real, yang mungkin menjadi tempat yg kita impikan atau menjadi tempat yang tak seronok yang kemudian kita merayu nak hidup balik.
You know, berfikir tentang akhirat ni satu kerja yang tiada kesimpulan. No conclusion. Sehebat mana syurga, sesedap mana kehidupan di syurga selama-lamanya itu setara mana keseronokannya tak jumpa punca. Kita define seronok melalui pengalaman kita di dunia. Seronok tengok bola. Seronok main dengan anak. Dengan wife apatah lagi. Seronok melancong.
Di syurga, seronok yang bagaimana? Ok fine, bidadari syurga. Nak berkepit dengannya 24 jam selama-lamanya pun apa yang seronoknya? Betul kita beramal susah payah dapat bidadari. Lepas tu? Buat anak, cari rumah cari kerja dan bawa bidadari kita naik kapal terbang keluar melancong. See? Dah jadi macam bumi balik. Ni syurga ni syurga mana duk ada imigresen apatah lagi toilet. Tempat cantik, ada sungai madu, burung hijau... then? Di dunia kita seronok sebab hidup kita ada misi. Mission kita accomplish, kita seronok. Kita praktis, sakit, jatuh, sakit, gagal, sakit... kemudian suatu hari berjaya... seronok. Kita lihat benda kompetitif, kita seronok. Cuba suatu hari di syurga kita request nak tengok game El Classico. Bila nak ada game, mesti kena ada liga. Semua player mestilah yang sebenarnya kalau tak petik jari je Real terus menang 9 - 0 mana nak seronok. Tak thrill. Nak rasa thrill kena ada player, kena ada pasaran, kena ada stadium, kena ada system yang sama setupnya semasa di dunia masa hidup dulu. Then, baik start off another big bang, right?
Otak kita punya projection 100% based on kita punya memori. Keseronokan kita bersifat time-based. We have no single f 'ing idea how the after life world will be. No clue, nothing. It is not stuff for brain.
Sains adalah kajian manusia terhadap Laws of Creation - fizik, kimia, phsycology, maths, etc - menggunakan processor yang Allah bagi. Kalau dunia ini sebuah kod bar, otak adalah scanner dia. Tanpa otak, dunia ni sia-sia. Seperti buat hiway, kereta tak buat. Allah susun alam sebegini cantik pada masa yang sama Dia tetapkan evolusi penghasilan sistem akal maju yang kritis yang memang kerja haiwan pada peringkat ini ada sifat ingin tahu lalu suka explore benda-benda baru. Dunia ni tiada boundary, explore lah sejauh mana pun tak apa.
So ultimately... kita sedari otak kita diprogram secara spesifik untuk menganalisa barang fana - sains. Selagi berada di ruang lingkup Space-Time, ya, otak kita ada keupayaan untuk menganalisa, untuk mencipta/mengubahsuai, untuk bina teknologi, untuk terbang, tapi di luar Space-Time boundary, otak kita collapse. Tak payah nak bayangkan syurga, cuba duduk dan imagine macam mana sebuah kehidupan yang selama-lamanya tiada goal, tiada penamat... just going on and on and on, honestly, otak kita tak boleh nak proses. Dia keluar #VALUE! atau #DIV/0 atau #ERROR. So Buddhist punya penyelesaian, dia assume yang kehidupan ini cyclic. Mati hidup, mati hidup, mati hidup, ok karma seterusnya jadi tikus sebab hidup cycle lepas perangai macam babi. Mereka guna akal. Jadi mereka struggle untuk kemam benda yang relevan bagi akal.
What should we, muslim, believe?
Saya tahu jawapan-jawapan tipikal ustaz tentang alam kubur, barzakh, mahsyar dan samada dua, syurga, neraka. It's okey. Dalam blog ni, selain dalil naqli, kita cuba untuk jujur, honest dan kita based everything on fact.
What is fact?
Ya, creation. Material alam dan fungsi-fungsinya adalah teks terindah utusan langsung dari The Architect. Apa saja yang kita nak decide, mesti berdasarkan fakta alam yang tak pernah berubah. Mathematic, Statistic, Probability, Fourier, Pressure, Emotion, Genetics, Mass Behavior, Personalities, etc. Ini fungsi-fungsi legit yang dicetak dalam ciptaan besi, silica, pulp, dan juga haiwan termasuk manusia. Fungi-fungsi ini otak kita boleh baca, masukkan dalam spreadsheet dan tabulate dalam graph untuk guide ke sebuah solution.
NASA has gone so far to prove water molecule exist beyond solar system. They claimed they've found it. Pada masa sama, NASA terus mendedahkan penemuan baharu sepanjang pencarian mereka sehingga kita menikmati teknologi yang ada pada hari ini. Pada masa sama, orientasi iman kita terhadap Pencipta turut diperkemas apabila kita dapat data-data baharu.
Orang dahulu percaya bumi flat. Matahari tu Tuhan dan mereka percaya mengikat gigi beruang di leher mampu menyembuhkan sakit kanser. Kemudian manusia mulai sedar bumi itu sebenarnya bulat dan matahari itu sejenis bebola api yang bergentayangan mengelilingi bumi. Kemudian lagi kita sedari bahawa bumi taklah bulat sangat tapi lonjong sikit dan berputar pada paksi senget dan bumi yang sebenarnya mengelilingi matahari bukan sebaliknya. Dari semasa ke semasa, pengetahuan manusia semakin tajam dan power sehingga kita mampu kaji elektron, neutron, dan kita even mapping seluruh galaksi yang berada pada beratus juta tahun cahaya daripada bumi. Dan sekarang ini Stephen Hawking beritahu bahawa atom yang bermaksud indivisible bukanlah indivisible sangat. Atom terdiri dari nucleus dan elektron. Nucleus itu pula terdiri daripada neutron dan proton. Kemudian subatomic elemen ini sebenarnya dibina pula daripada partikel quarks dengan spin-spin tertentu, dan akhirnya quarks pula sebuah wave yang kosong. Nothing. Macam sebuah belon transparen yang kita pegang ada rasa belon tapi dilepas tak nampak belonnya. Butir pasir yang kita kisar di jari, dibuat dari satu elemen yang hanya berbentuk gelombang, tiada jisim, fatamorgana. Semua yang kita nampak hanyalah ilusi yang dibentuk oleh lego-lego atom yang atom itu sendiri sejenis wave - gelombang tenaga.
Then what is real?
"Akhirat adalah sebenar-benarnya kehidupan andainya kamu mengetahui..."
Apart from textual idea that we will go through judgement day, sirot, punishment, heaven - hell... let's us just sit and think.
What it takes to create a hell. Kalau manusia boleh buat Guantanamo Bay, takkan Tuhan tak mampu buat neraka? Selain matahari, ada sejenis bintang dwarf berwarna biru yang bersuhu 200,000 degC. Matahari baru 5,000 lebih. Benda ni proven ada. Setakat nak rendam manusia bangang dalam neraka tu takde masalah langsung bagi Dia.
So... Cuba fikir dan bagi reasoning untuk tindakan kita hari ini, dan fikir apakah reasoning tersebut akan diterima oleh orang yang affected dengan tindakan kita itu di mahkamah Hari Agama nanti. Setiap benda kita buat, ada reason. Saya boleh kata, Allah cipta dunia ni seimbang baik buruk dan untuk main-main sahaja. Apa sengketa atas dunia habis atas dunia sajalah. Well fine. Will you take that chance? Honestly, will you? Will you close your eyes and sign a 1 million contract against tendering process and later minta maaf dari rakyat Malaysia di mahsyar? Will you rape a child girl and said to yourself, it is okay, sikit saja, she will be fine. I will be fine. Can you?
Kalau sanggup, silakanlah. Saya tak sanggup.
Dalam space-time continuum tiada realiti. Reality is out there. A real place where past and future can be accessed, whatever you did from day 1 to last day of your life, can be projected and attended. So, one level beyond textual confirmation, kita sebenarnya boleh reconfirm ajaran-ajaran dalam agama menggunakan saintifik arguments. Depends pada orang. Dalam kelas ada 50 orang murid diajar oleh cikgu sains yang sama, 20 faham, lagi 30 ke laut. Approach untuk setiap orang berbeza. Ada orang cukup dengan beriman dan follow tanpa membantah, ada juga yang rebel, gilakan kebenaran akal.
So bila bercakap tentang akhirat, saya tak mampu kata syurga begitu, neraka begini, siroot begitu, mahsyar begini. From textual, yakni teks-teks dari sejarah peradaban Islam, ya, saya boleh quote satu persatu, tetapi deep within my heart, saya tak mahu hanya bergantung pada catitan sejarah untuk hal sebesar ini. Mereka claim sesuatu dari Nabi even dari Tuhan, that is their call, ataupun generasi selepas mereka, atau tangan-tangan yang menulis tentang mereka. Kita ada beberapa sumber sirah tentang Nabi. Dan seramai muslim bergantung pada hadis-hadis dari Nabi dan mereka sangka mereka bergantung pada Nabi directly, (Weh ini hadis ni takkan ko nak bantah? Nabi cakap ni!) sebenarnya mereka bergantung pada sumber-sumber yang bercerita tentang Nabi, dan seribu lidah seribu telinga, seribu lidah seribu telinga dan suasana-suasana di antara keduanya, meluncuri zaman beratus-ratus tahun. Historically, endorsed by scholars in the field, it can be true. It can, as well, be not. Dan honestly, saya lelah. Lihatlah sekarang, kuasa di tangan siapa, projection tamadun Islam pula ke mana kalau tak ke laut.
Apabila berselisih, in doubt, kembalilah kepada sunnah Allah dan teks warisan Rasul. And yes, scientifically, according to sunnah of Allah, absolutely, if He can make this space-time continuum, basically He can make whatever He wants. Syurga, Neraka... just in one flash of light... poofff... done. Macam mana you nak describe alam kematian it is up to you. It's your time, your space, it's your life.
Bagi saya, kita diajar bahawa Nabi ada bercerita tentang syurga bahawa alam sana adalah something yang tak pernah kita lihat, dengar, rasa... even tak pernah terlintas di hati pun. Meaning the reality is not something that our brain can chew. Our brain is a specific scanner only for this hologram world. So, kalau kita pening nak cuba imagine bidadari, abadan-abada (selama-lamanya), then we are on the right path. Memang tak boleh dibayangkan pun. Cerita itu semua hanya bersifat metaphorical, kiasan, supaya otak kita boleh faham.
Hmmm...
After all... Tiada paksaan dalam beragama (how you want to paint your faith). Ikutlah apa saja yang kamu fikir sesuai untuk diri kamu, personaliti kamu, yang ultimately baik untuk masyarakat. The only thing you need to do is - be honest to yourselves. Kerana benda baik dan benda jahat ni (civil law, ethics, moral) sudah nyata yang kamu boleh define sendiri, self-asses, yang boleh dihukum jika kamu langgar. Clear. Oleh yang demikian, barangsiapa yang bersikap reasonable, yang tak percayakan benda-benda karut-marut (toghut), tetapi dia berpegang dan bertindak dengan qadar ciptaan Allah yang satu - sunnatullah (sains), sesungguhnya dia akan pasti dapat hasil yang betul/real. Kalau dia create kapal terbang ikut semua physics law, kapal itu memang betul-betul akan terbang. Kalau dia cuba jadi Harry Potter, penyapu itu takkan terbang di alam realiti. So, ingatlah, apa saja yang berlaku, Tuhan di atas sana maha mendengar, maha Mengetahui. (Baqarah - 256)
2 ulasan:
Wow.. How do you train your brain utk hadam bnd2 cmni? Ad tips x?
haha... GST dulu tuh...
Catat Ulasan