Sedang kekasih ALLAH sendiri,mempunyai manusia yang benci, ini lagi kita, yang entah siapa-siapa di mataNYA.Masa zaman pilihanraya hari tu, si hamka kereta mayat ikut serta berpolitik, hentam PAS dengan isu kliche dan bila kita balas balik dia punya pengikut tu peh, back up maulana dia taraf ayah pin punya back up. Bila PRU dah habis, puak-puak haters ni korang nampak masih keluar masuk lagi blog ni tak puas hati.
— syafie mahyani (@syafiemahyani) November 18, 2013
Kat dunia ni memang banyak spisis bangang macam ni lebih-lebih lagi orang Islam ortodoks. Bila dia start emosional logik sebesar bapak mana pun dia dah tak nampak. Dia punya iman tu dah masuk taraf wali jadi bila orang persoal tu kira memang mintak masuk neraka free la tu.
Agama ni macam pedang, dia punya mata tajam dia tu ada kat belakang depan. Boleh hiris musuh, pedang yg sama boleh hiris diri kau sendiri. Manusia jadi bangang bila dia beragama pakai kepala lutut tak pakai otak. Dia punya mentaliti kira semua maulana dia buat semua betul, yang berbeza dengan mazhab dia semua salah. Kira efficiency antara imam dia dan Tuhan tu 100%.
Quran bila start diturunkan dia start dengan ayat logik. Ayat basic tentang alam, tentang bagaimana alam berfungsi. Kemudian sedikit baru follow ayat-ayat madaniah yang jelaskan syariah, muamalat, feqah dan falsafah. Jadi kita sebagai manusia kena install 'asas logik' natural dulu dalam kepala baru boleh fikir fasal agama. Agama kalau sekadar jadi ikutan jadi macam middle east sekarang lah. Orang Arab layan tetamu baik betul, tapi selipar masjid hilang juga sebab mereka ini ahli budaya, ikut skrip bukan atas kesedaran sivik seperti European.
Allah buat alam dengan kadar - ratio, nisbah, formula, atau equation. Semua benda dari sebesar-besar galaksi sampai ke sekecik-kecik atom, elemen-elemen alam ini semua ada properties, ada fungsi yang boleh di patternkan menggunakan matematik. Termasuklah manusia itu sendiri. Manusia ada pattern, ada fungsi sosial yang ahli psiakiatrist boleh predict. Sebab kita semua, termasuk alam ini dibuat Allah dengan qadar masing-masing. Ini hukum alam. Ini sunnah Allah.
Maka, Nabi pun pesan sudah, jika mahukan dunia, hanya dengan ilmu. Kalau mahukan akhirat pun, hanya dengan ilmu, bahkan kalau mahu berjaya di kedua-duanya, hanyalah dengan ilmu. Muslim ortodoks apabila hurai hadith ni dia letak agama dalam braket, selepas ilmu jadi ... ilmu (agama) ....
Sesungguhnya yang paling tinggi rasa taqwa pada Allah itu adalah ahli ilmu - 35:28.
Muslim ortodoks lalu letak (agama) selepas ilmu nak beritahu yang paling bertakwa yang Tuhan cakap tu orang yang berilmu agama macam fekah, tauhid, dan tafsir, bukannya biologist, mathematicians, doctors, atau engineers. Padahal ia umum, knowledge. Ilmu semua ilmu yang bermanfaat, yang mendekatkan rasional manusia ke arah Pencipta. Of course, yang paling dekat dengan Pencipta adalah mereka yang mengkaji penciptaanNya.
Afala yanzuruuna ilal ibili kaifa khuliqot?
Tidakkah mereka tengok pada binatang unta itu, bagaimana ia dijadikan?
Wa ila ssamaa i kaifa rufi'at?
Dan langit bagaimana ia ditinggikan?
Bila manusia mengabaikan sistem logik, mengabaikan natural basic structure yang otak mereka perlukan untuk memproses data berbentuk teks, idea manusia, perbincangan manusia, manusia itu akan jadi bangang macam haters yang datang dari blog kereta mayat. Ini puak-puak perasan alim berfikir guna kepala lutut, otak letak tepi. Apa orang tulis dia tak baca tapi dia just komen nak tunjukkan dia tu power walaupun sebenarnya dia membodohkan diri sendiri. Orang berilmu semakin lama akan rasa semakin jahil, tapi orang jahil memang takkan tahu dia jahil. Narcissism.
Apabila orang Islam mula start tewas di segenap pelusuk dunia, itu kerana qada dan qadar yang Allah telah tetapkan. Nabi sudah lama predict benda ni. Apabila sesuatu kaum itu bangang dan taklid buta, menyekat ilmu berhujah dengan bebas agar dikekalkan mentaliti bermazhab, melayan ustaz seperti paderi yang tahu segala benda, meletakkan cendikiawan ilmu sains taraf kedua, kaum ini akan jadi bodoh dan akan pupus hanya kerana natural supply-demand curve. Bumi bukan makin besar. Populasi bukan makin sikit. Sumber alam bukan makin banyak. Last sekali, yang paling effisyen akan ada peluang. Yang lembab akan pupus. Benda ni dah jadi dulu di Mekah, di Rom, di Jurusalem, berulang-ulang kerana ini sunnah Allah, hukum dunia, hukum yang fixed, takkan pernah berubah.
Inilah sunnah Allah, hukum yang sama kena pada orang-orang sebelum kamu. Dan kamu takkan sekali-kali nampak pada hukum ini sebarang perbezaan. - 33:62 (Ahzab)
Jadi last sekali pesan aku pada haters berbentuk anonymous, pergilah buat kerja yang lebih berfaedah. Salam.
2 ulasan:
Secara kesimpulannya kawe respek dgn huraian dan tulisan demo..memey kawe follow dua2 blog tp jadi silent reader dan dlm kematangan berhujah nampak sesetengahnya hanya menjadi pengikut tanpa ambil masa utk berfikir sebelum berhujah..hasilnya adalah "rubbish in rubbish out"
saya pong begitu. sentiasa mengintai2 entry baru dr kedua2 blog ini (khairi n mayat he he)
alhamdulillah...hikmah disebalik pertelingkahan hari tu saya temui blog yg baik.. http://khairi-mohd.blogspot.com
teruskan menulis.. ..saya sangat22222 suka dengan tulisan2 anda.
cuma kalau boleh kurangkan skit bahasa yg kasaq...dr segi membodohkankan org khairi n mayat mcm ada lebih kurang ssiikit persamaan .jangan marae ha... adek ni nasehhatt aajjee..
Catat Ulasan