AnonymousAugust 17, 2013 at 8:41 PM
Kuncinya... humility. Taqwa. Redha dengan takdir Allah. Ikut jalan lurus, iaitu melakukan kerja mengikut sunnah Allah, mengikut proses (tomakninah) yang betul pada qadar tentuan Allah dan terima ciptaan Allah yang berbeza kerana sebab perbezaan mencetuskan value. Macam lelaki perempuan.
sunah Allah???
ReplyDelete
sunah Allah???
Jawapan:
Sunnah bermaksud perbuatan. Sunnah Rasulullah yakni perbuatan-perbuatan Rasulullah yang dijadikan kelaziman dan diteladani, samada berbentuk perkataan baginda, kelakuan atau diam baginda sekalipun.
Dalam frasa 'ahli sunnah wal jamaah', ia merujuk sunnah nabi SAW. Aku pula selalu sebut sunnah Allah dalam blog kerdil ni sampai ada anon tanya, tanya la tu kan, ---- sunah Allah???
Ada pelbagai syarahan panjang lebar di youtube, internet dan forum akan maksud sunnah Allah yang selalu kita jumpa dalam beberapa ayat. Cuba cari dalam Quran ada beberapa tempat disebut sunnatillah, haza sunnatallah, dan sunnatina. Bermaksud ini sunnah Allah, sunnah kami.
Pergi ke Quran.com dan search "sunnatillah". Dia akan keluar beberapa ayat mengandungi frasa sunnah Allah.
Sunnah Tuhan, perbuatan Tuhan, adalah segala bentuk seni architecture maha cantik ciptaan Tuhan pada alam ini yang mampu kita faham, dan yang masih belum kita faham. Alam ini, bumi, matahari dan hukum-hukum saintifik adalah makhluk yang telah diciptakan Allah. Justeru, fitrah kejadian mereka adalah dibuat Tuhan maka alam ini adalah satu daripada beberapa sunnah Allah yang perlu kita contohi dan teladani.
Dan pada bumi ada tanda-tanda (signs) bagi orang-orang yang yakin (dengan kuasa Allah)Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan? - [51:21,22]
Tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan?Dan keadaan langit bagaimana ia ditinggikan binaannya.?
Dan keadaan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan?Dan keadaan bumi bagaimana ia dihamparkan? [88:17-20]
Apabila kita mendoakan Allah memberikan kemenangan kepada Ikhwanul Muslimin di Mesir, bentuk cara pemberian itu bukanla dengan mencampakkan kemenangan berbentuk trofi kepada Morsi lalu tentera semua secara anehnya terkena taun dan mati, Hazem al-Beblawi pula mati dipanah petir dan mayatnya tidak diterima bumi. Itu imaginasi tahyul yang bersifat syirik. Dunia ini ada hukum, ada ukuran yakni takdir. Barangsiapa percaya ada kaedah lain satu hajat dicapai (selain dari sunnah Allah), kepercayaan itu adalah syirik. Dunia ini berfungsi dengan qadar tetapan Allah dan untuk mencapai sesuatu hajat di dunia kita mesti berusaha mengikut aturcara itu, bukan berimaginasi secara tahyul berdoa malam-malam agar dalam exam jawapan muncul di muka meja satu persatu sedia untuk ditiru.
Berdoa itu bersifat ruhaniah, luahan hati hamba untuk rabb. Dalam urusan kerja, semuanya tentang hemah, logik dan usaha praktik.
Sunnah Allah adalah kejadian alam, yakni hukum fizik, kaedah biologi dan juga logik matematik seperti mana yang aku hurai panjang lebar dalam topik 'science, the new religion?' Hukum-hukum logik yang menjadi asas ketamadunan US, Jepun, China dan menjadi intipati penciptaan mobil, smartphone, vaksin, space shuttle, dan pengklonan organ... semua adalah hasil daripada kajian al-kafiruun akan sunnah-sunnah Allah pada alam ini. Hukum-hukum ini sudah sedia ada semenjak dahulu, sudah kering ditulis di Luh Mahfuz, hanya menunggu higher primate evolve ke tahap pengetahuan super genius untuk utilize semua kejadian Allah ini.
[This is] the established way of Allah (sunnah Allah) with those who passed on before; and you will not find in the way of Allah (sunnah Allah) any change. [33:62] Bahasa Malaysia: Yang demikian adalah menurut "Sunnatullah" (undang-undang peraturan Allah) yang telah lalu; dan engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi "Sunnatullah" itu.
Now, ayat 59 surah Nisa' akan jadi lebih menarik jika kita faham apa itu Sunnah Allah.
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. [4:59]Dalam sebutan asal...
fa in tanaaza'tum fii syai in farudduuhu ilaAllahi wa rasuulih, which literally means, kalau kamu berselisih akan suatu perkara maka hendaklah kamu kembali kepada Allah dan Rasul-Nya.
Even kembali kepada Quran, kita masih lagi berselisih walaupun sesama Islam kecuali kalau sebenarnya ayat Quran di atas menyarankan kita kembali kepada Sunnah Allah dan sunnah Rasulullah. Sunnah Allah dahulu, kemudian Rasul.
Sudah berapa lama dua mazhab berselisih akan taraf najis anjing, apakah di air liurnya saja atau semua sekali termasuk duburnya.
Argumen imam lebih tua - jika air liur di mulut itu sudah najis, tahinya apatah lagi.
Argumen imam lebih muda - air liur itu mengandungi najis yang jauh lebih bahaya dari tahinya dan air liur itu lebih muda dileset-leset merata-rata, maka yang najis itu air liurnya saja bukan seluruh badan. Hatta jika kering, anjing itu boleh dikelek macam kucing kerana kering sama kering. Bukankah dalam hadith sebut 'jilatan' saja?
Hanya kerana anjing, kita berpecah jadi dua mazhab. Kita nampak bagaimana hujah imam muda lebih teliti, detail dan advance. Ini kerana ilmu mereka sudah evolve, sayangnya tersangkak di situ sebab muslim sekarang sangat bacul untuk evolve. Mereka mampu design Proton Suprima tapi properties air liur anjing tak ada siapa berani nak study dan ijtihad. Bangang entah kenapa. Takut masuk neraka sangat-sangat sampai jadi pengecut.
Kalau sudah berselisih, mengapa tidak kembali kepada sunnah Allah?
Bagaimana? Kembali ke Quran? Atau kembali ke sunnah Allah yang menetapkan cause dan effect segala perkara?
Kita sebenarnya bisa meneropong, menganalisi di tahap mana bahayanya air liur anjing terhadap manusia hanya dengan analisa makmal. Kumpulkan semua variasi anjing dan uji kebahayaan mereka terhadap kesihatan manusia, dan jenis sabun bagaimana boleh kita guna untuk membersihkan air liur anjing. Jika kita berselisih, pembarisnya ada pada ciptaan Allah - takdir - yakni qada dan qadar yang telah menetapkan setiap fungsi alam ini, juga fungsi seorang manusia. Hukum yang sama telah menetapkan fungsi air liur anjing dan kesannya ke atas manusia maka kita kena kembali ke sistem yang satu itu untuk menyelesaikan perselisihan. Itu saja.