Memang blog aku bahasa hancur. Ini blog! bukan buku...
Fixi, dubookpress, lejenpress, dan sebagainya. Buku alternatif adalah golongan penyelamat. Seperti Islam yang hadir dalam masyarakat kafi jahiliyyah. Pasaran novel mainstream Melayu dah terlalu taksub dengan cinta, leleh dan kurang suntikan ilmu. Terlalu takut hilang bisnes dengan percubaan segar, lalu muncul penakut mengeluarkan buku-buku sempit bagi memenuhi nafsu pembaca yang sempit tapi loyal. Jika dibuat buku tidak disukai golongan pembaca yang sempit ini, tak laku. Marketing lalu jumud dan rigid.
Kalau nak dibandingkan dengan skrip barat, kita jauh.
Buku alternatif cuba untuk refresh. Tapi, masalahnya kadang mereka terlalu longgar. Demi nak maju secara urban, kelonggaran muncul pada genre, bahasa, dan tomakninah. Terlalu lucah, bahasa pula koyak rabak dan tiada tomakninah. Kita perlukan alternatif yang mantap, at least semantap pakatan rakyat.
Benda macam ni buat aku berfikir untuk ambil bahagian dalam pertandingan ini. Penerbitan buku alternatif. Manuskrip aku sendiri, aku yakin publisher akan fikir dua kali untuk terbit. Manuskrip aku walaupun di bahagian prolog dan dan muncul wanita bogel, tapi buku aku bukan lucah. Bahkan, islamic. Cuma perbincangan mengenai realiti jin, dark matters, fizik nuklear dalam konflik masyarakat bagi pembaca kita benda baru. Berat.
Sebab mereka pembaca novel cinta.
Matket aku bukan mereka. Pembaca yang dicari adalah mereka yang tidak membaca novel Melayu. Yang fed up dengan karipap cinta dan ombak rindu. Mereka mahu sains, jentera dan robot. Mereka mahu adaptasi konflik NSA Dan Brown di bawa ke PDRM Malaysia. Atau ketaksuban Mal'akh pada ajaran sesat boleh kita tandingi dengan ketaksuban Lakhus dengan kejuruteraan halus jin.
Selasa, 26 Februari 2013
Isnin, 25 Februari 2013
Nota Dari Etruscan - 2013 - the publishing saga.
Itu yang kita suka dengar apabila editor ada bagi sejenis respons berisi. Editor dan penulis mesti friendly, ada bond yang mesra dan synchronized.
Kak Awin (editor Alaf21) call aku sendiri (bukan email), beritahu dan bersembang seperti seorang rakan. Dia beri komen pada manuskrip, ada shortback of course, tapi professionally delivered. Dia sukakan bahasa Nota dari Etruscan yang bagus (ehem), cuma genre yang serius dan 'berat' sebegini agak sukar untuk disampaikan kepada pembaca Alaf sedia ada. Kes Prof Zack dan Lakhus di Agensi Nuklear Malaysia ini agak sophisticated, dan Kak Awin nampak pembaca wanita dewasa Alaf 21 akan blur dan tak faham. Honestly, that is what I feel, too.
Aku punya manuskrip, aku target bukan 20% pembaca novel Melayu, tetapi the another piece of pie, 80% yang tak baca novel Melayu. That is a very strong market, a huge potential for a classy niche. Aku tak mahu cakap manuskrip aku bagus, tapi come on, take it and read it first. THen tell.
Penulis suka editor puji manuskrip dia, standard lah. Penulis lebih suka kalau editor boleh kritik dengan baik. Dan bagi aku, aku tak suka editor sekadar beritahu OK manuskrip dah diluluskan, nanti hantar final manuskrip untuk printing beserta blurp, cadangan cover. Tiada emosi, tiada rasa mahu bersahabat dengan penulis. Aku pasti, in later stage, conflict akan timbul apabila editor mula slash sana sini. It is okey to delete, tapi buatlah dalam suasana yang friendly dan manis muka. That's all. Kalau response editor terlalu kering, walaupun LULUS, aku jadi kurang selera nak bekerjasama.
It was not what I want.
At least, komen. You are the editor, you know those stuff. It is like, "okey Khairi, this manuscript, is heavy. Any idea how we want to sell it?"
Manuskrip Nota Dari Etruscan telah ditarik balik dari JS secara rasmi. Dan kini berada dalam bacaan editor kanan Buku Prima. Setakat ini, Alaf21 tidak mahu ambil risiko tetapi berjanji untuk take up if Buku Prima also refused. Kalau Karangkraf tidak sudi, aku rasa tiba masa untuk aku terbit buku aku sendiri. Atau ke dubukpress, atau fixi.
Cuma Fixi, doubtful. Why should the title be ONE WORD??? The Lord of The Ring, jadi... Ring?
The Lost Symbol jadi... Symbols???? Come on dude...
"This kind of novel will take time to sell, Khairi," kata kak Awin. Aku setuju. That's why we need a strong marketing, and creative cover and specific blurp to get the right readers, right market.

Isnin, 18 Februari 2013
Manusia + kereta = lembu
Kadang2 pak lebai. Atau tok imam sendiri. Tapi bila masuk kereta, pegang stereng. Dia punya akhlak tu mengalahkan pelesit.
Selalu sangat, bila balik Kelantan di Kuala Krai, tiba-tiba kereta dipotong di double-line, tanpa signal, laju macam ambulans kecemasan... tengok-tengok brader pakai kopiah. Dan kakak bertudung labuh bawa kereta macam celaka hampir langgar orang.
Manusia dan kereta bila bersatu fusion, bukan menghasilkan makhluk super siaiya, tapi makhluk hibrid bersifat kelembuan.
Macam hilang akal. Atau depleted akhlak. Bila duduk dalam kereta, drive, dia akan jadi orang lain. Macam segala ajaran agama tak valid di jalan raya. Tak ada hadis suruh patuh lampu merah, barangkali.
Kenapa boleh jadi macam tu?
Ya, kurang sivik. Apa itu sivik? Sivik boleh kata kecerdikan emosi, EQ. Bila dia drive, dia akan nampak kenderaan-kenderaan lain, yang di matanya macam bongkah-bongkah bukan biologi, bukan sejenis hidupan. Lalu jadilah bongkah itu sejenis maze untuk dia potong, cilok dan hon sesuka hati. Dia tahu marah bila kereta lain cilok dia, tapi dia kurang sedar bahawa kereta lain pun ada perasaan.
Dia tak cukup cerdik untuk fikir secara reflektif, secara empati.
Aku tulis ni, sebab semalam kena cilok dekat simpang nak keluar. Kau nak keluar ke kanan, cek kenderaan dari arah kananlah. Tiba-tiba, sebuah van mai berhenti sebelah kanan kau, nak keluar ke arah sama. Automatically block kau punya view untuk check trafik. Gila tak hangin? Potong Q, blok view, dan bahalol.
Aku lalu hilang sivik, menyumpah. Bodoh punya manusia, tak ada akal! Sorang-sorang aku emo dalam kereta.
Aku potong dia di depan secara kurang ajar. Aku bakar. Bersedia untuk berhenti dan bertumbuk. Abang bercermin mata yang drive van tu datang tepi dan sengih. Dan blah. Sesaat dia lewat untuk blah memang aku keluar tinju sengih tu dan beri kuliah barang sepotong ayat.
Kita selalu jumpa perangai road bully yang memang sah gila, potong kiri, speeding, cilok sana sini. Itu dikira penjenayah, spisis yang bertatu dan bertindik. Cuma, ada mat-mat minah-minah skema, yang baik-baik sebenarnya, sopan-santun... tapi kat jalan dia punya hantu tu keluar. Contoh kesalahan yang selalu dibuat orang kita yang lupa untuk beradab di jalan raya:
1) follow rapat macam nak cium bontot orang. Balik K4 semalam ada sebijik kelisa follow rapat belakang aku, aku kasi brek mengejut satu henjut terus mencicit dia. seb baik tak kena. Lepas tu dia mula ekori aku ikut kiraan tiang. Amoi.
2) Di highway suka kasi high beam. Macam jalan abah dia punya. Aku tak suka high beam kat highway. . Dia kacau contraction retina, justeru kau jadi buta sekejap macam lepas kena flash kamera. Naik 150, BMW, kasi high beam suruh orang ke tepi, ke tepi. Menggelabah kita tekan minyak nak cepat-cepat potong lori kat jalan berbukit. Kita pandu kereta Wira, 1.5cc, nak potong lori 3 bijik, sudah pasti akan ambil sedikit masa. Kau tak boleh tunggu ke barang dua tiga minit bagi si Proton Wira tu potong lori2 tu semua slow-slow? Lagi nak high beam.
3) Tunjuk isyarat lucah. Sila marah secara berhemah.
4) Potong di selekoh, gamble. Peh! Ini kerja gila. Dan di hiway grik gua musang, kuala lipis, banyak kemalangan disebabkan faktor ni. Perjudikan nyawa untuk potong lori, bas, di selekoh. Aku pernah kena beb, tapi bas Transnasional dari arah depan sempat elak, kasi hon. Aku sempat masuk balik, tapi aksi tu memang macam James Bond la. Sepuluh sen. Jantung memang dah jatuh ke kaki. Kalau trajektori aku masa tu lari sebanyak 2 darjah, atau brek efficiency kurang 2%, atau ada dua tiga butir pasir di asfalt... aku dah arwah dah...
4) Hilang nilai sivik. Atas jalan, bila bersembang kita refer objek sebagai kereta. "Vios kat depan ni naik pelan macam siput babi. Jalan pula sempit nak potong." Kata Jai. "Kau kasi cucuk belakang dia sikit. Tak, hon. Hon jee..." Mail di sebelah cuba provoke Jai untuk jadi jahat. Tapi kita lupa bahawa yg duk drive Vios tu adalah anak tuk penghulu, baru dapat lesen. Atau mungkin si Burhan, sepupu sendiri. Kita lihat kenderaan lain, sebagai kenderaan. Macam machines, yang tak ada nyawa, tak ada perasaan.
Respek orang, berkomunikasi guna bahasa manusia, bukan bahasa enjin.

Rabu, 13 Februari 2013
Artikel pilihan - Politik dan agama. Garis-garisnya.
Di sana hanya ada dua pilihan. Mempergunakan agama untuk meraih kuasa politik, atau mengguna politik untuk menyebarkan agama. Sesetengah daripada kita masih sukar membezakan dua jenis sikap ini.
Politik dan agama.
Persoalan di sana adalah: Agama dan politik - apa yang dipergunakan untuk mencapai apa? Yang mana alat, yang manakah pula objektif sebenar. Dan bagaimana keduanya boleh jadi begitu mengelirukan.
Mari kita selak sejarah.
Muhammad bukan lahir di sebuah padang pasir yang tenang. Sekitar tahun 570 masihi, pelbagai falsafah, idealogi dan penemuan sains sudah membentuk sempadan-sempadan tamadun dunia. Agama Nasrani telah berpecah kepada beratus mazhab dan ada antara mereka telah kembali menyembah patung-patung berhala. Manakala hukum kosmos yang dipegang ahli sains ketika itu adalah teori Ptolemy yang absurd iaitu bumi sebagai pusat alam semesta.
Ketika perebutan kuasa memuncak di antara Kristian Ortodoks di Byzantine dan Kristian Katolik di Rome Barat, saki-baki penganut agama Kristian konservatif yang digelar ahlul-kitab di tanah Arab sudah terlalu kabur akan rujukan terhadap nas tauhid dan feqah asal Nasrani. Kitab mereka telah punah. Amalan masyarakat di sekeliling mereka semakin lama semakin karut dan tahyul sampai hendak tunaikan umrah pun kena berbogel. Belum lagi cerita pembunuhan bayi perempuan hanya kerana malu. Jahiliyyah! Sosial masyarakat jahiliyyah di Mekah telah hancur dengan kehidupan berpuak-puak, penyembahan berhala, perdagangan wanita dan perniagaan antara puak yang sangat zalim bersifat tindas-menindas. Sistem politik mereka ditunggang para pemimpin yang zalim dan tamak. Agama karut dibiarkan berleluasa tanpa ada ahlul-kitab yang berani tampil menentang kepercayaan karut dan teks-teks Injil yang palsu. Hal ini kerana agama telah dipergunakan pemimpin mereka untuk mengekalkan kuasa politik, sebarang pembetulan akan dihukum sesat dan dibunuh.
Masyarakat Arab di lembah Mekah ketika itu tiada lagi berkecenderungan ke arah Kristian Ortodoks Timur atau Kristian Katolik Barat, mereka langsung sesat!
Ketika penyakit jahiliyyah menguasai mentaliti dunia Arab, di luar Mekah, Rom dan Byzantium terus bercakaran menegakkan mazhab masing-masing. Agama wahyu Nasrani yang diajar Jesus atau Nabi Isa hilang keasliannya sehingga berpuluh-puluh mazhab di timur dan barat berperang mempertahankan fatwa mereka terhadap sifat wujud Jesus. Peperangan menegakkan agama yang korup lalu tenggelam ke dalam nafsu mempertahankan survival politik yang kuat. Politik untuk menyebarkan agama telah bertukar menjadi politik untuk kuasa. Agama yang karut telah ditunggang untuk mengukuhkan kuasa. Para pengamal agama Nasrani diperlakukan seperti anjing suruhan sehingga gereja-gereja akhirnya memberontak dan bingkas menjadi politikus yang lebih autokrasi dan ganas membunuh ahli falsafah dan saintis yang anti Tuhan.
Di tengah-tengah kecelaruan ini, Muhammad, diiktiraf sebagai manusia paling genius di dunia telah muncul di tanah Arab mengajak ummat Arab jahiliyyah supaya kembali berfikir.
Sebagai seorang yang amanah, jujur dan genius, Muhammad sudah pasti merasai getar di hati nalurinya untuk membawa kaumnya kepada cara hidup yang betul. Rasa yang sama pasti turut ada dalam hati ahlul kitab dan seluruh rakyat daif yang tertindas. Tetapi mereka cuma hidup diam diancam ketakutan. Mereka bukan Nabi. Sedangkan Muhammad adalah manusia istimewa, mempunyai hati yang suci bersih dan rasa tanggungjawab yang cukup luarbiasa. Kejahilan di hadapannya perlu diperbetul dan sifat-sifat kenabian dalam hati telah menggenggam urat saraf dan darah Nabi Muhammad S.A.W untuk bangun berjuang menyebarkan Islam, agama fitrah yang dahulu diajar Nabi Ibrahim dan Nabi Isa Alaihissalam.
Daripada seorang peniaga, tanggungjawab memperluaskan ajaran Islam telah memaksa Rasulullah berhijrah ke Madinah menjadi pemimpin politik. Bermula dengan pembinaan pusat sosial Masjid Kuba, Rasulullah telah membina kembali tauhid manusia sebelum mencetus ketamadunan Islam yang berpaksikan ilmu dan rasional. Keharmonian dan keadilan Islam lalu bersinar, mengajar Rom, Greek, Turki dan seluruh kerajaan di dunia sampai ke hari ini bahawa agama dan pengurusan manusia (politik) adalah dua portfolio tamadun manusia yang tidak boleh bercerai. Politik mesti dipandu agama, bukan sebaliknya.
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.” – surah An-Nisa, 58.
Menguruskan manusia dan dunia mereka adalah amanah yang datang terus dari Allah. Khalifah. Disebut dalam Quran bahawa Allah telah utuskan manusia ke bumi sebagai khalifah. Khalifah di sini bermaksud wakil kepada Allah. Selepas Allah menyempurnakan kejadian langit, bumi dan apa yang ada di antara keduanya, Allah telah keluarkan dari perut bumi sejenis makhluk cerdik yang mampu berfikir, berinovasi, menggaul dan membina untuk menguruskan langit dan bumi milikNya. Agar hamparan hijau nan indah ini menjadi sebaik-baik tempat untuk didiami semua makhluk ciptaanNya.
Maka kepada siapa perlu kita berikan amanah ini? Pemimpin yang bagaimana patut kita amanahkan untuk menguruskan negara Malaysia yang kita cintai ini?
Jawapannya ada dalam lipatan sejarah Rasulullah dan ayat di atas.
Setiap amanah mestilah diserahkan kepada ahlinya. Analoginya, amanah mengajar subjek Fizik mestilah diserahkan kepada guru Fizik bukan guru sukan. Maka amanah menguruskan negara, mengikut sunnah Rasulullah, mestilah diserahkan kepada mereka yang terlebih dahulu faqih dalam agama. Orang yang faqih dalam agama adalah mereka ikhlas berkerja untuk Allah sebagai khalifah dan mempunyai sifat-sifat Rasulullah iaitu siddiq – bercakap benar dan jelas, amanah – iaitu memberikan apa saja agar urusan yang diamanahkan kepadanya berhasil, tabligh – iaitu mempunyai rasa tanggungjawab untuk menyebarkan kebaikan, dan akhirnya fatonah – iaitu kebijaksanaan.
Sebelum seseorang diberi kuasa politik, hatinya mestilah terlebih dahulu dikuasai nilai-nilai fitrah Islam. Agar sesudah itu, dia jelas di mana duduknya politik dan di mana duduknya agama. Apatah lagi, godaan syaitan untuknya bakal berlipat kali ganda sehingga mengganggu keputusan yang diambil nanti apakah betul kerana agama atau sebenarnya kerana nafsu mengekalkan kuasa politiknya sendiri.
Justeru, sebelum Rasulullah mendidik para sahabat akan syariat Islam seperti yang diperjelaskan dalam kebanyakan ayat Madaniyah, Rasulullah telah terlebih dahulu memperbetulkan cara mereka berfikir. Lihat ayat Makkiyah, ayat Quran yang diturunkan sebelum mereka berhijrah.
Ayat-ayat Makkiyah menjelaskan asas tauhid dengan cara mengajak ummat Arab berfikir akan kejadian alam. Masyarakat Arab jahiliyyah yang sesat dalam timbunan falsafah Kristian palsu serta amalan tahyul telah Rasulullah ajak untuk duduk sebentar dan bawa kembali mantik logik ke dalam kepala masing-masing dan fikir. Ayat Makkiyah mencabar mereka dengan kejadian bintang, malam dan siang, kejadian unta, peredaran bintang, dan dalam surah pertama lagi Allah memberitahu mereka akan kejadian manusia yang diciptakan dari seketul daging yang tergantung.
Ini semua adalah sains logik. Diperdengarkan untuk mengajak manusia berfikiran tahyul untuk kembali kepada sunnah kejadian Allah yang berasaskan logik. Dan apabila selepas berhijrah, ayat Al-Quran yang Rasulullah sampaikan kepada para sahabat mula merangkumi urusan yang lebih luas. Dan seringkali kefahaman mereka akan sesuatu ayat dicabar oleh frasa biasa: afala ta’qiluun?
Tidakkah kamu tahu berfikir?
Rasulullah telah mengajarmu sunnah Allah di awal pengajian agamamu, dan tiba pada urusan ini apakah kamu lupa untuk berfikir? Beleklah Al-Quran dan cuba kira berapa kali ditulis di dalamnya ayat: ayaatil liqaumin yatafakkaruun, iaitu Al-Quran ini adalah ayat-ayat untuk kaum yang tahu berfikir.
Seorang pemimpin mestilah seorang yang bijaksana, rasional dan berfikir lurus mengikut mantik yang ada dalam sunnah Allah. Apabila struktur mantik dalam akal fikirannya selari dengan sunnah Allah, maka urusan agama yang lebih kompleks akan dapat dia urus dengan visi yang cukup jelas. Inilah tugas khalifah, memahami setitis ilmu Allah yang ada pada bluprin kejadian alam ini agar dapat ia mengurus bumi dan penduduknya sebaik mungkin.
Kembali kepada realiti yang ada di depan kita sekarang ini. Memandangkan Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, secara tidak langsung kita sebagai seorang rakyat Malaysia terlibat dalam menentukan siapakah khalifah yang sesuai memikul amanah politik di atas. Apa yang lebih mencabar lagi, Allah anugerahkan Malaysia dengan penduduk berbilang bangsa dan agama. Masing-masing berkempen mahu jadi wakil rakyat.
Kita sebagai seorang pengundi dalam satu sistem demokrasi perlu memilih calon yang betul-betul layak menjalankan tugas memurnikan masyarakat. Calon itu mestilah mempunyai kriteria yang telah dikupas di atas iaitu jujur, amanah, suka berkongsi kebaikan (tabligh) dan pintar dalam membuat keputusan. Sifat-sifat ini adalah fitrah suci manusia dan boleh wujud dalam hati semua manusia tidak kira agama. Islam adalah universal. Islam adalah fitrah. Nilai-nilai suci Islam tetap ada dalam hati manusia walaupun manusia itu tidak mengakui Allah sebagai tuhan. Lihat kembali di awal penyebaran Islam. Rasulullah telah mengajak ummat Arab jahiliyyah untuk kembali menjadi manusia yang rasional, jujur dan bertanggungjawab. Kemudian, Rasulullah tinggalkan sebuah agama bernama Islam untuk mereka sebagai satu alternatif kepada agama Kristian ortodoks yang sudah korup. Tiada paksaan. Rasulullah tidak paksa manusia peluk Islam, tetapi Rasulullah banteras sesiapa yang berbuat kezaliman, jenayah dan aniaya. Rasulullah perangi kerajaan yang zalim, tetapi Rasulullah tidak perangi mereka kerana mereka kafir.
Kita perlu sedar bahawa seorang pemimpin beragama Islam tidak semestinya adil. Keadilan bukan secara automatik ada pada seorang pemimpin yang kad pengenalannya menunjukkan dia Islam. Dia Islam maka dia adil. Tidak. Bukan begitu caranya.
Seseorang yang diislamkan secara konstitusi dan diislamkan oleh akhlaknya adalah dua keadaan yang berbeza. Islam pada IC hanya gelaran, tetapi manusia beragama Islam yang sebenar adalah mereka yang menjunjung nilai-nilai fitrah yang mana tindakannya berpaksikan keadilan, kejujuran dan kebijaksanaan. Itu adalah fitrah dan seperti yang telah dibincangkan di atas, fitrah itu adalah nilai-nilai Islam walaupun ia ada pada peribadi seorang wakil rakyat bukan Islam.
Ingatlah, seorang manusia bukan Islam yang jujur dan berfikiran terbuka lebih senang untuk kita dakwah berbanding seorang manusia Islam yang hasad, narsisistik, dan dangkal pemikirannya. Dan apabila manusia beragama Islam sebegini dilantik menjadi pemimpin, kerosakan akan bertebaran di muka bumi Allah ini.
Pilihan di tangan anda. Jadikanlah ‘nasihat’ Allah di atas sebagai renungan dan undilah mereka yang menjadikan politik sebagai platform menegakkan Islam, bukan sebaliknya.
Khairi,
PJ.
Rabu, 6 Februari 2013
Seni penulisan moden. Gaya tulisan bukan potray si penulis tetapi golongan sasaran.
Selamat pagi...
Aku terfikir sekejap tadi. Kalau mahu tulis blog berisi entry-entry seakan kuliah maghrib, ayat kena susun baik. Elok, tertib dan guna bahasa yang tulus mulus. Supaya entry itu kelihatan sopan-santun dan kena dengan konsep 'kuliah agama'.
Orang akan benci blog kau kalau objektif entry kau nak menasihat tapi guna bahasa macam puaka. Kan?
Tapi... wait a minute... kalau blog aku ayatnya skema, tersusun dan santun... jenis mentaliti readers macam mana yang akan layan? Atau layan blog sendiri sorang-sorang? Kah kah kah.
Blog yang ditulis dengan bahasa masjid akan menarik minat golongan masjid juga. Sedangkan golongan ini sudah cukup 'hidayah' nya. Yang belum mendapat hidayah pula akan ke website berunsur lucah seperti blog aku stress gila atau blog hak milik ejen yahudi iaitu blogserius.
Jadi. Konsep yg baik akan ke laut kalau tak sampai ke golongan sasaran. Right?
Hmm...

Selasa, 5 Februari 2013
Spread my Words #1
Physics teaches me that this world is designed by an Architect with the most extreme genius and authority.
p/s: It was not by accident!
p/s: It was not by accident!
Isnin, 4 Februari 2013
PSY, RM2.3 juta dan Mega Ultimate.
Manusia diciptakan untuk berhiburan. Lihatlah langit dan bumi dan ciri-cirinya. Bukan ke indah sangat tempat ini untuk kita hidup dan berseronok untuk satu tempoh yang telah ditentukan?
Aku baca Malaysian Insider sebentar tadi. Katanya, sebuah syarikat swasta yang sponsor konsert CNY BN di Penang. Mega Ultimate nama diberi. Aku pasti ini bukan sebuah syarikat pembekal pampers di Malaysia.
Orang UMNO kebanyakannya kaki projek. Dengan nama syarikat masing-masing. Kos pilihanraya banyak yang tauke-tauke ni 'sponsor'. Korang bayangkan apa jadi pada Media Prima kalau BN kalah? Jadi korang tentu paham mengapa TV3 gila-gila promote BN, dan 'sponsor' program BN, even dengan 'free airtime slot'. Ini semua pelaburan wajib. Proses sama dipraktis syarikat-syarikat lain.
Baru saja Kerajaan bail out Syabas RM120,000,000. Setakat nak 'pau' 2.3 juta dari 'friends' dia apa lah nak dikecohkan sangat.

Sabtu, 2 Februari 2013
Air jampi khurafat mana ada dalam Islam
Dalam Quran sebut lagu yang bagaimana? Cuba ingat betul-betul ayat yang femes tu.
"Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua." - Al-Isra, 82.

Ayat ini jadi dalil kepada amalan-amalan membaca doa dan ayat khusus. Elok sebenarnya agar kerja kita buat kita cuba relate dia punya spirit dengan Pencipta, spiritually guides us to our core purpose.
Baru-baru ini sejenis kepercayaan karut telah membuat taik dalam agama yang cantik ni apabila muncul sejenis khurafat yang keterlaluan, yang dihias agar nampak syariah compliant, lalu menipu sekalian rakyat yang sakit dan desperate tapi jahil.
Air jampi. Kismis jampi. Air terapi.. atau apa saja yang dijampi-jampi. Terlalu superior jampinya mengubah chemistry substance ciptaan Allah macam hukum fizik ni bapak dia yang punya.
Bila seorang umat Islam yang dijangkiti virus kelembuan nampak sebotol air yang elok dibacakan Quran 40 kali khatam, didoakan oleh ustaz lulusan Azhar disertai kekeramatan anai-anai yang baru usai mentekedarah kertas naskah Quran, ia lantas mengkagumkan akal fikiran hamba Allah tersebut. "Ramuan ini amat hebat!" katanya. Dia jualah insan yang sama dahulunya bertasbih dan bertahlil mengkagumi kes sejadah berdiri sendiri malam-malam dan percaya Israel ada sembunyi-sembunyi tepek gambar Iluminati di sejadah orang Islam.
Please lah. Jangan kerana takutkan neraka kita gadai kebijaksanaan yang diperlukan untuk ke syurga.
Kejadian alam ni ada ukuran dia. Allah buat segala benda ikut kelas masing-masing, dengan fungsi masing-masing membentuk struktur kehidupan yang harmoni. Jangan sebab terlalu taksub dengan kekeramatan ritual keagamaan, kita cuba bypass hukum logik dan layan air jampi. Itu semua salah faham yang layak dianjingkan orang kebanyakan.
Ulama ada kelas, ada kategori. Ulama ada dalam bidang hadith, syariah atau fekah sebagaimana kita juga ada ulama dalam bidang haiwan (arwah Steve Irwin contohnya), ulama dalam bidang farmasi, ulama dalam bidang biologi, juga ulama dalam bidang narkotik. Nak kasi semua kerja sains ini atas kepala pakar usuluddin, menggelabah la dia nak petik riwayat sana-sini.
Bab sakit penyakit ni, rujuk la ulama perubatan atau kita sebut doktor. Kalau pun nak cuba jadi Mac Gyver, nak cuba ubatkan diri sendiri, pergi la cari pokok misai kucing ke tunjuk langit ke kalau sah kau dijangkiti kencing manis. Dalam tumbuhan naif tu ada bahan kimia yang boleh rawat penyakit. Kalau tak reti, pergi je la jumpa doktor di sebuah hospital. Tabib cina ke. Kalau nak ikutkan air jampi, dia punya coverage tu memang melebihi 36 jenis penyakit. Parkinson, darah tinggi, jogging tak sampai satu kilometer, sperma kurang, senggugut, kanser .... semua cover. Cuba lihat sini. Complete. Kau cari satu kampeni insurans yang list dia sebegini daring, confirm tak ada. Cuma tak ada lagi ustaz berani masukkan penyakit AIDS dalam list aku rasa sebab ilmu jampian dia tak cukup confident lagi untuk bertemu virus HIV.
Kelembuan.
Penyakit ini disebut dalam Quran. Kelembuan adalah sifat manusia yang menutup akal fikiran logik lalu mengikut jampi serapah tahyul yang kononnya berlunaskan keagamaan. Ini yang Allah nak, inilah Islam, katanya. Mereka percaya agama itu satu hal yang luarbiasa, mukjizat, atau keramat. Sebab itu setiap hari mereka lihat tapir terbang di langit dan lembu gali lubang bertelur dan kambus. Mereka suka dengar cerita wali-wali taraf cerita Pinocchio dan Alice in the Wonderland supaya mereka rasa mereka menganuti sebuah agama yang cukup keramat.
Mereka adalah manusia yang ada hati tapi tak boleh nak berfikir, ada mata tapi dia buat-buat tak nampak sistem dan fungsi ciptaan Allah ni lagu mana, dan dia tak dengar perbahasan-perbahasan yang berilmu.
Some people... dia ada penyakit narcissism. Sejenis kecacatan pada akal fikiran. Dalam perbualan, dia mendengar sesuatu, tapi otaknya tidak memproses apa yang dia dengar sebagai satu informasi, tetapi dia mendengar hanya untuk membalas balik. Dia ada idealogi, dan idealogi itu sangat betul sehingga dia tak perlu proses apa yang diberitahu orang. Arwah Stephen R Covey tulis benda ini dengan cantik. Beli buku beliau - 7 habits.
Penyakit narcissism ini apabila ada dalam agama, sangat parah. Sangat jelik. Apatah lagi dia berasa semua hujah dia dibackup Allah. Tuhan kata begini. Allah kata begini. Jadi kau kena buat begini, kalau tak kapir masuk neraka. Allah... cuba berhenti sebentar dan renung... Yang kata begitu betul ke Allah atau tafsir Al-Quran yang ditulis manusia? Yang confident gila tu kau dengar sendiri ke dengar cakap orang?
Bro, yang kita kira halaju graviti 9.81 meter sesaat itu adalah satu parameter/ilmu/bacaan yang di-set direct dari Allah. Allah buat alam ini, Allah tetapkan peraturan ikut kehendakNya. Chemical reaction, physics, Newton's Law, Entropy, adalah parameter kejuruteraan alam yang dijumpai saintis. Bukan direka Barat. Ia dicipta Allah, dijumpai Einstein dan kawan-kawan. Sebelum tu ia dijumpai Khawarizmi dan Ibnu Sina. Ia bukan perbahasan falsafah tetapi hukum dan fakta. Cuba terjun dari tingkat 6 kau akan rasa. Ia 'ayat' Allah. Wajah 'Allah' yang ada dan kita boleh tengok dengan mata, kepala dan hati.
Serius aku rasa bangang gila apabila orang Islam mendahulukan perbahasan falsafah melebihi sunnah kejadian Allah. Apa susah sangat nak faham?
Kebanyakan rujukan keagamaan kita dilapisi falsafah dan huraian retorik. Ia penting tapi ia bukan neraca asas. Retorik- ilmu bahasa. Berlapis-lapis, sampai ke hari ini... ulama Fekah, Usuluddin, Tauhid, dan Hadith terlalu fokus pada membahaskan ilmu bahasa yang disampaikan ulama terdahulu. Analogi kepada kereta, mereka perbahaskan grammar dan verbs dalam 'user manual', bukan pegang spanar buka bonet kereta directly.
Kita perlu kekuatan untuk leraikan lapisan-lapisan akidah sesat ini dan bawa ummat Islam kembali ke dasar ilmu. Semasa Rasulullah dilahirkan, Arab Jahiliyyah sujud depan patung dan towaf berbogel. Kalau jual air jampi Khadafi kepada Arab Jahiliyyah confirm sold out. Macam kita juga, amalan mereka ini bukan suka-suka, tetapi ada dalil. Ya, tafsiran-tafsiran injil yang sudah korap. Rasulullah mula bawa wahyu Makkiah berupa ayat-ayat logik dan bersifat alamiah - kejadian unta, kejadian langit, kejadian bintang, kejadian manusia, kejadian air laut... semua ini usaha untuk alih otak tahyul Quraisy kembali fikir logik akan fitrah alam.
Ummat Islam sekarang, dibuktikan oleh jualan air jampi yang hebat ini, sudah sah kembali ke alam jahiliyyah. Nama Islam tapi munafik, dan percaya perkara khurafat yang dilekatkan label Islam. Buat produk bodoh dengan nama agama untuk cari makan. Serius aku tak tahu bagaimana nak menjawab di sana nanti.
Sebijik macam kafir Quraisy. Baca Quran, lihat petikan kisah-kisah ummat terdahulu - Luth, Tsamud, dan Firaun. Kenapa kisah ini dibawa kepada Arab Jahiliyyah, kenapa!
"Demi sesungguhnya, kisah mereka itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran" - Yusuf, 111.
Apakah anda semua mempunyai akal fikiran? Ini bukan aku yang sebut, tapi Quran.
Duhai sahabatku... ustaz, syeikh,
Air jampi-jampi ni semua, apa betul satu methodology yang Allah maksudkan dengan ayat awal post tadi atau khurafat sebenarnya? Cuba duduk dan berfikir...
Media:
KPDNKK temui JAKIM bincang isu air jampi
Ismail Sabri: Ministry to discuss ‘air jampi’ products

"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya...... " - An-Nisa', 58.

"Science study brings ideas into one conclusion, truth. Philosophies study divide one into thousand thoughts - deceptions."
Serius aku rasa bangang gila apabila orang Islam mendahulukan perbahasan falsafah melebihi sunnah kejadian Allah. Apa susah sangat nak faham?
Kebanyakan rujukan keagamaan kita dilapisi falsafah dan huraian retorik. Ia penting tapi ia bukan neraca asas. Retorik- ilmu bahasa. Berlapis-lapis, sampai ke hari ini... ulama Fekah, Usuluddin, Tauhid, dan Hadith terlalu fokus pada membahaskan ilmu bahasa yang disampaikan ulama terdahulu. Analogi kepada kereta, mereka perbahaskan grammar dan verbs dalam 'user manual', bukan pegang spanar buka bonet kereta directly.
Kita perlu kekuatan untuk leraikan lapisan-lapisan akidah sesat ini dan bawa ummat Islam kembali ke dasar ilmu. Semasa Rasulullah dilahirkan, Arab Jahiliyyah sujud depan patung dan towaf berbogel. Kalau jual air jampi Khadafi kepada Arab Jahiliyyah confirm sold out. Macam kita juga, amalan mereka ini bukan suka-suka, tetapi ada dalil. Ya, tafsiran-tafsiran injil yang sudah korap. Rasulullah mula bawa wahyu Makkiah berupa ayat-ayat logik dan bersifat alamiah - kejadian unta, kejadian langit, kejadian bintang, kejadian manusia, kejadian air laut... semua ini usaha untuk alih otak tahyul Quraisy kembali fikir logik akan fitrah alam.
Ummat Islam sekarang, dibuktikan oleh jualan air jampi yang hebat ini, sudah sah kembali ke alam jahiliyyah. Nama Islam tapi munafik, dan percaya perkara khurafat yang dilekatkan label Islam. Buat produk bodoh dengan nama agama untuk cari makan. Serius aku tak tahu bagaimana nak menjawab di sana nanti.
Sebijik macam kafir Quraisy. Baca Quran, lihat petikan kisah-kisah ummat terdahulu - Luth, Tsamud, dan Firaun. Kenapa kisah ini dibawa kepada Arab Jahiliyyah, kenapa!
"Demi sesungguhnya, kisah mereka itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran" - Yusuf, 111.
Apakah anda semua mempunyai akal fikiran? Ini bukan aku yang sebut, tapi Quran.
Duhai sahabatku... ustaz, syeikh,
Air jampi-jampi ni semua, apa betul satu methodology yang Allah maksudkan dengan ayat awal post tadi atau khurafat sebenarnya? Cuba duduk dan berfikir...
Media:
KPDNKK temui JAKIM bincang isu air jampi
Ismail Sabri: Ministry to discuss ‘air jampi’ products
Langgan:
Catatan (Atom)