Sabtu, 24 Oktober 2015

Facebook, Twitter dan Blogger

Semenjak aktiviti online mula bertumpu di FB dan twitter, blogspot semakin dipinggirkan. Bukan dipinggir terus, tetapi jadi jarang saja.

Semua benda yang ditulis sekali lalu, even tanpa menggunakan backspace, tidak lagi sesuai untuk dijadikan posting blog. Semua itu kini berlaku di FB.

Blog lalu menjadi kanvas yang lebih official, yang lebih kredibel untuk rujukan pada masa akan datang. Fakta dan rumusan lantas jadi serius, dan penulisan lalu jadi kaku.

Golongan 80-an, yg meliar di akhir 90-an, dan mengenal komputer sewaktu perubahan millenium mengenali benda online secara secret. Saya dan rakan2 dulu ramai anonymous di internet. tak kira di mirc, forum atau malah friendster, mereka dan saya mempunyai id yang lain. id maya dan id fizikal tak match.

Bila pertama kali mengenali FB, sosial di internet jadi lain. saya jadi kekok sebab sudah tidak boleh meliar dengan identiti anonymos dahulu. Mak, adik, bos, member semua bercampuran di facebook sama macam di supermarket. It is no longer the same.

And then, saya mula mengenali watak2 online satu persatu, ada yang unexpected, ada yang sebaliknya melalui get together ahli forum dan bloggers. Substance online kini lebih kredibel dan boleh bawa anda masuk jel.

Apabila menulis tentang agama, saya lalu jadi lebih hati-hati dalam meluahkan rasa. Lalu blog post saya tentang agama akan ditulis hanya apabila study saya lengkap. Sesi berkongsi tentang buku yang saya baca pun agak terhad sebab buku2 saya semakin lama semakin menjauhi norm yang kita pelajari di kelas agama di sekolah. subjek yang sensitif untuk pembaca umum tak elok dibahaskan secara terbuka. Ini hikmah yg nabi ajar, agar kita tidak dihinggapi tagging-tagging seperti syiah, wahabi, sekular dan sebagainya.

kadang2 kita berfikir untuk buat sesuatu untuk merubah 'mental' bangsa kita. paling malas adalah tulis blog, atau menulis bantahan terhadap sebarang post yang menjatuhkan maruah agama di FB. Itu paling malas. Masalah bila membuat usaha paling malas ini ialah diri sendiri tu malas ada hati nak nasihat orang. itu sejenis masalah sebenarnya.

manusia spesis macam saya ramai. spesis yg grad dari sekolah agama, yang mempunyai basic agama yang paling asas yang apabila melihat golongan yang mahu beragama tapi 'salah paham' tentang perkara paling basic, spesis kami jadi malas nak memantapkan diri untuk berhadapan dengan mereka. kadang rasa buang masa, sibuk kerja, dan selalunya sebab rasa malas. Nak kena study, nak kena baca buku, nak kena tulis bla bla bla...

apabila meminggirkan diri dari membahas perkara-perkara asas dalam agama, akhirnya, diri sendiri yang hilang rujukan. Memory loss. hal agama bila nak bercakap dengan kawan takleh main rasa-rasa dia akan reject even sebelum dia dengar. Kalau dia nak dengar jugak pendapat 'rasa-rasa' saya, saya akan bagi keywords untuk dia cari dalam kitab hadith atau kitab Arab. Itu je yg saya mampu. Dan hati akan jadi pedih sebab tak mampu nak pertahan memori yang telah saya kumpul selama ini. Gagal buat notes, gagal untuk stay sharp.

Melihat pattern mentaliti keagamaan Melayu di facebook saya jadi risau. Apa lah nasib anak2 saya nanti, bagaimanakah dunia mereka. Kita diberi peluang hidup hanya sekali. Saya kadang jelous tengok masyarakat di US, di Europe yang majoriti mereka hidup dengan harmoni, bijak, empatic, dan mereka enjoy diorang punya kreativiti, they create things, they explore things, dalam pada masa yang sama mereka patuh pada rules, civil rules atau emphatic rules.

Lihat dunia middle east, jahiliyyah sedang memakan kaum muslim. Keruntuhan ini bukan sebab Islam salah, tapi hukum antropology manusia memang macam tu. Kita fikir kita ni ada free will, tapi arwah Stephen R Covey barangkali sekarang ini dah sedar yang manusia tiada free will. Kalau ada pun tidak banyak. Kita ni makhluk bumi yang tetap tertakluk pada qadar, pada qada. Lain bentuk muka bumi, lain lah perangai manusia and nothing we can do about it. Allah rules. Middle east, dengan minyaknya, sejarahnya dan manusianya, apabila kita buat analisa, kita tahu someday mereka memang akan jadi macam ni. Berpecah kepada beberapa negara yang jumud, juga kepada negara-negara yang moderate macam Turki. Dubai, Qatar, Bahrain... negara ini liberal macam Turki. Saudi, Egypt, Iraq... rigid dengan toghut masing-masing. Nothing we can do, nothing we can change, time will tell us what will happen to them when world power is not balanced.

Itu high level view. Turun ke dalam sosial masyarakat, saya jadi kesian dengan orang Saudi. Tiada entertainment, tak ada common sense dan tak ada life, sebab mereka sejenis manusia yang follow tradisi. People who follow tradition of elders. Mereka juga tak ada kecenderungan untuk bersaing dengan pemikir US, Jepun, Korea, Jerman atau siapa saja, sebab mereka ada minyak dan orang di sekeliling mereka sukakan minyak, so they get these people to work for them for oil. Saudi did not choose to be like Saudis today, it is the way nature works. Allah made earth such a way that human on it will vary in their language, mental, tradition, as well as their future.

That make us Malay with our own tradition, our own identity. Why the hell Malays wear Saudi's clothes on routine basis? Arab celup? Think for a second. The climate is different, the environment is different, the social is totally different, and those are the points to concern when you choose your attire. If the prophet was born in Iceland will you wear snow jacket as routine? No, right?

["Engkau pun cakap omputeh, broken pulak tu..."]

Shut up. Ehem...

Kita harus menjadi lebih liberal dalam berfikir, bawa semua ke makmal untuk 'acid test'. Apa saja, termasuk Quran sendiri kerana Quran itu dokongannya ilmu, bukan sebab manusia kata dia special maka kita terima dia spesial. Tidak. Kita mesti pimpin masa depan bangsa kita. Berdasarkan perkara yang kita ada di tangan - ilmu, data dan statistic. Ilmu, data dan statistik ini semua ciptaannya Tuhan. Kita ada satu set masalah yang berbeza, maka sangat jelas mengapa Quran memberikan kita fleksibiliti untuk mencipta satu set penyelesaian yang berbeza. Apabila penyelesaian kita tersangkak di zaman Imam Shafie, justeru kita lihat bangsa kita gagal pada banyak lapangan.

[We have to be more liberal. We have to take charge of our future. We have to lead with what we have in hand - our knowledge, data and stats. This is all from the almighty God. We now have different set of problem, thus it is obvious why Quran gives us flexibility for us to create different set of solution. When our solution stuck in the Era of Imam Shafie, then obviously we failed in so many area.]

For the people before us who tried their best to teach their people with sound thoughts, speeches, and solutions, we must respect them. All the imams, the raawi, the sirah tellers, all of them, we must give them highest respect. One type of respect is to solve errors that were beyond their control, unseen at their time due to limit of technology.

Dan cycle itu pun bermula, iaitu semalas-malas usaha untuk selesaikan 'error' dalam agama - facebook. oh, God, I am lame.



5 ulasan:

Tirana berkata...

Husband kak tirana dicop sebagai berfahaman liberal disebabkan penulisannya lebih kurang macam penulisan Khairi. Kak tirana dah biasa dengan penulisan dia so kak tirana tak terkejut kalau baca penulisan Khairi..hehehe.. tapi tak ramai orang yang boleh terima dan silap-silap dipanggil oleh JAKIM. Husband kak tirana dah kena..hehehe..

Tirana berkata...

Husband kak tirana dicop sebagai berfahaman liberal disebabkan penulisannya lebih kurang macam penulisan Khairi. Kak tirana dah biasa dengan penulisan dia so kak tirana tak terkejut kalau baca penulisan Khairi..hehehe.. tapi tak ramai orang yang boleh terima dan silap-silap dipanggil oleh JAKIM. Husband kak tirana dah kena..hehehe..

Khairi Mohd berkata...

Salam kak, boleh share tak di mana sy boleh cari penulisan dia?

Khairi Mohd berkata...

Salam kak, boleh share tak di mana sy boleh cari penulisan dia?

hikari berkata...

orang kita sgt taksub dengan fesbuk. update status, tunggu likers sape paling byk. like obsession. dari pagi sampai lah ke malam. lepastu lawan argue; geng isteri bekerja vs. geng isteri suri rumah. sape paling layak masuk syurga. geng susu badan vs. geng susu formula. anak sape paling cerdik. lepastu keluar fatwa dna susu lembu dalam badan. habis tu, baginda nabi SAW yg minum susu kambing, maka ada dna kambingkah dalam badan beliau? heh. kamonlah... golongan hari ini malas membaca. malas study. malas, malas dan malas. dapat maklumat terus share tanpa verification. saya lihat ia seperti satu serious epidemic yg berlaku dalam masyarakat hari ini.

apatah lagi nak membahas tentang agama. mereka terperangkap dalam nutshell yang mereka reka sendiri, tanpa sedar. mungkin dek kerana cetek sgt ilmu agama. terlalu basic.. atau kadang mereka tahu, dan mereka faham. tapi apakah yang mereka fahamkan sebenarnya? ada awareness tapi tiada knowledge. amik satu topik je, poligami.. habis (hampir) semua perempuan naik meroyan. ops.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Goodreads

Books I read

A Brief History of Time
Seven Habits of Highly Effective People
The Power of Now: A Guide to Spiritual Enlightenment
Hadith 40
ESQ Way 165
Lā Tahzan: Jangan Bersedih!
A World Without Islam
A History of God: The 4,000-Year Quest of Judaism, Christianity, and Islam
No god but God: The Origins, Evolution and Future of Islam
Muhammad: A Prophet for Our Time
Parallel Worlds: A Journey Through Creation, Higher Dimensions, and the Future of the Cosmos
The Road to Mecca


Khairi's favorite books »