Isnin, 25 November 2013

#Eksotikata, Zine dan Khairi Jamaludin

Selepas keluar di Astro Awani, aku rasa semua penduduk Malaysia tahu Sabtu lepas berlangsung eksotikata di Rumah Pena, belakang restoran tupai-tupai. Aku sampai pukul 2 petang tu, lengang lagi dia punya scene. Nak masuk pukul 3 tu, puak-puak seni mula buat perangai pelik depa.


Aku ni jurutera. Dwg CAD aku tahu la. Apatah lagi bunyi centrifugal pump yang bearing dia lari. Akan tetapi. Bila dibacakan puisi aku jadi ayam berak kapur juga la sekejap. Kena pula puisi k-pop, yang sekejap baca puisi, sekejap dia menari stail bebudak muda sekarang. Aku pening apa benda ni apa benda?? Tapi aku terima seni ini sebagai produk qada dan qadar yang Allah tetapkan untuk wujud atas muka bumi-Nya.

Ini percubaan pertama penganjur buat eksotikata. Pastinya, dengan sambutan segila itu, tahun depan mesti ada lagi, lebih umph. 


Okey, rahsia dia, aku berpanas berembun itu sebenarnya menunggu Fazleena baca puisi kat pentas. Cilaka, depa letak slot dia lepas Isyak, aku tunggu semenjak sebelum Zohor. Peh. Korang kenal kan si Faz @fazleenaH ni. Femes dah aku rasa dia. Aku stalk je dia, tengok tengok dia duduk atas lumut. Dan kali kedua tengok makcik ni melontar puisi, pertama dulu di Boco, memang buat bulu leher meremang. Kalau takde bulu leher, pilih bulu lain. Pendek kata, susunan nada, iringan muzik, kena pada intipati puisi yang deep... ruh dia tu ada. Macam dengar terawih kat Madinah, yang kalau faham.

Di Eksotikata juga aku beli zine pertama, paranoir. Dua student UITM bikin. Aku ni sebenarnya tak tahu apa benda zine ni nak sebut pun tak reti. Untuk feed curiosity, aku beli #paranoir. Dia sejenis puisi tapi ditulis dalam bentuk grafik. Bentuk tu aku tak kisah dia nak ukir dalam bentuk buah pisang ke apa, tapi yg penting isi puisi dia tu yang perlukan perhatian. Aku perhatikan, sambil korek sikit-sikit dua penulis Zine ni sambil makan spageti, mereka ni diam diam periuk api. 


Dalam comel serta diam kudus tu, sebenarnya mereka sedang memendam bara seni tahap rajawali dalam kepala. Depa ni kalau buat bini, kamar kau akan berombak kencang dengan seni-seni tempur. Puisi yang memikat berhati-hati walaupun lantang. Great work, great art. Meh aku belanja satu puisi power diorang. 

kredit: @kikihusin @tiqazulkifli dan @akuskizo

Jadi, keseluruhannya, aku berpuas hati dengan eksotikata. Apatah lagi dengan kehadiran KJ pada waktu dekat dekat Asar. Aku respek KJ, sama berat aku respek Rafizi. Aku tak bimbang dengan demokrasi kalau depa berdua lead. Aku tweet seketul gambar dengan KJ dengan hashtag #eksotikata, tuit tu yang paling banyak di RT dan favourite sepanjang aku main twitter. Harap-harap KJ baca dan promote Kasyaf dekat parlimen. 



Khamis, 21 November 2013

Hikari tanya skrinshot sampai mana... sampai sini ha.

manuskrip sambungan mana? skrinshot sikit tengok sampai mana dah? hehe..
ReplyDelete


Okey la, sikit update...






Selasa, 19 November 2013

Haters yang ada di mana saja

Masa zaman pilihanraya hari tu, si hamka kereta mayat ikut serta berpolitik, hentam PAS dengan isu kliche dan bila kita balas balik dia punya pengikut tu peh, back up maulana dia taraf ayah pin punya back up. Bila PRU dah habis, puak-puak haters ni korang nampak masih keluar masuk lagi blog ni tak puas hati.

Kat dunia ni memang banyak spisis bangang macam ni lebih-lebih lagi orang Islam ortodoks. Bila dia start emosional logik sebesar bapak mana pun dia dah tak nampak. Dia punya iman tu dah masuk taraf wali jadi bila orang persoal tu kira memang mintak masuk neraka free la tu.

Agama ni macam pedang, dia punya mata tajam dia tu ada kat belakang depan. Boleh hiris musuh, pedang yg sama boleh hiris diri kau sendiri. Manusia jadi bangang bila dia beragama pakai kepala lutut tak pakai otak. Dia punya mentaliti kira semua maulana dia buat semua betul, yang berbeza dengan mazhab dia semua salah. Kira efficiency antara imam dia dan Tuhan tu 100%.

Quran bila start diturunkan dia start dengan ayat logik. Ayat basic tentang alam, tentang bagaimana alam berfungsi. Kemudian sedikit baru follow ayat-ayat madaniah yang jelaskan syariah, muamalat, feqah dan falsafah. Jadi kita sebagai manusia kena install 'asas logik' natural dulu dalam kepala baru boleh fikir fasal agama. Agama kalau sekadar jadi ikutan jadi macam middle east sekarang lah. Orang Arab layan tetamu baik betul, tapi selipar masjid hilang juga sebab mereka ini ahli budaya, ikut skrip bukan atas kesedaran sivik seperti European.

Allah buat alam dengan kadar - ratio, nisbah, formula, atau equation. Semua benda dari sebesar-besar galaksi sampai ke sekecik-kecik atom, elemen-elemen alam ini semua ada properties, ada fungsi yang boleh di patternkan menggunakan matematik. Termasuklah manusia itu sendiri. Manusia ada pattern, ada fungsi sosial yang ahli psiakiatrist boleh predict. Sebab kita semua, termasuk alam ini dibuat Allah dengan qadar masing-masing. Ini hukum alam. Ini sunnah Allah.

Maka, Nabi pun pesan sudah, jika mahukan dunia, hanya dengan ilmu. Kalau mahukan akhirat pun, hanya dengan ilmu, bahkan kalau mahu berjaya di kedua-duanya, hanyalah dengan ilmu. Muslim ortodoks apabila hurai hadith ni dia letak agama dalam braket, selepas ilmu jadi ... ilmu (agama) ....

Sesungguhnya yang paling tinggi rasa taqwa pada Allah itu adalah ahli ilmu - 35:28

Muslim ortodoks lalu letak (agama) selepas ilmu nak beritahu yang paling bertakwa yang Tuhan cakap tu orang yang berilmu agama macam fekah, tauhid, dan tafsir, bukannya biologist, mathematicians, doctors, atau engineers. Padahal ia umum, knowledge. Ilmu semua ilmu yang bermanfaat, yang mendekatkan rasional manusia ke arah Pencipta. Of course, yang paling dekat dengan Pencipta adalah mereka yang mengkaji penciptaanNya.

Afala yanzuruuna ilal ibili kaifa khuliqot?
Tidakkah mereka tengok pada binatang unta itu, bagaimana ia dijadikan? 
Wa ila ssamaa i kaifa rufi'at?
Dan langit bagaimana ia ditinggikan?

Bila manusia mengabaikan sistem logik, mengabaikan natural basic structure yang otak mereka perlukan untuk memproses data berbentuk teks, idea manusia, perbincangan manusia, manusia itu akan jadi bangang macam haters yang datang dari blog kereta mayat. Ini puak-puak perasan alim berfikir guna kepala lutut, otak letak tepi. Apa orang tulis dia tak baca tapi dia just komen nak tunjukkan dia tu power walaupun sebenarnya dia membodohkan diri sendiri. Orang berilmu semakin lama akan rasa semakin jahil, tapi orang jahil memang takkan tahu dia jahil. Narcissism.

Apabila orang Islam mula start tewas di segenap pelusuk dunia, itu kerana qada dan qadar yang Allah telah tetapkan. Nabi sudah lama predict benda ni. Apabila sesuatu kaum itu bangang dan taklid buta, menyekat ilmu berhujah dengan bebas agar dikekalkan mentaliti bermazhab, melayan ustaz seperti paderi yang tahu segala benda, meletakkan cendikiawan ilmu sains taraf kedua, kaum ini akan jadi bodoh dan akan pupus hanya kerana natural supply-demand curve. Bumi bukan makin besar. Populasi bukan makin sikit. Sumber alam bukan makin banyak. Last sekali, yang paling effisyen akan ada peluang. Yang lembab akan pupus. Benda ni dah jadi dulu di Mekah, di Rom, di Jurusalem, berulang-ulang kerana ini sunnah Allah, hukum dunia, hukum yang fixed, takkan pernah berubah.

Inilah sunnah Allah, hukum yang sama kena pada orang-orang sebelum kamu. Dan kamu takkan sekali-kali nampak pada hukum ini sebarang perbezaan. - 33:62 (Ahzab)

Jadi last sekali pesan aku pada haters berbentuk anonymous, pergilah buat kerja yang lebih berfaedah. Salam.

Khamis, 14 November 2013

Evolusi manuskrip Kasyaf terbitan FIXI

Ramai juga pembaca tanya berapa lama ambil masa untuk menghasilkan skrip Kasyaf. Jadi jawapannya aku biarkan gambar yang berbicara.


Ketika diwawancara oleh @gafafilafofo di KB1M tempoh hari aku jawab tempoh menghasilkan Kasyaf selama setahun setengah. Sebenarnya, 1 tahun 9 bulan. 

Setiap dokumen aku save sebagai new version bila ada perubahan major. 

p/s: tengok apa dia tajuk asal dokumen, 'Milah mati hidup balik'... haha. aku pun dah lupa apsal tajuk tu keluar. Belasah je rasanya. 

Ahad, 10 November 2013

Apabila minat in synch dengan earning

Kadang yang jadi jurutera bukan sebab minat tapi sebab nak makan gaji. Kalau jenis yang minat memang dapat tengok fokus dan komitmen beliau yang sangat power.

Aku perhatikan, sesetengah staf di mana-mana company dia punya motivasi hanya bergantung pada duit, passion tak ada. Kerja separuh jiwa, bila gaji slow banyak pula masa tenaga dia merungut dan mengumpat di kafe, di vending machine, di kubikel memang sudah maklum. Dah kalau tak suka blah saja lah pergi kampeni yang lebih bagus ye dak.

Minat, passion, kejiwaan menjadi tonggak pada kita punya attitude pada kerja. Kalau dah kerja sebab terpaksa, memang cari masa mengulor saja.

Manusia akan jadi hebat bila dia follow jiwa, dia berusaha mengikut apa yang dia suka. Allah buat kita unik. Kita lahir random dalam ekosistem yang bervariasi. Kita membesar dalam suasana spesifik, pengetahuan kita lalu spesifik dan akhirnya bila dah baligh kita pun tahu apa yang kita nak capai. Benda ni bukan benda main-main. Ini tugas diberikan Tuhan. Mak bapak kena monitor sejak kecik anak dia cenderung ke mana.

Minat aku pada fiksyen semenjak kecik. Di bangku sekolah darjah tiga lagi aku dah start buat suite power rangers aku sendiri guna kotak biskut. Adik beradik aku yang lain takde imaginasi macam ni. Di tahun lima aku dah terbit novel sendiri. Aku tulis sendiri, aku terbit sendiri dan aku baca sendiri. Cerita seram. Aku tulis di buku 555.

Jadi bila dewasa aku nampak ini passion aku. Ini jiwa aku. Ini acuan yang di mana aku dibentuk jadi manusia. Aku jadi jurutera lebih kepada kerja dekstop, you know, report, project modeling, analysis dan design.

Kita semua ada keunikan. Ada kejiwaan, yakni passion dalam sesuatu perkara. Kita tak pilih benda ni. Ia gifted, satu anugerah. Ia ada dalam jiwa, hati nurani. Jadi ini seolah-olah wahyu dari Tuhan jika kita ini Nabi. Namun untuk orang biasa, 'pencerahan' lebih sesuai. Jangan tipu diri sendiri. Go for it, whatever it takes.

Hidup sangat best jika minat kita menjadi kerja, menjadi value dalam masyarakat dan untuk itu kita dibayar. Minat kita karier kita. So powerful. Tak perlu memaksa diri punch card pukul 8.30 dengan muka sembap.

Aku bercita-cita untuk menulis buku yang mengubah hidup orang Melayu. Mengubah manusia. Buku yang mencipta satu ruh dalam fikiran semua orang untuk sama-sama bersatu pada dasar yang sama, agama yang sama tak kira ia bernama apa. Buku itu akan aku usahakan.


Selasa, 5 November 2013

Hukum jual babi di kawasan orang Islam

Daging babi ni dimakan oleh orang cina, india dan lain-lain. Jadi tak salah kalau mereka nak berniaga babi, dan makan babi di tempat awam. Seperti kita makan lembu di kawasan yang ada umat Hindu.

Come on, it is just a meal. Okey?

Apa yang susah sangat nak terima kehadiran babi di muka bumi Allah ini? Apa babi ada sejenis elektrik yg merenjat tangan kita tatkala kita orang Islam menyentuhnya atau apa?

Kita dah terlalu sensitif, sampai hilang akal. Dia nak berniaga sama-sama pemakan babi biarkanlah mereka harmoni sebagai mana kita mahu aktiviti sosial kita harmoni ke masjid, melaungkan azan, dan menyembelih lembu besar besaran di hari raya haji.

Salah jadinya kalau dia sua-suakan promot sup bah kut teh ke depan kita orang Islam yang memang jelas wajah kita orang Melayu tiada sikit pun rupa cina. Then different story.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Goodreads

Books I read

A Brief History of Time
Seven Habits of Highly Effective People
The Power of Now: A Guide to Spiritual Enlightenment
Hadith 40
ESQ Way 165
Lā Tahzan: Jangan Bersedih!
A World Without Islam
A History of God: The 4,000-Year Quest of Judaism, Christianity, and Islam
No god but God: The Origins, Evolution and Future of Islam
Muhammad: A Prophet for Our Time
Parallel Worlds: A Journey Through Creation, Higher Dimensions, and the Future of the Cosmos
The Road to Mecca


Khairi's favorite books »