Apakah jerebu ini sejenis bala? Ya.
Allah buat sistem kehidupan ikut ukuran dia, ikut sunnah architecture azali supaya mula dari kun fayakun 'the big bang' sampailah ke detik kiamat, sistem galaksi, entropi, keabadian tenaga, quantum, kinetik dan ozon akan berfungsi mengikut acuannya. Perfectly arranged, semenjak inflation stage, epochs, kelahiran bintang, dan akhirnya dalam seluas-luas alam semesta ini muncul sebiji planet dipanggil Jarsoom.
Bumi.
Di planet itu, out of billions of them, Allah letak khalifah. Di kalangan pokok, binatang, yis dan lumut yang hidup mengikut program acuan azali, Allah hadirkan manusia ke dalam ekosistem itu yang mana dia punya pattern agak kompleks, agak melencong daripada tebiat normal. Manusia ada kebolehan mimik Tuhan, sekadar di bumi. Walaupun tidak bersifat ex nihilo sebab ini hanya mimik, manusia practically boleh mencipta. Mereka juga mentadbir urusan-urusan, mengumpul, dan memberi value pada sesuatu even pada sekeping kertas. Allah bagi sebiji bumi pada manusia, buatlah apa korang nak buat Allah bagi free. Inilah tempat permainan kamu, tempat kau beranak pinak, mengumpul-ngumpul, dan berbanding-banding [ayat].
Rosaknya bumi, di laut dan di darat, bukan buatan tangan harimau atau gajah. Binatang di hutan itu, sebuas mana pun mereka, seganas mana pun dubuk makan kerbau start dari bontot dahulu... bumi tetap tak terjejas malah maintain. Sebab bumi, pokok dan binatang berfungsi ikut 'The Great Laws of Creation' yang balance pada equation. Takdeer. Yang hanya boleh ubah satu ekosistem jadi tunggang terbalik, kalau bukan komet, adalah tangan-tangan manusia.
Sebab jasad manusia dihuni ruh suci yang ada daya imaginasi untuk mencipta. Manusia menyelesaikan masalah, bukan seperti binatang yang menyerahkan masalah mereka kepada sistem natural azali. Singa kalau luka ia akan berjemur dan kasi lalat kucup luka untuk kering dan berkuping. Jika tidak sembuh ia akan terus berjemur tunggu tanpa risau, ia akan sabar selama mana pun sistem natural itu ambil masa untuk sembuhkan ia. Singa tiada awareness untuk 'add value' pada sistem natural maka oleh yang demikian mereka tak layak diberi kredit. Manusia sejenis makhluk yang ada awareness akan masa. Mereka alergik akan perkataan 'tunggu'. Apatah lagi 'mati'. Maka risau andai sikit terlambat sembuh, risau kalau-kalau nanti mati, lalu mereka mencipta solution untuk cepat sembuh kembali. Sampai mahu gila Fleming temukan penicillin, dan berapa kos dibayar untuk cipta mikroskop Pasteur teropong mikroorganisma yang buat manusia sakit. Manusia buat ubat, vaksin, antibiotik dan hospital. Manusia buat sistem yang ada misi-misi cun di bilik-bilik berhawa dingin agar kita dicucuk dengan selesa dan indah. Even belum pun luka berlaku, manusia sudah sibuk bayar kos penyembuhan tersebut tiap-tiap bulan. Insurans.
Di bumi, manusia mencipta sistem sendiri kerana manusia adalah khalifah.
Malangnya, khalifah ini diuji oleh nafsu yang wujud dalam genetik jasad ini. Selain perlu manage syarikat, anak buah, famili dan persatuan, manusia juga perlu manage property yang paling dekat dengan dirinya sendiri iaitu dirinya sendiri - their body. Seringkali kita tewas, dan setiap kali itu juga kita akan buat keputusan tidak tepat. Setiap kesilapan yang dimanifestasi ke dalam bentuk fizikal, akan memberikan kesan negatif kepada ekosistem bumi. Pokok, binatang dan bukit wujud sebagaimana diprogramkan Allah, jerebu kuat mana pun mereka takkan buat kemah di padang Merbok riot. Mereka tenang-tenang saja bertasbih. Manusia yang buat asap, manusia juga yang sesak napas sebenarnya. Kala ni boleh la nak kata pokok kaktus tu jauh lebih cerdik daripada manusia.
Allah bagi kita sebiji bumi. Dari situ jasad kita keluar, ke dalamnya jua jasad kita kembali.
Yang baik itu untuk kita sendiri, setiap benda hodoh yang kita buat tetap kena pada diri kita sendiri. Allah di atas sana sikit pun tak berhajat pada kemahiran kita repair kereta atau solat. Kita solat adalah untuk kita sendiri. Kita pandai mengaji mekanik bendalir adalah untuk kita sendiri Allah tak ada nak panggil kita repair tangki air menggelegak di neraka nun sebab kita ada degree kejuruteraan mekanik. Kena sentiasa ingat kita dan Allah berada pada dua realiti yang sangat jauh. Kita terlalu hina. Allah terlalu mulia. Sebenarnya tunaikan semayang sebab nakkan pahala pun rasa macam tak sedar diri. Siapa kita nak minta syurga?
Pada aku, cukuplah kalau tak ke neraka. Nak letak balik aku hidup kat tepi sungai Kelantan tu pun dah okay.
Bala datang dari manusia untuk manusia. Bala muncul apabila manusia ubah sistem. Apabila kita ubah dietary omnivorous yang telah secara azali dikhaskan untuk fisiologi manusia, bala muncul dalam bentuk kanser. Jika kita ubah sistem ekologi, bala akan muncul dalam bentuk tanah runtuh, jerebu, kesan rumah hijau dan juga banjir. Ini semua ciptaanNya. Ini semua takdeer - qada dan qadar - yang kemas ditulis di Luh Mahfuz.
Sempena hari jerebu seMalaysia ni aku ada beberapa petua. Untuk elakkan sesak napas, jangan suka pandang keluar. Pandang kat dalam rumah saja, tenang-tenang saja baca Inferno. Ingatlah. Itu cuma asap ringan dari karbon ringkas bahan organik - pokok. Bukan asap bakaran tayar atau plastik. Dan pastinya...
Asap rokok 1000 kali lebih bahaya daripada asap jerebu.
Corruption has appeared throughout the land and sea by [reason of] what the hands of people have earned so He may let them taste part of [the consequence of] what they have done that perhaps they will return [to righteousness]. - Quran.
4 ulasan:
siapalah kita mahu mintak syurga.. hari2 hidup gelumang dosa, dosa kecik, dosa sedar, dosa tak sedar, dosa saje buat, dosa tak sengaja..
namun begitu. saya betul2 terkesima dengan kata2 di bawah..
"Di sana nanti akan diadakan timbangan amal serta manusia akan diserahi tanggungjawab yang berat. Seandainya tugas itu dipikul oleh binatang-binatang nescaya ia akan hancur, jika dipikul oleh gunung nescaya ia akan runtuh, kalau dipikul oleh bumi nescaya bumi akan retak. Saudara-saudara belum tahu bahawa tiada tempat di antara Syurga dan Neraka ? Kamu akan memasuki salah satu daripadanya." - Umar Abdul Aziz
Lama tak nampak Hikari. Kata2 di atas mmg terbaik.
terbaik
hehe.. ada je.. diam2 baca sambil berfikir
Catat Ulasan