Jumaat, 14 Jun 2013

Contengan malam : kenali diri, kenali Pencipta

Siapa aku ini sebenarnya?

Potong tangan aku, anggota itu akan jatuh mati dan reput. Aku akan terus hidup dengan tangan kudung. Potong kaki paras peha, kaki itu akan lerai mati busuk berulat dan reput. Potong satu lagi kaki, aku kendalikan wheel chair. Cacat tapi masih hidup. Kaki, tangan, peha adalah sebahagian daripada aku, tapi bukan aku. Potong kepala aku, mata aku akan terbelalak dan aku takkan mampu duduk dalam kepala atau tubuh sebab damage tersebut sudah melebihi 'basic design requirements'.

Bila 'jasad aku' reput, 'aku' terus pula ke mana? Atas wheelchair? Jadi hantu? Dalam kubur???

Seluruh jasad dalam cermin itu bukan aku. Tapi diberi pada aku. Sementara. Di dalamnya aku membesar mencari makna. Bila sistem fisio itu rosak sehingga bacaan pressure, oksigen dan arus elektrik tidak lagi mencapai spesifikasi standard yang diperlukan untuk sustain nyawa aku... 

Aku akan pergi.

Jasad aku ditanam di kubur. Reput jadi tanah. Isi daging aku yg mulanya disusui melalui tetek ibu dan seterusnya segala jadah stik lembu ayam kobis karot moi sup pepsi dan nasik yg telah usus aku tukarkan jadi daging dan lemak akan kembali ke dalam kitaran karbon planet bumi tunggu diconsume oleh makhluk lain. Aku pula akan kembali ke tempat asal aku habis kalau tidak ke situ ke mana lagi aku tak rasa macam tahu.

Siapakah aku sebenarnya? Ke mana aku akan pergi? Dan before that... dahulunya, dari mana aku datang?

It is a complete envelope. Satu rahsia yg maha gila. Penebat maha power. Galaksi terlalu luas, masa lepas berbillion-billion tahun cahaya dan masa depan juga dijangka lebih kurang berbillion lagi. Kita semua berada di dalam sebuah kurungan. Kurungan logik. So that, untuk keluar dari kurungan ini bukan dengan hydrogen-fueled roket atau mesin rentas masa tetapi kita cuma perlu lepaskan jasad yg dibina berasaskan sistem logik. Mati.

An-nass maksud dia pelupa. Nasiya - lupa, an-naasu - pelupa. Kita mula dengan memori 0, reset, clean and new. Ia satu penebat, akta kerahsiaan, disconnection process. Kita take over jasad bayi tanpa ada satu digit byte pun dalam RAM, hanya ada application asas di jantung utk pam darah, di peparu dan di otak untuk start up satu lagi sistem logik hisap susu melalui tetek ibu dan seterusnya mentekedarah segala jadah stik lembu ayam kobis karot moi sup pepsi dan nasik yg telah direcycle dalam ekosistem karbon bumi tinggalan mayat pokok, binatang dan manusia terdahulu. Selain drp itu.... nothing. Tuhan tidak mahu kita tahu sikit pun sejarah penubuhan kehidupan dunia kita.

Why? Kenapa?

Obviously. It will spoil the game. Hidup jadi tak sedap atau langsung tak jadi. Think about it. Allah buat kehidupan bukan main main. Hidup ini untuk kita enjoy, dan ia dicipta penuh serius agar menjadi. Roller coaster yg seronok dimain, tp tali pinggang dan kekuatan skru di rail bukan benda main main. So, insulation atau penebat rahsia hidup bukan satu benda main main. Kita jumpa sejauh jauh planet OGLE-2005-BLG-390Lb pada jarak 21,500 tahun cahaya dari bumi, dan kita juga jumpa sekecil kecil atom, quarks, dan anti matters... Tapi saintis takkan pernah hentam dinding alam. Never. Semenjak berbillion tahun dahulu Allah susun sistem ini untuk manusia ralit kupas satu persatu dari zaman kalkulator sebesar komputer sampailah kepada komputer sebesar kalkulator. 


We are in the middle of nowhere. No historical background. No printed objective or where we gonna end.... A complete insulation.

Biarkan orang yang jahil beriman ikut ikut orang, tapi kita yang faham kena akui dengan jujur, honest, telanjang, that.... God is awesome, almighty, powerful, and loving. Allah itu memang power, pemurah, teliti, dan sangat berkasih sayang.

Kita pula akan mati dan pergi ke tempat di mana semua rahsia didedahkan. Hari agama. Kenapa hari itu hari agama? Sebab ketika itu tak adanya orang Jepun pergi dekat supervisornya minta duit OT, atau Luiz Suarez minta release red card suspension. 

"Mark, it was just a yellow." Pinta Suarez
"Kita bukan kat padang wembley ni baghal," kata Mark Cutternburg, "kita kat padang mahsyar!"

Tapi Fernando Tores akan persoal AVB kenapa tipu dalam aggreement? Atau bapa arwah 
nurin minta lelaki kucing didedahkan. Manusia akan berhujah akan semua perkara, dan semua hujah akan sampai kepada persoalan agama. God, please put this guy in hell....

Argumen hari itu semuanya berkaitan rahsia, berkaitan apa yg cuba dijawab semua agama. It is a 'the real thing about religion' day. Semua berkait moral, humanity, rituals, kebenaran dan jawapan. Semua mahu disetelkan berdasarkan hukum hukum diin, yakni hukum fitrah atau kita faham sbg agama.

Richard Dawkin akan bangkit dan tanya, Allah, why you so shy away, so secretive, why You don't want us to know you? Mona Fendi akan bangkit dan dia tidak akan ditanya apa diet mahu langsing tapi kenapa potong itu orang? You mahu masuk neraka? Albert Einstein akan bangkit dan tanya why You created us and how did You manage to put a kun fayakuun, singularity so precise and started all the logics? Ini semua bukan sains, tapi believe, kepercayaan.

Now, paling sukar untuk kita terima... Kalau semua itu secara logiknya wujud, maknanya neraka juga wujud secara praktikal. Allah buat supernova berapa juta darjah celcius, neraka buat takat suhu lebur besi dah cukup gelegak bhai... 

Sekarang jawab... Mati nanti agak agak nak ke tempat baik ke nak ke neraka?

Hell. Neraka. In enjoying life and play around with the humanity rules... hell is the super real risk. You do this, a slight wrong, you know it is wrong... will you be able to stand up and bail yourself from hell? 



4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sabar khairi,pelan2 xpe.ko laju2 lagi buat org tau yg ko belum sampai.

kakayaya berkata...

kalao ada button like kan senang.
saya suka blog khairi.teruskan menulis.

Khairi Mohd berkata...

Err... ada je button like tu kan kakayaya
....

kakayaya berkata...

yg erannya ..dicari tak pulak jumpa..tak kisah la..
janji like!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Goodreads

Books I read

A Brief History of Time
Seven Habits of Highly Effective People
The Power of Now: A Guide to Spiritual Enlightenment
Hadith 40
ESQ Way 165
Lā Tahzan: Jangan Bersedih!
A World Without Islam
A History of God: The 4,000-Year Quest of Judaism, Christianity, and Islam
No god but God: The Origins, Evolution and Future of Islam
Muhammad: A Prophet for Our Time
Parallel Worlds: A Journey Through Creation, Higher Dimensions, and the Future of the Cosmos
The Road to Mecca


Khairi's favorite books »