Jumaat, 12 April 2013

Pilihanraya ke13 - Pakatan Rakyat VS Barisan Nasional - Subsidi gas Petronas, TNB dan IPP

Sebelum merepek fasal manifesto, atau sebelum membidas manifesto merepek, elok selak sejarah dulu. Dulu TNB dikenali LLN - Lembaga Lektrik Negara. Masa aku sekolah rendah dulu. LLN ni kalau elektrik terputus, satu tiang problem dia datang satu lori, kadang-kadang sampai 7 orang. 1 panjat, lagi 6 tengok. Boleh kata, hampir tiap-tiap minggu pasti satu malam bergelap.

Pada suatu hari di tahun 1996, telah terjadi kes blackout semalaya. Aku ingat kampung aku je, actually satu Malaysia takde api. Benda ni yang buat Mahathir menggelabah sebab elektrik tak ada selama dua hari tu impak dia pada ekonomi sebenarnya cukup besar. So, Mahathir perlu cari satu penyelesaian sebab dia sayangkan ekonomi Malaysia.


Ketika itu sumber elektrik negara dijana hidro. Kita tiada nuklear atau wind farm seperti gambar di atas. Hidroelektrik ni conventional. Bila shut down, nak start dia balik lambat. So ada lag di situ. Lepas tu, janakuasa hidro selalunya kuasa janaan dia malar, sukar nak ubah-ubah ikut demand grid. Hidro adalah ON OFF plant, baseload plant. So, solution yang Mahathir nampak untuk fill gap di grid adalah thermal plant yang guna fossile fuel seperti gas, diesel atau coal.

Tak seperti stesen hidro, thermal plant adalah peaking plant. Quick start up, quick shut down, so that at any time bila grid memerlukan megawatt, NLDC boleh arahkan mana-mana thermal plant untuk start up atau tingkatkan janaan kuasa. Trend ni tak boleh dibuat stesen hidroelektrik.

So, teorinya, untuk mengelakkan grid lumpuh seperti beberapa kes di tahun 1992 - 1996, kita mesti install thermal plant untuk supply electricity ke grid, dan kalau pun ketika itu electricity itu tidak diperlukan (low demand), thermal plant ini mesti berada dalam keadaan stand by untuk start up atau tingkatkan load.

Oleh yang demikian, struktur caj IPP jadi ada dua (main charges) iaitu energy payment dan capacity payment. Energy payment adalah bayaran untuk setiap kilowatt yang disupply ke grid. Capacity payment adalah bayaran hanya untuk berada dalam keadaan stand by.

For most people, apabila mesin dalam keadaan stand by mereka fikir staf dan jurutera thermal plant takde kerja di stesen. You are wrong dude. Kalau stesen diisytihar dalam keadaan stand by dan at the moment NLDC request load dan stesen gagal untuk supply load, there is a huge penalty for it.

Yang jadi menarik, teknologi thermal plant time tu mahal dan kita tiada expertise. Teknologi datang dari US dan Jepun, dan jurutera kita mesti deal dengan mereka untuk set up the pioneer power plant. Bayangkan kesukaran kita untuk justify setiap cost yang mereka lampirkan untuk bina combine cycle plant. Sebab TNB sendiri sudah tempang untuk maintain sistem sedia ada, then some taikoons came into the picture to 'help' or to grab the pie. Oleh kerana desakan untuk mendapatkan penyelesaian, Mahathir terpaksa setuju untuk penubuhan IPP dengan satu perjanjian yang berat ke arah taikoon-taikoon IPP. Lima IPP terawal lalu wujud dan menyedut duit TNB dengan PPA generasi pertama yang bersifat lucarative, atau 'banyak untung'.

SUBSIDI GAS

Rafizi kata subsidi menguntungkan IPP. IPP memang bisnes untung, tapi ia bukan disumbangkan subsidi. Bukan subsidi yang menguntungkan IPP tetapi PPA. Power Purchase Agreement yang memberikan bayaran yang lumayan untuk IPP.

So, kalau PR mahu turunkan tariff di tangan pelanggan, mereka kena bawa EC, IPP dan TNB untuk revise semua PPA, tawarkan harga win-win, serta bagi 'bonus' untuk IPP yang benar-benar efisyen. Okey, aku huraikan di bahagian akhir nanti cara-caranya.

Kita tengok dulu apa itu 'fuel pass through'.

IPP beroperasi dengan sistem fuel pass through. Ini kerana sebenarnya bahan bakar untuk kegunaan gas turbine IPP tidak banyak pilihan dan generik (it is either natural gas or diesel), so most of the time fuel charge adalah malar, atau tetap. For the sake of 'billing simplifying', fuel cost was taken out from IPP invoice to TNB. Ramai tak faham benda ni. Fuel pass through is just a simplified version of power billing. Means like, "okey, I give you fuel," said TNB to IPP, "you convert it into power and sell to me." By doing that, IPP did not cost in fuel as their OPEX. The bill will only be Capacity Payment and Energy Payment. No Fuel Payment. Di sini cuma ada tiga pihak dengan dua agreement, IPP, TNB dan Petronas, so, kalau you cost in the fuel or make it pass through, the final bill will just be the same. The profit margin will just be the same. You subsidize the fuel or not, the profit margin will be the same. IPP taikoons didn't care how it was done, all they care was the profit margin.

Salahnya TNB ketika itu adalah tiada kapasiti intelek untuk go through thermal plant teknologi, dan untuk go through PPA dengan taikoon2, menyebabkan bila fuel cost melambung, yang kena hit adalah TNB sebab TNB manage the fuel. Kalau pun IPP cost in fuel element dalam costing diorang, of course taikoon-taikoon akan make sure fuel price reflect harga semasa dan at the end, TNB juga yang akan kena. Fuel subsidi is not for IPP tetapi untuk kurangkan rugi TNB. Kalau subsidi ini dihapus, TNB yang akan merana.

Bila IPP mula disiapkan, yang kerja di situ kebanyakannya x-TNB.

PAKATAN RAKYAT MANIFESTO

PR government boleh kenakan wind fall tax untuk sedut keluar 50% dari profit IPP untuk kembalikan ke dalam ekonomi rakyat dan turunkan harga minyak di stesen minyak. As per manifesto, or Rafizi's video.

Tetapi, pada hemat aku, 50% akan memberikan IPP markah kesian. It is too much dan manifesto yang kurang cermat ini sebenarnya beri effect kepada sistem tenaga. There are people in IPP, and the share holders. PR never know how these profesional deal dengan General Electric, deal dengan Alstom, to make sure their plants AVAILABLE. IPP was paid to be available, to be on stand by and it is not done by duduk dan tunggu. If you fail to start up, penalty will be millions. You all go to their plant and smell the burning of high temperature boilers and pressure. There are people who deserve some credits and PROFIT.

So, please respect these people.

Dan untuk makluman semua, seperti yang telah dilaporkan The Edge, first generation PPA sudah direvise oleh dua power plant yang berjaya dalam 'second track' bidding. Almost 50% Capacity Payment dan Energy Payment telah dikurangkan daripada PPA baru, dan beberapa term baharu diperkenalkan untuk make sure IPP 'tua' ini cemerlang dalam menyumbangkan tenaga untuk kilang-kilang. Stesen-stesen lain yang masih berpegang pada 1st gen PPA akan tamat pada 2015 kalau ikut trend NLDC berada pada ranking paling bawah. Bermakna most of these plants will be in stand by mode.

BARISAN NATIONAL MANIFESTO

Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz....... (IPP gave me money not to touch them lah. you think who will belanja our kempen kalau bukan taikoon taikoon ini?)


MY OWN MANIFESTO (The most efficient one)

1) Cari win win solution dengan kerjasama Suruhanjaya Tenaga, Tenaga Nasional Berhad, Petronas, Genting, Tan Sri Syed Mokhtar, dan 1MDB. Defak is 1MDB?

Okey, lupakan dulu bab 1MDfuckingB. Kita nak tengok solution dulu. So, bring them together, go through the whole structure of payment dan billing, then come to a conclusion (or profit margin) where everybody is good with. Rakyat is good with.  Remember government boleh wind fall taxkan mereka ini sesuka hati, so this is the gun yang PM DS Anwar boleh guna.

2) Review balik fungsi TNB dan IPP. For your info, TNB pun ada power plant sendiri. Yang baru award pun ada di Penang. So, IPP cuma ada power plant, TNB ada power plant dan grid. Kalau thermal plant baharu dibina berdekatan stesen lama yang dah ada infra grid (distribution line), IPP dan TNB akan ada chance sama banyak untuk menangi tender kerajaan. Tetapi bagaimana kalau stesen janakuasa baru akan dibina di tempat baru? Green field project? Yang memerlukan grid baru? TNB akan pegang bola. You see, benda ni tak sihat. You can play around with the cost.

So, apa yang kerajaan baru boleh buat adalah spesifickan fungsi TNB pada distribution, atau pecahkan NLDC daripada TNB. Make them two different entiti. Grid under NLDC, TNB jadi macam IPP. Penstrukturan ini akan meningkatkan efficiency dan competitiveness. Bila market competitive, efficiency akan muncul sendiri. Bila thermal plant efficient, cost akan efficient. Yang dapat laba pastinya rakyat.

3) Tumpukan pada renewable energy seperti solar panel dan hidro. Hidro walaupun lembab, ia mesra alam sekitar. tiada cerobong asap dan bersih. Ramai kutuk projek Bakun. Bagi aku, projek berstatus 'gajah putih' bakun adalah projek paling futuristik dan baik akhlak. Cuma, macam biasa masalah UMNO seperti kes tol yang aku tulis tempoh hari, financing the project is the problem. Tujuan dia bagus dah, tapi bila masuk bab tender, loan, balak.... hancur... berapa billion duit rakyat lesap, berapa billion hasil balak dibawa keluar negeri, tak campur lagi dengan duka hati orang asli di situ yang kehilangan warisan tidak ternilai.

Bakun ada 2400MW untuk diberikan ke grid di semenanjung dengan kabel bawah tanah, tanpa somebody check dulu harga kabel tu berapa. Turn out nak lay cable tu sendiri lagi mahal daripada dam. Then, balak habis, project sangkut. Tak boleh ke jual balak-balak tu untuk finance kabel bawah laut tu? Soalan basicnya mcm ni.

PR mesti kena revive bakun, dan cari duit untuk transfer power itu dari Sarawak ke Semenanjung, atau jual ke kilang arang batu di Kalimantan.

Pada masa sama, kena promot stesen hidro mini di sungai-sungai sepi. 20MW, 40MW, kalau buat banyak-banyak boleh light up satu bandar tuan. Kita boleh tiru pengurusan teknologi hidro di Norway (99% hidro) dan New Zealand (75%). Mereka maju tanpa nuklear, tanpa thermal plant, tanpa IPP, tanpa blackout... hanya hidro. The only thing is, sejauh mana kita berusaha untuk jadi lebih efisyen dan cekap karbon.

KESIMPULANNYA

So, projek-projek kerajaan UMNO ni bukan tak ada otak. Bukan membazir. Tujuannya bagus. Tapi bila tiba bab pelaksanaan, dia punya birokrasi tu mula main nakal. Infrastruktur asas macam ini benda common di kalangan negara membangun, tetapi cara ia dibiayai itu yang selalunya salah.

Leader - do right things (Mahathir planned damn right things)
Managers - Do things right (But his mentris did not do it right)

Jadi kerajaan baru tak boleh lah nak batal itu, hapus kan ini semberono. Projek-projek ni betul, cara yang tak betul. Ia kerja berkumpulan. Ia kerja yang perlukan pemantauan dari atas sampai ke bawah. Maka, PR kena betulkan pengurusan, dan mantapkan attitude menteri-menteri korang nanti untuk berdepan dengan vendor-vendor yang mungkin cuba untuk rasuah dengan angka juta. Sometimes rasuah bukan datang seketul bertajuk rasuah, ia datang dalam bentuk lain yang mengiurkan, yang kadang-kadang buat YB rabun... "Ini bukan rasuah... ini just... well you know, hadiah aje."

After all... It is all about attitude. Aku tak kisah kalau macai hentam aku di Facebook, Twitter... tapi aku risau kalau macai jadi Menteri dan Perdana Menteri. Kau akan tengok kerosakan dia macam celaka.

Rujukan:
http://www.themalaysianreserve.com/main/news/corporate-malaysia/2270-tnb-wins-prai-power-plant-contract-worth-rm3b
http://malaysiafactbook.com/Independent_Power_Producers_in_Malaysia
http://www.theedgemalaysia.com/highlights/195605-planning-for-future-power-needs.html
http://dspace.unimap.edu.my/dspace/bitstream/123456789/13823/1/The%20Future%20of%20Hydropower%20in%20Malaysia.pdf

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Apa ko merepek ni?
Belajar dulu betol, banyak info salah ni
Reference ko ni tak cukup strong

dari seorang staff petronas gas

Khairi Mohd berkata...

part mana yg salah cuba beritahu...

Tanpa Nama berkata...

Ckp macam pemimpin serba boleh...org lain semuanya tak betul, tak pandai, tak cerdik, korup, otak udang...diri sendiri tak nak tilik, tak nak selidik...baru jd jr engineer dh perasan boleh tadbir organisasi besar, jaga anak buah yang tak berapa kerat pun terhegeh2, ada hati nk kutuk org, jaga akaun sendiri pun kelam kabut, ada hati nk kutuk pengurusan org...mentaliti org pas, kutuk kutuk dan kutuk! Pekong sendiri, tak nmpk...

Khairi Mohd berkata...

jr engineer pendenye, ko tahu ke tak bende ko cakap ni. kah kah kah. ya akhi, mana pekongnya cuba beritahu??

Aku tunjuk figure dan teori dia. aku rasa kau tak cukup umur lagi ni.

Tanpa Nama berkata...

Pekungnya, tahi atas hidung tak bau, jamban rumah org yg ko cium...anggap syurga tu mcm mak bapak ko punya...suka2 hukum org itu ini...pendek cite, org lain semenya x betul...yg betul tu ko aje...baru tau seinci, cite mcm ko tau berkilometer...blm dpt, seme blh buat..dpt dpt plak, mcm2 alasan diberi...org lain buat, tu dosa, ko buat tu ijtihad...typical pas mentaliti...aku hidup dilingkungi oleh penyokong2 tegar pas...amal agama ikut kepala hotak sendiri, ikut kepala hotak yahudi nasara tp mengaku atas sirah nabi...bersemangat pegi dgr ceramah smpi mlm2 dn jauh, tp subuh lebur...surau masjid tepi rumah pun buat x nmpk...pejuang hapa! Ko kutuk utusan dn tv3, dimana bezanya harakah? Org ats pagar yg nmpk seme ni...ko dh tenggelam kat bwh tu mana ko nk nmpk...org nmpk hukum Allah sbg satu cara pencegahan dan penghapusan dosa supaya manusia slmt dr neraka...ko nmpk hukum Allah sbg pembalasan...tu yg aku tulis, kewangan sendiri pun kelam kabut, hutang keliling pinggang, muamalat tunggang langgang ada hati nk kutuk pengurusan org...ceh! Ni bkn manusia munafik ke?

Tanpa Nama berkata...

biar aku tolong jawabkan untuk bang khairi

balik minum susu la dik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Goodreads

Books I read

A Brief History of Time
Seven Habits of Highly Effective People
The Power of Now: A Guide to Spiritual Enlightenment
Hadith 40
ESQ Way 165
Lā Tahzan: Jangan Bersedih!
A World Without Islam
A History of God: The 4,000-Year Quest of Judaism, Christianity, and Islam
No god but God: The Origins, Evolution and Future of Islam
Muhammad: A Prophet for Our Time
Parallel Worlds: A Journey Through Creation, Higher Dimensions, and the Future of the Cosmos
The Road to Mecca


Khairi's favorite books »