Jumaat, 12 April 2013

Perubahan-perubahan yang aku mahu lihat selepas Pilihanraya Malaysia ke 13

Walaupun kedua-dua manifesto Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat nampak menarik, ia bukan satu benda yang konkrit. Ia cuma teori. Apabila tiba waktu perlaksanaan, teori akan dicabar realiti dan sedikit pun aku tak harap setiap baris janji dalam manifesto itu tercapai.

Mengambil kira faktor manusia dan faktor ekonomi yang dinamik dan kadang-kadang turbulance, justeru kalau terlaksana 40% saja dalam 5 tahun nanti sudah boleh dikira cukup berjaya. Pada aku, ia bukanlah semata perubahan materialistik tetapi sikap dan corak kerja kerajaan yang baik. Yang penting rakyat mahukan sistem pengurusan aset negara yang lebih transparens, di mana mereka dapat tahu exactly berapa RM duit KWSP dan cukai mereka dibelanjakan untuk sesuatu projek, mula dari budgeting, tendering, awarding, dan construction.

Manifesto PR, line by line, setiap item bukan berdiri sendiri. Semua berkait. Ekonomi tidak diskrit tetapi berkait semacam satu web. Ekonomi adalah dinamik dan setiap waktu ia diseimbangkan pada satu keseimbangan. Sedikit gangguan pada harga kereta, kesannya bukan hanya pada pasaran kereta tetapi keseluruhan ekonomi negara. Chain effect. So, sistem pencukaian, kutipan PTPTN, gaji minimum, domestic car price, dan pemotongan subsidi... semua ini nanti apabila mahu dilaksanakan akan dinilai pada practical ground, readjust the whole economy pada keseimbangan baharu, dan paling penting untuk pastikan vector ekonomi baharu itu arahnya ke atas, bukan ke bawah yakni negatif.

Ingat, negara kita masih ada 500 billion hutang untuk diservice, dan kalau boleh maintain bayar tanpa ada hutang baharu, 10 tahun rasanya baru langsai. Apatah lagi, sekarang ini negara punya perbelanjaan lebih tinggi daripada revenue, defisit.

Jadi, tanpa mengharap satu persatu Akujanji BN atau Manifesto 'free' PR menjadi kenyataan, aku mahu lihat beberapa perubahan berikut yang aku rasa realistik untuk diusahakan:

Pertama; perubahan di Kelantan. Kedua-dua manifesto menjanjikan royalti minyak untuk Kelantan, maksimum 20% ikut manifesto, minimum 5% ikut PDA. Aku expect secara kasar RM1 billion tambahan pada GDP Kelantan kalau royalti berjalan, belum masuk lagi aktiviti industri sampingan yang boleh jana GDP seperti pipe warehouse, pump maintenance company, offshore diver, anti corrosion paint supplier, welders, dan sebagainya. Apatah lagi kalau bayaran royalti itu backdated, mula dari 2005 sehingga 2013. Lapan tahun darab RM800juta (Anwar), dah ada RM6 billion dalam bentuk cash dalam akaun kerajaan Kelantan. Kos untuk pembinaan lebuh raya rakyat Kuala Krai - Kota Bharu baru RM2billion. Lebihan RM4 billion di tangan Tok Guru membolehkan banyak infrastruktur dinaik taraf. Ini sebab kita fight royalti.

Aku mahu lihat Kelantan lebih maju, maju dengan gayanya tersendiri. Kelantan adalah negeri ilmu. Negeri yang mementingkan pendidikan ditadbir oleh sebuah kerajaan yang berusaha memberi idea, ilmu agama dan ilmu dunia kepada rakyat mula dari TASKI lagi, sampai ke tua. Aku mahu Kelantan maju sebagai sebuah Negeri Ilmu.

Apabila sistem hubungan jalanraya dan ifrastruktur diperbaik,Kelantan boleh start untuk menarik anak-anak dari seluruh negara untuk berkelana ke negeri Serambi Mekah itu untuk menuntut ilmu. Di Kelantan ada banyak pondok moden. Para pelajarnya bukan hanya budak-budak IC 03, tetapi datang dari tempat sejauh Tawau, Sabah. Aku mahu sistem pendidikan hibrid ini dipermodenkan lagi, dijadikan lebih power, dan aku mahu lihat aliran mak bapak satu Malaysia datang ke Kelantan menghantar budak-budak belajar. Kalau hiway KL sepi time raya saja, hiway di bandar Kelantan sepi time cuti sekolah.

Lupakan industri getah, tembakau, dan elektronik. Tumpukan pada education service, mula dari kelas awal, sampai ke peringkat universiti. Aku mahu satu cawangan universiti Al-Azhar di Ketereh, di mana student boleh ambil semua subjek dan grad terus di situ. Lobi para lecturer dari seluruh pelusuk dunia, berikan ilmu agama dan sains terbaik untuk muda-mudi Malaysia.

Biar GDP Kelantan 50% datang dari sistem pendidikan yang eksklusif, selebihnya daripada industri petroleum, gas asli, pertanian seperti padi, getah dan kelapa sawit. Dan last sekali, tolong hentikan pembalakan di hulu sungai Kelantan, atau di Lojing. We don't need deforestation anymore. 

Kedua; perubahan etika Media Massa. Honestly, aku mahu lihat Media Prima bertaubat jika tidak bangkrap. Semua tahu perangai TV3 dan sekutunya, tak payah aku cerita lebih. Bukan setakat bersifat monopoli, aku benci gila media massa yang tidak beretika. Journalism di TV3 bukan sekadar menyiarkan skrip berat ke arah UMNO sahaja, tetapi turut berperanan mengedit dan menyusun semula petikan-petikan pembangkang agar jadi negatif. Mereka tidak lagi menyampai, tetapi turut add value pada penyampaian itu. Spinner. Anjing UMNO.

I help you, you help me. Apabila kerajaan mengamalkan rasuah, syarikat swasta rata-rata dibina bukan lagi atas dasar kompetensi tetapi link kroni dan rasuah. Justeru kita lihat banyak konglomerat yang berjaya atas tiket UMNO akan bias kepada UMNO, obviously nampak pada Media Prima, Syabas, Utusan, Syed Mokhtar dan banyak lagi. Ini hasil apabila sistem tender kerajaan yang tiada integriti, tidak berpandukan technical dan commercial evaluation yang adil. Apabila bidder yang dipilih atas dasar 'mesra BN' atau sogokan, maka secara automatik mereka akan bias kepada BN. Ini basic cause-effect.

Jika sesebuah perniagaan muncul dan compete atas kapasiti daya saing, kepakaran dan cost effective, mereka akan jalankan perniagaan tanpa ada flavor. Especially syarikat penyiaran. Syarikat penyiaran yang naik dengan kompetitif, akan stick to ethics, menjunjung etika dan keadilan kerana itu adalah essence perniagaan media massa. Media yang naik dengan 'jasa' BN, akan siarkan berita mesra BN dan caci pembangkang walaupun sebenarnya ia melanggar etika penyiaran dan langsung tidak menguntungkan. In the first place, mereka naik bukan dengan etika dan integriti journalism. Apa nak hairan?

Jadi, seperti yang aku sudah cakap awal-awal, perubahan sikap dalam pentadbiran amat penting untuk melahirkan syarikat yang betul-betul kompetitif dalam niche mereka bukan kerana bodekan dan rasuah. Hasilnya, rakyat mendapat produk yang bermutu tinggi hasil buatan pakar. Bahkan, hanya kerana perubahan sikap, negara boleh save berbillion ringgit, sebenarnya.

Ketiga; rangkaian keretapi laju yang menghubungkan semua negeri di Semenanjung, even Terengganu. Aku
nak lihat kerajaan baru revamp KTMB keseluruhannya. Untuk pastikan ekonomi berkembang pesat dan menyeluruh di bandar-bandar utama di Semenanjung (tidak tertumpu di KL saja), bandar-bandar ini mesti dihubungkan dengan keretapi laju, world class public transportation system. Di bandar, biasakan rakyat dengan LRT dan trem ringan.

Sistem public transport yang berkelas dunia ni akan attack persepsi rakyat terhadap kereta. Logiknya, kalau gua mampu balik kampung di Kelantan dengan train yang ambil masa 6 jam, yang available 4 kali sehari, dan gua pergi kerja pula dengan trem, apa guna gua habis duit beli kereta? Okey, kalau pun gua ada kereta, gua boleh simpan saja di garaj, drive time perlu saja.

Keempat; perubahan sosial dan mentaliti. Aku ingin melihat masyarakat yang lebih honest dengan diri mereka. Member aku telah menempelak aku, tak guna ubah kerajaan kalau mentaliti rakyat tu sendiri tak berubah. Dia kata lagi, mentaliti Meleis itu yang bermasalah, bukan kerajaan. Lalu aku betulkan kolar baju dan membidas. "So, what should we do to teach them a valuable lesson in a large scale?"

Kawan aku diam.

Aku jawab gaya Rafizi Ramli, "The best thing we can offer them now is... to change their government. From that, rakyat will learn a very valuable lesson, something they never learnt before. In principle, PR and BN will try best to maintain the harmony, so there is no issue either of them will send the country to bankruptcy or hell. It is all about more efficient or less efficient. So, the best education in the large scale for rakyat now is... change their government."

Oleh yang demikian, aku benar harap parti pemerintah berubah dari BN kepada PR. Ada polisi yang akan berubah, ada suasana yang akan berubah. Dan aku harap, kita semua akan belajar sesuatu dari perubahan ini. PR akan jadi government fresh, tanpa track record. BN pula akan jadi pembangkang yang penuh berpengalaman akan selok belok pentadbiran negara, dan sekilas pandang dah tahu muka-muka YB di parlimen yang mahu sembunyikan rasuah. PR dan BN akan jadi macam anak yang naif dan bapa yang garang.

Dalam pilihanraya, ia bukanlah menang atau kalah tetapi lebih kepada johan dan naib johan. Parti yang kalah bukan totally bisu dalam parlimen. PR dan BN akan jadi check and balance, sistem dua parti yang kita mahu kekalkan. Kerajaan dan Pembangkang yang kuat akan pastikan pentadbiran yang efisyen.


10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

yang kete kebal tu aku suka

Tanpa Nama berkata...

Kalau suka right click dan save picture. Tak perlu komen mcm ni sbb ia undermine keseluruhan usaha penulis. Anda pun blogger bukan?

Tanpa Nama berkata...

Beribu lagi sebelem engkau yang ada visi lebih cantik, malah sangat cantik kalau setakat untuk jadi modal beruk kedai kopi. AAK??

Juasseh Cafe berkata...

aku sokong entri ni, mana yang tak suka boleh hayal dengan BR1M n wat so ever

Tanpa Nama berkata...

Malu baca pemikiran seorang radical muslim...mcm ni ke gaya pikir from muslim yg mengaku radikal...adoyyy! Ni gaya pemikir kit siang atau kuan yew atau gandhi atau tony blair...pikir la camne pun, selagi esok pagi tak dpt solat subuh secara berjemaah di surau atau masjid, rentikan lah angan2 tu...kejayaan hidup manusia tak pernah diukur dgn apa yg ko tulis kat atas tu..kecualilah pemikiran tu dtg dr...a muslim, hypocrite one

Khairi Mohd berkata...

peh! kuan yew. kah kah kah. Baca dak ni? main komen je, kang masuk neraka jahanam kang.

Tanpa Nama berkata...

salam en khairi

saya suke bace blog en , tp secara personally saya rase encik nie garang sikit la , cube berlembut sikit . kadang2 tu ble kte garang walaupun input kite betul orang taknak bace or dengar , depends on care kite communicate

Khairi Mohd berkata...

thanks. kdg kalau kita xgarang org buat dek je. ;)

InsyaAllah dgn awk sy tak garang.

Tanpa Nama berkata...

Hehehe...ada jgk bunyi gatal...a muslim, radical one...radical pala otak! Kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Aku phati kn lme dh blog ko ni khairi.pe yg ko tulis padat dan tepat,aku thu sume rahsia kerajaan dan jentera2 anjing nye..tp ramai yg bangkang ko,dan xfham pe ko cbe nk smpai kn,aku tau ksh nik aziz pe yg d smpai kn tu btl,tp ramai yg lemah lg agama dan iman hngga snggup mgomen ttng ulamak2 besar pas..mgkin dr pngikut hamka..ko jgn isau agama islam(pas/pr)akan menang mgkin pru 13 or pru14..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Goodreads

Books I read

A Brief History of Time
Seven Habits of Highly Effective People
The Power of Now: A Guide to Spiritual Enlightenment
Hadith 40
ESQ Way 165
Lā Tahzan: Jangan Bersedih!
A World Without Islam
A History of God: The 4,000-Year Quest of Judaism, Christianity, and Islam
No god but God: The Origins, Evolution and Future of Islam
Muhammad: A Prophet for Our Time
Parallel Worlds: A Journey Through Creation, Higher Dimensions, and the Future of the Cosmos
The Road to Mecca


Khairi's favorite books »