Jumaat, 26 April 2013

It is not what you vote matters, but why.

Edisi jangan jadi macai ni aku sebenarnya nak cuba ulas hujah-hujah PR dan BN, berdasarkan apa yang aku faham, contohnya isu tol dan IPP.

Awal-awal lagi aku nasihat, tiada menjadi salah memilih BN atau PR. Tidaklah ada formula mengatakan jika undi PR betul maka yang pangkah BN automatik jadi salah. Tidak. Ini bukan kertas peperiksaan kalau jawapan A, maka B, C dan D jadi salah. Politik demokrasi adalah bersifat subjektif.

Setiap orang unik, berbeza dan perbezaan ini yang buat hidup ini warna-warni. Pergi ke Jepun makan sushi, ke Saudi makan kebab kambing, ke Itali makan pizza. Itu rahmat. Kalau semua tempat muka Arab, walaupun cantik tapi sepesen je cantiknya, dunia jadi tak sedap. Allah ciptakan perbezaan ini maka tak salah jika kita berbeza.

Yang menjadi salah adalah apabila kita melawan naluri, melawan conscience.

Tuan puan, dalam dada ada hati. Dan hati ni, seperti selalu aku sebut dia ada bateri sendiri. Dia ada neraca yang membolehkan kita sebenarnya tahu benda kita buat tu betul ke salah. Hati melawan atau mengangguk... based on spiritual value. Originated dari atas sana. Hati tak bias even dgn tuan dia sendiri. Perbuatan kita salah apabila kita menyalahi hati. Menyalahi kejujuran. Menyalahi nurani. Dosa itu, pastinya, yang terdetik dalam hati tanda bangkangan tapi kita buat jugak.

Sesungguhnya, salah betul pangkahan kita bukan pada parti, tapi pada hati - niat.

Cuba tanya si kaki projek, kontraktor kelas D. Sebagai contoh lah. Dia ada hubungan baik dengan orang besar JKR, dan baik juga dengan YB tempatan. Dia undi UMNO sebab dia nak projek. Dia tahu kalau nak projek kerajaan masuk bidding terus first rank, dia kena baik dengan YB. Kalau YB berkempen pilihanraya pula, kena hulur. Kalau tak hulur, bungkus. Dia bermain dalam bidang itu, maka dia tahu birokrasi wakil rakyat UMNO suka makan bawah tetapi dia tetap pangkah UMNO agar YB UMNO terus menang dan dia terus dapat projek. Nampak?

Pada masa sama, Ust Fathul Bari bukan setakat undi UMNO tapi dia sendiri calon UMNO. Ustaz Asri tak bantah pun, bahkan cakap bagus lagi ada. Sebab niat al fadhil ustaz dia nak berjuang dari dalam. Dia tahu dalam UMNO ada silap sebab UMNO itu himpunan manusia yang kadang lalai, jadi dia nak bina pengaruh dalam UMNO dan dengan pengaruh itu dia berharap dia boleh ubah UMNO ikut visi yang dia percaya.

Jadi nampak walaupun dua-dua pangkah UMNO, satu ada niat betul, satu lagi ada niat salah.

Dalam pos awal, sebelum aku terlibat dalam perang mulut dengan anonymous dari kereta mayat, itulah tujuan sebenar aku tulis bab politik. Bukan nak menyebelahi sesiapa. Walaupun aku pro PR, ia bukan 100%. 100% itu macai nama dia. Sorang kepala biru dan sorang lagi kepala hijau. Dalam diri kita yang berideologi, yang cerdik kita sebut kecenderungan untuk bersetuju. Dalam diri aku sendiri, aku rasa dalam 70% persetujuan aku dengan PR lagi 30% ada dengan BN. Aku mungkin salah. Yang penting aku cuba bersikap sejujur yg boleh. Maka apabila aku keluar berkempen aku perlu zahirkan majoriti dalam diri aku. Tonjolkan mana yang baik dgn PR, yang salah bincang dalam kelambu. Dan pastinya, kecenderungan ni bila-bila masa boleh berubah.

Oleh sebab itu, setiap organisasi perlukan ahli yang berideologi. Ahli yang cerdik. Ahli yang mempunyai pandangan dan visi yang unik dan tajam. Kita taknak pak angguk. Jika semua ahli parti pak angguk, dia akan angguk semua benda yang presiden cakap dan organisasi itu bukan lagi fungsi sinergi ahli-ahli, tetapi 100% fungsi presiden. Jika semua angguk Najib, maka Najib adalah BN, dan BN adalah Najib.

Dasar mana-mana parti politik adalah teori, dan semua tahu teori tak ada guna kalau gerak kerja salah dan hasil berbeza. Justeru, walaupun kita subscribe jadi ahli parti kerana dasar parti, tetapi kena bangkang kalau perlaksanaan tak betul. Ini gunanya ilmu.

Begitu juga masa nak pangkah PR atau BN, kita mesti jujur. Jujur dengan ilmu. Berbuat benda dengan jujur tak semestinya perbuatan itu jadi betul sebab ilmu kita terhad. Kita takkan tahu semua benda sampai mati pun. Belajar itu proses sepanjang waktu. Maka setiap kali berhenti untuk buat keputusan dengan ilmu yang ciput, yang kita ada seratus peratus hanyalah kejujuran. Mental state kita berubah, ilmu kita turun naik, iman turun naik, emosi apatah lagi, tapi kejujuran dalam hati tak akan hilang. Tinggal kita nak ikut atau tak saja.

Jujur mengundi adalah kita mengundi untuk kebaikan semua. Rasulullah ada sebut dalam hadis masyhur bahawa manusia beriman adalah manusia yang sayang saudara dia lebih daripada diri sendiri. Maka tatkala tiba time mengundi, kita mengundi bukan untuk kebaikan diri sendiri dapat projek, tapi untuk kebaikan semua. Itu iman kita, itu moral asas (fitrah) semua manusia. Kita nak make sure kerajaan yang terbentuk adalah kerajaan yang lebih baik untuk semua tak kira rakyat Pahang ke Kelantan. Maka selepas mendengar dan menganalisa kedua-dua belah manifesto, berdasarkan apa yang kita faham, sejujurnya kita akui parti A lebih berpotensi untuk jadi kerajaan lebih baik berbanding parti B. Itu letak nilai undi kita.

Jika kita pangkah PR untuk jadi JKK, untuk cerahkan peluang untuk jadi imam bawah penggawa PAS, atau sebab nak dapat tanah, atau sebab disogok. Itu jawab la kat sana sebab kat dunia boleh tipu macam-macam tapi kat sana maaf lah Allah tahu kita sampai ke dasar hati.

Aku perasan satu benda apabila berbahas dengan anon-anon tempoh hari. Iaitu fakta, statement, dan tarikh sah dia.

Kita semua manusia. PAS didukung manusia. UMNO didukung manusia. Tiada yang maksum. Dan kalau pun kita bercakap berkenaan fakta, kena tengok tarikh fakta tu bila. Kalau nak nyanyikan lagu sama sepanjang zaman, tak betul. Manusia berubah, samada perubahan ke arah kebaikan atau sebaliknya. Dahulu dia dengan UMNO, cakap lain. Sekarang dengan PAS cakap lain. Memang betul lah macam tu sebab dalam proses berubah itu dia belajar sesuatu dan dia cakap apa yang dia tahu.

Dulu bila Selangor bagi air percuma 20m3, macam-macam feedback kita dapat dari pihak BN. Membazirlah, bangkrap lah, tak praktikal lah. Tapi sekarang, tengok BN pun nak bagi air percuma kalau dapat tawan Selangor. Lalu puak PR pun kutuk dulu lain sekarang lain. Aku pun pelik. BN dah berubah tu, okey dah tu, tepuk la tangan. Yang dahulu dia cakap tak praktikal ikut kiraan dia masa tu, bila dia tengok DS Khalid buat okey saja, so diorang pun kira balik masa nak buat manifesto. Sekali kira tengok, eh, boleh sebenarnya. So, manusia berubah dan pastinya kalau perubahan dia positif kita kena sokong jangan cerca. Kita move ke next item, tengok PR nak public list kan share Syabas untuk rakyat beli agar asset dan profit air dapat kat rakyat. Then, kita judge betul ke, okey ke. Parti politik mana ada visi as a leader, atau parti mana yang tunggu orang buat dulu baru nak kira.

Dulu Mat Sabu kutuk Anwar, sekarang mereka satu team dan berbaik-baik. Apa salah ke? Apasal nak dendangkan statement sepuluh tahun dulu, tak habis-habis? Terpekik-pekik sampai sumpah seranahkan orang. Masya Allah, jangan jadi jakun. Terimalah perubahan. UMNO berubah, PKR berubah, PAS berubah, DAP berubah. Yang penting adalah kita nilai perubahan mereka itu ke arah kebaikan ke keburukan.

Tak payah nak ungkit kisah lama sebab ia tak bermanfaat pun. Yang penting di depan bagaimana. Dan pastinya, seperti yang aku sebut sebelum ini walaupun manifesto bersifat materialistik, aku tak nak menilai semua tu. Aku nak tengok perubahan sikap organisasi kerajaan. Itu saja. You know, RTM, SPR, SPRM, KTMB, GLC dan semua.

Kerajaan yang transparen dan efisyen akan ubah Malaysia menjadi tempat lebih baik, lebih maju. InsyaAllah. Kalau tak menjadi, ubah balik. Apa susah? Percayalah, PR kalau menang pun slim majoriti. Susah depa nak gilir-gilir tukar perlembagaan. Apa takut?



11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya ada beberapa masalah encik khairi,Kawan bujang saya pengotor bilik bersepah sepah,saya rimas tengok dia,adakalanya dia suka tengok tv sampai 3-4 pagi menganggu kawan2 yg lain,antara pas dan umno yg mana 1 elok saya pangkah untuk bagi kawan saya jadi rajin kemas bilik dan tidor awal?seorang kawan saya pula,badannya terlalu gemuk sehingga dengkurannya amat mengganggu kawan2 lain,saya harus pangkah umno ke pas untuk bagi kawan saya kurus?

Tanpa Nama berkata...

Skrg hang cuba dendang lagu lain...ok la. Aku terima...no problem. Hang sebut pasal tarikh sah laku...my point is,adakah pas itu parti islam? Aku nk tau pandangan hang dulu ttg perkara tu sblm aku ulas lbh lanjut. Aku tunggu jwpn hang...

Khairi Mohd berkata...

Ya. PAS parti Islam.

Tanpa Nama berkata...

Bila hang kata pas parti islam, kenapa pendekatan pas perlu berubah2. Olh krn islam itu sempurna, jelas dn lengkap, membuat perubahan2 mengikut keadaan dan suasana bukanlah cocok dgn islam. Apatah lg bila quran dan hadis menjadi pegangan. Mungkin hang susah nk terima kalau aku amek cth ibadat khusus yg pendekatannya dr mula smpi la hari kiamat tetap sama, ibadat umum mcm dakwah dan siasah juga berpaksi kpd konsep yg sama. Agak aneh sekiranya parti yg mengaku parti islam sentiasa berubah2 pendekatannya melainkan parti tsb hanya berwajah islam tetapi kerangka badannya adalah bukan islam. Kerana itu ujud fenomena dulu blh skrg tak blh atau dulu tak blh skrg blh...

Tanpa Nama berkata...

Aku tolong jawab untuk encek khairi,hang relax ja aku nak habaq mai,umno dulu berpuluh2 tahun ibarat berkuasa penuh,tak perlula rendah diri,la ni hang tengok depa rendah diri sikit kan?macam redup ja,kesian ja muka depa tunjuk depan kita bukan ka?sebab depa dah tak berkuasa penuh sangat,nampak mcm nak hilang kuasa pun ada nak habaq mai hehe,pas pulak dulu takda kuasa itu pasai negara islam ada dalam quran,depa nampak jelas negara islam tu ada dlm quran,la ni nampak mcm kuasa dah dekat nak habaq mai teruih negara islam tu takdak dalam quran,bukan depa kata dulu tak jelas,teruihh takda depa kata hehehehe.

Tanpa Nama berkata...

wah, suka ada orang berani dan boleh 'patah'kan kereta mayat.Aku pun macam kau, suka kereta mayat. kereta mayat memang pandai menulis tapi betol, bila menulis bab politik, berat sebelah dan memang tahap macai. Semua Umno betol dan semua PAS salah.


Aida berkata...

INI KALILAH!!!!!!!KITA UBAH!TUMBANGKAN BARISAN NASIONAL!HAPUSKAN RASUAH!TEGAK KAN HUDUD!

Tanpa Nama berkata...

Lain kali lah... sebab dah kalah dah... tu la... orang cakap Islam tak boleh ditegakkan dengan politik demokrasi tak nak dengar....

ya kami semua tahu BN main kotor, harapkan polis, polis pun tak boleh diharap... so korang nak buat macam mana lepas ni nak tegakkan Islam

aku ingat lagi Khari pernah mengata cara rumah ke rumah tu cara KUNO... now you see... cara MODEN yang hang laung2kan tu menyebabkan SEMUA kawasan pendalaman PAKATAN kalah... sebab ye... cara MODEN hang tu tak sampai kesana? So?

Nak tak nak kena ikut cara Sunnah juga rumah ke rumah, pintu ke pintu, hati ke hati kalau nak tegakkan Islam,

Owh ye, ramai jugak ya JT bercalit dakwat tempoh hari. Alhamdulilah rupanya dakwat kekal ni hapuskan fithnah terhadap jemaah tabligh yang selama ini didakwa tidak mengundi,.,,

Tanpa Nama berkata...

PRU14 nanti Encik Khairi jangan boikot PRU pulak yer... nanti orang gelar "atas pagar"

nanti kena jilat ludah sendiri pulak... :)

MUQARRABINZ berkata...

Salam saudara saudari. Mari kita sama2 bermahasabah diri dan berlapang dada. Sila renungkan mesej dalam link ini :-

http://www.mykhilafah.com/sautun-nahdhah/4089-sn350-muhasabah-terbuka-kepada-gerakan-islam

Lebih baik kita bersatu kerana agama dengan kaedah yang benar.

Tanpa Nama berkata...

cakap macam gampang ... bagi duit semua tibai ... haram jadah ... semua same ... tak kira halal atau haram ... janji duit kan ? cube tanya mamat sekor nie berapa banyak duit haram dia amik ?
boleh jawap ? atau nak kene cerita kat orang ... semua same aje .. kejar duniawi .... haram jadah ....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Goodreads

Books I read

A Brief History of Time
Seven Habits of Highly Effective People
The Power of Now: A Guide to Spiritual Enlightenment
Hadith 40
ESQ Way 165
Lā Tahzan: Jangan Bersedih!
A World Without Islam
A History of God: The 4,000-Year Quest of Judaism, Christianity, and Islam
No god but God: The Origins, Evolution and Future of Islam
Muhammad: A Prophet for Our Time
Parallel Worlds: A Journey Through Creation, Higher Dimensions, and the Future of the Cosmos
The Road to Mecca


Khairi's favorite books »