Absyar, 4 tahun, tidak mahu makan malam. Kami paksa makan nasi dan dia paksarela kunyah sikit-sikit. Jam 9 malam selepas itu, selalunya dia akan ajak aku main lawan pedang tetapi malam ini dia sibuk di ipad. Sekali sekala dia batuk.
Absyar walaupun agak kurus, jarang meragam. Kesihatan dia tip top dan cergas. Apabila demam aktiviti fizikal dia akan slow down dan mata dia kuyu. Semalam mata dia kuyu 90% dan dia batuk sampai keluar urat leher. Aku sendiri sudah perit tekak dibahan batuk. Antibiotik sudah habis, ubat hisap memang turut habis sebab feveret. Yang aku risau batuk Absyar.
Dan tak pernah aku sangka batuknya Absyar semalam telah memberikan kami pengalaman paling seram di rumah yang bakal kami tinggalkan itu.
Apabila tiba waktu tidur, Absyar hisap susu cokelat. Walaupun pakai pijama tidur baru, dia nampak tak ada nak ceria-ceria dan show off. Dia nampak betul letih. Di depan TV dia lalu tertidur jua, dan bunyi tepukan gemuruh di Bukit Jalil di TV3 nampak ada ganggu lena dia sikit-sikit. Nampak dia pusing kiri dan sekejap ke kanan. Tak apa, sekejap lagi ABPH ni habis.
Belum sempat ABPH habis pun, Absyar tiba-tiba berguling setempat macam buaya bergusti. Konsentrasi aku dan Ja di ABPH lalu terbantut dengan gelagat Absyar.
Ja raih Absyar, "kenapa pula?"
Aku cuma angkat bahu.
Apabila diperiksa, Ja mendapati di badan Absyar muncul kesan merah. Ruam, macam gatal kena ulat bulu. Kena di bahagian belakang, kaki dan leher. Apa lagi, Absyar memekik kegatalan. Dia berguling dan Ja attend permasalahan Absyar dengan skill nursing yang tumpul. Fokus aku pada Wawa Zainal mula goyah dan aku lalu sound Absyar.
"Apa ni bising-bising ni, Absyar abah nak tengok TV ni."
Melihatkan keadaan Absyar tidak surut, Ja bawa dia masuk ke bilik dan tukar pakai baju lain mengikut apa yang aku sarankan. Baju tidur baru itu belum dibasuh selepas dibeli di Sogo paginya, itu kesimpulan yang sempat aku rakam dalam kepala.
"Abang, ambikkan garam," kedengaran dari bilik.
Wawa Zainal yang sedang memberi ucapan kemenangan terpaksa aku tinggalkan. Aku ke dapur mengambil garam halus. Kalau gatal-gatal rengsa, memang tradisi kami lumur garam. Namun sebentar kemudian, aku nampak budak kecik tu berlari keluar tak berbaju. Aku syak dia telah melarikan diri dari nurse yang tak berbakat. Badan dia semakin berbirat merah. Dengan rasa kecewa, aku tutup TV dan mendapatkan anak aku pimpin dia masuk bilik. Aku selaku ketua hospital kena juga campur tangan hal-hal terpencil macam ni.
Absyar ni, memang tebiat dia kalau nak tidur banyak tempat dia suruh garu. Selalunya di paha. Kalau koordinat garuan tersasar, dengan mata pejam dia akan tarik tangan aku dan locate tepat-tepat di tempat gatal. Tiap-tiap malam sebelum tidur memang itu aktiviti kami anak beranak. Malam ni kes abnormal. Gatal dia segala, dan aku tak cukup tangan nak garu. Apatah lagi, rengsa merah ni tabley digaru nanti melarat.
"Jangan garu Absyar, nanti makin sakit." Nasihat aku.
Dia merengek sambil berpusing-pusing. Berganding bahu dengan Ja, kami garu dia bersama-sama guna garam. Bukan garu tapi gosok-gosok, sampailah merah-merah dia surut dan dia pun tertidur. Kami kena make sure dia tak berpeluh agar gatal tak kembali, so, dia tidur tak berbaju. Aku tepuk-tepuk bontot dia sampai aku sendiri tertidur. Dan aku tak tahu bila Ja tutup lampu bilik dan turut tidur.
Menjelang pukul 3 pagi, masalah bermula. Absyar batuk. Apabila tidur tak berbaju, dia kesejukan dan batuk dia menjadi-jadi. Aku tersedar dan mendapati badan kecil Absyar sudah terketar-ketar. Ah, sudah. Aku tarik selimut, dua lapis selimut aku balut dia. Dia biarkan aku selimutkan dia. Semenjak kecik Absyar alergik selimut, sebenarnya. Sedikit saja kakinya direntasi selimut, dia akan sepak selimut itu hingga tercampak keluar. Tapi kali ni dia biarkan. Badannya menggigil, tapi maintain tidur. Aku tepuk-tepuk dan peluk dia sampai gigilan dia reda dan dari keadaan sejuk menggigil, suhu dia mencanak naik. Bila batuk, budak kecik suhu badan dia akan naik. Selalunya kalau batuk, dia akan demam.
Kalau tadi sejuk, kini dia panas. Menggelabah aku buka balik balutan selimut. Dia lalu tersedar celik mata, bingkas duduk dan pandang aku. Absyar, macam biasa tak mengecewakan aku dalam hal logik, lalu berkata.
"Abah, nak makan ubat."
"Ok," aku setuju.
Aku lalu kejutkan Ja untuk keluar ambil ubat dari dalam peti ais. Ja kembali dengan ubat dan Absyar dia suapkan. Sejurus selepas itu, kami pakaikan dia baju tidur baharu. Dalam keadaan dahi dia masih panas, aku tepukkan dia agar kembali tidur.
Absyar pejam mata dan berusaha untuk tidur. Tapi nampak macam tak berapa nak lena. Mata dia tutup tak rapat, anak mata dia bergerak. Subconscious atau tidur ayam. Absyar tetap masih panas, aku harap sekejap lagi reda. Aku terus tepuk dia sampai aku dan Ja kembali tertidur. Bilik kembali sepi dan suram.
Pukul 4 pagi, sekali lagi Absyar terjaga. Kali ini aku terjaga dalam keadaan terkejut sebab Absyar meraung dan bingkas duduk secepatnya macam mahu lari keluar. Aku tenyeh mata. Dalam keadaan gelap, aku lihat Absyar duduk menangis. Aku tak pasti matanya pandang aku atau sebenarnya aku nampak fokus dia macam sedikit tersasar ke daerah gelap belakang aku.
"Abah, abah," dia panggil aku mahu peluk macam biasa.
Aku raih bahu dia, "Absyar abah kat sini ni."
"Abah, abah," suara dia sedikit tinggi, kedengaran panik. Dia kelihatan sedikit terlompat-lompat macam dia sedang takutkan sesuatu. Bila dah dia macam tu, aku timbul rasa cuak juga la. Dengan gelapnya, pukul 4 pagi pula. Kajian ilmu ghaib semasa menulis novel Yuda di Padang Maya dulu menyatakan time-time macam ni setan suka berkeliaran. Justeru, memang, aku ada rasa cuak.
Tak sampai sesaat selepas itu baru aku sedar tekaan aku berasas. Dan aku ketika itu menyedari aku bukan seorang yang berani.
Absyar yang sedang lencun menangis itu, berjejeran air mata itu, aku akhirnya dapatkan pastikan bahawa memang dia bukan sedang melihat aku. Pandangan dia tersasar sikit. Dia pandang something else. Sejurus selepas itu.... dia menuding. tudingan melepasi bahu aku. Tangan kecil itu menuding ke belakang aku dan bertanya satu soalan yang cukup untuk buat kedua-dua testis aku bergetaran.
"Abah... tu sape tu?"
Start dari rambut, bulu-bulu aku meremang, sampai ke bulu betis. Aku teguk liur, kaku. Kepala aku macam kena karan. First time dalam hidup aku sebagai abah Absyar aku diperlakukan sebegini anker.
Absyar terus meraung, menangis. "Abah tu sape?"
Bilik aku rasa semakin sunyi... gelap, dan kegelapan tu rasa macam bergerak-gerak. Scene cerita jangan pandang belakang mula datang bertubi-tubi menyarankan bahawa hijab aku sebentar lagi akan dibuka. Aku gila sebentar. Kaku. Aku pun perlahan-lahan berpaling...
Cancel. Gila. Aku tak berani berpaling. Aku meluru peluk Absyar. "Abah kat sini, Absyar."
Selepas merasa selesa apabila Absyar dipelukan, baru aku menoleh dan akhirnya aku pun melihat apa yang telah dilihat Absyar....
Di saat-saat genting itu, Ja sebenarnya turut telah terjaga dan aku nampak muka dia pucat lesi macam terung rebus. Aku memeriksa di belakang aku, tak nampak hantunya. Takut-takut aku melilau ke bahagian gelap tu mencari tanda-tanda, tapi tak ada. Entah aku kecewa atau apa, tak tahu. Tapi serius keberanian aku agak barai.
"Mana?" Aku tanya Absyar. Bulu aku masih meremang.
Absyar kini diam.
"Bang, buka lampu bang, buka lampu."
Menyedari cadangan itu amat baik dan ini bukan filem hantu Ahmad Idham yang memerlukan pencahayaan ruang bilik gelap macam kubur, aku lalu bangun petik suis lampu. Bilik cerah. Aku bercekak pinggang melilau mencari jin yang dilihat Absyar. Tak nampak.
"Ibu... rabbit," Absyar tunjuk ke arah selimut.
Ja picing aku. Aku buat tak tahu.
"Mana ada rabbit, ni kan gambar bunga." Kata Ja.
"Bukan yang itulah," balas Absyar. Dia lalu kuis selimut dan kuis bantal mencari arnabnya yang barangkali telah berlari pergi. Absyar selepas itu ambil masa juga untuk kembali tidur. Dia banyak melilau ke siling, ke kipas dan ke selimut, tetapi dia tak sedikit pun melihat ke belakang aku, ke tempat dia tuding tadi. Aku yang melihat dah suam sejuk sendiri. Aku ketua keluarga, for sure kalau ada hantu aku yang kena tampil berdepan dengan hantu itu, dan later on aku kena explain dekat Absyar bahawa hantu tak boleh apa-apakan manusia, jgn takut. Masalahnya bulu roma yang meremang-remang tu bukan ke tanda-tanda ketakutan?
Absyar sebentar kemudian tertidur jua. Aku dan Ja yang buntang mata tak boleh tidur. Aku pandang dia, dia pandang aku. "Kena kita malam ni," aku cakap.
Di kawasan gelap itu ada jaket-jaket aku tergantung. Aku rasa Absyar yang panas kepala, matanya berair dan berlaku halusinasi. Dia nampak jaket tu macam orang. Itu teori aku rasa paling tepat. Kalau salah... wallahu a'lam. Memori Absyar selalunya kuat. Balik kerja petang tadi aku dah soal dia, apa yang dia nampak semalam tapi Absyar enggan berkerjasama.
Balik kerja nanti aku tanya dia lagi. Aku nak tahu rupa jelmaan itu macam mana.
8 ulasan:
fes time kena eh? haha..aku dh lali dh weh...x yah kol 4 pagi, kol 9 pon anak aku leh citer benda2 anker ni...dh selalu sgt smp aku rasa mcm dh lali jer...
Kalau saya, kot menangis sekali. Haha..
Kak tirana ada experience jugak bila suami kak tirana yang berhalunisasi...hehehe..time dia duduk di IJN (ICU). Kak tirana boleh tunggu dalam bilik tu sebab special kes.. Pukul tiga empat pagi, macam2 dia nampak,,nampak macam anak dia, nampak macam rabbit..fuhhh..seram..Lepas tu kak tirana sendiri dengar mcm bunyi footstep dalam bilik tu.. Nasib baik kak tirana kuat semangat.. Kalau tak, mau pengsan..hehehe..
rabbit juga dia nampak hehe. di hospital, dia punya seram tu lain macam kan. eeeuww...
anak kenit aku biasa sangat bgtau dia nampak momok...
tunjuk kat ujung jari aku pulak tu....
tapi cam biasa, sebagai mak, aku kena kuat, aku ckp kat dia,
"kat dunia ni mana ada hantu dik..takde..memang takde..kalu ada meh datang sini mami pelempang dia.."
lepas tu anak kenit aku akan tenang...dan sambung tido..
masalahnya aku pulak tak tenang, takut la tetiba momok menjelma kat depan mata aku minta pelempang aku..macam biasa aku kejut la laki aku, bgtau aku takut..hahahah
tapi depan anak, aku memang ckp kat dia hantu tak wujud..bkn ape, nanti da besar, kot kot dia bangun malam nak berak, tak pepasal aku kena teman..hahahahahah
jauh kan pandangan aku..?
Haha... lambat reply. First time. Pastu takde dah. Dia hayal je tu.
Jauh... jauh... ;p
Abang,rabbit tu ape??
Catat Ulasan