Selasa, 23 April 2013

1MDB pindah RM7 bilion ke sebuah bank di Pulau Cayman

'Offshore banks' yang terdapat di Switzerland, Panama, Aguilla, dan Cayman Islands adalah sejenis bank yang menerima deposit tanpa membuat saringan dari punca mana duit itu diperolehi. Bank-bank ini akan melindungi identiti wang anda tanpa prejudis, seolah-olah wang itu tidak wujud.


Hal pertama lama dahulu yang menimbulkan curiosity adalah pembelian sektor tenaga Genting Power oleh 1MDB, dengan harga RM2.68 bilion, highly exaggerated value for a dying power plant. Now what? 

Petikan laporan dari PKR:

1MDB pindah RM7 bilion wang rakyat ke akaun sulit

KEADILAN memandang serius maklumat bahawa 1MDB, badan pelaburan milik rakyat yang dikawal sepenuhnya oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak telah memindahkan sejumlah RM7 bilion dana ke akaun sulit di Cayman Island.

Maklumat ini terkandung di dalam Laporan Tahunan 1MDB dan diulas di dalam keluaran terbaru akhbar perniagaan mingguan The Edge, yang turut sama mempersoalkan kewajaran sebuah badan pelaburan milik negara memindahkan RM7 bilion ke dalam akaun rahsia di pusat kewangan pesisir pantai seperti Cayman Island.

Akaun sulit di pusat kewangan pesisir pantai hanya digunakan bagi urusniaga yang dirahsiakan kerana pusat kewangan pesisir pantai mempunyai undang-undang yang melindungi urusniaga sebegini walaupun berunsur jenayah atau rasuah. Sebelum ini pun, laporan antarabangsa telah mempersoalkan tokoh-tokoh yang rapat dengan Barisan Nasional seperti Mirzan Mahathir, Raja Nong Chik dan Michael Chia yang mempunyai akaun sulit di pusat kewangan pesisir pantai kerana ia disyaki bersabit dengan urusniaga yang tidak betul.

1MDB mendapat modal melalui terbitan bon sebanyak RM5 bilion yang dijamin oleh kerajaan. Dari modal ini, ia melabur di dalam beberapa pelaburan di luar negara terutamanya di dalam Petro Saudi International (PSI) yang diragui kewujudan dan aktivitinya.

Dari urusniaga dengan PSI yang penuh kerahsiaan inilah, sejumlah RM7 bilion dilaporkan dipindahkan ke akaun rahsia di Cayman Island, sebuah pusat kewangan pesisir pantai.

Pemindahan wang RM7 bilion oleh 1MDB ini perlu dijawab segera oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak kerana beliau berkuasa penuh ke atas 1MDB. Pemindahan wang ke sebuah akaun rahsia pesisir pantai seperti Cayman Island bertentangan prinsip ketelusan dan tata kelola baik yang sepatutnya diamalkan oleh sebuah badan pelaburan kerajaan seperti 1MDB.

Saya khuatir sekiranya Barisan Nasional kalah dalam PRU13, wang RM7 bilion ini tidak dapat dijejaki dan hilang begitu sahaja, bermakna kerajaan menanggung kerugian besar ke atas hutang RM5 bilion yang diambil sebagai modal 1MDB.

Saya memberi amaran keras kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak bahawa beliau akan bertanggungjawab ke atas setiap satu sen kerugian yang ditanggung 1MDB. Pemindahan wang RM7 bilion ke akaun rahsia di Cayman Island adalah satu tindakan yang berunsurkan jenayah yang perlu disiasat segera.

Oleh yang demikian, untuk membolehkan satu siasatan dimulakan serta merta sebaik sahaja Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa dalam 2 minggu akan datang, saya akan membuat laporan kepada Bank Negara Malaysia, Polis diRaja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada hari Rabu dan Khamis minggu ini supaya wang RM7 bilion ini dibawa balik ke Malaysia secepat mungkin dan mereka yang bertanggungjawab memindahkan wang ke akaun rahsia di Cayman Island dihadapkan ke muka keadilan.

RAFIZI RAMLI

Pengarah Strategi PKR



p/s: Apart from manifesto, for national reform, this is the issue that we need to look at. Something that effect the whole country's economy.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jadi Langkah pertama yang saya kena ambil sebagai tanda tidak bersetuju dgn perangai umno yg tak senonoh ni apa?pangkah p.r tahun ni?

Tanpa Nama berkata...

blog copy paste...tulis analisa sendiri la kawan

Tanpa Nama berkata...

en khairi.. pasal apa tak
C&P yang SD Dato Murad sama...( http://stopthelies.my/?p=1437)

jika SD bala senang2 je macai PR percaya.. SD Murad 3 bilion note RM500 RM1000.. tak nak percaya sama ke... Jomlahlah kita percaya semua SD yang dibuat... kan bijak gitu... hahahahah...

eh ini 7bilion... yang tu 3bilion.. yang nie banyak lagi... teruk yang nie lagi...hahahah ( ini fatwa/hujah pak pandir pulok nie.. (anak org mati jugalah mak andehnye))....ke hujah kera makan pisang... hahaha..

mohon ampun... harap diampun dimaafkan...

Khairi Mohd berkata...

Thanks for the link. Dah baca. Will try to find answers.

Khairi Mohd berkata...

Sidang parlimen, isi 3 bilion Anwar cabar yb BN sorang pun tak berani. Video ni dah lama, aku baru teringat.

http://www.youtube.com/watch?v=AikdbbIMRbo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Goodreads

Books I read

A Brief History of Time
Seven Habits of Highly Effective People
The Power of Now: A Guide to Spiritual Enlightenment
Hadith 40
ESQ Way 165
Lā Tahzan: Jangan Bersedih!
A World Without Islam
A History of God: The 4,000-Year Quest of Judaism, Christianity, and Islam
No god but God: The Origins, Evolution and Future of Islam
Muhammad: A Prophet for Our Time
Parallel Worlds: A Journey Through Creation, Higher Dimensions, and the Future of the Cosmos
The Road to Mecca


Khairi's favorite books »