Aku tonton AJL 27. Satu kerja yang mungkin tak dipersetujui UAI, dan kalau aku tulis soalan berbunyi, "Ustaz, apa hukum tengok AJL." Jawapan dia aku suspek akan menjurus kepada haram. "Boleh," kata ustaz, "boleh dengan syarat yang menyanyi semua jatang." Hadirin pun gelak.
Agama vs nafsu. Dia jadi check and balance. Maaf, aku akui, aku tak mampu jadi 100% muslim yang soleh. Something that I am sorry, God, I can't. But I promise this... insyaAllah aku akan pastikan kelaghaan aku ini sentiasa dalam kawalan, yang takkan buat aku lalai dan lupa tanggungjawab aku sebagai manusia, bapa, suami dan ahli masyarakat.
Mungkin ada antara korang bidas, "eleh, rilek la tengok muzik2, bajet bagus la kau ni Khairi."
Lain orang, lain persepsi. Zaman kecil kita membentuk sejenis 'aqidah' dalam diri. Sesuatu yang mendap terukir jadi karakter, yang kadang-kadang kita hairan kenapa susah benar nak ubah tingkah laku. Contoh, ada orang yang kalau dia sesat jalan dia jadi nervous, berpeluh dan sistem dia lalu rasa mahu terberak. Sesat aje, nak terberak. Benda ni takdir, okey, bukan kecacatan. Fobia, paranoid, tabiat, gaya, dan cara bertutur adalah karakter yang terbentuk dalam diri hasil pengalaman semenjak kecil.
Benda ni susah nak ubah.
Dan dalam hati aku ada satu suara menegah akan perkara lagha. Aku baru perasan apabila berpapasan dengan perempuan di KL Sentral, automatik nafas aku tertahan. Aku tak perasan, the body just works like magic. Baru-baru ni saja aku perasan, dan aku gelak sorang-sorang...
So, now you know, our future is not 100% made of our choice. Allah, the Owner, has the plan that we do not know.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan