Apa betul Nabi Muhammad buta huruf. Entah kenapa aku rasa tak sedap hati, semacam clash dengan sifat Nabi yang genius.
Dalam Quran ada sebut Rasulullah itu 'ummiy - tidak tahu membaca.
Al-A'raf: 157
Al-A'raf: 158
Jumu'ah: 2
Persoalan radikal yang mahu aku tampilkan penuh debar pada hari ini adalah (sila kacip aqidah anda sekarang): Apa benar Rasulullah langsung tidak tahu membaca atau, memilih untuk tidak membaca?
Kalau lihat surah Jumu'ah ayat 2 di atas, jelas sekali dinyatakan 'ummiyyiin' itu kena pada semua bangsa Arab. Bukan Rasulullah seorang.
Apakah ummiyyiin perlu kita faham secara literal (terjemah sebijik-sebijik) atau bersifat kinayah, yakni kiasan atau sering disebut mutasyabih - metafora.
Kena dengan gaya aku yang lembut pada mentafsir, dan lebih gemar melihat sudut tafsir yang luas. Pada hemat aku pacar yang hina ini, aku melihat Rasulullah tahu membaca untuk kegunaan harian dalam berniaga dan bersyair, cuma baginda dan sesetengah kaum 'kasta rendah' di Mekah tidak ambil peduli pembacaan akan falsafah pos-Kristian yang digemari Ahlul-Kitab, tok-tok guru yang tadah kitab-kitab usang di kuil-kuil Kristian ortodoks.
Ummiyyiin, merujuk akan satu sikap manusia yang berkecuali dari falsafah-falsafah lama yang berserabut. Lalu tak ambil pusing pergolakan Rome dan Byzantium yang ketika itu hangat berbalah atas nama Tuhan serta sifat-sifat Jesus. Rasulullah tidak membaca falsafah, tidak menadah kitab, tidak ambil peduli di sekitar Mekah yang karut, dan tindak-tanduk baginda adalah asli, pure, dari hati yang bersih dan suci... directly guided by the Manager, Robb.
Rasulullah adalah seorang yang naif, jujur, sopan, terlalu baik hingga yang sikit pun tak tahu menipu. Dalam berniaga pun baginda beritahu harga modal, bahkan termasuk kos logistik. Orang yang membeli barang dengan Muhammad akan tahu berapa untuk bayar, by topping up the profit margin based on win-win rules.
MasyaAllah. Semenjak dari bangku sekolah lagi kita diajar Nabi itu buta huruf. Mungkin sesuai untuk bentuk satu imej bersaiz 0.5 megapixel dalam kepala budak darjah 1. Tapi bila dah besar, dah pakai Galaxy S3 dengan 8 megapixel kamera ni, cubalah perati lebih sikit untuk firm up persepsi kita terhadap Nabi.
Ummat Arab ketika itu ummat berserabut dengan amalan jahiliyyah. Rujukan mereka bertarabur, buat mereka gila dengan ajaran-ajaran yang tidak logik tetapi didokong perawi lama. Dalam kaum yang kuat taklidnya, anak perempuan pun dibunuh. Yang zalim pula menganiaya wanita. Mereka ini bukan tidak beragama, tetapi agama mereka telah korup, sesat. Dan apabila Rasulullah muncul tanpa kitab, tanpa rujukan, tanpa membawa apa-apa tag atau mazhab atau fahaman... korang sendiri tahu apa reaksi kafir Quraisy ketika itu.
Bayangkan kita sekarang. Dan reaksi sesetengah kita apabila membaca blog ini, membaca ulasan-ulasan aku yang aku bina atas konsep fitrah - semulajadi - tanpa merujuk mana-mana ulamak lama.
1 ulasan:
Menurut fikiran aku yg tak berapa bijak ni jugak...was-was dah lama dah fasal nabi buta huruf. Dia cucu abdul mutalib kot...orang besar kt mekah masa tu. Mcm standard najib tun abd razak la... tak kan la nak biar anak dia tak reti baca kut..jatuh la standard. Dah tu nabi pergi berniaga segala ceruk tempat, kalau buta huruf, confirm kena tipu sana sini la..tak gitu.
Catat Ulasan