Rabu, 16 Ogos 2017

Mutan - bab 11, 12

11

Baihaqi genggam pistol erat. “Binatang apa ni Din.”
Hairuddin geleng. “Tak tahu tuan.”
“Kau okey ke Din? Teruk kau kena rasuk tadi.”
“Okey, okey.” Hairuddin membetulkan seluarnya.
Binatang hitam ni dah langgar villa sampai runtuh. Letupan peluru kereta kebal dan tembakan komando nampaknya tak beri kesan. Binatang ini masih gagah. Bagaimana harus dia lakukan hal ini hanya dengan pistol?
“Tuwe, nate ni mari dari Agensi ni confirm,” kata seorang pegawainya.
“Hmm…” Baihaqi nampak berfikir.
“Pahtu lagu mano ni tuwe?”
“Aim mata atau soft spot. Apa-apa hal, tangkap Nik dulu. Kalau dia terlepas lari susah kita.”
Ariff merengus, “back up plan, ASP, back up plan.”
Di depan mereka, Nik yang mengendong Hasnitah mula berlari ke arah lubang di kamar bacaan. Baihaqi mengejar. Pistolnya mengacu ke belakang Nik tapi tak boleh tembak sebab takut kena Hasnitah. Binatang hitam di luar pun dah tak kelihatan untuk ditembak. Memeranjatkan semua orang, Nik mengendong Hasnitah terjun ke luar.
“Sial!” dengus Baihaqi.
Dia dan pasukannya sampai di pintu kamar. Namun, belum pun sempat mereka masuk, lantai telah dihentam dari bawah hingga pecah. Baihaqi melambung, bersama yang lain, bersama meja, buku, rak dan segala puing-puing rumah. Tersembam dia ke lantai tingkat bawah, kepalanya berpinar. Dia dongak dan dalam keadaan pandangan berbalam-balam, dia melihat puaka hitam itu sedang mencabut kepala sarjannya, Hairuddin, guna gigi taring.
Nafas Baihaqi tersedak.
Dia cuba bangun tapi dia rebah kembali. Sejurus dia melihat barisan kuku melibas ke arahnya dan dalam sekelip mata dunianya gelap.


12


Nea tergamam.Wh... what in the world is this?
Dia lihat tubuh-tubuh polis melambung jatuh ke bawah. Sejurus, sebaris kuku cangkuk dilihat mencakar lantai, berpaut dan seekor spesies melonjak naik. Figura haiwan itu kini muncul penuh; hitam, berbulu kasar panjang dan bengis. Bukaan retina matanya vertikal, merah merekah bagai lava. Parasnya dilengkapi taring dan tanduk, dua ciri yang secara biologi tidak mungkin wujud bersama pada satu tengkorak. Weird! Binatang ini pastinya baru terlepas dari neraka. Not a species from earth!
Makhluk itu mara di foyer aras dua vila itu melanggar pita kuning polis, memijak piano Fazioli dan meja jati hingga ranap. Langkahnya tidak tergesa-gesa barangkali menyedari mangsanya kecil dan lemah takkan mampu lari ke mana-mana.
Lutut Nea longlai. Dia tak mampu lari.
Ariff muncul kembali. Berteriak, Cik Nea, lari!!
Nea sebaliknya tetap di situ, kaku melihat polis itu menembak bertubi-tubi. “Nea, lari! Urgkhh!” Belakang lelaki itu tiba-tiba ditembusi barisan kuku besar. Bunyi darah dan nyawa menggelegak.
Nea terduduk. “O my God, O my God.” Airmatanya merembes. Dia menunjal lantai mengundur hingga belakangnya menjumpai dinding. “Tolong, suaranya keluar separuh.
I can’t move…
Saliva binatang itu menitik. Baunya cukup busuk. Nafas pula deras bak naga. Tak pernah dia lihat spesis segila ini dalam kajian arkeologinya, sebagaimana tak pernah dia terbayang kematiannya akan tiba seperti ini. Dia terjelapak meringkuk, menutup mata dan menutup telinga. Asyhadu an la ilaha illallah... waasyhadu anna Muhammadar rasulullah. Allah, please forgive me all my sins...”
“HUARR!!”

I am going to die.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Goodreads

Books I read

A Brief History of Time
Seven Habits of Highly Effective People
The Power of Now: A Guide to Spiritual Enlightenment
Hadith 40
ESQ Way 165
Lā Tahzan: Jangan Bersedih!
A World Without Islam
A History of God: The 4,000-Year Quest of Judaism, Christianity, and Islam
No god but God: The Origins, Evolution and Future of Islam
Muhammad: A Prophet for Our Time
Parallel Worlds: A Journey Through Creation, Higher Dimensions, and the Future of the Cosmos
The Road to Mecca


Khairi's favorite books »