Tanpa mahu mensaspenskan aku teruk-teruk, dia beritahu detil. Katanya cerpen ini dari penulis Malaysia berjiwa Malaysia untuk rakyat yang cintakan Malaysia, sempena Hari Malaysia ke... err... ke berapa eh? Ah, untuk hari Malaysia 2014, MF2014. Maka cerpennya harus punyai elemen kebangsaan berkisar peristiwa utama yang berlaku di bumi (atau udara) Malaysia pada tahun ini.
Perkara pertama ketuk kepala aku sudah tentu MAS.
Dalam bulan April dan Julai, kerajaan Malaysia dan MAS cuba diperkotak-katikkan dunia dan PKR demi menunjukkan kerajaan kita lemah. Aku dulu pangkah PAS dua-dua kertas undi aku pangkah PAS. Pun begitu, bila 60% kerusi Parlimen di Malaysia dimenangi BN, tidak dapat tidak aku mesti hormati perbezaan pendapat di kalangan kita lalu aku support Najib 100% sebagai Perdana Menteri Malaysia. Ini konsep demokrasi.
Aku pun tulis cerita tentang Alea, tunangan si Kamil yang baru board MH17 di Amsterdam. Separuh jalan, aku beritahu Fixi akan jalan cerita aku secara samar. Fixi dia gelak sebentar di Whatsapp. Dia kata dah ada orang tulis pasal flight (ye la berita tu paling hot kot), tapi okey dia terima sebab cerita aku tidak directly dalam kokpit.
Aku terfikir kalau cerita ini jadi repetitive.Tak best. Ketika berkhayal ke bilik air dan berendam dalam tab air di Jeddah, aku dapat kasyaf. Kasyaf ini macam signal radio dia masuk dalam kepala dan mainkan drama kat kampung beberapa bulan lepas. Mata aku terbeliak. Aku sengih. That's it!
Aku delete semua cerita MH17 dengan rakus. Air liur aku meleleh. Sengih aku tak habis. Aku mula serius. Aku buat cerita lebih dekat dengan hidung orang Melayu. Mula di kedai kopi, tepi bendang yang selalu penoreh getah lepak. Ini cerita sensasi yang dekat dengan aku. Cerita yang aku bicara dalam telefon selama hampir setengah jam dengan sepupu sambil dia menangis sebab orang duk hentam dia dalam TV3 dan Harian Metro. In before, video tersebut sudah pun viral di media sosial.
Berita, paper, wartawan ni tak reti nak tanya famili dia dulu ke sebelum nak potong2 kunci? Masalahnya dia bukan #oku
— Ustak Khairi (@1khairimohd) June 27, 2014
Cerita ini cukup dekat. Aku tweet untuk defend keluarga aku. Ramai orang RT, wartawan Hazrey pun RT dan reply guna alias. Nak tahu cerita apa, sial download antalogi cerpen Fixi ini. Ha nampak typo sial kat situ kah kah. Sila download. Percuma. Ya, PERCUMA, FREE, GRATIS.
Hari ini keluar e-Sentral [KLIK UNTUK DOWNLOAD]
Sudah keluar di Google Books [KLIK UNTUK DOWNLOAD]
Terima kasih Fixi.
1 ulasan:
salam hangat dari kami ijin menyimak gan, dari kami pengrajin jaket kulit
Catat Ulasan