Khamis, 28 Ogos 2014

Jihad seks dan Wahabi

Aneh tapi ada wanita Malaysia kita ke Syria, nak bagi khidmat seks untuk pejuang. Kalau nikah proper, seks proper tak ada masalah. Tapi askar berapa ramai, gundik berapa ramai? Apakah kesakitan berperang luka itu jihad lelaki, kesakitan disenggama beramai-ramai itu jihad perempuan?

Ini kisah gadis yang dipaksa jadi penjihad seks di Syria.


Bila ramai perempuan Arab taknak jadi konon 'pejuang', depa import dari Malaysia pula. Even, dari banyak tempat rasanya.

Hmm...

Nabi dah lama bagitahu, sesiapa yang nak berjaya di dunia, hanya boleh dicapai dengan ilmu. Siapa yang nakkan akhirat, juga dengan ilmu. Dan of course, kalau nak berjaya di dunia dan akhirat pastilah dengan ilmu++.

Kemaruk nak berjihad tanpa ilmu jadi bangang macam ni lah.

Aku sekarang sedang menelaah buku Princess tulisan Jean Sasson. Aku cerita dekat kawan aku beberapa pengalaman teruk Puteri Sultana, dia kerling dan question aku, "kau percaya ke omputih?" Aku nak jawab tulisan atheist tidak biased mana-mana agama paling baik untuk kita start off pencarian/analisa. Tapi aku diamkan. Tidak perlu berhujah kalau kita faham keadaan belum bersedia, selagi pencerahan itu tak effect apa apa pun pada daily life.

Puteri Sultana cerita tentang Arab dan seksual. Especially penyalahgunaan seks di kalangan Arab makam tinggi. Jika mereka hanya libatkan sex toys lantak lah, tapi yang sedih bila hal ini menyakitkan dan merendahkan kaum wanita. Perempuan jadi macam barang. I want, you come, I don't, you go. Just like that.

Bila demand persenggamaan haram ini menggila, vacuum dalam market jijik ini menyedut adik-adik innocent dari populasi Arab bawahan yang terdesak dalam hidup. Even di Cairo sendiri, budak-budak dijual untuk seks. Arabs, kata Sultana, suka kelangkang budak. 14 tahun, 15 tahun, sudah jadi isteri kepada suami 60-an, 70-an, atas nama politik, bisnes dan perpaduan. Apa budak itu rasa bapak dia nak kisah apa?

Aku pernah ke Bahrain. Di Bahrain, aktiviti maksiat mencolok mata. Kalau di Malaysia kita pelik nampak pakcik berkopiah panah anjing, di Bahrain kau akan muntah tengok Arab pakai jubah putih, semutar bawa biji tasbih masuk pub layan GRO dan alkohol. Bagi Arabs, Bahrain ini jannah.

Arabs is sick.

Aku berpendapat sindrom jihad seks ni sejenis manipulasi seksual ke arah itu, atas nama jihad. Apabila penggila seks mahu ikut serta berjihad dia jadi layu bila tidak dapat seks. Atau apabila jihadist berkurang, ditarik para penggemar seks dengan gula-gula penjihad seks. Formula ini kita boleh lihat banyak angle, boleh pertikai, tapi still; a common sense, is it so hard to get each army a local wife? Is the pain of being rape by many, considered a jihad? Are you defining sexual jihadist as a tool to boost your fucking crazy morale?

A tool?

Ya, mengikut Puteri Sultana, di middle East wanita jadi macam alat. Ditutup hitam, faceless. Walking faceless creature, cannot speak, cannot smile, cannot choose what she want in life. Semua ini, mengikut Reza Aslan dalam buku No God but God, dilakukan penguasa yang fanatik Wahabi, yang ban kaler pada tubuh perempuan, ban wajah perempuan di public, ban lesen memandu untuk perempuan. Jihad seks juga dipelopor oleh pengikut fanatik Wahabi walau Muhammad bin Abdul Wahhab sendiri tak pernah suruh.

Hmm... oh ya, pernah suatu hari aku ke HyperPanda (HyberBanda). Shopping. Sedang ralit pilih sayur, seorang pakcik Arab sebelah aku ni tiba-tiba mendongak. Aku lihat dia gelisah. Di mencari-mencari. Di sekeliling dia ramai la makcik-makcik Arab berabaya dan berpurdah tengah pilih sayur. Aku tengok dia macam pening kemudian dia panggil entah mana-mana, "Hoi, hei." Kedengaran suara perempuan berbalas. "Ha, hena, hena," angkat tangan. Kat depan dia je.

Aku tahan gelak. Dia cari bini dia daaa. Dah semua sama, gelappp je, tak tahu mana satu. 

Hmmmmmm....

Kita mewarisi agama Islam. Kalaulah 30 tahun lalu kita lahir di Kampung Impedu Miu di Thailand, nama kita 99% kemungkinan bukan lagi Ahmad Reza tetapi Ong Krak Thong, beragama Buddha tiap-tiap hari makan babi.

Apabila kita discuss fasal agama, tolong faham bahawa ilmu pengetahuan universal perlu kita patuhi terlebih dahulu. Ilmu mantik, statistik dan sains matematik mesti strong untuk kita analyze data-data dari teks, inskripsi, cerita bawaan orang dan sebagainya. Kita berterima kasih pada saudagar Arab yang bawa Islam ke Tanah Melayu, tetapi mengikut telunjuk mereka buta-buta bukan sejenis terima kasih. Itu bangang namanya.

Kita ada maruah Melayu, bangsa kita bangsa Melayu yang bukan diberi nama oleh British, Portugis atau Saudi, tapi Allah. Tuhan.

Tuhan yang jadikan bangsa Jepun dengan tradisinya. Bangsa Roman dengan tradisinya. Bangsa Cina dengan tradisinya. Allah yang setup cosmic yang membentuk sistem stellar yang mengelilingi bumi. Allah letak bumi di orbit ke-3 sejauh 149,600,000 km dari matahari dengan bentuk ellipse berpusing dipaksi senget membentuk iklim, gunung, sungai dan variasi ekosistem. Indeed Allah buat ikut apa yang Dia kehendaki. Manusia lalu berbangsa-bangsa, berbeza rupa dan perangai. Allah yang tentukan kita bangsa Melayu. Maka kita kena maintain Melayu, jaga identiti Melayu, jaga adab resam Melayu.

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya. - Hujurat, 13.
Fahamkan sebaiknya apa itu suruhan agama, apa pula suruhan palsu yang bermotifkan kuasa. Apatah lagi adat tradisi buruk dalam populasi manusia lain.

Susah nak jawab di padang Mahsyar esok-esok. Soal Malaikat, "Allah suruh kamu jaga kemaluan dan maruah kamu untuk keluarga dan keturunan kamu, mengapa kamu ke Syria untuk disetubuhi sebegitu?" kalau setakat nak jawab, 'saya ikut orang je.' Kalau rasa jawapan tu strong, silakanlah.

Be wise.

Isnin, 25 Ogos 2014

Arab Saudi, kereta dan jalan raya

  1. Di Saudi, perempuan tak boleh bawak kereta, motosikal, van apatah lagi bas ekspres. Dipendekkan, wanita tak boleh drive. 
  2. Suprisingly, bawak kapal terbang boleh
  3. Ada dua difficulties utama semasa awal-awal aku mula drive di Saudi, especially di Jeddah. Pertama, stereng belah kiri. Kedua, kondisi trafik di jalan yang ada line tapi macam takde. Lelaki Saudi merempit MPV macam pelesit. Sumpah.
  4. Minyak murah dia tekan je la ada apa dia nak kesah...
  5. Walaupun begitu, orang Jeddah pergi ke Cairo, dia surender. Drebar Cairo lagi gila, katanya. Aku check dengan kawan yang pernah pergi Cairo, hah, memang gila, katanya, aku pun hampir kena langgar.
  6. Di sini banyak AES. Depa bagi nama saher - sim, alip, ha simpul dan ro. Yang menarik, kalau di hiway dari Jeddah ke Mekah, atau ke Madinah, saher ni banyak diorang letak dalam kereta Toyota Inova. Lensa kat cermin belakang. Kalau nampak Inova park tepi jalan bontot dia elok sunting ke arah jalan tu, konfirm saher. Selalunya dari jauh nampak seketul objek ada gaya Inova, aku dah reduce speed dari 200 km/j ke 110. Sekali kena saher, melayang at least 300 riyal (around RM280). Kalau laju gila mahu 600. Di Malaysia, AES kita, sebelum betul2 jumpa kamera, ada lima nam tujuh lapan sign untuk watch out kamera, kat sini takde. Diorang sembunyi lagi ada. Inova tu, dia park belakang pokok, belakang batu. Memang style. Yang kecik berbentuk kotak pun ada, yang ni memang murah rezeki. Flash keluar aje sebab serius tak nampak. 
  7. Diorang ada juga saher yang fix macam Malaysia punya. Langsung tak efisyen sebab nampak. 
  8. Kat trafik light turut dipasang kamera saher, bertujuan untuk mengajar lelaki Arab bahawa lampu merah itu bukan sekadar cadangan. 
  9. Selain saher, banyak polis trafik memantau. Selain tidak kacak, berkulit kaler Barrack Obama, polis ini bisa mengejar dan menyaman pesalah trafik di hiway. Almost everywhere ada polis. Namun begitu, rempit tetap rempit.
  10. Tak semua, sesetengah mereka okey je, skema. 
  11. Roundabout. Roundabout di sini tak banyak. Kalau ada pun tak complete circle, maksudnya dia sekat somewhere so that kita tak boleh round habis. Banyak roundabout ditutup sebab drebar saudi tak mampu nak appreciate sistem roundabout ciptaan British. Roundabout punya sequence tu, diorang tak boleh accept, tak boleh digest. For them it is too complicated. Yang masuk nak masuk, yang dalam nak keluar bertembung takkan sesekali mengalah mampos lah apa nak jadi. Banyak accident berlaku di roundabout yang kalau korang buat simple CSI langsung tak logik boleh eksiden terbongkang lagu tu di sebuah roundabout yang hening. Kesudahannya, banyak roundabout tutup. Trafik light diorang follow sebab ada kamera. 
  12. Di Bahrain, sebelum masuk roundabout ada bump. So, memang kena slow down. Quite effective. 
  13. Petrol di Saudi murah, 60 sen seliter. (RM0.53)
  14. Bila berlaku eksiden, standard lah jalan akan jem. Yang hangin bila kau expect sebegini punya jem confirm teruk, entah-entah meninggal na'uzubillah, tetiba sekali tengok cium sikit je. Diorang tak kira, sikit ke terguris ke, depa akan lepak situ sampai polis datang. Tak boleh kalih, tak boleh buat apa, biar je situ. Kereta lain tak boleh lalu pun, biarkan. Polis pun tak boleh lalu, biarkan. Untuk sebuah kemalangan, hanya polis boleh setelkan.
  15. Jalan sini lebar. Tar bagus. Kereta murah. Untuk nak pastikan takde mende di dunia ini perfect maka mereka perlu bawa kereta macam pelesit. The beauty of equilibrium. 
  16. Di jalan hampir tiada motorsikal. Panas kot. Mungkin juga sebab kereta bukan lagi maze yang tersusun tapi unpredictable dan langsi.
  17. Peralatan di kereta paling banyak diguna ialah horn. Paling kurang - signal punya lampu. 
  18. Horn di sini maximum utilized. It is designed to communicate, and walloohi, it is efficient.
  19. Kesimpulannya, setiap hari drive dari rumah ke tempat kerja sejauh 120 kilometer, kami memandu berhati-hati. Kena saman sakit, kalau eksiden even sikit pun sakit. Di sini, always remember one ultimate rule - Arab always right.

Ahad, 17 Ogos 2014

Sedikit cerita pasal Tuhan, Pencipta

Aku bukan ustaz. Tapi itu bukan syarat untuk diam dan buat tak tahu. Sampaikanlah walau satu ayat, apatah lagi berayat-ayat.

Islam itu fitrah. Bila masyarakat Jahiliyyah Mekah duk kumpul berhala letak dalam ka'abah dan pakat-pakat sembah minta rezeki, minta menang perang, minta anak lelaki... Nabi Muhammad datang katok semua berhala dan beritahu puak-puak Jahiliyyah yang datang jauh-jauh nak tawaf bogel, apa pasai duk sembah batu walhal Tuhan betui duk ada atas sana? Tuhan itu satu, yang cipta kamu semua, yang berikan kamu rezeki tidak kira kamu datang dari puak mana, dan Tuhan itu yang nanti bila mati kamu akan jumpa bukan rupa batu-batu ni.

Skrip aku reka di atas adalah fiksyen kreatif berdasarkan apa yang berlaku ketika Rasulullah kembali mengerjakan haji selepas lebih sepuluh tahun meninggalkan Mekah berhijrah ke Yathrib. Skrip yang menunjukkan Islam datang untuk mengeluarkan unsur tahyul dalam kepala otak manusia, dan mengembalikan otak waras ke dalam urusan kepercayaan, ketuhanan, terus dipersembahkan dalam sistem sosial yang mantap.

Islam adalah cara hidup fitrah - semulajadi, common sense - yang semua manusia boleh paham dan rasa. Lawan kepada fitrah adalah tahyul, illogical yakni benda-benda karut yang kita tak boleh justify, compute, feel, imagine atau rasa, yang hanya disokong nafsu, penipuan dan kezaliman. Anti-fitrah juga adalah semua parameter-parameter yang kalau kita apply dalam fungsi buatan Allah ini, hasilan akhir keluar gagal.

Tuhan yang cipta bumi, langit, matahari, adalah Tuhan yang sama. By logic, by scientific findings, by common sense, Tuhan yang cipta semua manusia adalah Tuhan yang sama. Theoretically, kajian sains alam menjurus ke situ - singularity. Oneness. Bentuk wujud Tuhan itu macam mana jangan ditanya sebab akal kita hanya terhad untuk process benda dunia, benda-benda within scope space-time. Di luar skop, tiada logik yang boleh kita analyze untuk create satu pemahaman. Benda yang wujud sebelum big bang dan benda-benda ghaib yang ada beyond alam kubur pun Stephen William Hawking tak boleh nak compute, apatah lagi Tuhan. So, be considerate, please. Justeru, apabila kita tampil jadi hero atau ustaz dalam masyarakat dan nak bantu manusia untuk paham Tuhan itu bagaimana, kita kena hati-hati dengan warning yang Quran bagi.

Janganlah kamu melampaui batas dalam perkara ugama kamu, dan janganlah kamu mengatakan sesuatu terhadap Allah melainkan yang benar - Nisa, 171.  
Mengapa kamu berani mengatakan terhadap Allah, apa yang kamu tidak mengetahuinya? - Yunus, 68.
Apabila ditanya siapa tuhan kamu? Para pelajar akan jawab, tuhan kami Allah. Pelajar KBSM yang cemerlang dalam PI akan jawab tuhan kami Allah, tuhan orang Islam. Tuhan orang Kristian pula dipanggil Jesus anak kepada Zeus. Zeus, Al-laat, Al-Uzza, Al-manaat, Baal, Waad etc. adalah nama-nama tuhan puak-puak polytheist sebelum Islam, nama khas yang specific seperti nama IC. Rasulullah membacakan Quran yang mengajar manusia untuk tidak memberi nama pada Tuhan. Allah bukan sebuah nama khas untuk tuhan orang Islam. Allah literally means the God, that God, the one God, Tuhan yang manusia perlu acknowledge dalam hati - i'tiqod menjadi aqidah.

Apabila kita, orang Islam, ditanya seorang mat Saleh di sebuah restoran, "so, dude, who is actually your God, I only heard they call him Allaa.." jangan marah dia sebut Allah pelat, jangan juga marah kalau gaya dia perlekeh. Kita aware isu-isu anti-Islam hari ini. Kita jangan baca jawapan ikut skrip KBSM atau skrip-skrip mainstream. Mat Saleh tu bukan Islam. Kita kena jawab ikut fitrah hati, bahasa yang semua manusia boleh faham.

Jawablah, my god is the one God and he has no specific name, except good names that we normally used to call Him in our prayers and du'a. In common, we just call Him God, or in arabic Allah. Sometimes we call Him Ar-Rahmaan, Rahim, Qawiy, and etc, which means the most Gracious, the most Caring, Loving, Almighty and powerful. We technically do not know where is he, how does he look like, what his name, or anything about him. That knowledge is something that so far we, or science, could not know. We have faith in Him, believe that He exist, that He is the one who created us, give us this life and let us live free to find our goals.

"That sounds very common man," dia kata. "I believe in that too."

Senyumlah dan jawab. "Islam is common. It is not a religion to divide people which are already divided into many races, nationalities. Islam is a common understanding that can be comprehended by all human even kids. It is a common ground where multiracial people should unite."

"Then Islam is, well, I think not a religion anymore, it is more to principle, or way of living, yoga or something."

"Correct. Theology, it is not a theology as people nowadays defined religion. It is calling people to think clearly, to listen to conscience (fitrah) that is printed into every human heart. The most personal feeling that we have is the most general, common. This is the ground (hablillah - tali Allah) that we should all reasonably agree to follow."

Selasa, 5 Ogos 2014

Dapat housemate baru

Di Jeddah ni aku duk sorang. Rumah bersepah, lantai berdebu, laman macam walkway zoo. Pokok-pokok dah tinggi macam hutan. Teman aku ada kucing oren dua ekor yang tak pernah kompelin pasal kebersihan. Aku sendiri kadang rimas. Bila nak bangun kemas, aku fikir baca buku je lebih baik. Habis baca buku nak bangun ngemas, hmm... baik tulis manuskrip.
Kekemasan ni bagi aku last prioriti.

Semalam, aku dapat housemate. Dia ni sejenis yang kemas dan ada standard. Aku jadi segan. Aku pun potong rumput, kemas dapur, basuh bilik air, vacuum karpet dan sapu dari pepenjuru ke pepenjuru. Kucing dua ekor itu pun dah tak boleh masuk rumah berguling macam biasa. Kesian kat depa, tapi depa tak pernah kesian kat aku biar aku buat kerja sorang-sorang.


Banyak benda kita buat selalunya untuk orang, bukan untuk diri sendiri. Bukan aku saja macam ni. Kita semua. Average manusia memang macam ni.


Kalau nak makan sendiri, aku campak je sesedap rasa. Agak-agak sedap, kira berjaya. Tapi bila nak serve orang, aku akan buat teliti. Biar ada tema, ada style dan biar tetamu puas hati.

Marriage changes man, even more when he has kids.

Hidup ni, banyak benda yang kita buat bukan untuk diri sendiri. Mula-mula, masa remaja, mungkin kita self oriented sebab period umur tu curiosity berada pada tahap maksimum dan kita suka explore semua benda untuk kepuasan diri. Lantaklah orang lain, yang penting aku bahagia. Sampai satu tahap, lepas grad, dapat kerja dan akhirnya berkahwin, priority yang selama ni fokus pada diri sendiri akan mula teranjak. Baju sendiri sudah tak fikir, yang penting baju isteri dan anak-anak.

Apabila rasa cinta mula keluar dan meresap masuk ke wajah isteri, wajah anak-anak hingga kita sanggup lakukan apa saja untuk mereka, tiba pada satu masa lelaki akan challenge whatever system yang akan effect kebahagian keluarga mereka. Be it jiran sebelah, atau politik, atau agama. Kemudian kita cintakan famili lebih besar itu ras, kemudian negara.

Rasulullah solat malam sambil menangis sebab tugas kerasulan terbeban atas bahu dia, untuk semua ummat. Bukan dipaksa, tetapi apabila hati baginda semulus hati para nabi, secara automatik dia akan berfikir untuk berbuat sesuatu untuk kemaslahatan semua puak, semua kaum. Nabi Muhammad challenge semua sistem untuk bawa keluar umat Arab dari jahiliyah ke hidayah, samada sistem perkauman, perberhalaan, sistem kapitalis/bermukamuka Yahudi, even Kristian Ortodoks di Byzantine dan Sasanids. Baginda berjaya mengalahkan semua, menyatukan semua ke dalam satu envelope baru. Selepas peingkaran perjanjian Hudaibiyah, Rasulullah masuk ke Makkah untuk berbuat haji pertama kali selepas dihalau ke Madinah, baginda masuk ke dalam Kaabah, kutip semua berhala dan pecahkan semuanya.

Does not matter who you are, your God is the same God. The One who created human, the One who is not begot or begotten, the One who has no equal. 
Ada pelbagai permasalahan, doktrin dan amalan yang perlu aku hadapi untuk make sure keluarga aku mendapat yang terbaik dalam hidup mereka, especially amalan yang manusia sangka bersifat keagamaan yang sebenarnya rekaan malah menyusahkan. Dan aku harap aku sendiri kuat untuk menghadapi semua ini. InsyaAllah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Goodreads

Books I read

A Brief History of Time
Seven Habits of Highly Effective People
The Power of Now: A Guide to Spiritual Enlightenment
Hadith 40
ESQ Way 165
Lā Tahzan: Jangan Bersedih!
A World Without Islam
A History of God: The 4,000-Year Quest of Judaism, Christianity, and Islam
No god but God: The Origins, Evolution and Future of Islam
Muhammad: A Prophet for Our Time
Parallel Worlds: A Journey Through Creation, Higher Dimensions, and the Future of the Cosmos
The Road to Mecca


Khairi's favorite books »