Isnin, 9 Disember 2013

Hari-hari menyibukkan diri

Balik kampung jarang2 sekali memang syurga. Allah. Aku sekrang nak kena bersedia untuk ke UAE. InsyaAllah untuk setahun 10 bulan. Korang best ke tempat sejuk, pekerjaan aku ni jenis kena ke negara panas saja, tapi alhamdulillah rezeki tetap rezeki.

Yang mentensionkan, last minute punya preparation. Mana nak sewakan rumah. Nak trade in kereta. Nasib hal baby dah setel dengan sedihnya kena berpisah lama. Masa Absyar kecil dulu aku ke Algeria, lama juga. Kali giliran Akif ni, lebih lama sebelum mereka bertiga aku terbangkan ke sana hidup bersama di wilayah Saudi Arabia.

Tanah pasir yang menjadi kubu ummat Islam, tanah para nabi. InsyaAllah, tanda-tanda kebangkitan agama rasional dan scientific dah semakin nampak sekarang walaupun sesetengah tempat terpaksa membayarnya dengan nyawa dan harta benda. Ummat Arab dah lama hidup dalam selaput hipokrasi agama yang kronik, tiba masa untuk menetas dan keluar ke alam realistik. Penetasan mentaliti kita dah nampak di mana-mana, semoga Islam baru akan menjatuhkan kezaliman penguasa. Apa barang perempuan tak bley pandu kereta?

Aku harap aku dapat berbakti kepada masyarakat Arab. Dapat juga menimba ilmu dari tingkap mata orang Arab moden, agar dapat beri inspirasi untuk nanti pulang ke halaman menabur bakti. Juga aku harap dapat coret lebih banyak di sini cerita dari padang pasir dan menyiapkan manuskrip lebih pantas dan tenang.

Terima kasih membaca dgn tetap di sini. Harap apa yg aku sebut, boleh menjana something dalam paradigma korang. Adios!


5 ulasan:

Kay berkata...

dpat buat haji sekali la ye!

best la awak dpt pergi merata... saya duduk ofis saja

selamat pergi dan selamat kembali ke bumi Malaysia... jgn nnt saya dengar awak terus nak menetap kat sana...

hikari berkata...

bro jgn berenti update blog kalau dah duk UAE to.
ok all the best to you and the arabsss.. hehe

kakayaya berkata...

walau takde pengomen di blog ni yakin la pembaca blog anda ni tetap ramaii.. atau paling tidak pun TETAP ADA.
jangan berenti menulis aa.. janji aa!!!

Kayzem berkata...

errr.. sambungan kasyaf macam maner? jangan tak sambung pulak.. merana nk tunggu sambungan..

aimZz berkata...

wahhhh...dpt jenjalan lagi...
ermm pape pon..gud luck!!!
n jgn lupe..sblm ke sana..siapkn sambungan kasyaf yer..or..submit je utk printing dr sana...hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Goodreads

Books I read

A Brief History of Time
Seven Habits of Highly Effective People
The Power of Now: A Guide to Spiritual Enlightenment
Hadith 40
ESQ Way 165
Lā Tahzan: Jangan Bersedih!
A World Without Islam
A History of God: The 4,000-Year Quest of Judaism, Christianity, and Islam
No god but God: The Origins, Evolution and Future of Islam
Muhammad: A Prophet for Our Time
Parallel Worlds: A Journey Through Creation, Higher Dimensions, and the Future of the Cosmos
The Road to Mecca


Khairi's favorite books »