Awal-awal dulu aku suka main bahasa. Aku cari bahasa2 boombastik kasi karangan konon power. Aku sumbat dalam novel dulu-dulu bagi nampak pro. Pro at what? Kesusasteraan? Nope, that's not my field.
Especially untuk novel yang content dia heavy, you know macam Kasyaf yang dealing dengan engineering stuff, fighting scene, perlanggaran komuter, theoretical physic, technical conflict. Bila you nak deliver heavy substance, bahasa mesti straight to the point. Mudah dan tepat, no lenggok-lenggok. I learned from Dan Brown. Content pun dah heavy takkan bahasa pun nak berbunga-bunga? Sapa nak layan kesusasteraan kau dei.
Sebagai contoh aku punya prolog untuk Ranea.
****
“Eagle,
position?” kedengaran di fon telinganya.
“TRIGA,
top, roger.” Dia membalas. I am sitting
on a nuke, bisik hatinya sinis.
Mukanya
ditutupi sepenuhnya oleh topeng SCBA Survivair manakala penglihatannya melalui
high-tech military goggle itu bersifat monokrom – kombinasi night-vision dan
thermal imaging technology. Senapang steyr di tangannya menala sepuluh meter ke
bawah, ke satu koridor gelap yang menghubungkan TRIGA dan Lab Four. Di dalam koridor
itu, sepuluh rakan komandonya, Snake, telah menyusup masuk untuk menangkap
seorang lelaki yang secara misteri telah menyebabkan Agensi Nuklear Malaysia di
bumi Dengkil ini punah-ranah. Di luar bangunan TRIGA, ada dua lagi team bersiap
sedia.
Empat puluh high-rank komando untuk
seorang lelaki, fikirnya,
hope this isn’t a joke.
Aku describe seorang komando sedang duduk dalam posisi sedia di atas sebuah reaktor nuklear Triga setinggi sepuluh meter. Bumbung Triga actually berbentuk heksagon, ada beberapa level hanging walkway di sekelilingnya, dan ditebat kalau tak salah simen organik. But untuk start-up, readers don't need that detail, sepuluh meter tinggi is just enough.
Kasyaf masih ada gejala bunga bahasa yang meleret, aku dalam proses memperbaiki. Ranea insyaAllah bebas dari bunga bahasa yang tidak diperlukan. Bukan tak ada langsung. Penat juga aku mempertahankan bahasa aku dengan editor. Editor pulak power kesusasteraan, memang pantas saja dia potong sana sini. So what I think awesome, my editor thinks not really. Exaggerate.
Apabila kisah Ranea bermula di sebuah parallel planet yang tidak aku namakan apa-apa, kecuali beberapa negara utama seperti Tranta, Naruka dan Mohahasak, cabaran untuk describe tempat yang asing tu lebih tinggi. Nasib baik novel fantasi aku masih ada Malaysia, Amerika dan Bumi sebagai datum.
Contoh seperti semasa Ranea dan Zack mengikut Yusuf, Aliana dan Zurum memasuki sebuah telaga pengumpulan najis di Naruka yang keadaannya sangat jijik.
****
Pintu itu membawa mereka ke satu
tempat busuk. Busuk dan mega, tepat sekali dinamakan tempat pengumpulan najis
bawah tanah. Kumbahan satu bandar mungkin ke sini. Berpuluh-puluh longkang
mengalir masuk, bunyi airnya mencelup-celup melempias bau busuk yang
mencengkam. Ruang ini bak telaga, dengan diameter sebesar stadium. Besar
terlampau sehingga saat terdongak-dongak itu, Nea berasa dirinya kecil macam
tikus.
Di
tengah-tengah sana ada kolam tahi, disinari beberapa turus cahaya kuning dari
atas yang dikeluarkan kelompok-kelompok kulat persis diod besar. Kelihatan
seutas akar tunjang gergasi tembus dari siling gua, turun
mencelup kolam. Akar serabut berjuntaian, banyak, persis rambut puaka. Kesan
lendir kuning dan hijau menggelangi akar itu, menunjukkan turun-naik paras air
kumbahan nan berbekas. Ulat-ulat hitam sebesar lengan meliuk-liuk
bergentayangan di akar dan lubang di dinding kolam. Ulat itu gemuk. Sihat pastinya
kerana cukup nutrisi setiap hari. Telaga itu, selebihnya, banyak timbunan batu
dan ruang-ruang gelap yang tidak mereka tahu menyimpan benda apa lagi.
“Siapa
tadi kata Naruka akar tak ada?” Yusuf tiba-tiba bersuara separuh berbisik.
Aliana
kedengaran merengus.
“Kihkihkih,”
Zurum gelak tertahan-tahan sebelum dilempang Aliana hingga jatuh berguling.
Zurum
kembali bangun berjalan sambil menggosok pipi. Dia seterusnya diarahkan Yusuf
untuk mengepalai. Si kenit itu tahu tempat ini. Lama dahulu dia pernah berada
di Naruka. Cuma berada di bawah ini dia nampak teragak-agak kerana tempat macam
ini pastinya tidak pernah bahkan tiada siapa yang mahu masuk. Dirinya tidak
berkecuali. Mereka menyusuri pinggir dinding, melompati longkang-longkang dan
becak-becak lendir, membuat tawaf mencari lubang keluar.
****
So, kesimpulannya untuk novel thriller, discussion heavy substance, please do write a straight to the point words. Pembaca nak fahamkan konflik dan situasi lagi, jadi mudahkan proses itu untuk mereka. Tak adalah sengsara sangat nak habiskan buku kamu.