Khamis, 3 Julai 2014

Pegawai imigresen Saudi yang barangkali tak puasa

Aku cuti dua minggu di Malaysia, merata pejabat kerajaan aku pergi untuk setelkan urusan rumah, kereta, cukai dsb. Kalau orang masih duk bash kakitangan kerajaan Malaysia di kaunter, aku rasa mungkin segelintir je. Tapi rata-rata yang aku jumpa, staf awam kita semua peramah dan profesional. Aku ke MPSP, JPJ dan bank semuanya mempersembahkan layanan mesra pengguna.

Kalau di Saudi, kau akan jumpa makhluk-makhluk di kaunter muka macam mambang, buat kerja macam gampang. Mungkin juga layanan tu untuk orang asing je macam aku ni yang muka stress macam mat rempit, tapi bila nama kita Islam jangan duk jual perangai huduh dekat orang luar malu woi.

Aku touch down semalam di terminal King Abdul Aziz, Jeddah pukul 6.30 petang. Sebab kapal terbang mengikut arah putaran bumi, aku punya time semalam tambah 5 jam. 19 jam kena puasa, campur pening tak bleh tidur atas flight. Take off pukul 3 ptg, 8 jam fly tak maghrib-maghrib jugak. Bila aku duk asyik cek jam tangan waktu Malaysia tunjuk 7.30, perut six pack aku ni mula kacau. Nak muntah, loya dan mengidam murtabak roti john onde-onde kerang rebus. Anatomi perut kita, dia punya waktu biologi tak ada matahari. Dia ikut chemical, so sekali dia jerut memang senak la. Aku bangun jalan jalan basuh muka jeling-jeling pramugari make up tebal.

MH 150 semalam bawa masuk ramai pinoi ke bumi Saudi. Jemaah umrah Indonesia tak ramai. Buruh pinoi ramai. Bila beratur di kaunter imigresen, panjang la barisan 'visit visa' ni. Lepas tu staf imigresen tu dia punya slow ya rabbi... kau rasa nak cekik dia dan lempang bertubi-tubi. Masuk pukul 7.10, dia pun katup kaunter pergi iftar dan semayang maghrib. Duk ada setengah jam, dia lepak-lepak minum air.

Bila dia kembali, dia buat muka toya. Semua orang duk pandang dia, dia buat buat muka. Dia tenyeh mata, call, sembang dengan staf sebelah, call, sembang. Orang yang duk beratur dekat dua jam ni dia tak fikir. Apa dia peduli? Tak, orang arab ni, rata-rata (exclude yang baik akhlak) memang jenis takde empati, tak ada sensor untuk memahami keadaan orang lain.

Sorang-sorang dia cop slow nak mampus banding dengan kaunter sebelah. Bila tiba giliran aku, aku jenguk. Tengok dia buat apa. Hangin satu badan. Dia ambil passport aku, dia letak atas meja. Tunggu dulu. Dia punya henpon duk sandar elok bucu meja, facebook terpapar. Dia cuit wall dia. Dia check notification, dia scroll. AKu duk tengok ni. Lepastu dia klik satu video orang share. Lepas tu dia tutup, dia tengok wall dia balik satu-satu. Aku duk tunggu depan dia ni. Lepas tu dia pun ambil passport aku dan taip kat komputer dia guna satu jari. tap.. tap... tap... muka dia ya rabbi dengan toya nya, dengan kereknya... kau rasa nak rendam je dalam klorox. 

Sesiapa nak kompelin persilakanlah, aku tak sanggup nak menyusahkan lagi hidup aku di Saudi ni. Sabor je lah.

Apa benda yang dia duk semayang dan puasa?

Apa benda yang dia belajar dari agama?

Bukan aku seorang berhadapan imigresen macam ni. Ramai lagi. Benda yang susah kita nak jumpa di negara bukan Islam, apatah lagi di Malaysia. 

"Aku mengembara ke Barat aku tidak nampak orang Islam tetapi aku nampak Islam. Aku pergi ke Timur Tengah aku nampak ramai orang Islam, tapi aku tak nampak Islam." - Syed Qutb.

4 ulasan:

Tirana berkata...

Diorang fikir dah Islam..last2.masuk syurga jugak...hehe..walaupun direndam dan direjam dulu dlm neraka. Berbeza dgn non muslim..baik macam mana pun ke neraka juga akhirnya..

hikari berkata...

setuju!

last2 masuk sorga? woo.. sementara nak masuk tu larat ke nak kena seksa dulu???????? tercuit bucu seterika panas pun meloncat..

Reading Review berkata...

memang betul la apa yang syed Qutb nukilkan..aku dah experience bende ni kat australia..memang depa lebih "islam" dari kita dari beberapa aspek...belah2 arab ni aku taktau sebab tak pernah pegi...tapi membaca pengalaman ko ni , aku dah dapat sedikit sebanyak gambaran..sebab pak2 arab kat aussie sini pun ada perangai skit..huhu

Khairi Mohd berkata...

if you can manage on e arab, you can manage others.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Goodreads

Books I read

A Brief History of Time
Seven Habits of Highly Effective People
The Power of Now: A Guide to Spiritual Enlightenment
Hadith 40
ESQ Way 165
Lā Tahzan: Jangan Bersedih!
A World Without Islam
A History of God: The 4,000-Year Quest of Judaism, Christianity, and Islam
No god but God: The Origins, Evolution and Future of Islam
Muhammad: A Prophet for Our Time
Parallel Worlds: A Journey Through Creation, Higher Dimensions, and the Future of the Cosmos
The Road to Mecca


Khairi's favorite books »