Benda online, entah betul entah tidak. Tapi tengok pada video memang agak bangang. Cuma kita tak tahu sebelum video apa jadi. Knowing traffic in KL, kita biasa jumpa driver jenis tak bagi laluan, masuk ikut suka hati, even ketegaq nak potong Q nak masuk tol sampai dua-dua kereta tersepit awek tol geleng kepala. Jadi, root cause boleh jadi pakcik tu. However, being an intelligent person, good one, kita patut boleh manage kita punya reaction. It is just between stupid and wise.
Hmmmmm....
Aku dah kata bab aurat ni lama dah. Aku dah taip mana prioriti based on apa yang aku baca dalam Quran. Pakaian manusia yang paling utama adalah akhlak. The only reason kenapa bangsa Roman boleh take over knowledge dan power adalah sebab mereka mempunyai akhlak yang baik - sivik dan morale. Aku dengar cerita tentang Roman dalam hadis even dalam Quran, surah Rum. [link] Bangsa European, American, Scandinavian, even Jepun yang bukan asal Rom, bukan jenis peduli pasal aurat tubuh. Berbogel tu hobi depa. Tapi walaupun pe'el hodoh diorang kat situ, moral dan sivik mereka power. Di negara arab perempuan semua kaler hitam dari atas sampai bawah tapi akhlak zero (by average and daily monitoring), kalau takde petrol, Mekah dan Madinah dah lama diorang ni melarat. Sekarang duit ada boleh nak bongkak dan takabbur.
Sesetengah Arabs yang enlightened, yang teranjak paradigma, kita boleh tengok grup minoriti ni baik sungguh wallohi.
Kita kat Malaysia bila sebut perempuan - tudung. Ppuang - tudung. Ore tino - tudung. Bila masuk Islam bukti dia dengan gambar bertudung. Seolah tak bertudung tak Islam. Sebut je gadis baik - bertudung. Taboo gila bab tudung. Bila tudung kepala maka baiklah anak dara si polan si polan.
Prioriti kita ke laut lama dah...
Sedar tak kita, bahawa kita semua sudah kena brainwash dengan tokey tokey tudung? Yang guna agama untuk business? Pehh... konspirasi baik punya.Takde takde. Back to aurat.
Heliza (source) |
Taqwa is that you won't steal eventhough nobody is watching, because you are aware that you are being watched, being monitored by the One who set the purpose of your existence.
Taqwa is that you won't do a thing because you yourself know it is false and you know that your Creator will agree with yourself..
Bangsa Rome ramai yang moderate, yang tak follow sangat ridiculous rules dalam agama Kristian. Bab khatan pun ramai yang tuang. Cuba orang Islam dipetik bab sunat sunat ni, merah muka dia akan melenting. Bila ditanya dalil gagap. Ye, sami'na wa ato'na. Lupa bhw Allah suruh berfikir dan jangan sesekali ikut cakap nenek moyang. Bangsa Rome dah belajar banyak tentang hidup, agama dan sunnah Tuhan. Mereka ini yang kebanyakannya set standard negara bangsa diorang. Mereka yang turn on every techs that we used today. Kalau undur masa sikit, kita jumpa zaman kegemilangan ilmuwan Islam. Mereka yang set standard bangsa Arab ketika itu sampai gemilangnya melimpah ke Tanah Melayu. Ibn Sina walaupun lahir dalam keluarga Syiah, dia tak pernah quote dia Syiah, bahkan dia anggap muslim semua sama. Kau baca tulisan dia kau akan menangis. Mereka semua ada Tuhan. Yang kita duk gelar kapir kapir tu, bila aku lihat video interview random American tanya pasal Tuhan, mereka describe Tuhan based on pure thoughts. Diorang describe Tuhan by their pure honesty.
"Who is God, you think?"
"Well, the One who created us all, and, well hehe, I don think He is bad, He give this life to us so that we can learn, you know, and... being happy?"
Cuba tanya soalan macam tu dekat orang Islam dia akan baca skrip tanpa hadir hati. Very sad.
Pakaian luaran adalah pasif defense, akhlak atau kamu punya tutur, pemikiran, dan perception towards other adalah ultimate defense. Pakaian perempuan yang ikut prioriti adalah:
1) Taqwa.
2) Pakaian yang menutup kemaluan, aka seluar. Aku prefer seluar dari kain. Lebih secured.
3) Yang menutup cleavage, selendang atau baju yang leher baju high cut.
4) Tudung (optional)
Orang akan kata, "pakai je la semua Islam kan syumul". Islam memang syumul tapi manusia tak. Manusia dia selective, ikut mood atau pegangan peribadi. Bila dia select tudung first manakala cleavage dia agak loose sebab bagi dia tak sepenting tudung, then objective dia berpakaian dah ada error. Macam beli kereta takde enjin. Lalu kita nampak gadis melayu pakai elok tudung mahai tapi posing moncong muka stim macam pelacur kat Facebook.
Nak tak nak, set your prioriti.
Taqwa first. Kalau nak jadi Islam, set your character to be the ones like European standard atau Germans [link] atau Canadians atau even Japanese. That is first. Learn how they can respect people to that level, how they manage anger, macam mana diorang jaga kebersihan, macam mana diorang concern tentang pembaziran. Jangan jadi macam perangai Arab. Itu fundamental, first, wahid.
Bila hati lurus, pakaian akan follow. You akan rasa bersalah bila nak pakai legging. Rasa malu tu akan hadir dan cucuk-cucuk dada. You akan segan untuk show off kecantikan you, be it cleavage, atau leher atau betis. Laws ini akan datang natural sebab Allah dan printed benda tu dalam hati semua manusia. Yang jenis bertudung katok kereta uncle cina tu jenis tak datang naturally, jenis ikut trend. Tudung kat kepala hati kat laut.
Dalam Islam, setiap perbuatan bermula dengan niat. Dalam berpakaian, ia bermula dengan niat juga yang mana jika kita faham dengan surah Al-A'raf ayat 26 dalam Quran, taqwa adalah pakaian berbentuk niat/spiritual yang first and foremost kena ada. You pakai tudung sebab fesyen ke sebab agama - soalan lazim ala ala retis. Cetusan hati kita sometimes liar dan gila, taqwa akan kontrol sebab kita sedar setiap tingkah laku kita diawasi oleh Pencipta, yang mana hati kita akan rasa marah kalau laki kita renung cleavage perempuan lain so with the same principle we should cover our cleavage so that laki orang lain takde can untuk usha, apatah lagi budak2 muda yang takde bini, yang probably akan pedajal gf dia yang shallow.
Apa yang kita rasa, semua orang rasa. Kalau kita marah orang buat sesuatu, kita sendiri jangan buat sesuatu itu.
Kenapa saya letak (optional) sebelah kanan tudung pada nombor empat tu?
Aku respect dengan sistem/fatwa/understanding semua dan JAKIM, rambut itu aurat. This is only my personal view that I am thinking of. And if a girl asks me to cover or not, I will advise to cover.
I am talking now to the ones that reluctant and rebellious on the issue.
I read the most extreme, I read the most moderate about aurat. For me, pegang dengan apa yang ditulis dalam Quran dan hukum alam ciptaan Allah ini, considering the function of your ears, your hairs, your eyes, the architecture of your head structure... they are not meant to be covered for a long period of time, or as mandatory. I am sorry for saying this, please respect my view the same I respect yours. Yang dah bertudung, don't reverse okey. Isteri dan keluarga saya pun bertudung, even though it is the last prioriti dan kalau diorang tanggal tudung dekat public akan rasa janggal. So personal view ini considering mereka yang baik yang belum bertudung, untuk generasi depan yang tidak punyai rasa taboo dengan tudung, yang rasa okay freehair. Don't feel so guilty sampai you rasa ringan untuk tuang ajaran agama yang lain.
Sebagai seorang lelaki, aku tak nampak keauratan dengan rambut perempuan. Rambut kawan dan rambut adik, aku lihat macam rambut Samivellu dan wife PM je. But if I saw my sister's cleavage, I can feel that it is not right, the same way when I watched amoi showing off bare legs at KL Sentral. I feel guilty, setiap putik nafsu yang keluar buat aku rasa bersalah since the sexual feeling is not supposed to be felt with other than my registered wife.
So girls yang masih belum diberi hidayah untuk pakai tudung, please jaga yang first three. Okay. Bila you rasa masa sampai untuk you cover rambut, I yakin you akan jadi lebih baik daripada yang ikut trend. I am with you on this.
Set your prioriti, taqwa > pakaian. Pakaian pula start dengan baju dan seluar labuh tidak ketat, proper sopan. And then, feel free to cover your hair.
Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur). Quran, 7 - 26.