Aku cakap kat dia, "Empat ribu?" mata terbeliak. "Dekat KB kalau 4 ribu boleh dapat lebih cantik lagi sebenarnya dan asli pulak tu."
"Oh ye ke?" Dia teruja. "Kat mana?"
Inilah aku nak cerita.
Pokki terkejut bila Encik Rosli beritahu umur dia. Pokki kata nampak muda 10 tahun. Peh. Pokki baju putih, En Rosli baju hitam. Kalau Pokki mmg nampak 10 thn lebih tua haha. |
Untuk sekeping lukisan tiga empat ribu tu takde benda. Lagi yang lukis main campak dan tenyeh pun dijual juta. Cumanya, untuk orang biasa nak gantung kat dinding rumah, atau bilik tidur atau kat ruang pejabat peribadi tu... setakat dua tiga ribu tu dah kira patut sangat. Aku nak cerita kat Encik Rosli hari tu kualiti lukisan khat yang dia beli di Bahrain tu sebenarnya ada di Malaysia dan harga dia lebih murah. Dia ada tanya hari tu kat mana, tak tahu la dia ingat lagi ke tak.
Aku minat khat ni. Dari Sulus sampai ke Kufi, aku suka. Aku tulis khat cantik juga tapi masuk bertanding kalah sampai sekarang aku tak puas hati hehe. Bila lihat kanvas-kanvas bertulisan khat tu, kita boleh tahu nilai dia pada stroke dia, baris-baris dia, composition dia, ratio saiz huruf-huruf dia. Di situ ada identiti, ada emosi, ada storyline dia yang kalau orang seni tenung lama-lama boleh nangis dia. Walaupun nampak simple, tapi harga mahal. Value tinggi.
Abang aku pengusaha seni grafik khat. Dari cetakan mesin, hinggalah yang manual (tulis tangan) yang harga dia berpatutan yang kalau peminat seni khat dengar dia akan terdetik, "eh, murahnya."
Kerja utama mereka khat. Makan khat mandi khat. They are expert at it! Disamping projek khat di masjid dan pejabat kerajaan, dia juga hasilkan kraf tangan khat yang bagi aku awesome, jaw dropping. Yang tak biasa tengok mungkin tak paham, tapi kalau orang macam Encik Rosli tengok dia akan rasa something.
Jadi, kalau korang ada office renovation dan nak suntik elemen keruhanian pada pejabat punya interior design, atau nak suntik dakwah murni di ruang kediaman peribadi korang, boleh tengok-tengok lukisan khat yang sesuai di KufiCenter dan GaleriKhat.
Khat Kufi buatan tangan, material tulisan kaca background kayu |
Selain hiasan dinding, Kuficenter juga ada servis merekacipta logo syarikat bentuk kufic. Ikut citarasa design masing-masing. Kuficenter akan propose design ikut tema, design, warna dan semuanya yang sesuai.
Jangan pi scan pulak. Macam QR code tapi sebenarnya itu tulisan Jawi. |
Hiasan dinding, surah Al-Fatihah |
Surah Al-Fatihah dan Ayat Kursi |
Lain-lain seni khat di Galeri |
Hiasan |
Showroom ekspo kesenian Islam |
Dan ada banyak lagi hasil seni Kufic dan khat di KufiCenter dengan pelbagai design yang boleh dipilih sesuai dengan warna cat dan tema bilik.
Abang aku, Ustaz Hamdan, adalah pengusaha khat kontemporari di Kota Bharu, sebelum ni bekerja dengan Pusat Kesenian Islam Shah Alam, Yayasan Restu selama 5 tahun. Jadi, kalau anda peminat seni kaligrafi Arab, anda perlu berjumpa pakar la untuk lihat seni yang jejak sampai dalam.
Aku tulis ni tak dapat komisyen okey, aku hanya tulis benda yang layak diberi kredit, yang kadang orang kita tak perasan ada pengusaha kecilan yang kualiti produk dia sebenarnya bertaraf antarabangsa, cuma kurang promosi dan pendedahan.
2 ulasan:
Saya pun minat khat ni, masa sekolah dulu aktif la jgak masuk pertandingan. Skrg sekadar menghayati hasil org lain.. :)
Assalamualaikum. Boleh sy tny kalau nk lukis khat dkt dinding apa alat2 yg patut ada? Sy masih lg amateur. Tp ramai juga permintaan diantara kenalan. Harap tuan sudi bantu.
Catat Ulasan