Dah hampir sebulan rakan aku pergi. Ramai juga yang dah pergi. Pada usia muda. Hadi, pergi ketika usia 19thn, rasanya. Sekarang dia dah 32, tapi di alam sana.
Aku di Saudi duduk rumah arwah, Ahmad Mahir. Tahun 2008 dulu dia bertugas kat sini. Sekarang dia dah kembali ke alam yang kita semua tak tahu bagaimana. Pemergiannya amat mengejutkan dan semua terasa bagai sekelip mata.
Allah. Suatu hari nanti, giliran aku pula.
Aku ni kalau ikut amalan, memang langsung tak bersedia. Aku tak tahu nak menjawab apa nanti kalau ditanya subjek-subjek agama. Semakin tua, aku semakin pelupa dan banyak benda penting aku dah lupa, dan apabila mahu menerangkan kembali aku macam nyanyuk.
Aku dah tak biasa menulis.
Menulis tak boleh semberono tanpa pengetahuan. Takkan nak tulis benda kita tak tahu. Apatah lagi berkaitan kehidupan dan kematian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan