Dalam masa dua minggu, tiga kali saya ke Dubai. Tidaklah untuk berjoli kerana Dubai itu satu tempat yang mahal untuk berjoli tetapi atas urusan kerjaan dunia.
Saya seorang manusia yang barangkali sangat bosan kerana bandaraya Dubai itu langsung tak merangsang saya untuk ambil gambar. Semua gambar tempat di Dubai ada dalam internet yang bila-bila masa sahaja saya boleh Google.
Nampak, bosan kan?
Tapi saya minat memerhati manusia. Karakter dan personaliti mereka. The beauty of evolution and variation. Dubai menempatkan hidupan yang multi-racial. Native tiada, semua pendatang. Lalu suasana jadi meriah seperti ais kacang ABC. How they mix up, working level, executive level, all the races, and how they took part in the modern community. Of course, it is unique.
Saya ke Deira City Centre Mall, berjalan kaki dari hotel Jawhara sejauh 200 meter yang agak mencabar kegantangan kulit menyerap sinar UV tanah Arab. Pedih gila lengan. Sampai di Mall seluruh tubuh saya berasap transparent. Nampak orang tidak ramai. Saya ke kaunter pertanyaan dan bertanya si gadis Arab.
"You have cinema here?"
Senyum. "Yes, straight and to your right."
"Great."
Saya ambil pamplet mall, lihat restoran, lihat kedai berjajar dan lihat-lihat gadis lalu lalang macam-macam bangsa ada. Di muka surat awal, ada guidelines dalam mall. Saya sengih. Benda ni saya pernah nampak di Dubai Mall dulu. Sesuatu yang menarik minat seorang moderate macam saya. Benda yang saya fikir kerajaan Malaysia patut letak di KL Sentral.
The Mall Dress Code.
Saya kerja di KL Sentral dulu setiap hari terpaksa kaburkan fokus mata sampai berpapasan dengan Kay pun tak nampak. Saya akui tengok benda dalam TV dalam filem, saya agak okey, tapi bila live, jalan dengan kawan, tengok amoi seksi ni satu benda yang seronok tapi tak sedap. Nampak tak? Mungkin saya hipokrit, sebab saya nak lah tengok aurat perempuan ni kalau tak tandanya ereksi saya ada masalah... tapi di tempat awam benda ni jadi tak proper. It is just not right and you can feel it.
Pakaian bangsa Cina di KL Sentral (kadang-kadang Melayu pun ada) sangat menjolok. Tunjuk sipi-sipi ini satu ransangan yang unnecessary. Yang berbahaya. Aurat perempuan ni sangat powerful. Dia letak sebelah kereta, kereta tu
jadi 200% lebih power. Letak sebelah RAM di PC Fair, RAM yang 4 gig nampak macam 40 gig. So, bila aurat-aurat ni hadir dalam urusan
competitive, dia akan cuba hipnosis consumer untuk beli against rasional. Aliran darah ke otak berkurang apabila pressure supplied ke arah bawah. Aurat yang overdose juga boleh hipnosis lelaki menjadi dubuk dan bertindak luar waras.
Our government should do something about this. Simply promote people to wear appropriate. Just don't be too religious nak bertudung bagai. Start small. A step that average people can take. Mulakan dengan tutup peha, pakai long skirt, pakai high neck, at least something.
Islam is a process. And for a process to happen on a human, give them a realistic step. I know the government will not read this. But you did. And you may be one day become the policy maker. You can change.