Sabtu, 18 Oktober 2014

Objektif hidup - konsep jasad dan ruh

Semalam, lepas siapkan daily report aku ke toilet basuh muka. Dua tiga kali bilas guna air, aku tilik muka setiliknya. Perhatikan eye bag, jeragat, dan parut jerawat. Lepas tilik muka, aku belek rambut. Dan suprisingly, diam-diam, di celah jambul depan aku aku jumpai sehelai rambut putih - uban. Dah berapa lama dia sembunyi kat situ? Damn... bila aku nak revenge, cabut, aku teringat orang kata uban ni makin dicabut makin banyak. Aku betulkan balik jambul aku biarkan dia di situ.

'A gentle reminder'

Kita semua akan mati. Samada kita mati naturally, sakit tua, pada umur average 70 tahun, atau kita termasuk dalam abnormal death category - accident, lemas, shot, murdered - yang boleh berlaku bila-bila masa. Atau abnormal slow death category - kanser, HIV, ebola etc. Cepat atau lambat, aku akan mati. 

Kelmarin, timbalan ketua Pemuda Pas Kedah, Ahmad Izzat, meninggal kerana komplikasi organ dalaman. Muda orangnya, 34 tahun, yakni umur aku pada tahun depan. Sebelum ni arwah Mahir, 40. Rosdi, 23... hmm... muda-muda belaka kawan-kawan aku ni.

Tuhan menentukan segalanya semenjak awal. Kadar letusan hidrogen di matahari, entropi, dan pusingan karbon, semua dah ditulis. Dan of course Allah dah set dah tarikh untuk kita kembalikan karbon yang kita pinjam ni ke dalam bumi untuk direcycle. Kalau ikut statistik, 70% manusia akan mati tua dan lebihan 30% akan mati mengejut... roughly speaking. Apakah kita berada pada kelompok 70% atau 30%, kita takkan tahu. Kalau tahu benda jadi tak saspens, tak menjadi. Kita boleh pikir, by current rate, kita akan hidup lama lagi. So far sistem dalaman tak ada masalah, peparu ok, jantung ok, gym jarang-jarang, so practically, another 40 tahun boleh pergi. Tapi pada takdir, pada calculation yang Allah tetapkan di Luh Mahfuz 47 billion tahun dahulu, tidak semestinya 40 tahun. 

Mungkin besok. 

Jasad kita ni power tuan tuan. Bab survivor ni dia cekap. Dia ada banyak sensor yang bekerja untuk hindarkan kita dari bahaya. Kaki cucuk duri sikit, sensor hantar isyarat sakit supaya kita take action. Bila sel perlukan kalori, dia laparkan perut menjerut-jerut. Kalau lalu jalan kubur, jantung dub dab dub dab, dia suruh kita lalu jalan lain. Kena kejar kera, adrenaline akan dirembeskan lalu kita berlari dan melompat kalah kera. Ini kerja fisiologi kita. Otak pula sebagai ketua pasukan keselamatan akan berkata secara angkuh, "tuanku, aku jaga tubuhmu sebaiknya, makanlah, enjoylah. Umurmu panjang lagi. Makanlah. Kalau apa-apa sakit akan aku beritahu." Selagi tak sakit, kita akan rasa mati kita lambat lagi, lambat lagi. InsyaAllah lambat lagi. Ikutkan teori memang lambat lagi, tapi perancangan kita takkan mengatasi 'Grand Plan' milik Allah. Perancangan Mutlak yang manusia takkan pernah tahu.

Live as long as possible & reproduce as many as possible. Evolution. Ini dua language yang printed dalam jasad kita sepanjang proses evolusi. This is the program in the body, the faith of hormones, be it animal or men. Binatang dia integrated dalam sistem ini. Dia takde awareness, takde kebolehan untuk disintegrate dari natural response dan create idea sendiri. Binatang, tumbuhan dan non-organic material hundred percent follow nature [17:40], function as how they are programmed to function.

Manusia berbeza. Manusia bukan sebahagian daripada bumi. Jasad kita yes. Our body is part of nature, made of earth material yang boleh diklasifikasikan macam binatang - mamalia, vertebrata, omnivor, homo spc, dsb. Badan kita berkumuh dan membiak sama macam binatang lain. Ada ginjal, peparu, usus dll. Our body functions as how it is programmed to function by Allah. Hair grows, cells reproduce, rice goes in shit comes out, etc. Obviously, badan kita dan binatang adalah sebahagian dari sistem Qadar - the Grand Plan.

But not us.

Ingatlah wahai pembaca blogku yang hina dina ini, Allah jadikan manusia pertama Adam bukan pada saat pertama kejadian dunia [76:1]. Allah setup dulu pentas dunia selama enam selang masa. Ketika Allah tiupkan ruh Adam ke dalam jasad manusia, bumi dah ada, matahari dah established, even binatang karnivor sudah membiak banyak di bumi. Ketika itu, ekosistem di bumi sudah mencapai titik optimum to start off our existence - human. We were not part of it, we were introduced to it when everything was already in place. By looking at the ecosystem condition at that particular of time, Malaikat questioned God's move, "Why should you send human there where they will corrupt the system and spill their blood?" [2:30]

Allah jawab, "I know what I am doing."

Then surprisingly, Allah pertunjukkan kepada Malaikat yang Adam ini berbeza, jauh berbeza. Seolah-olah, "malaih aku nak ceghita, hangpa tengok la sendiri." Ya, Adam dibawa ke depan para Malaikat. Malaikat sangka makhluk ini binatang yang akan bunuh membunuh untuk survivor dan reproduce. Shockingly no. Adam bercakap, took part in the intellectual meeting. Adam sebut nama-nama benda, seperti mana diajar. This showed intelligence, awareness yang bukan sebahagian dari hukum natural yang ada dalam anatomi binatang. Adam muncul dalam bentuk fizikal tapi pengetahuannya bersifat spiritual - conscience, imagination, cognitive, logic. Sesungguhnya, dalam naratif surah al-Baqarah ini, seolah-olah kita boleh lihat mata para Malaikat terbeliak, shocked, dan akhirnya semua sujud hormat. 

And of course, except the bad boy - iblis. 

Kita khalifah. Kita bukan sebahagian dari alam, kita ditiupkan ke dalam jasad ini, turun ke alam ini untuk manage resources, manage civilization, untuk lead humanity ke arah satu tamadun dunia yang perfect agar dunia ini menjadi tempat bersuka-ria sebaiknya untuk semua manusia, sementara kita akan kembali kepadaNya. Segala benda yang kita buat untuk mencapai objektif utama tadi - khilafiah - akan dipersoal di sana, di depan para Malaikat yang awalnya cukup skeptikal dengan kehadiran kita ke dalam sistem stellar.

I gave you intelligence, how did you use it?

I gave you power, where did you channel it?

Your young age, on what had you spent?

I gave you a desire to be respect, why didn't you respect your fellow human who has the same desire?

Why you choose the way that chosen by iblis - a disrespect - that you selfishly approved yourself to do things you will never approve if others do to you?

Sehelai uban sedarkan aku, setakat ini sejauh mana sudah aku berbakti pada komuniti? Sejauh mana perubahan telah aku bawa ke dalam famili, saudara, rakan, office, kampung, daerah dan semua. Sehelai uban sedarkan aku masa aku semakin singkat bukan semakin banyak. Ini baru rambut, nanti-nanti ginjal, usus, jantung, otak... Dengan current progress, fail yang bakal aku kelek ke depan Allah dan malaikat nanti, kat dalam tu apakah ada banyak cerita baik atau cerita merepek? Takkan nak buka topik akademi fantasia? Time tu nak menipu tak boleh. Buku dah ditulis. Si mati lain akan jadi saksi, bahkan anggota badan sendiri turut sama nak bercakap.  Bayangkan tangan tu suka sign OT tak sah. Atau mulut yang suka jatuhkan maruah rakan yang absent ngeteh. Atau perut yang makan benda haram.

Hmmm...

Jasad kita bercas negatif. Dalam badan kita ada unsur-unsur iblis, bukan iblis palesit hantu raya, tapi unsur keiblisan, yang orang Arab sebut nafs. Nafs dari segi bahasa bermaksud diri, manakala dari segi istilah bermaksud self-centered. You are king, you are everything, others are nothing. Ingat dua objektif jasad - live as long as possible & reproduce. Inilah self-centered. Dua benda ini yang make sure biological tree evolves upward to 'produce' the most perfect/robust product of evolution. Natijahnya, apabila kita diberi jasad ini dalam perut ibu, dua benda ni naturally installed dalam genetik kita, darah kita, apatah lagi dalam kita punya sistem refleks. We then grow up, absorb semua yang negatif dalam environment. Weird but true, benda negatif lagi senang belajar dari benda positif. Why? Sebab benda negatif semua sedap. Why? Because, it is in your genetics, you are made to like them. Just think of a free sex.

Oleh yang demikian...

Untuk menjadi khalifah, kita mesti kalahkan dua benda ni. Manusia yang paling efektif adalah manusia yang berjaya kalahkan nafsu. Carilah dalam mana-mana agama, walaupun methodologi berbeza, objektif mereka sama iaitu kalahkan nafs. Hindu dengan cucuk badannya, Buddha dengan pensamiannya, dan Islam dengan solat dan puasanya. Hanya manusia yang berjaya keluar dari sistem jasad, berjaya kalahkan 'the force of evolution', akan jadi manusia berbeza, manusia yang paling berguna yang objektif hidupnya berada pada paksi spiritual - ukhrawiah. Hanya manusia yang 'berjaya' yang 'selamat' yang pada zaman Rasulullah disebut 'yang Islam' yang mampu jadi khalifah, yang mampu enforce sistem civil/moral dalam pentadbirannya. Sistem perkahwinan, sistem ekonomi, sistem pendidikan, dan semua sistem untuk make sure nafsu serakah pada pizza dan alat sulit dinikmati semua manusia dengan hak dan adil.

Fikirkan... how enlightened are we? How Islamized are we? Saya tahu IC anda Islam, tapi Allah tak tengok IC. Dia tengok kad report kita yang mengandungi aktiviti kita from day 1 to days 21,875, apakah banyak benda bermoral atau merepek. Tidak kira IC awak ditulis agama apa, you can create thousands perception towards God along your journey, tapi yang betul dikira adalah amalan awak, baik atau tidak, sebab benda ni yang affect your surrounding, ultimately affect human civilization. [2:62]

To change the world, change yourself. Check your conscience. Muhasabah diri ketika sepi dan gelap, di mana kita pada ketika ini. Apakah tindakan kita hari ini mengikut nafsu, atau mengikut fitrah ruhiyyah - spiritual awareness - dalam hati yang ditiupkan Allah bersama-sama ruh Adam dahulu. Tanyalah diri sendiri sebelum ditanya Pencipta. Tasyhid, solat, puasa, zakat, haji, ini semua modul agama Islam yang objektifnya menjadikan orientasi karakter kita betul. Ini cuma modul, bukan produk. Solat bukan objektif hidup kita sebagaimana ramai ustaz tafsirkan ayat 'diciptakan jin dan manusia untuk beribadah.' Salah jauh. Kita diturunkan ke bumi bukan untuk solat. Solat yang dicipta untuk kita. Untuk kita. What we do is for our own self. Allah tak gemuk dengan solat kita, tak pula Dia sakit kalau semua manusia kufur. Solat diberi sebagai modul untuk latih diri kita melawan hawa nafsu, by meditating in spiritual realm. Ultimately, ibadah kita yang sebenar adalah apa yang kita buat selepas kita bangun dari sejadah, selepas kita keluar dari masjid [62:10] mencari keredaan Allah dengan melakukan kerja khilafiyyah. Ibadah staf Maintenance Dept Syabas adalah untuk repair paip air bocor di Kota Damansara. Kalau tak betulkan orang akan mati, atau keracunan. Kalau kita malas atau slow, orang akan mati dulu baru paip siap repair. KPI kita sbg khalifah akan hancur. Macam mana nak jawab di Mahsyar nanti?

Tugas khalifah - to serve humanity. Khalifah live for others. Animal live for itself. [7:179]

Jika takdirnya korang ditawan ISIS. Korang lalu diberi sepucuk pistol. Kemudian didatangkan ke hadapan korang lima orang lain dan korang diberi arahan di depan kamera, "shoot them all you survive, shoot yourself they survive. Choose."

Orang Melayu Islam biasa yang dengar GST pun dah meroyan dekat Facebook, apabila berada di situasi ini orang Melayu itu akan terus gila. Sudah tentu time tu tubuhnya akan haywire, otak, jantung, darahnya semua stress dan memekik, "bunuh. bunuh diorang semua Bakri, bunuh. Ko tunggu apa lagi? Ko nak mampos? Eh, setiap minit dalam dunia ni manusia akan mati la. Kalau tak kena bunuh, eksiden. So, apa masalahnya?" Bam, bam, bam, bam, bam, darah memancut...

Sami buddha yang enlighten, akan senyum. Dia rileks sebab dia percaya bila dia mati bermaruah macam ni dia akan lahir semula jadi king. Lalu, si sami akan diamkan jeritan otak dan perutnya dan berbisik pada jasadnya, "one die, better than five." Bam, dia tembak dirinya sendiri.

Ask yourself, what would you do?

sumber gambar - hikmatun


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Goodreads

Books I read

A Brief History of Time
Seven Habits of Highly Effective People
The Power of Now: A Guide to Spiritual Enlightenment
Hadith 40
ESQ Way 165
Lā Tahzan: Jangan Bersedih!
A World Without Islam
A History of God: The 4,000-Year Quest of Judaism, Christianity, and Islam
No god but God: The Origins, Evolution and Future of Islam
Muhammad: A Prophet for Our Time
Parallel Worlds: A Journey Through Creation, Higher Dimensions, and the Future of the Cosmos
The Road to Mecca


Khairi's favorite books »