Stupidity has a cost.Dah lama aku bermasalah dengan sistem 24 jam ni sebenarnya. Aku ni jenis dominon otak kanan, yg suka zoom in segala benda dan kurang peka benda benda kecik dan subliminal, yang walaupun berbeza 2 sahaja, cukup untuk buat aku merembes air mata Sya'aban di depan kaunter MAS di Jeddah.
Aku kena start minum pati ayam brand mulai minggu hadapan. Bila aku baca tiket flight aku departure 20:55, arrival 11:00, aku baca macam budak tadika belum bersunat, okey flight aku pukul sepuluh lima ploh lima malam sampai pukul sebelas pagi.
Aku kemudian tengok tiket KUL-KB, departure time 14:30, ETA 15:30, aku pun balas text bini aku:
"InsyaAllah KB kul 5."
Besar kemaluan aku ni sebenarnya tapi aku publish kesengsaraan mental ini untuk jadi tatapan aku di masa depan dan jadi pengingat untuk confirmkan sesuatu yang sebegini penting jangan hanya tengok sekali, salah plak tu sebab sistem pembacaan 24jam aku fail, terus takde usaha untuk tengok balik, calculate balik dan double check. Aku sedari satu persatu kecacatan mental yang aku pickup di usia 33 tahun ini.
Wait... 2014 - 1981, okey betul usia aku dah 33. Kalau player bola 50-50 dah chance nak masuk first team world cup ni.
Apa yang perlu aku lakukan untuk kurangkan kesan kecacatan mental ini?
- Dietary untuk neuron electrochemical booster: pati ayam brand, kismis, kurma dan solat bebaik.
- Sampai Malaysia aku akan beli jam digital, set ke 24 punya display system. Jam telefon aku dah start tukar display 24 jam dari semalam.
- Untuk synchronize balik fizikal dan mental dan spiritual. pehhhhhhhhhhh, hehe. But really, bila mental, fizikal dan spiritual tak align, kita punya efficiency akan berkurang. I talked very less nowadays due to some error in making decisions, which I could not master surrounding I put myself into.
"Abang, spender dah masuk beg?"
"Abang, berus gigi?"
"Abang, PTPTN dah bayar?"
"Abang," sambil berkerut tengok tiket, "ni pukul 20:55 ni pukul lapan kan, bukan 10."
"Abang, cuba teka malam ni malam apa?"
Sekarang faham tak kenapa aku tak sabar nak balik Malaysia sampai baca time pun salah?
p/s: aku rasa 11:00 tu kacau orientation aku.