Aku meeting tadi. Serius betul meeting tadi sebab benda melibatkan kelangsungan bekalan air segar ke seluruh Makkah, sempena musim panas, sempena bulan puasa dan hari raya. Oleh yang demikian, sebarang alasan produksi air berkurangan akan diberi pelempang saja tanpa ragu-ragu.
Bekalan air ke Makkah, Jeddah adalah dari teknologi reverse osmosis (RO) dan penyulingan, makanya jangan pula kata air RO dalam botol tu tak boleh buat bersuci, ambil wuduk. Orang Korea dengar benda bangang macam tu sampai mati dia taknak join korang dalam Islam.
Okey mesyuarat tadi dengan warga Korea bernama Abdullah. Agak terperanjat juga muka cina nama Islam. Bila ditanya, awak Islam ke? Dia jawab tak, Masihi. Dua kali terperanjat. Nak saja aku tanya guna broken English aku, why you don't enter Islam? Why Masihi not Katolik? Why? Akhirnya aku diamkan saja. Jika ada ahli Perkasa di sebelah aku mungkin dia akan bangun dan mengamuk memandangkan brader Korea itu barangkali tak tahu Abdullah tu berasal dari abdu Allah bermaksud hamba Allah yakni nama Tuhan orang Islam bukan Kristen koptik.
Ajaran sesat saja bagi nama ID 'specific' kat Tuhan, Islam tak. [53:23] Islam ajar manusia seru Tuhan guna nama-baik [20:8][7:180]. Contoh yang selalu kita sebut, "dengan nama Tuhan yang maha Pengasih dan Penyayang."
Aku yakin Masihi yang dia sebut itu adalah agama Kristen Koptik, kristian ortodoks yang kekal di Eastern region (tanah Arab) sampai hari ini. Dalam buku Ayat-ayat cinta, heroin dia di Egypt nama apa aku lupa beragama kristian koptik, dia eja Kristen.
Aku bukan religious. Aku sekarang ni bila diajak bercakap soal agama, aku akan declare, aku bukan seorang yang kuat agama, religious, pious. Aku tak kuat agama, sebab bagi aku semangat 'theological' yang ada sekarang memecah belahkan. Islam bukan theology, Islam adalah 'cara-cara untuk bersosial dengan profesional'. Jika dalam kepala kamu mendefinisikan agama dengan kewalian, keajaiban, dan amalan tidak normal (kuno), sila kembali kepada Allah dan RasulNya. Allah mencipta bumi, graviti, foton, enzim, ilmu Large Hadron Collider dan besi, Allah juga mengutus 'seorang manusia biasa' sebagai Rasul, mengapa kita tiba-tiba jadi begitu khayal, mamai dan taksub dengan cerita pelik-pelik tentang benda keagamaan?
Ini hasil bila orang Melayu disuruh ikut Mazhab dan dilarang berfikir akan perkara agama.
Aku seorang yang tengok value. Kalau seorang gadis nama Islam tetapi kelakuan, akhlak, dan konsep ketuhanan salah (contohnya dia percaya Allah hantar topan membunuh rakyat Amerika Syarikat sebab presiden dia sokong Israel), aku tak nampak dia berbeza dari orang Jepun dan Korea yang tidak Islam. Apabila rakan aku sebut perkara seperti, "tak apa dia jahat pun at least dia Islam, dia akan masuk syurga juga sedangkan orang Jepun tu baik setara mana pun akan masuk neraka juga sebab dia kafir." Dia cerita pula dengan riak bangga seolah-olah dia dilahirkan di dalam keturunan Islam yang dijamin masuk syurga as long as IC dia stay ada perkataan Islam. Ini sudah jadi macam Yahudi.
Sebelum faham apa itu 'kaafir', cuba faham bahawa syurga neraka itu ada value. Dan kita mesti sepenuh hati berusaha berbuat baik untuk mencari tiket ke syurga. Islam baka bukan satu value. Islam baka dan Buddhist baka sama saja kerana tentuan itu free bukan satu usaha. Tiket ke syurga bukan stail cabut undi atau ikut nasib. Tiket ke syurga perlu usaha. Apa usaha kalian untuk make sure kalian lahir dalam keluarga Islam? Ketika itu kalian adalah sperma dalam lendir uretra abah korang, tahu?
Manusia yang berbuat baik akan ke syurga, yang jahat akan ke neraka. Dan "Tuhan takkan hukum manusia selagi tidak sampai kepadanya Rasul (penyampaian) yang jelas lagi nyata" [17:15]
[2:256]"Tiada paksaan dalam beragama. (kerana) sungguhnya benda baik dan buruk itu terang lagi jelas." Yang mana orang cerdik dia boleh fikir sendiri. Orang yang betul-betul zalim/bangang yang layak masuk neraka saja yang ingkar conscience yang Allah taruk dalam dadanya. [24:49]
Apakah faktor-faktor seorang warga Jepun yang baik akan masuk Islam? Dia akan Google Islam. Dia akan baca di Wiki tentang asas-asas Islam, dan dia akan lihat contoh-contoh kemajuan dan kebaikan ummat Islam di dunia. Dia akan buat research setakat dia mampu, bahkan research dia tentang agama barangkali 300% lebih banyak daripada research seorang Melayu tentang agama. Jika orang Jepun itu tidak terbuka hati dia sebab melihat contoh tak baik dari ummat Islam, salah tu kena pada kita beb. Sorang sikit.
Honest mistake.
Manusia melakukan kesilapan. Admit it. Seorang warga Amerika Syarikat yang berbudi bahasa dan bersopan santun mungkin silap [33:5] memilih untuk jadi atheist. Dia tidak berpihak pada mana-mana agama. Dia percaya Pencipta itu ada. Pencipta itu satu. Dia nampak kepoweran arkitek pada alam dan dia akui ini kerja Tuhan. Up there, whoever He is, where ever He is. Dia tidak Islam kerana tidak bersetuju dengan perkara lain, mungkin hal syariah, ibadat atau fekah, atau dia melihat imej Islam yang salah yang telah dicemari orang Arab dan orang Melayu. Jika dia jujur mengesakan Tuhan, yang tak mahu dia sebut sebagai Allah, Jesus, Yahweh, atau Ayah Pin, jika dia jujur mengakui nilai-nilai murni yang perlu manusia lakukan kerana itu adalah kehendak Tuhan, jika akhlaknya 90% bertepatan dengan Quran (dalam keadaan dia tidak tahu) berbanding seorang Melayu yang hanya 10% (dalam keadaan dia tahu)... sekarang siapa lebih layak diberikan syurga?
Kaafir, adalah kufur dengan Tuhan, yakni menolak kewujudan Tuhan, atau mengatakan kejayaan dia dalam business tidak pernah melibatkan Tuhan melainkan hanya usahanya sendiri. Syirik pula mengatakan Pokok itu Tuhan, atau Matahari, atau Duit, atau Maradona. Kufur dan syirik adalah perbuatan bangang abadi, sejenis penyakit mental kronik yang menyalahi common sense (fitrah). Benda basic. Well, fitrah itu basic. Kenapalah selepas belajar agama kamu jadi begitu berbelit-belit?
Sampai nak kena petik wali sana wali sini untuk support cerita bangang seru ruh orang mati di telaga Barohut, agar kamu berbeza dari orang kafir?
Sesiapa bercakap tentang agama Tuhan yang benar ini dengan benda-benda merepek, aku akan lempang dia guna kasut.