Isnin, 31 Mac 2014

Sekuel Kasyaf - 2014?

Sekarang ni naik kapal terbang tak macam dulu. Ada rasa gerun. Tapi takpe sebab fobia macam ni aku rasa sekejap je.

Aku sekarang ni kerja di Saudi dan empat kali setahun akan naik MAS untuk balik. Aku baru balik dari kampung dan masyaAllah cuti dua minggu rasa macam senapas. Betullah, saat-saat manis cukup cepat, saat-saat menderita saja yang buat masa rasa lama.

Tragedi MH370 berlaku masa aku di Jeddah. Yang mana selepas terkejut, aku sukar nak tidur sebab TV duk pasang 24 jam channel CNN. Every update, every PC aku follow. Sekarang ni dah masuk hari ke 24 kot. Selepas Najib announce MH370 berakhir di Lautan Hindi, curiousity aku dah mula slow down. Mengetahui yang kebarangkalian mangsa selamat adalah sangat tipis.

Teori yang makin menarik, aku biarkan je. Samada betul ia konspirasi peringkat tinggi, atau betul kata Najib dan Ketua Bomoh bahawa ia sudah terhempas ke laut. Yang pasti, ringankan kepala dari gangguan teori-teori... concentrate untuk habiskan sekuel Kasyaf.

Awal-awal dahulu aku nak terbitkan prekuel. Tetapi selepas membuat analisis market, aku buat keputusan untuk menerbitkan sekuel dahulu. Sebab Kasyaf dihabiskan secara mengejut dan momentum yang sebegitu besar menghasilkan satu hentaman yang kuat. What happened to Salsabila? Apa benda yang keluar dari Lab Four?

Aku tak boleh biarkan benda ni hanging. Buku prekuel tak mampu menjawab, dan akan sukar untuk dinikmati. Jadi, aku fikir untuk teruskan sekuel Kasyaf sampai habis, sampai tamat. Baru buka balik bab awal, bagaimana Zack dan Amsyar  boleh terjebak dengan dunia jin dan alam mistik.

Cabaran menulis sekuel tidak sama.

Buku ini sudah mempunyai pattern yang perlu sekuel follow. Storyline tidak lagi boleh diubah sesuka hati, dan nama Nealoffa perlu diguna sampai habis walaupun ramai ibu-ibu meluat dengan nama itu. Aku akan ciptakan watak yang akan buat mereka lebih meluat.

InsyaAllah, selepas tenang ribut kerja di Saudi, selepas aku dah master beberapa skil dan mampu transfer proses otak untuk kerja harian ke bahagian separa sedar, aku akan tumpukan tenaga untuk menulis.

Deadline: June 2014. Dear Khairi, good luck and all the best!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Goodreads

Books I read

A Brief History of Time
Seven Habits of Highly Effective People
The Power of Now: A Guide to Spiritual Enlightenment
Hadith 40
ESQ Way 165
Lā Tahzan: Jangan Bersedih!
A World Without Islam
A History of God: The 4,000-Year Quest of Judaism, Christianity, and Islam
No god but God: The Origins, Evolution and Future of Islam
Muhammad: A Prophet for Our Time
Parallel Worlds: A Journey Through Creation, Higher Dimensions, and the Future of the Cosmos
The Road to Mecca


Khairi's favorite books »