Memaparkan catatan dengan label Sendiri punya cerita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sendiri punya cerita. Papar semua catatan

Rabu, 11 Julai 2018

Telaga

Manuskrip 'telaga' telah aku hantar ke fixi. ini manuskrip yang paling cepat aku taip sebab dia pendek, 39,000 patah perkataan saja dan isunya pula santai.

cuma aku takkan lari daripada matlamat asal aku menulis novel, iaitu mengajar teladan. walaupun subjek horor ni bukanlah benda yang aku percaya sangat, tapi aku terpaksa garap cerita itu bertentangan dengan kepercayaan demi menghidupkan watak-watak di dalamnya.

beberapa insiden dalam novel ni betul terjadi dalam hidup aku, masa kecil dulu. pengalaman yang memberi diri aku flavor, yang membentuk struktur kepercayaan aku yang unik. setiap orang unik dengan sejarah diri masing-masing, Allah dah tetapkan begitu.

Selepas telaga, aku akan kembali ke trilogi Kasyaf-Ranea-Yuda, untuk lengkapkan prekuel, insyaAllah. Sebab skrip Yuda lebih berat, maka kena work hard sikit kali ni dan aku jangka makan setahun juga untuk Yuda. 50% dah tulis, tinggal lagi 50% untuk aku garap sebaiknya.

lunch tadi dengan Razak, aku suka dengar pengalaman dia yang masa muda dulu, masa awal kerja, dia gamble untuk further study master di UK, sebab dia nak kerja di oversea. Aku sendiri sebenarnya ada cita2 lagu tu, iaitu nak kerja di oversea, especially european atau Scandinavian atau Australia. Cita-cita tinggal cita-cita, aku harap aku boleh pass cita2 aku ni dekat anak2 nanti. manalah tahu ada rezeki. anyway, aku kagum dengan Razak punya determination. benda yang aku tak ada. I am not determine to do any...

bila bercakap tentang karier, aku jadi gugup sebab aku tak ada plan. 5 years plan, management? atau technical ladder in desalination. Aku mahu stick dengan subjek water treatment job sebagai fixed deposit aku, tapi jiwa aku dekat dengan seni penulisan novel. cumanya novel tak mampu jana duit untuk offset engineering work. so benda ni buat aku sedikit dilema. hopefully, moving towards 40, aku akan ada courage nanti untuk metamorphose ke dunia yang aku idamkan.

hopefully...


Khamis, 25 Januari 2018

Pr1ma Tok Bali - LO signed

Ini cubaan ketiga untuk membeli rumah dan akhirnya, dengan rasa yang yakin dan tidak ragu-ragu (hopefully I'm right), aku sign housing loan dengan Maybank.

Dengan lokasi strategik dan 4000 sqft tanah Malay reserve tu, gated guarded, hopefully it is a worthy asset. Dapat duduk situ, beli ikan murah2, kerja dengan ECRL ke, atau mengajar tuisyen ke dah okey sambil malam2 ketik keyboard taip novel seterusnya. What a life.

Bangun pagi esok pergi menjala.

Ahad, 4 Jun 2017

Profesional dan research

Batuk Absyar berbeza daripada biasa. Bunyi dia keras dan dalam macam tolakan angin dari dalam perut. Bila batuk selera dia kurang. Seterusnya perut akan kembung dan dia akan terus batuk. Sebab tu bila batuk dia susah nak baik, berbanding yang lain.

Bila keadaan macam tu, aku buat research mengapa dan penyelesaiannya memang susah sebab ada banyak faktor.

Semalam dia batuk lagi dan aku bawa pergi klinik jumpa doktor. Klinik Idzham Damansara Damai. Sebelum dia jumpa doktor aku jumpa misi gelak-gelak ala kadar. So mood aku jadi baik bila masuk ke bilik doktor. Aku mula bersembang aku secara friendly tanya-tanya isu yang berkaitan batuk-batuk ni. Research yang aku buat pun dah lama jadi nak pergi details agak berkarat sikit.

"Tonsil," aku kata, "semalam dan ke klinik ambil ubat demam dan ubat batuk, tapi doktor tak bagi antibiotik so hari ni saya rasa better start antibiotik."

Doktor suluh tekak Absyar. "Dah merah sangat ni kena ambil antibiotik." Cek suhu di dahi. "Hmm... demam lagi."

"Semalam pun dia ada muntah keluar lendir."

"Hmm... dia telan liur la tu... biasa."

Aku risau dia batuk sebab gastrik demi mencubai puasa, lalu aku try tanya doktor. "Ada kemungkinan berlaku reflux ke doktor?"

Doktor sekitar 40-an tu jeling aku. "Muntah?"

"Tak reflux."

"Hmp, reflux ni... Dia kalau nak confirm kena test pakar, sebab dia sejenis penyakit. Cuba sebut perkataan yang senang-senang je macam muntah ke, kembung ke, demam ke, tak perlu nak sebut benda-benda complicated ni. Tak perlu nak tunjuk-tunjuk," jeling aku, "nak tunjuk-tunjuk pandai tak perlu..."

Aku senyum je walaupun terasa dah kena sound. Rasa macam bodoh pun ada senyum lagu tu. Tapi takpa lah. Aku nak cerita aku risau anak aku ni batuk sebab cuba puasa, lalu batuk dia disebabkan gas gastrik yang reverse flow pergi ke esofagus, otot esofagus itu pula lemah menyebabkan gas berasid itu passing dan menyebabkan gatal-gatal di kotak suara dan infected. Aku cakap ooo macam tu hmm...

Aku tak argue dah, aku back off macam tu je. Kebelakangan ni memang aku banyak back off dari argument. Entahlah, kadang-kadang rasa menyesal juga tak cuba heat up the debate. Mana la tahu kan doktor tu boleh bagi cadangan kalau aku discuss lebih details. Tapi bini dalam kereta dah tunggu lama, waktu pun dah sebelas malam, aku surender sajalah. Semenjak aku kawin sepuluh tahun lepas, aku jadi ketagih untuk give up debate. Aku rasa salah bini aku. Orang pompuan ni kalau argue lebih-lebih emo, mula buat muka dan lancarkan emotional threat. Lama-lama, aku nak argue pun malas. Aku biar je dia menang. Last-last terbawak-bawak jadi tebiat.

Aku terima kasih je kat doktor tu dan balik.

Masing-masing profesional. Aku nak cakap kat doktor tu zaman sekarang zaman open book. Anybody can learn anything. Kita kena cooperate dan synergize. Doktor nak beroperasi macam mana kalau tak ada orang buat bangunan hospital, buat instrumen yang tepat untuk sukatan ubat? We are both profesional. Dia doktor, aku engineer, dua-dua mampu buat research dalam bidang takde kaitan dengan karier. For sure ada doktor yang terer fasal kereta, atau fasal mekanisme jam mekanikal. So dia tak boleh undermine civillian dengan ayat macam tu. Walaupun rasa annoying, dia kena profesionally explain apa itu reflux, betulkan research internet aku. Sekali google je semua orang boleh baca apa itu gastrik dan reflux.

Ayat-ayat ni duk berputar dalam kepala aku masa memandu pulang. Sia-sia je. You have one shot to debate and you missed it... so let it go.

Google is powerful. Aku pernah tingkah cakap kawan aku fasal ustaz google. Dia kata ramai sekarang ustaz google, google-google je dah pandai nak lawan ustaz. Aku cakap aku tak setuju dia salahkan google. Googe ni enjin carian, kau search dia akan sampaikan kau ke website berkaitan. Based on kau punya knowledge, kau boleh analisis website itu berkredibiliti atau tidak. Kalau search reflux, dia akan sampai ke forum doktor, medical at least wikipedia. Substance website ni bukan calang-calang, dan kuasa internet ni kuasa volume. Sekali search tengok berapa page yang keluar. So kita boleh buat deductive method, remove mana yang minoriti, select common explanation from various experts from all over the world. Ini bukan benda main-main.

Oklah, game Real Madrid dan Juventus dah nak start. Salam.
*update, real menang 4 - 1, ronaldo confirm balon d'or.

Selasa, 2 Februari 2016

Life begin at 35 - my new hobby - stock market

Memandu ke tempat kerja pagi tadi saya beritahu boss, "saya rasa setiap orang rakyat Malaysia ni kena memiliki share sorang satu. Bagi diorang rasa peritnya bila ekonomi kita terjejas sebab perbuatan tangan-tangan luar yang cuba menjatuhkan kredibiliti negara kita.

Kita tahu situasi UMNO dan tak lupa juga PKR dan amanah dan taik-taik politiknya. Kita tahu. Tapi itu urusan dalam kelambu. Kita yang vote government, jadi kita berhak nak sindir2 menteri, nak kutuk PM dan Maslan. Tapi itu tak bermakna orang luar boleh kutuk sama. Mind your own business lah kan.

"Hey Runks is my friend, I can make fun of him, but not you, okay," kata Hank Moody.

So, pray for our economy recovery.

Saya tak sengaja main share ni. Hari tu Malakoff issue IPO, saya pun join lah beli IPO company sendiri tanpa memikirkan sangat teknikal-teknikal stock market ni. Harga seringgit lapan posen seunit, dalam masa 3 bulan jadi seringgit tiga posen sebab RM jatuh, 1MDB tgh hot, dan harga minyak dunia tersungkur di tangan OPEC. Menggelupur la sekejap tengok duit hilang macam tu je. Dah la first time memiliki saham, saham pula jatuh. Mana tak pening. Kepala masih blur campur stress tanya remiser soalan-soalan bodoh. Dengan penuh rasa hina dinanya saya paksa diri untuk memahami kenapa dia jatuh dan bagaimana sebenarnya konsep saham ini bekerja.

Saya ambik loan bank Maybank untuk beli IPO sebab jumlahnya agak banyak. Apabila saham jatuh, Maybank akan call untuk beritahu value share dah shrink, so saya kena bayar sejumlah loan untuk elakkan force selling yang mana bank akan lakukan untuk secure diorang punya bayaran. Untuk lebih selamat, bayarlah kesemua loan itu, iaitu bermakna semua unit share itu akan jadi milik saya, tidak lagi berkongsi dengan bank. Bila saya ada 10k, saya fikir untuk bayar loan, di mana saya membayar untuk share yang berharga 1.80. Tetapi, sedikit ralat sebab harga share sekarang RM1.60. Kenapa nak bayar loan kalau saya boleh guna 10k itu untuk 'lower average' iaitu beli lagi share pada harga Rm1.60 sekarang?

Iaitu kalau saya ada 10,000 unit share berharga RM1.80, saya beli 5,000 unit lagi pada harga RM1.60, average cost saya dah reduce jadi RM1.73. That's better.

Saya tanya remiser betul tak apa yang saya fikir ni.

Dia kata betul.

Lalu saya buat keputusan untuk tambah lagi share Malakoff guna 10k tu. Bila saya arrange pembelian, saya pun terfikir lagi. Kenapa nak letak duit dalam unit share yang agak 'stagnant' moving sideway, yang dah 5, 6 bulan duk singgit nam posen kat situ? Kenapa tak letak dalam share yang lebih promising, yang aktif, yang boleh bagi return 5 to 10% dalam masa seminggu? Kenapa mesti Malakoff? Kenapa tak fikir untuk invest dalam kaunter lain yang moving up seperti Shell, Topglove, FFHB dan sebagainya?

Saya tanya remiser betul tak apa yang saya fikir ni.

Dia kata betul.

Saya pun study company mana yang perlu saya laburkan untuk dapat return lebih baik. Dan dari detik itu semuanya pun bermula. Saya di Jeddah, KLSE bukan pukul 4 pagi local time. Pukul 3.30 pagi saya dah bancuh kopi.


Hmm... Let see how deep this rabbit hole will go.


Isnin, 25 Ogos 2014

Arab Saudi, kereta dan jalan raya

  1. Di Saudi, perempuan tak boleh bawak kereta, motosikal, van apatah lagi bas ekspres. Dipendekkan, wanita tak boleh drive. 
  2. Suprisingly, bawak kapal terbang boleh
  3. Ada dua difficulties utama semasa awal-awal aku mula drive di Saudi, especially di Jeddah. Pertama, stereng belah kiri. Kedua, kondisi trafik di jalan yang ada line tapi macam takde. Lelaki Saudi merempit MPV macam pelesit. Sumpah.
  4. Minyak murah dia tekan je la ada apa dia nak kesah...
  5. Walaupun begitu, orang Jeddah pergi ke Cairo, dia surender. Drebar Cairo lagi gila, katanya. Aku check dengan kawan yang pernah pergi Cairo, hah, memang gila, katanya, aku pun hampir kena langgar.
  6. Di sini banyak AES. Depa bagi nama saher - sim, alip, ha simpul dan ro. Yang menarik, kalau di hiway dari Jeddah ke Mekah, atau ke Madinah, saher ni banyak diorang letak dalam kereta Toyota Inova. Lensa kat cermin belakang. Kalau nampak Inova park tepi jalan bontot dia elok sunting ke arah jalan tu, konfirm saher. Selalunya dari jauh nampak seketul objek ada gaya Inova, aku dah reduce speed dari 200 km/j ke 110. Sekali kena saher, melayang at least 300 riyal (around RM280). Kalau laju gila mahu 600. Di Malaysia, AES kita, sebelum betul2 jumpa kamera, ada lima nam tujuh lapan sign untuk watch out kamera, kat sini takde. Diorang sembunyi lagi ada. Inova tu, dia park belakang pokok, belakang batu. Memang style. Yang kecik berbentuk kotak pun ada, yang ni memang murah rezeki. Flash keluar aje sebab serius tak nampak. 
  7. Diorang ada juga saher yang fix macam Malaysia punya. Langsung tak efisyen sebab nampak. 
  8. Kat trafik light turut dipasang kamera saher, bertujuan untuk mengajar lelaki Arab bahawa lampu merah itu bukan sekadar cadangan. 
  9. Selain saher, banyak polis trafik memantau. Selain tidak kacak, berkulit kaler Barrack Obama, polis ini bisa mengejar dan menyaman pesalah trafik di hiway. Almost everywhere ada polis. Namun begitu, rempit tetap rempit.
  10. Tak semua, sesetengah mereka okey je, skema. 
  11. Roundabout. Roundabout di sini tak banyak. Kalau ada pun tak complete circle, maksudnya dia sekat somewhere so that kita tak boleh round habis. Banyak roundabout ditutup sebab drebar saudi tak mampu nak appreciate sistem roundabout ciptaan British. Roundabout punya sequence tu, diorang tak boleh accept, tak boleh digest. For them it is too complicated. Yang masuk nak masuk, yang dalam nak keluar bertembung takkan sesekali mengalah mampos lah apa nak jadi. Banyak accident berlaku di roundabout yang kalau korang buat simple CSI langsung tak logik boleh eksiden terbongkang lagu tu di sebuah roundabout yang hening. Kesudahannya, banyak roundabout tutup. Trafik light diorang follow sebab ada kamera. 
  12. Di Bahrain, sebelum masuk roundabout ada bump. So, memang kena slow down. Quite effective. 
  13. Petrol di Saudi murah, 60 sen seliter. (RM0.53)
  14. Bila berlaku eksiden, standard lah jalan akan jem. Yang hangin bila kau expect sebegini punya jem confirm teruk, entah-entah meninggal na'uzubillah, tetiba sekali tengok cium sikit je. Diorang tak kira, sikit ke terguris ke, depa akan lepak situ sampai polis datang. Tak boleh kalih, tak boleh buat apa, biar je situ. Kereta lain tak boleh lalu pun, biarkan. Polis pun tak boleh lalu, biarkan. Untuk sebuah kemalangan, hanya polis boleh setelkan.
  15. Jalan sini lebar. Tar bagus. Kereta murah. Untuk nak pastikan takde mende di dunia ini perfect maka mereka perlu bawa kereta macam pelesit. The beauty of equilibrium. 
  16. Di jalan hampir tiada motorsikal. Panas kot. Mungkin juga sebab kereta bukan lagi maze yang tersusun tapi unpredictable dan langsi.
  17. Peralatan di kereta paling banyak diguna ialah horn. Paling kurang - signal punya lampu. 
  18. Horn di sini maximum utilized. It is designed to communicate, and walloohi, it is efficient.
  19. Kesimpulannya, setiap hari drive dari rumah ke tempat kerja sejauh 120 kilometer, kami memandu berhati-hati. Kena saman sakit, kalau eksiden even sikit pun sakit. Di sini, always remember one ultimate rule - Arab always right.

Selasa, 9 April 2013

Cerpen Seram - Jangan Pandang Belakang versi Absyar

Absyar, 4 tahun, tidak mahu makan malam. Kami paksa makan nasi dan dia paksarela kunyah sikit-sikit. Jam 9 malam selepas itu, selalunya dia akan ajak aku main lawan pedang tetapi malam ini dia sibuk di ipad. Sekali sekala dia batuk.

Absyar walaupun agak kurus, jarang meragam. Kesihatan dia tip top dan cergas. Apabila demam aktiviti fizikal dia akan slow down dan mata dia kuyu. Semalam mata dia kuyu 90% dan dia batuk sampai keluar urat leher. Aku sendiri sudah perit tekak dibahan batuk. Antibiotik sudah habis, ubat hisap memang turut habis sebab feveret. Yang aku risau batuk Absyar.

Dan tak pernah aku sangka batuknya Absyar semalam telah memberikan kami pengalaman paling seram di rumah yang bakal kami tinggalkan itu.

Apabila tiba waktu tidur, Absyar hisap susu cokelat. Walaupun pakai pijama tidur baru, dia nampak tak ada nak ceria-ceria dan show off. Dia nampak betul letih. Di depan TV dia lalu tertidur jua, dan bunyi tepukan gemuruh di Bukit Jalil di TV3 nampak ada ganggu lena dia sikit-sikit. Nampak dia pusing kiri dan sekejap ke kanan. Tak apa, sekejap lagi ABPH ni habis.

Belum sempat ABPH habis pun, Absyar tiba-tiba berguling setempat macam buaya bergusti. Konsentrasi aku dan Ja di ABPH lalu terbantut dengan gelagat Absyar.

Ja raih Absyar, "kenapa pula?"

Aku cuma angkat bahu.

Apabila diperiksa, Ja mendapati di badan Absyar muncul kesan merah. Ruam, macam gatal kena ulat bulu. Kena di bahagian belakang, kaki dan leher. Apa lagi, Absyar memekik kegatalan. Dia berguling dan Ja attend permasalahan Absyar dengan skill nursing yang tumpul. Fokus aku pada Wawa Zainal mula goyah dan aku lalu sound Absyar.

"Apa ni bising-bising ni, Absyar abah nak tengok TV ni."

Melihatkan keadaan Absyar tidak surut, Ja bawa dia masuk ke bilik dan tukar pakai baju lain mengikut apa yang aku sarankan. Baju tidur baru itu belum dibasuh selepas dibeli di Sogo paginya, itu kesimpulan yang sempat aku rakam dalam kepala.

"Abang, ambikkan garam," kedengaran dari bilik.

Wawa Zainal yang sedang memberi ucapan kemenangan terpaksa aku tinggalkan. Aku ke dapur mengambil garam halus. Kalau gatal-gatal rengsa, memang tradisi kami lumur garam. Namun sebentar kemudian, aku nampak budak kecik tu berlari keluar tak berbaju. Aku syak dia telah melarikan diri dari nurse yang tak berbakat. Badan dia semakin berbirat merah. Dengan rasa kecewa, aku tutup TV dan mendapatkan anak aku pimpin dia masuk bilik. Aku selaku ketua hospital kena juga campur tangan hal-hal terpencil macam ni.

Absyar ni, memang tebiat dia kalau nak tidur banyak tempat dia suruh garu. Selalunya di paha. Kalau koordinat garuan tersasar, dengan mata pejam dia akan tarik tangan aku dan locate tepat-tepat di tempat gatal. Tiap-tiap malam sebelum tidur memang itu aktiviti kami anak beranak. Malam ni kes abnormal. Gatal dia segala, dan aku tak cukup tangan nak garu. Apatah lagi, rengsa merah ni tabley digaru nanti melarat.

"Jangan garu Absyar, nanti makin sakit." Nasihat aku.

Dia merengek sambil berpusing-pusing. Berganding bahu dengan Ja, kami garu dia bersama-sama guna garam. Bukan garu tapi gosok-gosok, sampailah merah-merah dia surut dan dia pun tertidur. Kami kena make sure dia tak berpeluh agar gatal tak kembali, so, dia tidur tak berbaju. Aku tepuk-tepuk bontot dia sampai aku sendiri tertidur. Dan aku tak tahu bila Ja tutup lampu bilik dan turut tidur.

Menjelang pukul 3 pagi, masalah bermula. Absyar batuk. Apabila tidur tak berbaju, dia kesejukan dan batuk dia menjadi-jadi. Aku tersedar dan mendapati badan kecil Absyar sudah terketar-ketar. Ah, sudah. Aku tarik selimut, dua lapis selimut aku balut dia. Dia biarkan aku selimutkan dia. Semenjak kecik Absyar alergik selimut, sebenarnya. Sedikit saja kakinya direntasi selimut, dia akan sepak selimut itu hingga tercampak keluar. Tapi kali ni dia biarkan. Badannya menggigil, tapi maintain tidur. Aku tepuk-tepuk dan peluk dia sampai gigilan dia reda dan dari keadaan sejuk menggigil, suhu dia mencanak naik. Bila batuk, budak kecik suhu badan dia akan naik. Selalunya kalau batuk, dia akan demam.

Kalau tadi sejuk, kini dia panas. Menggelabah aku buka balik balutan selimut. Dia lalu tersedar celik mata, bingkas duduk dan pandang aku. Absyar, macam biasa tak mengecewakan aku dalam hal logik, lalu berkata.

"Abah, nak makan ubat."

"Ok," aku setuju.

Aku lalu kejutkan Ja untuk keluar ambil ubat dari dalam peti ais. Ja kembali dengan ubat dan Absyar dia suapkan. Sejurus selepas itu, kami pakaikan dia baju tidur baharu. Dalam keadaan dahi dia masih panas, aku tepukkan dia agar kembali tidur.

Absyar pejam mata dan berusaha untuk tidur. Tapi nampak macam tak berapa nak lena. Mata dia tutup tak rapat, anak mata dia bergerak. Subconscious atau tidur ayam. Absyar tetap masih panas, aku harap sekejap lagi reda. Aku terus tepuk dia sampai aku dan Ja kembali tertidur. Bilik kembali sepi dan suram.

Pukul 4 pagi, sekali lagi Absyar terjaga. Kali ini aku terjaga dalam keadaan terkejut sebab Absyar meraung dan bingkas duduk secepatnya macam mahu lari keluar. Aku tenyeh mata. Dalam keadaan gelap, aku lihat Absyar duduk menangis. Aku tak pasti matanya pandang aku atau sebenarnya aku nampak fokus dia macam sedikit tersasar ke daerah gelap belakang aku.

"Abah, abah," dia panggil aku mahu peluk macam biasa.

Aku raih bahu dia, "Absyar abah kat sini ni."

"Abah, abah," suara dia sedikit tinggi, kedengaran panik. Dia kelihatan sedikit terlompat-lompat macam dia sedang takutkan sesuatu. Bila dah dia macam tu, aku timbul rasa cuak juga la. Dengan gelapnya, pukul 4 pagi pula. Kajian ilmu ghaib semasa menulis novel Yuda di Padang Maya dulu menyatakan time-time macam ni setan suka berkeliaran. Justeru, memang, aku ada rasa cuak.

Tak sampai sesaat selepas itu baru aku sedar tekaan aku berasas. Dan aku ketika itu menyedari aku bukan seorang yang berani.

Absyar yang sedang lencun menangis itu, berjejeran air mata itu, aku akhirnya dapatkan pastikan bahawa memang dia bukan sedang melihat aku. Pandangan dia tersasar sikit. Dia pandang something else. Sejurus selepas itu.... dia menuding. tudingan melepasi bahu aku. Tangan kecil itu menuding ke belakang aku dan bertanya satu soalan yang cukup untuk buat kedua-dua testis aku bergetaran.

"Abah... tu sape tu?"

Start dari rambut, bulu-bulu aku meremang, sampai ke bulu betis. Aku teguk liur, kaku. Kepala aku macam kena karan. First time dalam hidup aku sebagai abah Absyar aku diperlakukan sebegini anker.

Absyar terus meraung, menangis. "Abah tu sape?"

Bilik aku rasa semakin sunyi... gelap, dan kegelapan tu rasa macam bergerak-gerak. Scene cerita jangan pandang belakang mula datang bertubi-tubi menyarankan bahawa hijab aku sebentar lagi akan dibuka. Aku gila sebentar. Kaku. Aku pun perlahan-lahan berpaling...

Cancel. Gila. Aku tak berani berpaling. Aku meluru peluk Absyar. "Abah kat sini, Absyar."

Selepas merasa selesa apabila Absyar dipelukan, baru aku menoleh dan akhirnya aku pun melihat apa yang telah dilihat Absyar....

Di saat-saat genting itu, Ja sebenarnya turut telah terjaga dan aku nampak muka dia pucat lesi macam terung rebus. Aku memeriksa di belakang aku, tak nampak hantunya. Takut-takut aku melilau ke bahagian gelap tu mencari tanda-tanda, tapi tak ada. Entah aku kecewa atau apa, tak tahu. Tapi serius keberanian aku agak barai.

"Mana?" Aku tanya Absyar. Bulu aku masih meremang.

Absyar kini diam.

"Bang, buka lampu bang, buka lampu."

Menyedari cadangan itu amat baik dan ini bukan filem hantu Ahmad Idham yang memerlukan pencahayaan ruang bilik gelap macam kubur, aku lalu bangun petik suis lampu. Bilik cerah. Aku bercekak pinggang melilau mencari jin yang dilihat Absyar. Tak nampak.

"Ibu... rabbit," Absyar tunjuk ke arah selimut.

Ja picing aku. Aku buat tak tahu.

"Mana ada rabbit, ni kan gambar bunga." Kata Ja.

"Bukan yang itulah," balas Absyar. Dia lalu kuis selimut dan kuis bantal mencari arnabnya yang barangkali telah berlari pergi. Absyar selepas itu ambil masa juga untuk kembali tidur. Dia banyak melilau ke siling, ke kipas dan ke selimut, tetapi dia tak sedikit pun melihat ke belakang aku, ke tempat dia tuding tadi. Aku yang melihat dah suam sejuk sendiri. Aku ketua keluarga, for sure kalau ada hantu aku yang kena tampil berdepan dengan hantu itu, dan later on aku kena explain dekat Absyar bahawa hantu tak boleh apa-apakan manusia, jgn takut. Masalahnya bulu roma yang meremang-remang tu bukan ke tanda-tanda ketakutan?

Absyar sebentar kemudian tertidur jua. Aku dan Ja yang buntang mata tak boleh tidur. Aku pandang dia, dia pandang aku. "Kena kita malam ni," aku cakap.

Di kawasan gelap itu ada jaket-jaket aku tergantung. Aku rasa Absyar yang panas kepala, matanya berair dan berlaku halusinasi. Dia nampak jaket tu macam orang. Itu teori aku rasa paling tepat. Kalau salah... wallahu a'lam. Memori Absyar selalunya kuat. Balik kerja petang tadi aku dah soal dia, apa yang dia nampak semalam tapi Absyar enggan berkerjasama.

Balik kerja nanti aku tanya dia lagi. Aku nak tahu rupa jelmaan itu macam mana.

Jumaat, 8 Mac 2013

Orang tua memang cakap dia macam ni.

Aku ni menulis dah terbiasa dengan skema bahasa manuskrip dan bila cuba tulis gaya kubakoya dulu bunyik dia tak berapa nak jadi. Aku cuba juga la, lagipun aku pun tak tahu sampai bila boleh merepek kat sini.

xcentreMarch 6, 2013 at 1:59 AMSebagai seorang jurutera, seorang
jejaka dari kampung yang daif,
sebagai seorang yang dididik
dengan suasana introvert dan
inferior, sebagai seorang pelajar
sekolah agama arab yang biasa
dengan perbahasan feqah, hadith,
dan tafsir... seriously aku melihat
Islam dari sudut yang bebas. Aku
faham

"Ntah ape2 la kemerengan yg engkau bgtau nih..x 
yah cakap bnyk yg makin menampakkan kebiolan 
sendiri..kesian ko"

Ini seekor komen menarik kat post Ibnu Sina tempoh hari. Aku tahu, aku sendiri sedar gaya aku lain macam sikit. Nak kata biol tu... entahlah. Tapi anyway, terima kasih sebab kesian. Dunia blogspot sekarang memang common dengan komen anon cam gini so tak kisah la.

Introvert ini lawan kepada extrovert. Extrovert aggresif, aktif dan outdoor. Introvert agak pasif, pendiam dan dekstop/book/indoor person. Aku rasa sebab aku ni dulunya tak handsome. Itu dulu la okey. Sekarang... entah. Oleh yang demikian, aku perasan, bila ingat-ingat balik aku dulu mempunyai kehidupan remaja yang agak fail juga la. Remaja selalunya outspoken, ceria dan gemar travelling atau lepak di luar. Aku sebaliknya. Kat sekolah, kat kampung dan kat universiti. Aku punya gaya fail tu korang boleh bayangkan Peter Parker sebelum dia jadi spidey. Kena buli, dan takde keyakinan diri.

Cuma dalam sosial kekuatan aku satu je sebab aku ada awek. peh. Oleh demikian, sbg seorang introvert... email, surat menyurat, SMS... aku memang legend.

Inferior pula sebab didikan awal. Bapa yang garang, ibu yang garang. Itu dulu okey, sekarang diorang dah cool. But still, bila aku sendiri jadi ayah, ada banyak silap teknik pada pendidikan kecil aku dulu. Dalam hal ni bukan nak salahkan mak bapak, sebab kena paham suasana mereka waktu tu macam mana. Lagipun, keluarga kampung pendidikan tak tinggi. Bila mereka kerja kuat, tengok anak degil macam dubuk, mereka akan lepaskan stress mengikut kepala masing-masing.

Bila jadi lagu tu, ada sebaris programming dalam kepala aku yang membentuk peribadi dewasa aku dan ketika itu ruh atau conscience aku tak kuat untuk calibrate fobia fobia tu semua. So, I grew up as what I was programmed to be. Plus... I am not an attractive person. 

Aku jadi tak ramai kawan, weirdo. Jadi ulat buku, dan jadi over curious sebab banyak menyendiri dan berfikir. Lebih malang lagi, curiosity aku tiada guidance dan tak ada basic struktur untuk aku follow. Aku tahu, kerananya dulu banyak explanation aku inquiry dari orang paling dekat (famili) tak dapat diorang bagi. Sebab tu aku dari kecik dah rapat dengan buku. Buku kakak aku. Buku abang aku. Semua aku rembat. Dan aku banyak buat eksperimen sendiri sebab tak berpuas hati dengan teori-teori absurd.

Aku pendiam, sebenarnya.

Walaupun peribadi aku agak menyedihkan, aku dulu seorang yang agak pintar. Diulangi, itu dulu. So, just imagine... Pendiam, tak handsome, kurang keyakinan diri tetapi pintar. Bila aku diajar mengaji dan agama, memang curiosity semulajadi dalam diri buat aku gila akan pengajian agama. Ustaz Tafsir suruh hafal 3 surah, aku hafal juzuk surah tersebut jadi 3 juzuk. Selepas tu, aku khatamkan juzuk 30, then 29, then 28, then 27 (aku peminat surah najm), juzuk 26, 25, dan 24 sehingga hampir separuh Quran aku hafaz (separuh hafiz kiranya). Sehinggalah aku dilantik menjadi imam terawih di surau kampung. Aku rasa bacaan aku agak elok. Perenggan ini kedengaran agak riak sekali kan. Itu dulu... okey, itu dulu. Pjg lagi cerita ni.

SMU aku dpt 9 agg. Banyak A2. SPM 7 agg. Bahasa Arab punya subjek dari tingkatan 1 sampai USM aku  dapat A. Walaupun budak ni agak pintar, tapi perangai dia dulu huduh. Aku ni panas baran, tak bertanggungjawab, tak boleh diharap dan tak ada kawan. Dah perangai huduh sapa nak kawan, kan. Ada la dua tiga orang yang baik hati dan simpati lalu merelakan diri berkawan dengan aku. Aku masuk jamaah kantoi sebab Jamaah yang jenis underground punya Al Qaeda universiti level ni diorang cuba shape up aku untuk jadi follower kepada certain guidelines. Memang silap orang la. Aku dari kecik tak pernah ada guideline yang logik kecuali emosi-emosi. Aku lalu memberontak, aku tuduh mereka semua sesat akhirnya next kem tak ada dah khalifah datang ketuk pintu bilik aku.

Aku jadi AJK. Pernah jadi AJK untuk satu event. Kena sound dekat meeting AJK sebab deadline besok, hadiah tak beli lagi. AJK beli hadiah je bro. Aku bila dah kena sound dekat meeting, aku jadi hangin. Dalam hati aku kutuk perempuan tu. Last sekali ada seorang kawan aku tolong belikan hadiah sebab takut nanti tak ada hadiah department dia jugak dapat susah.

Kat rumah sewa dulu, rumah sewa bujang yang Mus nobatkan sebagai rumah bujang paling kemas pernah dia pergi, Hisyam Ahmad pernah sound aku... "Khairi, hang ni... ada satu perangai buruk. Bila hang marah hang nak pecah barang. Pasaipa?" kata Hisyam dengan nada lunak. Ketika itu aku nak tumbuk pintu sebab sangkut kat tombol tak leh katup.

Bila kena sound walaupun lunak, aku jadi hangin.

Ada satu kejadian lagi di mana Asmadi, dari Besut dia datang ke Penang naik bas terlepas. Dia patut berhenti di Gelugor, tapi terlepas ke Bagan (butterwoth). Aku duduk di Pulau, Bayan Baru. Aku pun pergi juga menyeberangi jambatan untuk ambik dia, tapi muka mencuka. Nak tambah petrol ke atas bara, terjadi pula adegan kesesatan jalan sebab aku memang selalu sesat, apatah lagi waktu tiga pagi. Terus aku marah-marahkan dia sebab tak alert dengan perhentian bas. Asmadi bagi reason tertidur, aku patahkan reaksi dia dengan kursus motivasi ala-ala abah aku punya stail. Last sekali, sampai sekrang Asmadi tak contact aku.

Aku dah minta maaf dengan dia, tapi aku tahu dalam hati susah nak jangka. Bekas housemate aku semua tahu perangai buruk aku. Kalau korang kenal diorang tolong jgn bagi link post ni kat diorang ok. Sorry bros, something inside me that I can't control... at that time.

Memang lepas aku sedar kurangnya sivik aku, aku salahkan didikan awal. Bila aku aku salahkan didikan awal, aku lalu sedar bahawa aku masih belum berubah, sebenarnya. Salah siapa sebenarnya aku jadi buruk perangai macam tu?

Ya, semua salah aku. Dulu aku biasa mengaku salah aku tapi dalam hati ada bantahan. Hipokrit. Sekarang, akuan itu rasa lain. Dalam hati aku kosong dari pemberontakan. Aku lalu subscribe ke Adventice untuk repair gigi, pakai braces, buat crowning dan cuba jadi kacak dengan bergelumang dalam buku self help. Alhamdulillah, aku dapat rasa aku berubah. Masa tu, aku dapat pick up satu persatu konsep sivik dan moral yang selama ini aku tak dapat baca. Aku mula mengenal pasti apa itu emosi, ruhani, dan IQ dan bagaimana benda-benda ini berinteraksi dalam diri membentuk karakter. Dulu aku tak tahu sebab tak ada guidelines. Lagipun, benda ni subtle yang aku tak sedar sebenarnya mereka boleh diurus.

Jadi aku mulai sedar. Aku sebenarnya dulu tak pintar tapi bodo piang. Aku lihat competition hidup ni pada satu sudut yang sempit. Aku hafal Quran sebab aku cuma nak score, nak raih perhatian kariah, dan programming introvert/inferior dalam diri aku cuba buktikan ketokohan di khalayak ramai. Itu saja. Objektif hidup zero. Akhlak depleted. Aku rasa cukup dengan pengetahuan agama, tapi tak nampak sikap sendiri yang cukup negatif. Pengetahuan aku dan nilai diri tak in sync.

Lalu aku akhirnya menemui satu fundamental yang perlu ada dalam diri kita semua sebelum ajaran agama, iaitu fitrah. Aku kata fundamental sebab benda ni benda paling basic, dan 90% faktor mempengaruhi benda basic ni adalah didikan awal. Ya, mak dan ayah. Ingat, kan, lahirnya anak Adam seperti kain putih... MAK AYAH dia akan warnakan dia untuk jadi Islam, Yahudi atau Nasrani. Dalam Islam, konsep ni dah ada. Cuma kita tak diajar, atau ustaz lupa nak masukkan dalam sukatan PI.

99% human were born genius, but that capability slowly killed during growing up.

Fitrah dibentuk semasa budak iaitu basic programming atau early conditioning yang menentukan cara kita berfikir. Fitrah adalah subjek sivik yang diajar pada budak-budak sekolah Cina. Fitrah adalah cara kita menilai sesuatu dan melihat sesuatu pada sudut yang natural dan luas. Kita diberi akal (processor), naluri (conscience) dan kuasa (freewill), dan benda-benda basic ni perlu kita tahu guna dahulu sebelum kita ceburi ilmu agama. Analoginya... Kalau nak cedok air, sediakan dulu gelasnya. Tanpa gelas, air tak ke mana. Tanpa fitrah diri yang betul, agama dipakai cuma pada pakaian tapi kita tak ada kapasiti untuk kaitkan pengetahuan agama dengan cara aplikasi. Apabila kefahaman agama dan kefahaman basic ini tak selari, kita akan jumpa certain ajaran yang berkonflik dengan realiti dan human natural view. Kadang aku nampak khilaf ini pada seseorang ugamawan, ya, ada.

Honestly, generally muslims personify their appearence to religion but they lack in basic character - sivik.

Sebelum belajar agama, belajar dulu untuk jadi manusia. Itu basic. Apabila kita berada dalam pewarisan agama yang kaya dengan perbahasan tapi kurang bersandar pada sivik, kita lalu membesar dalam sistem ajaran yang banyak contradict. Terlalu banyak applications, tapi processor dan RAM slow, tablet kita akan crash. Kapasiti berfikir dan reasoning kita terlalu lemah, terlalu old fashion lalu kita tak boleh nak take up growing details punya load, sebab tu orang Melayu ramai tewas dan cukup sekadar taklid buta pada mazhab Syafi'e. Kita kurang mujahid, kurang ijtihad, kurang tajdid (version updating).

Dalam Islam, ibu bapa perlu ajar basic sivik dekat budak2 yang sedang membesar. Ajar dia value seorang manusia dan kapasiti manusiawi yang perlu dia kuasai. Contohnya expression dan body language. Ajar dia kenapa dia rasa marah, dan kenapa dia menangis. Ajar dia mendapatkan sesuatu melalui kaedah alamiah.

"Kenapa Absyar nak marah?"
"Kenapa perlu menangis? Kenapa tak cakap aje Absyar nak apa. Menangis best ke?"
"Absyar pilih Absyar nak menangis ke nak pergi mandi dan ikut abah turun main basikal."
"Jom bagi makan kucing. Kucing tu lapar, nanti dia sakit perut. Tak best kan sakit perut."

Mungkin orang dengar conversation ni biasa dan basic lalu overlook. Tapi hal ini sangat powerful untuk bentuk paradigm awal dia akan fungsi diri dia sendiri.

Fitrah dalam hati adalah memahami orang lain, seperti mana kita mahu difahami. Menilai orang lain, sebagaimana kita mahu dinilai. Menghargai orang lain seperti mana kita dihargai. Ia emotional quotient. Empathy. Fitrah adalah kejujuran dalam menerima kesamaan semua orang dalam pada ego merasa diri sendiri adalah unik. Fitrah ada antitesis ego. Ego itu setan. Fitrah itu Islam.

Aku belajar agama dulu, tanpa terlebih dahulu fitrah aku dibentuk dengan betul. Itu saja masalah aku dulu. Jadi, apa yang aku maksudkan dengan ayat jejaka kampung, introvert, inferior dan bersekolah agama tu inilah dia ceritanya.

So, aku masih dalam proses belajar. Kalau agak termereng itu, tegur la, ok. thanks xcentre.



 

Birthday sendiri pun dah lupa

Enam Mac. Semalam, hari lahir ke ... Aku sedang mandi dengan Absyar apabila dia yang berbogel gelak bergema dalam bilik air tu, tiba-tiba berkata spontan, "birthday Abah!"

Aku terus stop dengan sabun terhenti di ketiak. Konfius sekejap. Birthday what?

Pehh... sudah pukul 8 malam, baru aku sedar hari ni hari jadi aku, itu pun Absyar yang cakap. Sebab semenjak pagi tadi dia dan ibu dia buat preparation dengan present dengan kek nak buat surprise tapi sebab budak kecik ni excited sangat, tak sempat siap mandi dia dah beritahu.

Time flies. Aku lupa harijadi sendiri.

Aku pernah tweet dulu... - Live is a dream. You are awake only when you realize how short it has been. Obviously the tweet hit me in the head last night.

Banyak benda aku nak share dengan korang semua, sometimes, aku fikir aku nak buat vlog je sebab menulis ni lambat. Aku nak tulis lambat, korang membaca pun tak laju. Walhal medium blog ini tak terbatas pada penulisan saja macam surat khabar. Di sini boleh muat gambar dan video. Tapi bakat tu tak jumpa lagi atau tumpul sangat nak asah pun ambil masa.

Aku takut aku mati tak sempat nak sampaikan.

Kita orang biasa-biasa ni, memang ilmu tak tinggi. Tapi, kadang2 kalau tak share apa yang kita tahu walopun sikit, kita tak tahu yang orang lain yang juga biasa-biasa langsung tak tahu apa yang kita tahu. Especially the way we understand things.

Bercakap mengenai ilmu. Aku tak berminat dengan memori. Memori ni benda stagnant yang boleh dicapai melalui google, buku, jurnal atau rujukan mana2. Memori adalah raw objects. Aku lebih berminat dengan konsep, dengan mekanisme, atau kebolehan menyusun memori-memori itu membentuk satu kefahaman yang memberi hasil di atas tanah (ground application). Aku suka sembang benda yang aku faham. Bukan quote somebody's speech (memori) atau paste substance dari buku tanpa faham.

Semakin banyak kita alami, experience, semakin banyak benda kita belajar. Semakin banyak kita belajar semakin banyak benda yang kita tak tahu. Knowledge is a door to thousand doors. The moment we understand one thing, that thing will tell us that thousands more there for us to know. NASA work will never end. Physics study never stop. Kita tak mungkin akan jumpa complete theory yang Allah tetapkan di Luh Mahfuz. Never ever. Ia seperti satu insulation yang complete, absurdly complete.

We will never go out there, alive.

"Allah sakit nya mati, aku tengok semua orang menderita untuk mati, " doa si Amin, "boleh tak aku ke sana tanpa perlu mati?"

Sorry, taqdir adalah sesuatu yang betul-betul carved on the stone. Unchanged. Rigid. You were born, you will die. In the mean time, you will play, you will get hurt, you will love and you will loose, until finally you loose your own body.

Hmm... umur meningkat. Terbukti pada kesan fisiologi, pada appearance, dan beberapa depreciation yang boleh dikesan pada stamina dan processor. Without all these, age is just numbers.

I am one year older now, hopefully this old unattractive man still can remain as your friend.



Isnin, 18 Februari 2013

Manusia + kereta = lembu

Kadang2 pak lebai. Atau tok imam sendiri. Tapi bila masuk kereta, pegang stereng. Dia punya akhlak tu mengalahkan pelesit.

Selalu sangat, bila balik Kelantan di Kuala Krai, tiba-tiba kereta dipotong di double-line, tanpa signal, laju macam ambulans kecemasan... tengok-tengok brader pakai kopiah. Dan kakak bertudung labuh bawa kereta macam celaka hampir langgar orang.

Manusia dan kereta bila bersatu fusion, bukan menghasilkan makhluk super siaiya, tapi makhluk hibrid bersifat kelembuan.

Macam hilang akal. Atau depleted akhlak. Bila duduk dalam kereta, drive, dia akan jadi orang lain. Macam segala ajaran agama tak valid di jalan raya. Tak ada hadis suruh patuh lampu merah, barangkali.

Kenapa boleh jadi macam tu?

Ya, kurang sivik. Apa itu sivik? Sivik boleh kata kecerdikan emosi, EQ. Bila dia drive, dia akan nampak kenderaan-kenderaan lain, yang di matanya macam bongkah-bongkah bukan biologi, bukan sejenis hidupan. Lalu jadilah bongkah itu sejenis maze untuk dia potong, cilok dan hon sesuka hati. Dia tahu marah bila kereta lain cilok dia, tapi dia kurang sedar bahawa kereta lain pun ada perasaan.

Dia tak cukup cerdik untuk fikir secara reflektif, secara empati.

Aku tulis ni, sebab semalam kena cilok dekat simpang nak keluar. Kau nak keluar ke kanan, cek kenderaan dari arah kananlah. Tiba-tiba, sebuah van mai berhenti sebelah kanan kau, nak keluar ke arah sama. Automatically block kau punya view untuk check trafik. Gila tak hangin? Potong Q, blok view, dan bahalol.

Aku lalu hilang sivik, menyumpah. Bodoh punya manusia, tak ada akal! Sorang-sorang aku emo dalam kereta.

Aku potong dia di depan secara kurang ajar. Aku bakar. Bersedia untuk berhenti dan bertumbuk. Abang bercermin mata yang drive van tu datang tepi dan sengih. Dan blah. Sesaat dia lewat untuk blah memang aku keluar tinju sengih tu dan beri kuliah barang sepotong ayat.

Kita selalu jumpa perangai road bully yang memang sah gila, potong kiri, speeding, cilok sana sini. Itu dikira penjenayah, spisis yang bertatu dan bertindik. Cuma, ada mat-mat minah-minah skema, yang baik-baik sebenarnya, sopan-santun... tapi kat jalan dia punya hantu tu keluar. Contoh kesalahan yang selalu dibuat orang kita yang lupa untuk beradab di jalan raya:

1) follow rapat macam nak cium bontot orang. Balik K4 semalam ada sebijik kelisa follow rapat belakang aku, aku kasi brek mengejut satu henjut terus mencicit dia. seb baik tak kena. Lepas tu dia mula ekori aku ikut kiraan tiang. Amoi.

2) Di highway suka kasi high beam. Macam jalan abah dia punya. Aku tak suka high beam kat highway. . Dia kacau contraction retina, justeru kau jadi buta sekejap macam lepas kena flash kamera. Naik 150, BMW, kasi high beam suruh orang ke tepi, ke tepi. Menggelabah kita tekan minyak nak cepat-cepat potong lori kat jalan berbukit. Kita pandu kereta Wira, 1.5cc, nak potong lori 3 bijik, sudah pasti akan ambil sedikit masa. Kau tak boleh tunggu ke barang dua tiga minit bagi si Proton Wira tu potong lori2 tu semua slow-slow? Lagi nak high beam.

3) Tunjuk isyarat lucah. Sila marah secara berhemah.

4) Potong di selekoh, gamble. Peh! Ini kerja gila. Dan di hiway grik gua musang, kuala lipis, banyak kemalangan disebabkan faktor ni. Perjudikan nyawa untuk potong lori, bas, di selekoh. Aku pernah kena beb, tapi bas Transnasional dari arah depan sempat elak, kasi hon. Aku sempat masuk balik, tapi aksi tu memang macam James Bond la. Sepuluh sen. Jantung memang dah jatuh ke kaki. Kalau trajektori aku masa tu lari sebanyak 2 darjah, atau brek efficiency kurang 2%, atau ada dua tiga butir pasir di asfalt... aku dah arwah dah...

4) Hilang nilai sivik. Atas jalan, bila bersembang kita refer objek sebagai kereta. "Vios kat depan ni naik pelan macam siput babi. Jalan pula sempit nak potong." Kata Jai. "Kau kasi cucuk belakang dia sikit. Tak, hon. Hon jee..." Mail di sebelah cuba provoke Jai untuk jadi jahat. Tapi kita lupa bahawa yg duk drive Vios tu adalah anak tuk penghulu, baru dapat lesen. Atau mungkin si Burhan, sepupu sendiri. Kita lihat kenderaan lain, sebagai kenderaan. Macam machines, yang tak ada nyawa, tak ada perasaan.

Respek orang, berkomunikasi guna bahasa manusia, bukan bahasa enjin.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Goodreads

Books I read

A Brief History of Time
Seven Habits of Highly Effective People
The Power of Now: A Guide to Spiritual Enlightenment
Hadith 40
ESQ Way 165
Lā Tahzan: Jangan Bersedih!
A World Without Islam
A History of God: The 4,000-Year Quest of Judaism, Christianity, and Islam
No god but God: The Origins, Evolution and Future of Islam
Muhammad: A Prophet for Our Time
Parallel Worlds: A Journey Through Creation, Higher Dimensions, and the Future of the Cosmos
The Road to Mecca


Khairi's favorite books »