Selasa, 18 Februari 2014

Bahrain - Syiah, Sunni dan pelacuran

Minggu lepas aku ke Bahrain, bertujuan untuk refresh visit visa (exit-reentry). Bahru, bahasa Arab bermaksud laut. Bahrain bermaksud dua laut, negara dua laut.

Bahrain ni pulau kecik di Teluk Parsi, dihubungkan dengan Saudi oleh sebuah causeway. Sebelah timur ada sekeping tanah Qatar terjulur ke laut. Sebab kedudukan Bahrain sedikit ke utara, suhu di sana sejuk macam peti ais.

Waktu aku sampai, waktu malam. Dia punya suhu ada dekat 10degC kot. Aku stail suka pakai simple T dan jeans, memang bayu malam tembus sampai ke tulang kering. Menggigil.

Okey sebelum tu. Aku diberitahu Bahrain ni tempat orang arab Saudi bergumbira. Kerana negara Bahrain ni dia bebas macam US. Saudi ketat nauzubillah sampai tak boleh bernafas, Bahrain ni pula longgar sampai terlondeh. Wasotiyyah (kesederhanaan atau Gandhi sebut sebagai middle way) berada di tengah-tengah jambatan dan tiada siapa mahu tinggal di situ. Wasotiyyah nampak mudah tapi sebenarnya sukar.

Sekarang aku tahu kenapa orang Arab suka negara Islam bernama Malaysia.


Hendak di jadikan cerita, semasa aku cek in hotel, bell boy hotel ikut aku. Aku tak bawa luggage pun, beg galas je. Tapi dia ikut aku. Fine. Dalam perjalanan ke lif, dia tanya aku. "You want massage girl in your room?"

Aku tersedak di bontot. What the .... ??

Aku buat-buat ketawa sambil betulkan galasan beg.  "You have massage girl?" O my God... man. Welcome to Bahrain. Aku terus berjalan dan masuk ke dalam lif.

Bell boy tu macam nak masuk taknak masuk lif. Dia lihat butang lif sambil tanya nombor bilik aku. Aku ingat dia nak guide aku ke tingkat berapa then belok kiri kanan or just guard aku ke bilik. Sebelah aku ada brader, paras seperti Indian atau Pakistani.

Aku jawab, "220."

Bell boy tu anehnya terus beredar. Time tu aku terfikir. Alamak!

Sampai di bilik, Gulf Gate Hotel, rakan aku pokki dah bergulung dalam selimut. Dia ni warak, jadi aku tak berani nak buat hal. Aku masuk lempar beg.

"Pokki, aku rasa kejap lagi ada orang puang mari ketuk pintu. Aku rasa la."

Ustaz Zaki Awang terlopong. "Orang puang? Mung bior benor."

"Aku rasa la." Aku pandang ke luar tingkap tengok pantai laut Parsi. Lelaki Pakistan pula duk main 'Bola tampar' atas pasir lapang.



Tak sampai lima belas minit. Pintu bilik diketuk. Pokki terbeliak pandang aku seakan melihat seorang wali yang ada kasyaf. Bersahaja, aku pandang dia balik. Aku angguk ke atas sekali, dia pandang ke pintu. Dia buat muka blur.

"Pegi la." Aku tekan dia.

Pokki bangun dan buka pintu. Aku dengar dari jauh pokki terjebak dalam perbualan dengan wanita. Namun aku tak faham sangat English diorang. Bilik hotel ni bersegmen, pintu masuk dan katil berada dalam segmen lain-lain, jadi technically aku terlindung dan selamat.

Selepas habis soal jawab, Pokki kembali dengan pipi merah jambu.

Aku tanya, "bakpe? puang?"

"Doh bakpe mung order massage?"

"Mana aku tahu. Mamat Paki tu tanya aku, nak massage girl. Aku tanya dia balik, mung ada massage sapa dalang bilik? Aku dok jawab nak ke taknok. tapi masa masuk lif dia tanya bilik, aku ingat dia nak guide... pastu dia blah, baru aku paham nape dia tanya nombor bilik."

"Gile gile." Pokki geleng kepala. "Seksi gila, dia kabor dia nok tidur sining. Bengong."

"Doh bakpe mung dok suruh dia masuk."

"Gile gile." Pokki geleng-geleng lagi. Kelihatan kalut mengawal culture shock dalam dirinya.

"Singapore pon dok gini." Aku elus janggut yang sikit. "Nasib baik mung ada pokki, kalau aku sorang-sorang susah juga nak handle tu. Tapi..."

"Tapi pende?"

"Aku gi travel mana pun, benda-benda lagu ni aku ingat satu je."

Pokki nampak menunggu punch line aku.

"Ingat bini je. Mung bayang satu benda tu je." Aku tengok muka bini aku di skrin telefon. "Bini mung tunggu di rumah, takkan sampai hati nak buat benda jijik gitu. Cuba kalau dia tengok. Cuba kalau bini kita di luar, buat benda jijik yg sama. Rasa macam mana?"

Aku nampak punch line aku menjadi.

Pokki angguk-angguk. "Bukan takut Tuhan, tapi takut bini? Hmm..." Dia garuk dagu.

Aku gelak saja la. Takut Pencipta dan takut akan makhluk dua benda berbeza, bukan apple-to-apple untuk dibandingkan.

Pintu bilik diketuk lagi sekali pokki suruh aku pula gi buka. Doh tahu doh benda apa nak gi buka buat apa bendeeee... Aku buat tak tahu. 

Aku lihat ke luar hotel. Malam makin pekat. Bila dah rasa gangguan sudah reda, aku pun ajak pokki ke kedai beli jaket. Kalau tidak berjaket aku boleh mati beku. Di pasar kedai meriah tapi orang takde. Rupanya malam tu malam berkabung. Polis merata-rata. Dan boleh nampak asap hitam di kejauhan, di beberapa tempat.

Puak syiah bakar tayar. 

Syiah bakal menyambut hari ulangtahun pembunuhan beramai-ramai syiah di Manama. Jadi orang semua duduk dalam rumah saja. Aku dan pokki rilek saja berkeliaran. Biarkan mereka berperang sebab masing-masing betul.

Ahmad Mahir - Rest in peace with God.

Dah hampir sebulan rakan aku pergi. Ramai juga yang dah pergi. Pada usia muda. Hadi, pergi ketika usia 19thn, rasanya. Sekarang dia dah 32, tapi di alam sana.

Aku di Saudi duduk rumah arwah, Ahmad Mahir. Tahun 2008 dulu dia bertugas kat sini. Sekarang dia dah kembali ke alam yang kita semua tak tahu bagaimana. Pemergiannya amat mengejutkan dan semua terasa bagai sekelip mata.

Allah. Suatu hari nanti, giliran aku pula.

Aku ni kalau ikut amalan, memang langsung tak bersedia. Aku tak tahu nak menjawab apa nanti kalau ditanya subjek-subjek agama. Semakin tua, aku semakin pelupa dan banyak benda penting aku dah lupa, dan apabila mahu menerangkan kembali aku macam nyanyuk.

Aku dah tak biasa menulis.

Menulis tak boleh semberono tanpa pengetahuan. Takkan nak tulis benda kita tak tahu. Apatah lagi berkaitan kehidupan dan kematian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Goodreads

Books I read

A Brief History of Time
Seven Habits of Highly Effective People
The Power of Now: A Guide to Spiritual Enlightenment
Hadith 40
ESQ Way 165
Lā Tahzan: Jangan Bersedih!
A World Without Islam
A History of God: The 4,000-Year Quest of Judaism, Christianity, and Islam
No god but God: The Origins, Evolution and Future of Islam
Muhammad: A Prophet for Our Time
Parallel Worlds: A Journey Through Creation, Higher Dimensions, and the Future of the Cosmos
The Road to Mecca


Khairi's favorite books »