Halaman

Jumaat, 30 Mac 2018

Projek buku seterusnya

Aku akan mula menulis kisah yang dekat dengan diri aku. Selepas selesai penerbitan Kasyaf dan Ranea, aku kira tugas aku sudah selesai. Dua naskah ini sudah lengkap melengkapi, dan tak perlu pembaca menunggu apa-apa dari aku lagi. Khalas... syukur.

Dua naskah itu akan memasuki kedai-kedai buku tak lama lagi.

Now, aku kena fokus kepada satu kisah aku. Kisah yang cukup dekat dengan diri, yang berasa rugi jika dibiarkan hilang dari memori. Kisah kitaran air, awan, hujan dan sungai yang menjadi sebahagian daripada emosi aku yang kini sudah dewasa.

Akan aku kembali ke kampung, 30 tahun dahulu, untuk mencari rasa yang telah membesarkan aku menjadi seorang yang begini. Dan mengapa, dia hilang dari hidupku... wahai Maisara.

2 ulasan:

  1. Kenapa sepupu saya menunggu sambungan Yuda di Padang Maya?

    BalasPadam
  2. kenapa tu Kay dia tunggu sambungan ke tunggu Yuda yang edisi kemaskini? Skrip skrg ni saya target untuk hantar ke fixi. next skrip baru untuk antigraviti.

    BalasPadam